MY SWEET ARISSA - 54
IKUT-IKUTKAN memang rasa malas hendak pergi bekerja tetapi tak boleh. Banyak kerja yang harus diselesaikan sebelum ke Pulau Langkawi esok. Dia masih belum beritahu perkara itu kepada Hakimi. Tidak pasti sama ada dia akan ke sana atau tidak esok.

Tengok keadaan dulu, desisnya sendiri.

Bang! panggil Arissa.

Ketika itu Hakimi masih di dalam bilik mandi. Lelaki ni kalau mandi memang lama. Jenuh dia menunggu. Makanya, lebih baik dia turun dahulu.

Ya. Hakimi menjenguk wajahnya dari sebalik pintu bilik mandi.

Ris turun dulu ya.

Yalah. Pergi sama atau sayang nak bawa kereta abang

Bawa motosikal Bad. Ada dua appointment hari ni. Itulah rancangannya. Senang kalau bawa motosikal tambahan tempat letak kereta agak terhad.

Ehh... bawa kereta abang! Jangan bawa motosikal. Bahaya sayang. Bimbang dia dengan keselamatan Arissa tambahan isterinya sedang mengandung. Insya-Allah. Allah ada. Arissa sengih.

Sayang... tolong dengar cakap abang! Lama Hakimi memandang isterinya.

Okey... Sengaja hendak menduga Hakimi. Ris turun dulu ya.

Okey.

Arissa melangkah ke pintu dan terus menuju ke tangga. Langkahnya terhenti apabila melihat sepucuk surat bersampul saiz A4 terletak di atas meja konsul di belakang sofa. Dan ia ditujukan kepada Encik Razali.

Mr Ruben. Mesti dari Doha, hati Arissa berbisik sendiri.

Diletak kembali surat itu di atas meja. Harapharap dia tidak lupa pada surat tu esok untuk di bawa ke Pulau Langkawi. Mungkin surat penting untuk Encik Razali.

Arissa kembali melangkah menuju ke dapur.

Eh, dah sampai tegur Arissa sebaik melihat Mak Cik Ruhaya sudah berada di dapur. Wanita itu punya kunci pendua yang diberi oleh Hakimi suatu ketika dulu.

Anak Mak Cik hantar awal. Mak Cik Ruhaya senyum sambil mengacau air kopi.

Saya dah masak mi goreng.

Arissa tak penat ke Dahlah semalam ke Langkawi. Pergi hari pula tu. Bangun pagi masak pula. Semalam sampai rumah pukul berapa Sampai aje pagi tadi dia melihat sarapan pagi sudah terhidang di atas meja seperti selalu. Cekap sungguh Arissa kalau melakukan kerja-kerja rumah.

Dalam pukul 8.00 lebih. Penat tu penat juga Mak Cik. Tapi nak buat macam mana. Kerja kan. Arissa sengih.

Terdengar suara Puan Hanim dan Hakimi bertingkah di luar sana. Kedua mereka berpandangan. Apa hal pula tu, Arissa Mak Cik Ruhaya memandang Arissa.

Arissa! pekik Puan Hanim dan tiba-tiba muncul dengan wajah mencuka meluru mendapatkannya.

Pang!

Gamam Arissa. Terasa pijar pipinya.

Puan! Terkejut Mak Cik Ruhaya dengan reaksi mendadak Puan Hanim.

Umi! pekik Hakimi yang berkejar masuk ke dapur.

Pandai kau menipu kami ya! Lantang suara Puan Hanim dengan dada berombak menahan marah sejak semalam.

Tipu Apa yang saya tipu Pedih sungguh pipinya.

Tipu apa kau kata! Melengking suara Puan Hanim.

Terkejut Mak Cik Ruhaya. Tidak tahu sama ada dia patut berada di situ atau beredar ke belakang.

Apa ni Umi Tipu apa

Terkejut Hakimi melihat tindakan Puan Hanim sekejap tadi. Rasa terbakar dadanya melihat isterinya ditampar. Dia menarik tangan Arissa agar isterinya berada di belakangnya. Bimbang Puan Hanim bertindak lebih agresif.

Berkerut dahi Puan Hanim mendengar soalan Hakimi. Sah, Hakimi tidak tahu apa-apa! Kasihan Hakimi yang sudah ditipu oleh Arissa. Semakin berapi dadanya.

Cuba Kimi tanya isteri kesayangan Kimi tu! Dituding jarinya kepada Arissa di belakang Hakimi.

Tanya apa Hakimi menoleh kepada Arissa seketika seperti bertanya kepada isterinya.

Tentang Naim. Puan Hanim sudah bercekak pinggang.

Haa Naim Kenapa tiba-tiba nama Naim menjadi sebutan. Hakimi mula rasa tidak sedap hati. Adakah perkara lalu akan berulang semula.

Kaget Arissa mendengar Puan Hanim menyebut nama Naim. Dadanya mula berdebar-debar. Tidak mungkin Encik Razali atau Badrul memberitahu kejadian tempoh hari kepada Puan Hanim.

Ooo... isteri Kimi tak bagi tahu ya Puan Hanim ketawa mengejek.

Sayang Hakimi beralih kepada Arissa.

Masa kita balik Shah Alam... dia buat benda tak senonoh dengan Naim, Kimi... faham tak! celah Puan Hanim.

Haa Terkejut Hakimi. Dia memandang Puan Hanim yang berwajah selamba. Tiba-tiba dia merasa keliru dengan penjelasan Uminya.

Tak! Hampir menjerit Arissa menyangkal cerita Puan Hanim.

Sayang! Hakimi masih memandang isterinya. Tiba-tiba dadanya berasa hangat sehangat, hangatnya. Kenapa tak beritahu abang

Kimi... benda macam tu takkan dia nak beritahu! celah Puan Hanim.

Arissa memandang Puan Hanim. Kenapa ibu mentuanya begitu membencinya Apa salahnya terhadap wanita itu Hanya kerana mengahwini Hakimi dan dia bukan pilihan wanita itu, dia diperlakukan begitu

Sayang Apa ni! pekik Hakimi mula pusing dengan cerita yang tidak menentu.

Bukan macam tu. Ris tak buat apa-apa pun dengan Encik Naim. Dia cuba...

Dah, jangan nak cuba salah kan orang lain. Mengaku jelah Arissa! Puan Hanim melakar senyuman sinis.

Nak mengaku macam mana kalau saya tak buat apa-apa. Saya tak akan buat perkara begitu, Umi. Abang... tolong jangan percaya cakap-cakap Encik Naim! Sedihnya dia dituduh begitu oleh ibu mentuanya.

Apa yang berlaku sebenarnya! pekik Hakimi.

Isteri kesayangan Kimi dah tidur dengan Naim, faham tak! lantang suara Puan Hanim.

Tak! Itu tak benar! bangkang Arissa.

Terdiam Hakimi. Dadanya bagai hendak meletup mendengar susunan ayat Puan Hanim sekejap tadi. Tidur dengan Naim, terngiang-ngiang di telinganya.

Terkejut Mak Cik Ruhaya dengan cerita Puan Hanim. Sukar untuk dia mempercayai kata-kata wanita itu apatah Puan Hanim memang tidak menyukai Arissa sejak mula.

Perkara ni kalau sorang tak akan menjadi. Naim dah mengaku. Kau nak kata apa lagi! Rasa bagai nak ditelan Arissa ketika itu.

Betul ke ni sayang Hakimi berpusing memandang isterinya. Nafas ditarik dalam-dalam. Kenapa Naim suka mengganggu hidupnya yang sudah bahagia

Tak. Ris tak akan buat benda-benda macam tu. Kalau tak percaya tanya Walid.

Dah... jangan nak libatkan orang lain pula! sergah Puan Hanim.

Ris minta maaf sebab tak bagi tahu abang dia cuba nak perkosa Ris hari tu. Ris takut abang dan Encik Naim bergaduh! Arissa sudah menangis memegang tangan Hakimi.

Nak takut apa kalau dia tak buat apa-apa pada sayang! Meledak kemarahan Hakimi. Tajam matanya menentang mata Arissa.

Ris minta maaf tak beritahu abang. Sekali lagi

dia memohon maaf dari Hakimi.

Atau Ris ada apa-apa dengan Naim! Rasa sakit dadanya dengan telahannya sendiri.

Tak!

Bohong! Naim dah mengaku! lantang suara Puan Hanim mempertahankan apa yang diberitahu oleh Wafa kepadanya semalam.

Tak... Encik Naim bohong. Abang tanya Walid. Arissa sudah menggoncang-goncang tangan Hakimi agar mempercayainya.

Kenapa kena tanya Walid. Kenapa sayang tak beritahu sendiri pada abang! pekik Hakimi. Bergema suaranya di ruang dapur itu.

Puan Hanim menarik tangan Arissa.

Eh, kalau Naim bohong kau pun bohonglah kan! tengking Puan Hanim geram. Eee... rasa nak ditampar muka Arissa lagi. Tidak tahu mengapa. Rasa seperti terpandang-pandang wajah Marini di matanya.

Hakimi menarik tangannya dari pegangan Arissa lalu melangkah keluar dari dapur. Sesak kepala otaknya dengan perkara yang baru diketahui sekejap tadi.

Abang! Arissa melangkah laju menuruti Hakimi.

Sampai hati sayang buat abang macam ni! pekik Hakimi sebaik Arissa memegang tangannya. Terkejut Arissa. Abang... tak percayakan Ris ke

Air matanya semakin laju mengairi pipinya memandang Hakimi yang sudah melangkah ke kereta tanpa menoleh memandangnya. Dia hanya mampu memandang Hakimi beredar tanpa menoleh memandangnya.

KASIHAN dia melihat Arissa yang pergi ke pejabat dengan menaiki motosikal Badrul.

Rasa tidak percaya dengan cerita Puan Hanim sebentar tadi. Kalau Arissa hendak menipu untuk apa dia menjaga Encik Razali dengan baik. Ini semua fitnah, bisik hatinya.

Tidak faham dengan sikap Puan Hanim. Sanggup wanita itu memecah belah rumah tangga anak sendiri. Walaupun Arissa bersalah, gadis itu perlu diberi peluang dan ruang untuk menjelaskan perkara sebenar. Dia percaya, Arissa tidak akan melakukan perkara itu.

Dah, masuk kak! Tak payah nak tengok orang macam tu.

Mak Cik Ruhaya menutup pintu dan menguncinya.

Puan nampak dengan mata Puan sendiri ke yang Arissa dan Encik Naim tu buat perkara tak senonoh soal Mak Cik Ruhaya sekali lagi.

Saya tak nampak tapi Naim dah mengaku sendiri.

Boleh percaya ke kalau seseorang tu seorang yang fasik Dah memang tak betul. Buat perkara-perkara yang tak elok dan maksiat. Cakap-cakap dia boleh ke kita pakai Mak Cik Ruhaya memandang Puan Hanim.

Terkebil-kebil Puan Hanim memandang Mak Cik Ruhaya.

Kalau perkara tu tak betul... Puan dah dianggap menyebarkan fitnah. Dosa fitnah ni besar Puan. Bala pada fitnah ni pun besar. Disebabkan Puan... semua orang kena. Tak baik memfitnah perempuan baik tau. Tambah-tambah macam Arissa.

Berteguk liur dia mendengar ceramah Mak Cik Ruhaya.

Saya tak percaya Arissa menipu. Kalau dia menipu dari dulu dia dah menipu. Untuk apa dia bersusah payah menjaga tuan yang sakit jantung tu.

Sanggup susah payah cari makanan sesuai untuk tuan. Bawa tuan pergi pemeriksaan rutin. Pagi-pagi teman dia berjoging bagai. Puan sendiri pun tak jaga tuan macam tu. Hakimi sendiri pun tak jaga Walid dia macam tu. Itu menantu tu... menantu perempuan pula tu. Habis diluahkan rasa tidak puas hatinya dengan sikap Puan Hanim. Ambik kau! Aku tak kisah kau nak pecat aku pun!

Kak... Kimi bayar akak untuk masak. Jadi akak pergi ke dapur masak untuk makan tengah hari! Geram dia mendengar ceramah demi ceramah dari Mak Cik Ruhaya.

Mak Cik Ruhaya memandang wanita itu sejenak sambil menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian melangkah meninggalkan Puan Hanim di ruang tamu.

HAKIMI melangkah laju menuju ke reception counter sebaik memasuki ruang legar Hotel Sweet Arena.

Cik Wafa masih ada di bilik dia ke soal Hakimi. Dia ingin tahu daripada Wafa apa yang berlaku. Pasti semalam Uminya datang ke situ bertemu dengan Wafa.

Dia dah check out sejam tadi dan dah pun ke air port, beritahu gadis di kaunter.

Hakimi mengetuk kaunter berjubin hitam berkilat. Matanya mengitari ruang legar itu seperti mencari sesuatu. Kemudian melangkah menuju ke lobi lif. Dia memandang telefon bimbit di tangannya. Masih berkira-kira hendak menghubungi Naim.

Sebaik pintu lif terbuka dia melangkah masuk. Terasa bergaung setiap kata-kata Uminya tadi. Siapa yang harus dipercayai Arissa Puan Hanim Naim Atau Wafa Kenapa dalam hidup ini mesti orang ketiga disaat dia sedang mengecap bahagia.

Dihantuk kepalanya di pintu lif beberapa kali. Mujurlah tiada sesiapa di dalamnya. Kemudian memandang kepada telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Abang, Ris minta banyak-banyak maaf sebab tak beritahu. Tapi percayalah, Ris dan Encik Naim tak buat apa-apa. Dia cuba nak masuk ke bilik kita hari tu tapi Ris dapat lawan dia. Kalau abang tak percaya call Walid.

Hakimi menggeleng beberapa kali selesai membaca mesej daripada Arissa. Tidak pasti sama ada hendak percaya atau tidak. Dia melangkah keluar sebaik pintu lif terbuka dan terus masuk ke pejabatnya tanpa menyapa setiausahanya seperti biasa. Pintu ditutup rapat.

Ya, Encik Hakimi. Awal pagi telefon aku ni. Kedengaran tawa Naim di sebelah sana.

Eh, kau buat apa dengan bini aku haa! Sergah Hakimi.

Sakit hatinya mendengar tawa Naim di sebelah sana.

Ooo.... Naim ketawa. Kali ini panjang tawanya.

Hakimi menarik nafas dalam-dalam sebagai menenangkan hatinya yang bagai hendak meletup mendengar tawa Naim di sebelah sana.

Kau dah tahu, jadinya tak payah aku bersusah payah nak beritahu kan.

Kau buat apa pada Arissa, haa! pekik Hakimi sekali lagi.

Buat apa lagi Kimi. Aku lelaki dia perempuan.

Celaka kau!

Naim ketawa kuat di sebelah sana.

Boleh tahan juga Arissa ni. Aku suka dia.

Semakin berasap hati Hakimi. Diputuskan taliannya. Tidak sanggup untuk dia terus mendengar puji-pujian Naim terhadap Arissa.

Dia menekan interkom di telefon di atas meja.

Ya, Kimi Anita bersuara di sebelah sana.

Cancel semua appointment hari ni. Saya tak mahu diganggu dan tak mahu terima sesiapa

Encik Razali

Dia ke Langkawi. Keras suara Hakimi.

Staf resort

Pun sama kak! banyak tanya sungguhlah Anita ni, dengusnya begang.

Cik Arissa.

Kan saya kata tak mahu terima sesiapa! Mahu sahaja dia menjerit. Kemudian diputuskan talian interkomnya.

Hakimi duduk di kerusinya lalu meletak telefon bimbitnya yang berbunyi. Dibiarkan tidak berjawab. Untuk hari ini dia mahu sendirian di pejabatnya dan tidak mahu diganggu. Nafas dihela beberapa kali. Cuba ditenangkan hati dan dikosongkan fikiran namun setiap kata-kata Puan Hanim dan Naim terngiangngiang di telinganya.

Apa yang berlaku sebenarnya ni keluhnya sendiri sambil menyandarkan kepalanya di kepala kerusi yang di duduki.