MY DARLING ANGEL - 54
LYN Bila sampai Dah lama balik daripada Sarawak ke Tegur Puan Rahayu lembut.

Dia dan Encik Yusuf yang baru kembali daripada kafe kini menyertai Lyn berada di dalam bilik wad Elzaara.

Baru lagi Mak Long. Mak Long dan Pak Long apa khabar

Sihat-sihat, Alhamdulillah!

Eh, mana Bunyamin tadi Dah balik ke dia tadi

Bunyamin siapa Mak Long Berkerut dahi Lyn apabila Mak Longnya menyebut nama lelaki yang bernama Bunyamin.

Tunang Elzaara. Tadi dia ada dekat sini dengan

Haziq. Haziq, papa mana

Papa dalam bilik air.

Lurus jari telunjuk Haziq menghala ke arah bilik air di mana Brian sedang gunakan. Elzaara terkejut! Tiba-tiba pintu bilik air dikuak dari dalam dan susuk tubuh Brian muncul di hadapan mereka semua. Papa! Acik Lyn, nilah papa Haziq. Hai Brian! Tegur Lyn ceria.

Hey Lyn. Dengar kata you pergi Sarawak. Bila sampai

Kau! Apa kau buat dekat sini Tak puas lagi ke dengan apa yang kau dengan Kak Lisa buat pada aku! Baik kau berambus sekarang! Aku benci tengok muka kau! Berambusss!! tempik Elzaara.

Tanpa sebarang isyarat, sebijik bantal melayang ke muka Brian. Seperti biasa, Brian hanya mematungkan dirinya membiarkan dirinya menjadi tempat Elzaara melampiaskan kemarahannya.

Elzaara Natasya! Kenapa biadap sangat ni El sedar tak yang El tengking tu siapa Tunang El tau. Bakal suami El. Sampuk Encik Yusuf.

Puan Rahayu sudah memeluk Elzaara dengan erat bagi menghalang daripada anaknya membuat perangai lagi. Mujurlah bilik wad Elzaara tidak berkongsi dengan pesakit-pesakit lain, kalau tidak, tindakan Elzaara akan menganggu pesakit-pesakit lain yang sedang berehat.

Tak ayah! Itu bukan tunang El! Bukan! Tempik Elzaara sekuat-kuat hati.

Kenapa acu marah papa macam tu Acu ni tak baik tau buat papa macam tu. Kesian papa. Bela Haziq.

Haziq memeluk Brian seerat-eratnya dan cuba menghalang Acunya daripada mengamuk tak tentu pasal. Brian membalas pelukan Haziq dengan erat lalu di dukungnya si kecil yang sudah kemerahan menahan marah kerana sikap biadap Acunya.

Haziq! Sini! Tengking Elzaara.

Tak nak! Haziq nak dengan papa. Acu jahat! Acu marah papa! Berjurai air mata si kecil.

Haziq jangan degil! Ini Acu Haziq tau tak! Sini!

El, sudah! Jangan nak buat kecoh dekat sini. Malu dekat orang. El tak sayangkan ibu dengan ayah ke

Bunyamin, kamu keluar dulu. Bawa Haziq sekali.

Pasal Elzaara biar uncle dan aunty yang uruskan. Lyn, boleh tolong jagakan Haziq sekejap Kamu bawalah dia pergi mana-mana sekejap. Kalau dia dah penat, kamu tolong bawa dia balik ya arah Encik Yusuf.

Boleh Pak Long. Jom Brian.

Brian, Haziq dan Lyn bersegera keluar dari bilik wad dan meninggalkan Elzaara yang masih lagi mengamuk untuk ditangani oleh ibu dan ayahnya.

Bagus! Berambus kau daripada hidup aku!

Menyu... Pang!!!

ELZAARA tergamam. Begitu juga dengan Puan Rahayu. Pipi kanannya yang terasa perit dipegang.

Kenapa ayah lempang El Sebabkan jantan tu ayah lempang anak ayah Berjurai air mata Elzaara sebaik saja tapak tangan ayahnya selamat mendarat di atas pipinya.

Sebabnya ayah nak ajar anak ayah yang kurang ajar, yang biadap, yang tak tau nak hormat orang lain. Elzaara Natasya sedar tak apa yang El dah buat

Ayah, bukan salah El. El cuma suruh dia keluar dari sini sebab El tak nak tengok muka dia. Tu pun dah jadi kesalahan besar ke ayah, ibu

Salah! Hanya disebabkan El marah dengan Bunyamin, habis dengan Haziq-Haziq sekali kamu tengking. Kamu nak marahkan nyamuk, habis kelambu kamu bakar. Apa faedah yang kamu dapat daripada ni semua Elzaara Natasya Apa yang kamu nak buktikan dengan kamu menghina, mengamuk tak tentu pasal dengan Bunyamin tu Apa salah dia dengan kamu Elzaara bidas Encik Yusuf garang.

Abang, dah, dah. Nanti Abang pula yang kena heart attack. Sabar bang.

Ayah, ibu, apa perasaan ibu dan ayah bila orang yang ayah percaya dah khianati kepercayaan yang diberikan Salah ke El rasa macam tu sebab orang yang El paling percaya dah khianti El. Ayah faham tak

Tapi, tak bermakna kamu harus buat dia macam tu. Mana adab kamu sebagai gadis Melayu dan beragama Islam Bawa berbincang elok-elok tak bolehlah ke Kamu nak malukan ayah dan ibu ke

dengan tindakan biadap kamu ni

Dahlah bang...

Ikutkanlah sangat perangai kebudak-budakan kamu tu. Bagus sangatlah macam tu. Kamu tahu tak kamu dah menyusahkan semua orang dengan tindakan bodoh kamu tu Cubalah kamu jadi matang sikit Elzaara Natasya. Sampai bila kamu nak jadi macam ni Ingat sikit status kamu tu.

Abang... Puan Rahayu cuba menyabarkan suami yang sedang mendidih marah dengan perilaku Elzaara.

Kalau kamu nak tau sangat, ayah dan ibu kenal Bunyamin tu dan kami semua dah sepakat merahsiakan hal ni atas permintaan kamu sendiri. Ayah puji keberanian Bunyamin, disebabkan dia terlalu sayangkan kamu dan tak nak tengok kamu terluka, dia berterus-terang dengan kamu. Dia tak mahu kamu rasa dianiaya kalau kamu dapat tahu hal ni kemudian hari. Biarlah dia rasa dia tersiksa dulu asalkan bukan kamu yang menderita. Dia nak kamu dengar dari mulut dia sendiri sebabnya dia nak kamu tau kesungguhan dia. Tapi, kamu langsung tak hargai. Kalau ikutkan ayah, memang ayah tak bagi dia bagitahu kamu sampailah kamu berdua dah diijab kabulkan nanti. Masa tu kamu memang dah tak boleh nak buat apa dah.

Elzaara terkejut mendengar pengakuan ayahnya. Dia tidak menyangka bahawa ayahnya sanggup bertindak sebegitu rupa. Hanya kerana lelaki mat saleh itu, ayahnya sanggup mengenepikan perasaannya. Ayah dan ibunya sudah tidak sayang padanya hinggakan apa yang dia lakukan mendapat tentangan hebat daripada orang-orang yang dia sayang termasuklah Haziq.

Kini, dia merasakan seperti sebongkah batu besar bagaikan menghempap dirinya sehingga terkedu. Tiada kata-kata mampu diucapkan oleh Elzaara untuk membidas kata-kata sengat ayahnya tadi.

Ayah...

Elzaara Natasya, kamu dengar sini. Selagi kamu tak berubah, tak dengar cakap orang lain, selagi kamu tak pergi minta maaf dengan Bunyamin dan yang lain-lain jangan harap kamu akan bercakap dengan ayah. Pandai-pandai kamulah sekarang. Kamu buatlah apa yang kamu nak. Kamu buatlah keputusan kamu sendiri. Ayah takkan masuk campur dalam urusan

hidup kamu lagi.

Airmata Elzaara menuruni pipinya laju.

Oh ya satu lagi. Bunyamin akan tetap menjadi menantu ayah walau apa pun yang berlaku! Kalau kamu sanggup putuskan ikatan ni, kamu bukan lagi anak ayah!

Sebaik saja Encik Yusuf melafazkan kata-kata yang menghiris kalbu, dia terus sahaja keluar meninggalkan bilik wad anaknya.

Elzaara terkaku dan terkedu melihat ayahnya kini betul-betul marah dan kecewa terhadap dirinya.

Puan Rahayu hanya memandang sedih melihat langkah suaminya dan hatinya pilu mengenangkan apa yang berlaku. Dia tidak menyebelahi anaknya mahupun suaminya tetapi apa yang dikatakan oleh suaminya adalah betul. Elzaara seharusnya sedar dan bersyukur kerana masih ada yang menyayangi dirinya tanpa sebarang syarat.