Mencari Kiblat Cinta - 55
Mereka sedang sibuk bermesyuarat apabila seorang wanita mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik mesyuarat. Filman yang sedang ralit membaca dokumen dalam fail di hadapannya sedikit terganggu. Dia menoleh ke arah ayahnya. Setiausaha ayahnya membisikkan sesuatu, dan jelas wajah lelaki itu berubah secara drastik. Sebaik melihat wajah ayahnya bertukar kelat, dahi Filman segera berkerut.

Lelaki itu bingkas bangun lalu keluar dari bilik mesyuarat itu tanpa berkata apa-apa. Filman hanya mampu mengekori pemergian lelaki itu dengan ekor matanya. Peguam-peguam lain yang berada di situ turut tertanya-tanya sendiri.

Macamana ni Fil, nak meeting ke tak ni Daud Hasran salah seorang peguam senior di firma itu memandang ke arah Filman. Filman tidak menjawab. Dia menolak kerusi ke belakang, lalu bingkas bangun.

Sorry semua, saya keluar sekejap. Filman minta diri. Dia melangkah deras menuju ke bilik ayahnya. Sebaik dia sampai di hadapan bilik lelaki itu, suara tengkingan ayahnya membuatkan langkahnya berhenti mendadak. Wajah Filman kaget. Dia sempat mengerling ke arah Aina, setiausaha ayahnya yang turut memandangnya.

Kenapa Aina Ayah saya tengah cakap dengan siapa tu Bisik Filman ingin tahu. Aina kelihatan serba salah mahu memberitahu.

Tengku tengah cakap dengan pejabat pendakwaraya. Kalau tak salah dengan Tuan Ismail Habib. Beritahu Aina.

Filman tercengang. Ismail Habib Dia seperti pernah mendengar nama itu! Tapi kenapa sampai ayahnya meninggikan suara Perkara apakah yang membuatkan lelaki itu panas baran sehingga begitu

Didorong rasa ingin tahu, dia segera menghampiri pintu bilik lelaki itu seraya mendekatkan telinganya ke muka pintu. Suara ayahnya yang membentak keras sayup-sayup di telinganya. Lebih dari itu, dia gagal mendengar apa-apa.

******

Damn it! Tengku Amar menghempas gagang telefon agak kasar. Dia merebahkan dirinya ke arah sofa empuk di biliknya. Fikirannya benar-benar bungkam. Berita yang baru dibawa lelaki itu benar-benar mengejutkan. Dia tidak sangka selepas beberapa tahun, ketenangan hidupnya dirobek semula.

Bila dia bebas

Minggu lepas.

Dan baru sekarang kau nak beritahu aku semua ini

Maafkan aku Amar, tapi hal ni di luar jangkauan aku. Lagipun kau tak ada kat sini ketika itu. Dan kau pun tahu yang aku tak boleh bincangkan hal ni dengan anak-anak kau. Lagipun aku dah beritahu kau dulu supaya bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Aku rasa kau patut lupakan sahaja hal ni. Suara lelaki itu mendatar.

Lupakan Haruskah dia lupa setiap inci kelar yang ada di hatinya Haruskah dia lupa setiap parut yang bernanah di hatinya sejak enam tahun yang lalu Tidak! Selagi dia masih hidup, selagi itulah dendamnya takkan surut. Peristiwa enam tahun yang lalu tidak pernah luput walau sesaat di fikirannya. Sekuat mana pun dia sebagai manusia, tapi sebagai seorang ayah, hatinya tetap rapuh.

Siapa tidak akan gila bila mendengar berita tentang kematian anak tersayang. Anak yang dididiknya untuk menjadi pengganti kepada legasi keluarganya suatu hari nanti. Segala harapan dan impiannya diletakkan pada anak itu, namun segalanya musnah begitu sahaja.

Tengku Amar melontar pandangan sayu ke arah potret Firdaus yang tersenyum riang di sisinya. Gambar itu diambil ketika mereka sama-sama menyertai Boling Tournament anjuran Majlis Peguam Negara sempena Hari Wilayah lapan tahun dahulu. Gandingannya dengan Firdaus benar-benar gandingan yang teruk kerana kedua-duanya tidak pandai bermain boling. Tapi yang lebih mahal ialah hubungan antara mereka.

Dia dan Firdaus bagaikan kawan rapat. Saling berkongsi cerita dalam apa jua perkara. Kasihnya dia pada anak itu tidak pernah ada batas dan ruang. Segalanya terisi dengan sempurna dan mereka belajar untuk melengkapi antara satu sama lain. Semuanya indah melewati hari-hari yang mendatang.

Sehinggalah pada suatu hari, kebahagiaannya dirampas. Kedatangan sepasukan pihak polis ke rumahnya pada pagi hari, membawa khabar duka yang merobek hati mereka sekeluarga.

Kenyataan yang baru singgah di telinganya diharapkan satu pembohongan. Berulangkali dia mentafsir kata-kata pegawai polis itu sebagai satu cerita dongeng. Kisah yang tidak benar. Mana mungkin Firdausnya sudah mati! Tak mungkin Firdausnya yang pintar mati dibunuh! Tak mungkin anak kesayangannya tidak ada lagi di dunia ini.

Please..beritahu saya siapa yang bunuh anak saya Saya mahu tahu siapa pelakunya. Dia mendesak pegawai polis itu. Suaranya meninggi tanpa disedari. Kedua-dua pegawai polis itu saling bertatapan antara satu sama lain. Salah seorangnya memegang bahunya.

Tengku, kami dah tangkap suspek utama. Dia ada di balai sekarang ni. Pegawai-pegawai kami masih di lokasi kejadian untuk mencari bukti sabitan. Saya harap Tengku boleh bersabar. Buat masa ini kami perlukan kerjasama Tengku untuk mengecam mayat Tengku Firdaus.

bersambung

Bab akan datang :

Apa motif pembunuhan Firdaus Mengapa dia dibunuh