Dude! I'm Getting Married - 55
BAB 55

KALENDAR atas meja dibelek malas. Tinggal dua hari lagi bulan puasa akan berakhir. Bermakna dua hari lagi syawal akan muncul. Jai menopang dagu. Matanya masih melekat pada kalendar. Tiga minggu lagi dia akan berangkat ke UK. Kecewa dengan keputusan Seri. Minggu lepas, mak dah tanya Datin Rubiha tentang hajatnya. Nyata Seri tidak peduli semua tu dan jelas Seri sudah lupa semuanya.

Jaiboleh mak masuk

Jai mendongak. Masuklah mak..

Puan Aishah menapak ke katil Jai. Muka Jai dah sugul. Perlahan dia pegang tangan Jai.

Jai..sabarlah. Mungkin semua ni ada hikmahnya. Jai kena ingat, Seri tu masih tak ingat apa-apa sebab tu dia tolak pinangan kita. Berdoalah supaya jodoh Jai dan Seri sentiasa ada. Puan Aishah pandang Jai yang tunduk membisu. Kesian aku tengok anak bujang aku ni. Dari dulu lagi tak boleh memiliki Seri..

Jai faham mak. Apa yang penting sekarang ni, Jai nak tumpukan pada pelajaran. Mungkin bila berada jauh dari sini, Jai boleh tenangkan hati dan lupakan semua ni.. Jai meraup muka. Bohonglah kalau tak kecewa. Berkurun aku tunggu Seri, alih-alih aku jugak yang makan hati berulam jantung. Bukan hanya jantung, otak dan segala mak nenek organ dalam badan aku ni dah rasa tak berfungsi!

Tadi Datin Rubiha ada call. Raya kedua nanti dia jemput kita ke rumahnya. Jai jangan tak datang pulak.Puan Aishah mula bangun sebelum berlalu keluar dari bilik Jai.

Jai diam. Angguk tak, geleng pun tak. Kalau tak mengenangkan persahabatannya dengan Acik, mungkin aku akan lupakan semua yang dah berlaku. Buang jauh perasaan aku pada Seri. Mungkin aku kena berlapang dada. Teringat sepotong ayat yang pernah dibaca dalam sebuah buku dulu, bila segala perancangan yang dirancang tidak menjadi seperti yang diharapkan, maka senyumlah dan ingatlah manusia merancang dengan cita-cita sedangkan Allah merancang dengan cinta. Mungkin kerana itulah aku lebih dekat dengan pencipta. Belajar menerima takdir dengan hati yang pasrah.

Beg besar di belakang almari dijeling sekilas. Dah sebulan tersadai kat situ. Jai menapak ke arah almari. Satu persatu baju yang tersangkut dalam almari dicapai dan dimasukkan ke dalam beg. Baju untuk musim sejuk sudah lama dibeli.

Hmmbenda ni terpaksalah aku simpan. Jai perhatikan kotak kecil warna merah yang dibeli setahun yang lalu sewaktu projek NHES lagi.

Dia jeling jam. Dah hampir waktu berbuka. Baju segera dilipat masuk ke dalam beg. Pakaian dikemaskan ke dalam dua beg.

PUAN AISHAH senyum. Jai dah terpacak di muka pintu dapur.

Ayah mana

Ada kat belakang rumah tu. Kebetulan ada ubi kayu banyak tu. Mak suruhlah dia cabut sikit. Boleh jugak mak buat kuih nanti.

Jai senyum. Dari dulu mak dan ayah memang sehati sejiwa. Apa jua yang dibuat, tak ada bantahan.

Kenapa senyum-senyum ni

Tak ada apalah mak. Jai seronok tengok mak dan ayah mesra sampai sekarang. Very loving orang kata! Jai sengih.

Itulah rahsia pernikahan. Pernikahan ni bukan mudah. Masa lafaz Aku Terima Nikahnya memang mudah tapi nak mengekalkan pernikahan yang bahagia tulah yang mencabar. Dugaan yang datang harus ditempuhi dengan tenang. Bukan dengan perbalahan. Bawa berbincang dari hati ke hati.

Jai angguk-angguk. Banyak ilmu yang dia dapat dari mak dan ayah. Memang itulah yang akan dia lakukan.

Maaf, kalau mak tanya sikit. Jai nak tunggu Seri ke Puan Aishah duduk sebelah Jai yang dah tunduk semula. Hujung alas meja dikuis-kuis.

Entahlah mak. Kalau dia masih ingat kat Jai, apa salahnya Jai tunggu. Kalau dia ada pilihan lain, Jai tumpang bahagia Suara Jai dah lemah.

Jaibunga bukan sekuntum. Kalau dah tak ada jodoh Jai dengan Seri, terimalah dengan hati terbuka. Mak harap Jai jangan simpan dendam pula pada Seri. Cuma satu yang kita boleh lakukan, berdoa dan terus berdoa supaya Allah temukan Jai dengan Seri dalam sebuah ikatan pernikahan yang sah. Puan Aishah peluk Jai yang dah semakin sugul.

Ehem!

Serentak mereka berpaling. Encik Muzaffar dah tersengih di pintu belakang dapur. Di tangan kanannya ada setangkai ubi kayu yang sudah dibersihkan.

Drama apa pulak dua beranak ni Encik Muzaffar melabuhkan punggung di sebelah Jai.

Ni ha..anak bujang abang ni. Merajuk sakan dah ni.. Puan Aishah senyum. Ubi kayu di tepi pintu diambil dan dibuang kulit. Terus direbus.

Dahlah tu Jai. Bukan salah sesiapa. Seri masih hilang ingatan. Jai tak boleh salahkan Seri dalam hal ni. Dia hanya tak ingat apa yang terjadi di sekelilingnya. Doktor pun ada cakap hari tu kan. Seri akan sembuh juga nanti. Sabarlah. Berdoalah supaya Seri tu sembuh sepenuhnya. Dengan keadaan dia macam tu, ayah pasti, Datuk Kamaruddin dan Datin Rubiha tak akan benarkan Seri tu nikah. Encik Muzaffar bangun semula dan membasuh tangan sebelum duduk semula. Dia jeling jam di dinding dapur. Lima belas minit lagi nak berbuka.

Err..ayah, kita tak beraya kat kampung ke Jai berkerut kening. Dah rasa pelik pulak.

Tak..lecehlah nak ulang-alik. Tiga minggu lagikan Jai nak ke UK. Kita raya kat sini jelah. Lagipun, ramai jugak sedara kita yang tak balik kampung. Encik Muzaffar tolong isterinya menghidang juadah berbuka.

Jai diam. Hmm..entah-entah ada agenda lain kut. Ayah aku ni, pantang kalau tak beraya kat kampung. Sepanjang aku hidup dua puluh enam tahun ni, tak pernah sekali pun beraya di KL.

Kenapa

Err..tak adalah. Pelik pulak rasanya. Kan selama ni ayah dan mak tak pernah beraya kat KL ni. Jai senyum.

Tahun ni nak berubah angin katanya.

Jai mendongak. Mak mengiakan kata ayah.

Dah..dua minit lagi nak berbuka. Puan Halimah siapkan mana yang patut.

Jai jenguk lauk atas meja. Kerabu jantung pisang dan asam pedas ikan tilapia kegemaran ayah mesti ada.

Kenapa tenung je kerabu tu Tak sama ke dengan Seri masak Puan Aishah mengusik.

Jai senyum hambar. Dah tak ada maknanya makSeri dah semakin jauh. Entah-entah Seri pun dah lupa semuanya.

Mereka bertiga mula menikmati juadah berbuka selepas azan dilaungkan dari masjid berhampiran.

BALIK dari solat terawih, Jai berehat di sofa ruang tamu. Ayah dan mak dah masuk ke bilik. Penat agaknya. Remote control tv dicapai dari atas meja sofa. Satu persatu siaran tv dibuka. Satu pun tak menarik minatnya.

Jai menapak malas ke bilik. Kopiah di kepala diletak atas meja studi. Dia jeling komputer riba. Lama laman sosial tu tak dibuka.

Hmm..kalau aku hantar mesej kat Seri..agak-agak dia jawab ke Dia ingat ke kat aku Jai menopang dagu di depan skrin komputer.

Laju Jai menaip sesuatu pada papan kekunci.

Jai > Assalamulaikum..

Lama Jai termenung. Tiada balasan apa-apa. HmmSeri dah tidur kut. Atau dia memang tak ingat langsung pada aku. Mana nak jawab mesej aku ni..haih

Kosong > Waalaikumussalam

Hah Jai terkedu. Jawab jugak minah ni!

Jai > Awak sihat

Kosong > Sihat..awak

Jai > Alhamdulillahawak masih ingat saya

Kosong > Ingatingat-ingat lupa.

Jai > Awak cakaplah betul-betul. Awak masih ingat saya

Kosong > Awak Jai kan

Jai senyum. Mestilah aku Jai..dah terpampang nama kat situ!

Jai > Maksud saya..awak ingat tak kekasih awak

Kosong > Kekasih

Jai > Ya..saya bekas tunang awak. Dan awak cintakan saya, remember

Kosong > Hmmentahlah..bila saya bertunang dengan awak

Jai > Tujuh tahun dulu.

Kosong > Ya ke

Jai > Ya la! Masa tu kita masih muda. Masih belasan tahun.

Kosong > Awak jangan nak buat cerita. Saya tak pernah bertunang.

Jai tenung skrin. Nampaknya ingatan Seri masih belum pulih.

Jai > Okeylah..setahu saya, awak ada gambar saya dulu. Gambar saya yang berkepala botak!

Kosong > Gambar awak

Jai > Ya.

Lama Jai menunggu balasan dari Seri. Sudah sepuluh minit. Mana dia ni Entah-entah cari gambar aku tu..

Kosong > Maksud awakfoto yang dalam buku saya tu Budak lelaki kepala botak tu ke

Jai > Ha! Ingat pun awak!!

Kosong > Itu awak ke

Jai > Ya!

Kosong > Tapi kita tak pernah jumpa pun.

Jai > FYI, sayalah kawan abang awak, saya Jai.

Kosong > Yang macam muka hero Hindustan tu ke

Jai mengetap bibir. Hih..maknanya dia ingat aku ni Koci la tu!

Jai > Tak..yang satu lagi..yang macam hero Korea tu!

Kosong > Hero Korea Siapa

Adoih! Seri memang dah lupa kat aku! Jai tepuk dahi.

Jai > Lin Min Ho!

Kosong > Eh! Tu hero kegemaran saya tu! Best kalau dia berlakon! Awak ni perasan eh

Jai senyum kelat. Memang aku perasan pun! Aku cintakan kau tahu tak!!

Kosong > Awak pun kacak jugak. Tak salah kan kalau saya nak kenal

Nak kenal Memang sah Seri lupa Jai yang dulu. Aku nak kena mulakan dari zero semula ke Ni dah rasa macam cerita 50 First Date pulak dah!

Jai > Boleh..sangat boleh.

Kosong > Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan saya. Tapi macam mana awak tahu nama saya dalam facebook saya ni

Jai senyum. Kau yang mulakan dulu, tanya aku pulak! Haih..nak buat macam mana.

Jai > ErrAcik yang bagi.

Jai tekup muka. Ah! Lantaklah! Bohong sunat! Takkan Acik nak marah aku

Kosong > Ohmacam tu ke..anyway, Selamat berkenalan!

Jai > Selamat berkenalan!

Aik! Dah offline Jai menopang dagu sekali lagi. Perbualannya dengan Seri dibaca berulang kali. Ya Allahmengapa aku rindu pulak kat dia ni

SELEPAS sahur, Jai dan ayah terus ke masjid berjemaah. Esok dah hari raya. Lepas solat, Jai menolong mak dan ayah menyediakan apa yang patut untuk juadah di pagi hari raya.

Mak, cukup ke daging dan ayam ni Jai belek dua ekor ayam dalam besen.

Cukuplah tu. Err..daun kunyit pulak tak ada. Jai boleh ke pasar teman mak tak

Boleh je mak Jai senyum.

Eloklah tu. Saya pun ada kerja sikit nak buat ni. Awak tak nak masak ketupat palas ke Nasi dagang ke Ayah sengih.

Abang nimestilah saya masak. Kejap lagi saya beli daun palas. Mak turut senyum.

DI PASAR, Jai bersama mak menelusuri gerai-gerai yang beraneka benda di jual. Dari satu gerai ke satu gerai.

Eh! Puan Aishah! Jai pun ada! Datin Rubiha tegur.

Jai senyum. Matanya melirik pada gadis di sebelah Datin Rubiha. Manis. Terubat rasa rindu aku.

Seri apa khabar Mak pandang Seri yang masih tunduk.

Baik makcik.. Seri dongak dan kemudian tunduk semula. Dia cium tangan mak Jai.

Errbeli apa kak Ruby Mak terus tanya soalan lain. Muka Seri dah berubah rona. Merah.

Ni ha..Seri nak buat kerabu jantung pisang. Raya selalunya buat rendang dan ketupat, dia pulak sibuk nak buat kerabu jantung pisang. Datin Rubiha jeling Seri yang dah tersenyum-senyum.

Bolehlah bagi kat saya sikit.. Jai mencelah. Usik Seri.

Boleh sangat Jai! Datin Rubiha ketawa.

Seri mendongak. Jai

Awak Jai Laju je Seri tanya.

Jai angguk.

Jadi awak tu ke hero Korea Seri pandang Jai tak berkelip.

Semua yang ada di situ pecah ketawa. Muka Jai dah kemerahan. Apa la Seri ni..depan mak aku dia panggil aku hero Korea!

Yalah tu agaknya.. Jai sengih. Dia pandang lain. Malu pada Datin Rubiha.

Siapa hero Korea Mak pulak tanya.

Alah..makcik..yang handsome tu..Lin Min Ho! Saya suka tengok dia! Seri dah teruja.

Jadi Seri suka tak Jai ni Datin Rubiha sengaja tanya depan Jai.

Err.. Seri tunduk malu.

Jai senyum. Memang dia terpaksa mulakan semuanya dari zero. Berkenalan sekali lagi dengan Seri.

Saya Jai! Awak Sengaja Jai kenalkan diri.

Saya Seri..kan awak dah kenalkan diri dalam fb tu. Seri masih tunduk.

Datin Rubiha dan Puan Aishah mula beredar dari situ, membiarkan Jai dan Seri berdua bersembang.

Awak suka saya tak Jai beranikan diri bertanya.

Seri mendongak. Errsaya baru kenal awak. Takkan semudah tu saya nak suka awak. Kenalah kenal-kenal dulu.

Jai senyum. Bermakna dia ada peluang menyelami semula hati Seri.

Baiklah..saya setuju. Kita kenal dulu. Jai termalu sendiri. Haihagaknya sepuluh kali jumpa, sepuluh kalilah aku kena kenalkan dirimemang dah sebiji cerita 50 First Date tu!

Hmm..awak kerja kat mana Seri mula bertanya.

Company batik.. Ringkas Jai jawab.

Ohsebagai apa

Pekerja biasa je.. Jai merendah diri.

Ohawak dulu belajar apa

Mikrobiologi.

Mikrobiologi Bidang apa tu Seri berkerut kening.

Adoihdah tak larat nak jelaskan semuanya.

Kaji bakteria dan virus. Terpaksa Jai jawab jugak. Layan je la..

Ohtentu best kan Saya dulu ambil kimia. Seri senyum.

Jai pandang Seri tak berkelip. Bermakna Seri masih ingat, bukan hilang ingatan macam tu je! Alhamdulillah!

Jadi..awak dulu chemist ke Jai berpura-pura tanya.

Seri angguk.

Err..awak ingat tak apa yang berlaku selama ni

Apa

Apa-apa je..contohnya kerja awak dulu sebelum awak jadi chemist Jai dah teruja. Tak sabar mendengar apa Seri jawab.

Hmm Seri berkerut kening.

Jai masih sabar menunggu jawapan Seri.

Setahu sayasaya tak kerja masa tu.. Seri masih berfikir.

Oh.. Suara Jai dah lemah. Kecewa dengan jawapan Seri.

Kenapa

Tak ada apa..sebenarnya awak kerja dengan saya dulu masa projek NHES. Ingat tak, awak dikejar babi hutan sampai awak panjat pokok Jai cuba putarkan kembali kisah dulu.

Ya ke Seri pandang Jai tak berkelip. Mukanya dah berkerut.

Jai angguk.

Mungkin kutentah! Saya tak ingat! Seri dongak ke arah Jai. Handsome jugak mamat ni.

Awaknak nikah dengan saya Jai sekali lagi beranikan diri bertanya hal tu.

Erk! Nikah Dengan awak Seri tergamam.

Jai angguk lagi.

Tapi kita baru je kenal Seri senyum.

Kenal selepas nikah kan lebih berkat. Jai balas senyuman Seri.

Tapi saya tak ada rasa apa-apa kat awak. Awak cintakan saya ke Seri tenung Jai.

Jai menelan liur. Kalau aku cakap yang aku memang cintakan dia..nak ke dia percaya

Err..ya. Sejak dulu lagi. Jai tunduk. Dia larikan matanya ke arah lain. Renungan mata Seri dah rasa tembus ke jantung hati!

Saya tak akan serah tubuh saya untuk lelaki yang saya tak ada rasa apa-apa. Awak sanggup macam tu Seri tenung lagi.

Sekali lagi Jai menelan liur. Dia beranikan diri merenung Seri yang nyata terlalu berterus terang.

Saya sanggup tunggu hingga hati awak terbuka untuk saya. Jai cuba mengukir senyum. Sesekali dia jenguk ke arah mak dan Datin Rubiha yang masih leka memilih barang.

Oh Seri tunduk.

Kenapa

Tak ada apa.. Suara Seri dah perlahan.

Kalau saya hantar rombongan meminang..awak terima takKali ni Jai berterus terang. Hatinya dah tak keruan.

Hah Seri menelan liur.

Itu pun kalau awak setuju. Jai senyum lebar. Terasa harapannya semakin cerah.

Errsaya..saya.. Seri tunduk. Kemudian mendongak semula. Datin Rubiha dan Puan Aishah dah menapak ke arah mereka.

Hmm..panjang berborak! Datin Rubiha senyum.

Ma..jomlah balik! Seri tarik tangan Datin Rubiha.

Makcik..kami balik dulu ya! Seri sekali lagi pandang Jai dan mak Jai yang dah tersenyum dari tadi.

Jai hanya memandang Seri berlalu pergi.

Jai..kenapa dengan Seri tu Mukanya dah kemerahan..apa yang korang sembang Puan Aishah jeling Jai yang dah senyum dari tadi.

Maktadi Jai sengaja tanya soal nikah. Dia tak membantah.. Jai dah teruja.

Tapibukan ke Seri tu masih tak ingat apa-apa Mak berkerut kening.

Dia masih ingat yang dulu dia kerja kat makmal. Itu pun sudah cukup baik mak. Kalau kita hantar rombongan meminang raya ke tiga, macam mana Jai pandang wajah tua mak.

Hmmanak mak ni..masih tak putus asa. Tak sabar nak menikah la ni! Mak mengusik.

Jai senyum lebar. Terbayang kehidupannya nanti dengan Seri.