SUASANA meriah tatkala menikmati makan malam. Maklumlah, dua keluarga kembali bertemu. Silaturrahim bertambah erat.
Penyambung kasih mereka sudah pastinya Irfan yang merupakan satu-satunya cucu Encik Omar dan Puan Roziah.
Irfan kelihatan riang sekali. Sudah lama tak berjumpa dengan Atuk dan Uwan. Dia memang dimanjakan oleh Atuk dan Uwan sejak dulu lagi. Berkali-kali juga dia bertanyakan Mak Su Nani. Nampak benar dia kerinduan.
Persoalan tentang sebab sebenar kedatangan mertuanya masih belum terjawab. Bukanlah Zareen tidak mahu menerima kehadiran mereka cuma, mereka datang secara mengejut tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Begitu juga ibu bapanya. Mereka solah-olah sedang merancang sesuatu. Dalam hati, Zareen menuduh Akmal yang merancang semua ini. Tapi..kenapa Apa yang Akmal rancangkan
Mungkin, dia yang terlalu banyak berfikir. Mungkin, mertuanya benar-benar rindukan Irfan lalu membuat perancangan untuk datang melawat. Zareen mengeluh. Kenapalah dia perlu berburuk sangka
Zareen memandang Akmal yang sedang menyuap Irfan makan. Sejak dari tadi sehinggalah sekarang, dia dan Akmal langsung tidak bertegur sapa. Hanya sekadar bertukar senyuman, berbalas renungan. Irfan pula, langsung tak mahu berenggang dengan Akmal sehinggakan makan pun, mahu Akmal yang suap.
Kalau tadi ketika keluar dengan Zack, separuh mindanya memikirkan Akmal. Kini, ketika Akmal ada depan mata, separuh mindanya teringatkan Zack.
Celaru.
Zareen pantas menghabiskan makanan. Terlalu banyak berfikir membuatkan dia terasa lemas. Lebih baik dia beredar, mencari masa seketika untuk meredakan resah dan gundah dalam jiwa. Dia terus bangun menuju ke dapur.
Reen
Tatkala sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur, Puan Roziah datang menghampiri.
Zareen menoleh lalu memberikan senyuman.
Ehtak payahlah mak. Mak duduk aje rehat kat depan. Biar Reen buatUjar Zareen apabila melihat Puan Roziah mahu membantu.
Tak apa. Mak tolong ReenyaBalas Puan Roziah.
Zareen akhirnya membiarkan saja.
Reenmak ada benda nak cakap dengan Reen.Setelah beberapa saat terdiam, Puan Roziah bersuara.
Apa dia Cakaplah mak
Puan Roziah senyum. Mak sayangkan Reen.
Tangan Zareen terhenti dari membasuh. Dia tunduk.
Akmal dah ceritakan semuanya pada mak. Akmal cakap, dia dah sampaikan hasrat dia pada Reen tapi Reen belum bagi jawapan.Sambung Puan Roziah.
Zareen menarik nafas panjang.
Reen dah ada orang lain keSoal Puan Roziah.
Zareen tak menjawab.
Kalau Reen dah ada orang lain, tak apalah. Mak faham.Sayu Puan Roziah meneruskan bicara.
Zareen pantas menggeleng. Untuk apa, dia tak tahu.
Kalau tak ada, Reen sudi terima Akmal
Zareen tetap mendiamkan diri.
Mak tahu, Reen sedih sejak arwah Asyraf tak ada. Tapi Asyraf dah lama meninggal. Sampai bila Reen nak hidup seorang
Reen tak tahu.Hati Zareen terusik tatkala nama Asyraf di sebut. Air mata mula bertakung.
Reen. Akmal betul-betul sayangkan Reen. Dia sayangkan Irfan. Kami semua pun sayangkan Reen. Mak pun suka, kalau Reen terus jadi menantu mak. Terimalah Akmal, Reen Puan Roziah terus memujuk.
MakAir mata Zareen jatuh juga. Tersentuh hati mendengar permintaan Puan Roziah.
Reen sayangkan Akmal
Zareen mengeluh lagi, tanpa jawapan.
Reen sayangkan kamiSekali lagi, Puan Roziah menyoal.
Zareen mengangguk.
Reen. Sampai bila-bila pun, Reen tetap menantu mak. Mak berharap sangat, Reen baliklah pada kami.
MakTubuh Puan Roziah dirangkul dan dipeluk erat.
MALAM kian larut. Para penghuni dan tetamu rumah ini sudah lama lena dibuai mimpi. Entahkan indah, entahkan tidaktiada siapa yang tahu. Yang masih terjaga, hanyalah Zareen. Dia belum mampu melelapkan mata. Otaknya sarat memikirkan pelbagai perkara.
Saat ini, tiada siapa yang dapat membantunya membuat keputusan. Lalu,di atas sejadah dia memohon agar diberi kekuatan. Pada Yang Esa, isi hatinya diluahkan. Air matanya mengalir perlahan. Lama Zareen duduk berteleku sendirian sehingga air matanya kering sendiri.
Zareen bangun. Almari pakaian dituju. Sebuah kotak bersaiz sederhana diambil. Ditemani lampu tidur, isi kotak diperhatikan satu persatu. Semuanya berpalit memori saat indah bersama Asyraf satu waktu dahulu. Dia mahukan sedikit masa untuk kembali pada kenangan.
Album yang mengandungi gambar perkahwinannya dibuka. Gambar dilihat satu demi satu. Bibirnya menguntum senyum secara tiba-tiba.
Wajah-wajah ceria keluarga mereka menghiasi gambar. Manisnya saat bergelar isteri kepada Asyraf Omar ketika itu. Seolah-olah masih terdengar suara Asyraf saat menyatakan janji akad. Masih terasa syahdu ketika buat pertama kali, bibir Asyraf menyentuh dahi. Masih terasa hangat tapak tangan Asyraf ketika tergenggam salam.
Gambar wajah Asyraf disentuh dengan jari.
Sebuah bingkai kaca pula diambil dari dalam kotak. Bingkai bersaiz sederhana itu bukanlah berisi gambar. Tapi puisisatu-satunya puisi yang pernah Asyraf karang untuknya.
Buat Zareen Dalilah
Anugerah terindah dalam hidupku
Wahai malam
Jangan kau redupkan sinar dihatinya
Untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku
Ungkap segala gundah dan resah dalam jiwa
Mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara
Wahai sepi
Jangan engkau sembunyikan cintanya dariku
Keranaku harapkan besar sayangnya kepadaku
Bangunkan rindu yang resah dalam kalbu
Usik lamunan di gelap asa yang tak mengaku
Wahai dingin
Jangan kau bekukan kerinduan itu
Kerana dia selalu hadir dalam mimpi-mimpi
Getarkan rasa cinta dalam hati
Nyanyikan desir angina disetiap sudut sepi
Wahai kekasih
Berikan aku setangkai kelembutan jiwa
Untuk aku ungkap tirai asa tersisa
Untuk aku sampaikan bisik kata rindukepadamu
Reen rindukan abang
Titisan air membasahi bingkai kaca. Dia membiarkan saja. Biarlah kesedihan itu terluah reda bersama air mata.
Setelah perasannya lega, barang-barang kembali dimasukkan ke dalam kotak. Terus disimpan kembali ke dalam almari.
Zareen menghampiri katil. Irfan sedang tidur culas dalam tenang. Rambut Irfan diusap perlahan. Mama sayang Irfan. Kucupan lembut singgah di dahi si comel.
Irfan, permata hatinya. Lambang cinta dia dan Asyraf. Kini, Irfanlah sumber kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Demi kebahagian Irfan, dia sanggup lakukan apa sajawalaupun perasaannya sendiri harus dikorbankan.
Apa sajademi Irfan.