Aku, Dia Dan Somtam - 55
BAB 55

SUDAH hampir enam bulan Anis berada di tanah air. Perniagaan kecil-kecilan somtam yang dijual di gerai-gerai disambung semula. Bibirnya mengukir senyum melihat bungkusan somtam yang sudah dikemas kini untuk pasaran yang lebih meluas. Kali ini resepi somtamnya diubahsuai sedikit. Alhamdulillah, sambutan yang diterima menggalakkan.

Hmm..dengan ilmu yang aku ada ni, aku nak langkah setapak lagi perniagaan somtam ni. Mungkin aku boleh buat pinjaman.

Anis berkira sendiri. Bungkusan somtam diletak di atas meja makan. Sejak pulang dari Perancis, Anis tidak membuang masa lagi.

Somtam dibuat dan dihantar ke gerai-gerai yang telah setahun tidak menerima tempahannya.

Hmmbanyak Anis buat somtam kali ni Puan Ainon muncul di muka pintu dapur.

Ya mak..permintaan dari pelanggan. Anis ingat nak besarkan perniagaan ni. Kalau Anis sewa kedai..ok ke mak Anis duduk di sebelah ibunya.

Hmm..bagus juga tu tapi besar juga belanjanya. Nanti mak bagi modal. Puan Ainon senyum. Bangga dengan Anis yang bercita-cita tinggi.

Modal Banyak duit mak. Mak simpanlah untuk sakit pening mak nanti. Pasal modal tu mak jangan bimbang. Anis ingat nak buat pinjaman bank. Cukuplah untuk buka kedai kecil dulu. Anis mula bersemangat.

Hmmikut suka Anislah tapi mak nak bagi juga modal kepada Anis. Mak pun dah tua. Siapa lagi yang mak nak bantu kalau bukan anak sendiri. Imran ada tanya mak pasal Anis Puan Ainon teragak-agak.

Anis berpaling dan memandang tepat ke wajah tua itu. Imran Bila masa dia berbual dengan mak aku

Err..Imran nak apa mak Anis penasaran.

Dia nak Anis kerja semula dengan dia. Puan Ainon merenung wajah anak kesayangannya yang sudah setahun tidak bersua, terpisah dek lautan.

Kerja Maaf mak..Anis sudah tak ada hati kerja kat situ lagi. Lagipun Anis nak berniaga sendiri. Kalau boleh Anis nak jauhkan diri dari dia dan sekarang ni Anis sudah terima Jay sebagai bakal suami Anis. Nada suara Anis mula sebak.

Puan Ainon mendongak. Jay

Anis angguk.

Anis pasti

Anis angguk lagi.

Rasa mak..Anis baru je kenal dia kanAnis dah fikir masak-masak Benda macam ni bukan main-main Anis. Ini berkenaan kehidupan Anis nanti. Puan Ainon memegang erat tangan Anis.

Mak..percayalah. Anis dah buat pilihan Anis. Doakan untuk Anis mak Anis peluk erat tubuh tua ibunya. Air mata yang mula bergenang mula menitis.

Anis..mak tak kisah siapa pilihan Anis tapi biarlah Anis kenal dulu siapa dia, keluarga dia. Mak tak nak Anis sedih lagi macam dulu. Puan Ainon mengusap lembut rambut Anis.

InsyaAllah makJay seorang yang baik. Anis yakin. Pasal keluarga dia, insya-Allah Anis akan kenalkan dengan mak nanti

Anis mula senyum. Air mata yang jatuh ke pipi disapu dengan hujung jari.

Tapi macam mana dengan Imran Dia masih suami Anis. Apa yang Anis cuba buat ni..berdosa besar! Puan Ainon mengingatkan Anis tentang statusnya.

Anis tahu mak tapi Anis dah nekad. Anis nak berpisah dengannya dan terima lamaran Jay nanti. Anis sugul.

Mak bukan apaImran sudah banyak berubah Anis. Tidak seperti dulu lagi. Dia..dia.. Kata-kata Puan Ainon terhenti. Sekali lagi dia merasa bersalah kerana terpaksa rahsiakan dari Anis atas permintaan Imran sendiri.

Dia apa mak

Satu hari nanti, Anis akan tahu juga. Apa yang mak harapkan, Anis redha sajalah dengan jodoh Anis.

Jadi mak suka tengok Anis menderita Anis mula keliru dengan sikap ibunya sendiri.

Bukan macam tu Puan Ainon semakin resah.

Habis tu

Selama Anis di sana, Imran banyak luahkan perasaannya pada mak. Dia merasa bersalah kerana tidak menghargai Anis. Dia sebenarnya cintakan Anis tapi dia tidak tahu macam mana nak berterus terang dengan Anis. Panjang lebar Puan Ainon bercerita kisah hati Imran.

Sudahlah mak. Anis dah tawar hati dengan dia. Selama ni Anis banyak berkorban perasaan. Mak cubalah faham hati Anis juga.

Anis mula menangis.

Sudahlah Anis. Anis tak boleh buat apa-apa selagi Imran tidak lepaskan Anis.

Sekali lagi dua beranak itu berpelukan.

JAM di atas meja belajar sudah menghampiri sebelas malam. Bunyi cengkerik bersahutan dengan bunyi katak. Hujan yang turun dari siang tadi masih belum reda. Anis bingkas dari katil dan menapak ke arah meja belajar. Komputer riba dibuka. Broadband dipasang pada komputer.

Sejak dia pulang ke tanah air, baru sekarang dia berpeluang untuk menghubungi Jay. Dia perlu kepastian dari jejaka itu. Salam diberi tidak bersambut.

Hmmmana pulak dia ni Anis merenung skrin komputer sambil menongkat dagu.

JS > Waalaikumussalam..:)

Mawar Putih > Awak apa khabar Sihat

JS > Alhamdulillah..awak tak tidur lagi ke Dah lewat ni..

Mawar Putih > Belum mengantuk. Boleh saya tanya sesuatu

JS > Apa dia.

Mawar Putih >Awak serius nak nikah dengan saya

JS > Kenapa awak tanya macam tu Saya ni macam main-main ke

Mawar Putih > Bukan itu maksud sayakalau awak serius, saya rasa saya berhak tahu siapa awak dan keluarga awak. Tak salahkan

JS > Memang tak salah. Itu hak awak tapi buat masa ni biarlah dulu. Saya akan kenalkan seluruh keluarga saya kepada awak pada hari pernikahan nanti.

Mawar Putih > Bukankah itu terlalu lambat Maksud saya, masa tu sudah tak ada maknanya lagi jika awak bukan seperti yang saya rasa.

JS > Maksud awak

Mawar Putih > Sekarang ni saya perjudikan hidup saya pada awak walaupun saya tahu awak seorang yang baik hati dan tidak pernah mengambil kesempatan terhadap saya. Tapi itu bukan bermakna saya menerima awak membuta tuli tanpa mengetahui siapa awak sebenarnya. Maaf kalau saya terlalu mendesak.

JS >Its ok. Itu hak awak. Lainlah awak nak batalkan niat awak untuk bernikah dengan saya. Keluarga saya tak ramai. Im the only son in my family.

Mawar Putih > Itu saja

JS > Saya tinggal dan bekerja di KL.

Mawar Putih > Nama awak

JS > Cukuplah saya bagi tahu nama saya sebagai Jay. Ayah saya keturunan Inggeris.

Anis merenung skrin komputer. Berkerut keningnya menatap kata-kata dari Jay.

Mawar Putih >Awak ada adik Lelaki ke perempuan

JS >. Macam nilah..saya rasa..sekarang ni saya yang menjadi mangsa keadaan. Kalau awak tak suka kat saya, berterus teranglah. Saya boleh terima. Saya sedar..saya hanya penyelamat dalam hubungan ini. Saya tak akan halang awak untuk mencari penyelamat lain yang lebih awak yakini. Terpulang pada awak

Mawar Putih > Bunyi macam merajuk saja. Ok, saya akan tunggu masa hari pernikahan. FYI, awak tetap penyelamat saya. Tak ada yang lain.

JS > The best thing to do ispray to Allah. Then you will find the answer.

Anis terdiam seketika. Sudah lebih dari tiga kali dia menunaikan solat istikharah. Namun wajah Imran juga yang sering muncul walaupun wajah Jay muncul hanya seketika.

Mawar Putih > I willthanks a lot.

JS >Please let me know once you have your answer.

Mawar Putih > InsyaAllah..

JS > Assalamualaikum

Mawar Putih > Waalaikumussalam

Anis menutup laman sosial itu. Matanya masih pada skrin komputer.

Ya Allah..apa aku dah buat ni Jay dah merajuk dengan akuaduhpening la macam ni.. Anis menggaru kepala. Getah rambut dirauk dan rambutnya dibiarkan menggerbang. Anis segera menutup komputer. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Matanya dipejam serapat mungkin.

PAGI lagi Anis sudah bangun. bergegas ke bank. Semalam dia sudah membuat temu janji dengan pegawai bank.

Aku dah lambat ni. Anis jenguk bas. Sejak berpindah ke kawasan perumahan di Puchong, dia merasa sedikit lega kerana tidak perlu risau jika tertinggal bas. Bas akan datang setiap lima belas minit.

Dia segera menaiki bas yang menurunkan penumpang di situ. Meluru Anis menuju ke bank yang terletak tidak jauh dari jalan besar. Setelah selesai segala urusan bank, Anis bergegas pula ke pasar untuk bahan-bahan somtamnya nanti. Namun langkahnya terhenti sebaik terpandang seseorang yang sangat dikenalinya.

Macam mana ni..jalan tu je yang aku kena lalu kalau nak ke pasar.. Anis mula resah. Seboleh mungkin dia tidak mahu bertembung dengan Imran.

Anis!

Anis berpaling. Mukanya mula pucat. Imran sudah tercegat di depan.

Err..awak buat apa kat sini Tak..tak kerja ke tergagap-gagap Anis melontar soalan.

Saya ada urusan di bank. Awak buat apa kat sini Imran pula bertanya soalan yang sama.

Saya..saya nak ke pasar. Saya pergi dulu.. Anis melangkah laju melintas jalan menuju ke pasar yang terletak di seberang jalan.

Nanti! Saya ada hal sikit nak cakap dengan awak. Imran menarik tangan Anis.

Hal apa lagi Boleh lepaskan tangan saya Anis jeling tajam tangan Imran yang menggenggam kuat hujung lengan baju kurungnya.

Anis..kenapa awak kasar sangat dengan saya Apa salah saya Masa kat airport, awak buat tak acuh je kat saya.. Imran masih berdegil memegang tangan Anis.

Siapa yang tak acuh sekarang ni Saya atau awak Maaf..saya pergi dulu. Anis cuba melepaskan cengkaman tangan Imran.

Hai Im!

Serentak Imran dan Anis berpaling. Wajah Imran mula berubah. Anis pula tercengang dengan kehadiran gadis berambut perang itu sudah tercegat di depan mereka.

Kau Imran bercekak pinggang.

Ya..Im..I miss you so much. I dah banyak bersalah pada you. Please forgive me. Natasha merayu penuh manja. Pinggang Imran dirangkul mesra.

Ah! Mengarut! Imran segera menolak Natasha.

Im..I minta maaf ok! I buta mata dan hati. I tahu selama ni I banyak lukakan hati you. I minta maaf! Natasha tidak putus asa merayu.

Anis hanya menjadi pemerhati setia drama sebabak Imran dan Natasha. Baginya Natasha terlalu seksi dengan skirt dan baju seperti tidak cukup kain.

Sorry! Kau telah lama mati dalam hidup aku. Sekarang ni kau jangan ganggu hidup aku. FYI, aku benci sikap hipokrit kau tu!

Imran mula menarik tangan Anis dan segera beredar dari situ.

Anis yang terpinga-pinga dengan kejadian itu terpaksa mengikut rentak Imran menuju ke tempat letak kereta.

Imran!

Imran segera melepaskan tangannya yang menggenggam kuat tangannya.

Please dont ever do this again! . Anis menggosok tangannya yang terasa kebas.

Anis..kenapa dengan awak ni Saya mengaku saya yang bersalah. Maafkan saya okey Imran tunduk. Tindakannya tadi memang di luar kawalannya.

Maaf..saya terpaksa pergi sekarang. Anis sekali lagi meminta diri.

Anistolong dengar dulu penjelasan saya. Saya dengan Natasha tidak seperti yang awak sangkakan dulu. Anak yang dalam kandungan Natasha tu bukan anak saya. Natasha bohong. Imran sekali lagi menahan Anis dari pergi.

Tak tanya pun. Anis segera beredar dari situ. Baginya cukuplah dengan apa yang telah berkalu selama ini.

Imran pula hanya memandang Anis berlalu pergi. Pandangannya beralih pada Natasha yang masih berdiri di tepi bank. Niatnya untuk ke bank dibatalkan. Perasaannya kini sudah bercelaru. Otak pula sudah berserabut.

NATASHA masih memerhati Imran. Dia mengetap bibir. Kedua tangannya digenggam kuat.

BEG tangan dihempas kuat ke atas meja. Tubuhnya dihenyakkan atas katil. Pertemuan yang tak diduga dengan Imran dan bekas kekasihnya tadi rasa dah sesak dada. Sesak nafas! Anis bangun perlahan dan melangkah lemah ke bilik air. Waktu zuhur sudah semakin hampir. Selesai membersihkan diri, Anis meluangkan masa membaca kalimah Allah dari kitab suci al Quran yang dicapai dari atas rak buku. Hatinya kembali tenang bila menghayati kalam Allah. Lupa sebentar segala masalah yang berselirat dalam otaknya ketika ini.

Boleh mak masuk

Anis berpaling. Dia melemparkan senyuman kepada ibu tercinta sambil mengangguk. Kitab suci al Quran diletak semula di tempatnya.

Anis dah habis solat Puan Ainon menghampiri Anis yang masih bertelekung.

Sudah mak Anis bersuara lemah.

Kenapa ni Lemah je suaracuba beritahu mak.. Puan Ainon cuba memujuk.

Tak ada apalah mak.. Anis senyum hambar.

Kalau tak ada apa, mengapa suara tu lemah semacam je

Entahlah mak..Anis keliru. Anis menundukkan wajah.

Keliru Keliru pasal apa

Entahlah.. Anis rasa macam berkecamuk. Err..keluarga Jay ada call mak ke Anis segera mengubah topik perbualan bila teringat janji Jay untuk datang merisik.

Tak ada..kenapa

Dia kata nak datang ke rumah kita

Bila Puan Ainon mula resah.

Mak nisebab tulah Anis tanya mak tadi. Dah enam bulan lebih Anis pulang, dia janji nak datang rumah. Nak kenal mak. Tak apalah..mungkin dia sibuk. Anis sedikit kecewa. Namun apa yang sebenar yang dirasa lebih dari itu. Sikap Imran tadi yang menyebabkan dia merasa begitu.

Kalau macam tu mak minta diri dulu. Hari ni tak nak masak ke Puan Ainon senyum. Dia jeling jam di atas meja belajar. Sudah menghampiri dua petang.

Jom! Anis turut senyum. Telekung dilipat dan diletak atas katil. Dia bergegas ke arah Puan Ainon yang berdiri di muka pintu bilik. Mereka berdua keluar menuju ke dapur beriringan.

SEMENTARA itu di tingkat tujuh pejabat Stephen Holdings, Imran termenung di meja. Fikirannya mula berserabut. Tidak sangka Natasha muncul lagi mengganggu hidupnya. Mahu saja dia hapuskan perempuan tu agar lenyap dari muka bumi ni. Selama ketiadaan Anis, Natasha seperti tidak putus asa ingin mendekatinya semula.

Ah! Serabut otak aku! Imran menghempas kertas kerja atas meja.

Hai..apa yang tak kena ni

Imran mendongak. Kak Irdina sudah tercegat di muka pintu.

Oh kak Dinamasuklah kak. Imran segera bangun dan duduk di sofa tetamu.

Ada masalah ke Kalau fasal kerja, akak boleh tolong tapi kalau pasal hal peribadi susahlah sikit kalau abang tak nak kongsi. Irdina melabuhkan punggung di sebelah Imran.

Imran tunduk sambil meraup muka. Dia mendongak melihat kakak kesayangannya yang manis bertudung sejak pulang dari mengerjakan umrah dua tahun lalu.

Entahlah kak..perempuan tu muncul lagi depan mata abang. Dah terang-terang buat salah, alih-alih nak minta maaf! Boleh jalan la betina tu! Imran menghamburkan kata-kata tidak senangnya pada Natasha.

Siapa yang abang maksudkan ni Marah benar akak tengok Irdina mula serius dengan kata-kata Imran.

Siapa lagi kak..perempuan tak tahu malu tu la!

Maksud abangNatasha

Benci saya nak sebut nama dia! Imran mengetap bibir.

Dia nak apa lagi Irdina juga bingung dengan sikap bekas kekasih Imran.

Entahlah kak..abang rasa tak ada lelaki yang nak kat dia tu. Sebab tulah dia terhegeh-hegeh datang nak minta maaf. Imran sandar di sofa. Tangannya meraup muka. Perasaan sakit hati kembali menular. Luka yang semakin sembuh semakin parah.

Memang tak tahu malu betul perempuan tu! Kalau macam ni, akak rasa baik abang jauhkan diri dari dia. Entah apa yang dia nak buat nanti. Kalau dah gila macam tu, apa-apa pun mampu dia lakukan! Tengok, apa yang telah dia buat pada abang. Sebar gambar porno dia tu! Jijik akak tengok! Irdina mula risau memikirkan Natasha yang nyata sudah gila meroyan!

Err..akak datang ni ada apa kak Imran menukar topik perbualan.

Oh! Akak pun hampir lupa tadi. Ni ada satu projek usahasama dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Tengoklah. Kalau rasa okey, kita boleh masuk tender. Irdina menghulurkan sebuah fail berwarna biru.

Imran membelek sekilas. Fail diletakkan atas meja sofa. Pandangannya beralih pada kak Dina semula.

Hmm..projek IKS untuk bantu pengusaha kecil-kecilan. Bagus juga projek ni. Kita boleh buat proposal tentang pembekalan peralatan mesin ni nanti. Imran mula senyum.

Abang tengok dulu, lepas tu kita bincang. Adik ke mana Tak nampak pun kat ofis Irdina mula bangun.

Tak ada Agaknya dia pergi klinik kut. Semalam dia muntah teruk. Imran turut bangun dan berjalan seiring dengan Irdina.

Muntah

Imran angguk. Kenapa kak senyum

Mungkin ada berita baik la tu. Dia kan dah lama nak baby! Hmm..ada kawanlah Ikhwan Haikal nanti! Irdina sengih sambil berlalu pergi.

Imran turut senyum. Dia sendiri tidak perasan perubahan Izara. Ikhwan Haikal pula, anak lelaki Irdina yang sudah mencecah usia dua tahun sudah lama tidak dijenguk. Rindu pada anak buahnya itu semakin tebal.

BALIK dari kerja, Imran singgah di masjid dekat dengan rumahnya. Selesai solat isyak, dia masih termenung di penjuru masjid sambil memerhati sekeliling. Berfikir kehidupan yang penuh bengkang bengkok. Tenang bila berada di rumah Allah.

Assalamualaikum..

Imran mendongak. Pakcik Firdaus tersenyum kepadanya. Salam dijawab. Pakcik Firdaus melabuhkan punggung sebelah Imran.

Imran..sabarlah. Hidup ni memang penuh dengan ujian. Allah menguji hamba Nya kerana dua perkara. Sama ada menghapus dosa atau mengangkat darjat hamba Nya. Anak ni bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk kembali ke jalan benar dan lebih bertuah kerana memiliki isteri yang solehah. Hidup kita saling melengkapi bila suami isteri sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Ingatlah anak telah menyempurnakan separuh dari agama dengan pernikahan tu. Pakcik Firdaus senyum. Tenang melihat Imran terpinga-pinga.

Err..ma..macam mana pakcik tahu saya dah kahwin Imran buka kupiah dan mula garu kepala.

Anak ni dah dipilih oleh Allah bertemu jodoh dengan gadis yang baik. Pakcik tahu, isteri anak ni seorang yang baik dan solehah. Jangan sia-siakan dia. Jangan pandang isteri dengan hati yang kering. Pandanglah isteri dengan hati yang penuh kasih.

InsyaAllah..rumahtangga bahagia dan paling penting, dapat membina ummah yang mulia dengan rumah tangga yang diberkati dan zuriat yang soleh dan solehah.

Imran diam. Dia masih bingung dengan kehadiran pakcik Firdaus yang tiba-tiba muncul di situ. Pakcik Firdaus mula minta diri. Imran pula masih kebingungan,membiarkan saja orang tua tu beredar dari situ. Hilang.