Arissa Daniel - 55
BAB 55

KALENDAR di atas meja dilihat sekilas. Tak sampai sebulan lagi majlis pernikahannya akan dilangsungkan. Daniel senyum. Dari hari pertunangan sehingga hari ini, tiada khabar berita dari Arissa. Setiap kali dia menghubungi gadis itu, tidak pernah dijawab.

Kenapa degil sangat Arissa ni Marah sungguh nampaknya dia.. Daniel mengeluh lagi. Rasa dia pula yang muka tidak malu tersua-sua ingin mendampingi Arissa. Ah! Macam inikah rasanya bila sudah terjebak dalam perasaan cinta

Telefon bimbit berdering kuat. Panggilan dari Gagak tadi cukup membuatnya tersenyum simpul. Maklumat tentang Sherry sudah ada di tangan Gagak. Selepas kerja nanti, dia akan berjumpa Gagak dan Robin.

Hmm...no wonder..Maklumat Sherry dan Encik Hasnul diperhatikan sekali lagi. Semalam dia tidak sempat meneliti maklumat yang diberi Encik Zahid.

So, dua-dua bersubahat.. Daniel sandar di kerusi. Dia segera menghubungi Sherry.

Maklumat itu diperhatikan lagi. Rupanya Encik Hasnul dulu adalah bekas kakitangan Datuk Mustafa yang dibuang kerana terlibat dengan kes pecah amanah.

Macam mana dia boleh lulus masuk kerja dalam syarikat aku Daniel berkerut kening.

Boss!

Daniel mendongak. Sherry sudah tercegat di muka pintu.

Please call Encik Hasnul. Now!

Sherry angguk. Pintu ditutup rapat.

Daniel senyum. Jelas tadi riak muka Sherry sudah lain. Matanya menala semula pada kertas tadi.

Tuk! Tuk! Tuk!

Masuk!

Encik Hasnul mula menapak masuk. Dia duduk di kerusi setelah dipelawa Daniel.

Ada apa bos Suara Hasnul perlahan.

Hmm....sudah berapa lama awak kerja di sini Daniel sandar di kerusi sambil jemarinya bertaut. Mata tepat memandang Hasnul.

Err..sudah tiga tahun bos.

Sebelum ni awak kerja di mana

Hasnul mendongak. Dia menelan liur. Pertanyaan Daniel dirasakan sudah berlainan.

Err...MK Holdings... Perlahan suara Hasnul. Dia tunduk.

Saya dengar awak pernah dipecat dari syarikat yang awak kerja dulu, may I know why Sengaja Daniel tanya.

Err... Hasnul sudah berpeluh walaupun suhu dalam bilik itu sangat sejuk.

Daniel senyum. Gelagat Hasnul sudah jelas. Lelaki itu tidak boleh dipercayai.

Pukul berapa awak sampai pejabat Daniel beralih kepada soalan lain.

Err..pukul tujuh setengah pagi bos. Hasnul semakin menggelabah. Dia tunduk.

Apa yang awak rancang dengan Sherry Daniel terus kepada tujuan asal dia panggil Hasnul. Wjaah Hasnul seperti sudah pucat.

Hasnul cepat-cepat mendongak. Err...maksud bos

I know what was you two up to! Now, tell me, what was Sherry ask you to do

Hasnul mengelap peluh. Dia sudah berjanji dengan Sherry tak akan bongkarkan rahsia itu. Sherry yang paksanya melakukan semua itu.

Tell me!! Jerkah Daniel.

Hasnul terkejut. Pertama kali mendengar suara kuat Daniel.

Err..dia paksa saya bos. Dia suruh saya duplicate kunci dan beri pada seseorang. Hasnul terpaksa jawab.

Who

Saya tak tahu. Saya hanya diberi alamat sebuah rumah kosong. Dia suruh saya letak kunci tu dalam sampul surat dan letak di dalam letter box rumah tu.Tergagap-gagap suara Hasnul.

Awak tahu apa yang Sherry nak Tanya Daniel. Tidak puas hati.

Hasnul geleng.

Setahu saya, seorang yang beragama Islam macam awak ni, tak akan sanggup mengkhianati orang lain kalau awak sedar siapa awak dan siapa tuhan awak.

Hasnul sekali lagi mendongak. Terbeliak mendengar kata-kata Daniel.

Awak pernah dengar hukum karma Daniel panndag Hasnul tak berkelip.

Hasnul diam.

Apa yang awak buat sekarang ni, akan dibalas juga nanti walaupun bukan oleh orang yang awak khianati. Ia mungkin dari orang yang awak sayang.

Hasnul masih diam.

Saya tahu, awak pecah amanah dulu semasa awak bekerja di syarikat MK Holdings. Dan saya juga tahu kenapa awak buat macam tu. Daniel masih merenung tajam Hasnul yang tunduk dari tadi.

Hasnul cepat-cepat mendongak.

Awak terpaksa bukan Adik awak sakit tenat dan perlukan pembedahan. Kerana itu awak ambil duit syarikat. Dan saya rasa kali ini pun awak terpaksa juga kan Daniel senyum sinis.

Err...aa... Hasnul tunduk semula

Beritahu saya, apa sebabnya Daniel mula kendur suara.

Mereka ugut saya. Kalau saya tak bekerjasama, saya kena bayar balik semua duit yang saya ambil dulu dan adik saya akan dirogol dan dibunuh...Suara Hasnul sudah lemah.

Daniel terdiam. Teringat kes adik Zarul yang turut dirogol atas arahan Tan Sri Johari. Perasaan simpati mula menapak dalam hati.

Awak akan selamat kalau awak bekerjasama dengan saya. Awak tahu apa tujuan Sherry buat macam tu

Saya tak tahu. Saya hanya disuruh memberi kunci pejabat. Itu saja.

Hmm....baiklah. Kali ini saya lepaskan awak. Saya tak akan teragak-agak serah awak pada pihak polis kalau awak khianati saya lagi. Keras suara Daniel.

Hasnul mula bangun meninggalkan bilik pejabat Daniel. Terasa bersalah pada Daniel. Dia tahu Daniel boleh buat apa saja tapi tak sangka Daniel tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.

SHERRY hanya memerhati tingkah Hasnul yang mula keluar dari bilik Daniel. Dari tadi dia rasa tidak sedap hati.

Hasnul! Tunggu! Sherry tarik tangan Hasnul ke satu sudut yang agak terselindung.

Kau nak apa lagi Hasnul rentap tangannya dari cengkaman tangan gadis cina itu.

Kau cakap apa kat bos

Tak ada apa!

Kau jangan nak berbohong. Kalau kau pecah rahsia, tahulah nanti!! Sherry tuding ke muka Hasnul.

Eh! Boleh mampus la! Kau tu sepatutnya berterima kasih pada bos! Kau tak ingat Hasnul tinggikan suara.

Apa Sherry turut tinggikan suara.

Macam aku tak tahu! Kau tu yang tak mengenang budi! Masa kau diculik dan dirogol dulu, bos yang hantar orang untuk selamatkan kau. Kau diberi tempat tinggal yang baru,ambil kau bekerja di sini, apa lagi yang kau tak puas hati hah Hasnul sudah geram. Ternyata gadis itu tidak mengenang budi Daniel yang telah selamatkannya dari dikurung di rumah kosong itu.

Sherry terdiam. Masih kukuh di ingatannya, dia dirogol oleh dua orang lelaki yang tidak berhati perut dua tahun dulu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia diperlakukan begitu. Apa yang dia tahu, dia diculik dan ditempatkan di sebuah rumah kosong. Sejak itu dia dirogol setiap hari oleh kedua lelaki itu sehinggalah dia diselamatkan oleh dua orang lelaki lain.

Err...macam mana kau tahu semua tuSherry berkerut kening.

Abang kau..Tze Kye, dia merayu dengan bos supaya cari kau. Hasnul terpaksa buka cerita itu semula.

Macam mana abang aku kenal bos Sherry menelan liur.

Masa tu, aku temankan bos ke pejabat audit negara. Kebetulan abang kau kerja kat sana. Dari situlah bos kenal abang kau dan bila kau diculik, abang kau tak tahu nak minta tolong dengan siapa. Dia merayu pada bos supaya selamatkan kau! Hasnul semakin geram.

Sherry terduduk di tepi dinding. Dia menekup muka.

Kalau kau tak percaya,, kau tanya abang kau sendiri! Hasnul mula beredar dari situ. Sherry masih terjelepuk di atas lantai.

Oh my god.. Sherry mula bangun. Dia perlukan kepastian dari abangnya. Dan lebih penting, sampai sekarang dia tidak faham mengapa dia diculik dan dirogol.

KERETA Nissan Teanna hitam diparkir di halaman rumah. Sherry menapak keluar dari perut kereta. Dia menapak perlahan ke anjung rumah.

Aunty Sherry!!

Sherry senyum. Anak buahnya yang baharu masuk darjah satu sedang berlari ke arahnya.

Hmm..miss you Isabelle! Sherry peluk anak kecil itu.

Wheres papa Sherry senyum.

Anak kecil itu menuding ke arah satu sudut di tepi kolam ikan. Sherry berpimpinan tangan dengan anak buahnya menuju ke sana.

Sherry, whats up How are you doing Tze Kye senyum sebaik melihat Sherry melabuhkan punggung di kerusi. Kalau tak ada hal penting, Sherry jarang ke rumahnya.

Good..emm..wheres sis Alice Mata Sherry mencari kelibat kakak iparnya.

Shes in her room. Not feeling well. Shes expecting.. Tze Kye senyum.

Really Congratulations! Sherry senyum.

Thanks! So, anything

Yeah...actually I wanna ask you something.. Sherry pandang abangnya yang sedang menatap suratkhabar.

Apa dia

Sherry senyum. Memang keluarganya suka bercakap bercampur bahasa. Kadang-kadang bahasa melayu, sekejap pula bahasa cina tapi selalunya bahasa Inggeris.

Abang ingat tak masa saya diculik dulu

Pantas Tze Kye berpaling.

Kenapa

Siapa sebenarnya yang selamatkan saya

Why Tze Kye tanya lagi.

Sherry senyum. Pening aku bercakap dengan abang aku ni. Sekejap bahasa Melayu, sekejap pula bahasa Inggeris.

Saja nak tahu...sampai sekarang abang tak pernah cerita. Dan satu lagi, sampai sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa saya diculik dan dirogol.. Sherry pandang muka abangnya yang sudah berlainan riak.

Tze Kye diam seketika. Mengenang kejadian itu membuat hatinya kembali sakit.

Kawan abang yang selamatkan Sherry dulu..

Siapa Desak Sherry.

Bos Sherry sekarang. Tze Kye jeling Sherry.

You mean...Daniel Sherry menelan liur.

Tze Kye angguk.

Sherry terdiam.

Why Tze Kye mula rasa pelik. Baru sekarang Sherry sibuk bertanya hal itu.

Err...nothing. Oh ya, abang kenal siapa penculik dan perogol tu Sherry ubah topik.

Kali ini Tze Kye pula terdiam. Memang salahnya. Kerana dia enggan mengikut kata, Sherry menjadi mangsa.

Sherry...Im sorry..I cant tell you.. Sugul suara Tze Kye.

But why

Just..forget about it okay Pujuk Tze Kye. Benda itu sudah berlalu dua tahun dulu. Sekarang ini semuanya sudah selesa. Tiada lagi gangguan dari sesiapa.

I need to know! Tinggi suara Sherry.

It was my fault. Masa tu abang dipaksa untuk menipu akaun sebuah syarikat yang bakal abang audit. Abang cuba diberi rasuah. Abang tahu, syarikat itu banyak buat kerja kotor. Banyak duit syarikat diselewengkan. Abang tolak tawaran tu. Lepas tu, bila pihak audit negara periksa, ada berlaku penyelewengan. Anak tuan punya syarikat sendiri yang menyeleweng wang syarikat. Jadi syarikat itu diarahkan untuk membayar gantirugi klien. Disebabkan itu, mereka menuduh abang punca semua itu. Sebab itulah Sherry diculik dan dirogol. Abang yang bersalah...I was hopeless that time. Tak tahu nak minta tolong siapa. Abang merayu pada Daniel kerana abang tahu dia saja yang boleh tolong abang.. Tze Kye menundukkan wajah.

Oh my... Sherry bersandar di kerusi.

Im sorry Sherry.. Tze Kye peluk Sherry.

Sherry menangis di bahu abangnya.

Boleh saya tahu syarikat apa Sherry mendongak.

Sherry tak kenal. Syarikat tu dah tak ada. Syarikat tu pernah diisytiharkan bangkrap tapi abang masih kenal siapa mereka... Tze Kye mula terbayang wajah lelaki yang memaksanya berbuat demikian.

Who Desak Sherry.

Kenapa nak tahu

Sherry nak balas dendam!! Perasaannya membuak. Segala kejadian dulu masih segar dan tak akan pernah padam.

Please dont Sherry...its too dangerous. Just leave it like that.. Pujuk Tze Kye.

Sherry mengetap bibir. Dia perlu tahu siapa!!

No!!

Tze Kye geleng. Degil Sherry masih sama seperti dulu.

Alright... Tze Kye bisik ke telinga Sherry.

HahWhat Sherry terkejut.

Just becareful okay.. Laung Tze Kye. Sherry dilihat sudah mula menaiki kereta meninggalkan halaman rumahnya.

Hmm..kalau apa-apa berlaku pada dia, terpaksa aku minta tolong dari Daniel lagi sekali.. Tze Kye mengeluh.