MY SWEET ARISSA - 55
TERKEJUT Arissa melihat dua buah beg pakaiannya berada di hadapan pintu rumah.

Sekali lagi air matanya gugur. Terasa begitu hina dirinya dihalau begitu.

Segera dia memakir motosikal Badrul di tempat biasa. Hakimi masih belum pulang memandangkan kereta yang selalu diguna untuk ke pejabat tiada di tempat biasa. Hanya kenderaan pacuan empat roda lelaki itu terletak di bawah porch. Haa... dah balik pun! Arissa menoleh ke pintu.

Kenapa Umi buat macam ni Sedih sungguh dia dihalau seperti anjing kurap.

Kenapa Mencerlung mata wanita itu dengan tangan berada di pinggang. Cuba kau fikir sendiri apa yang kau dah buat Kau buat benda-benda tak senonoh boleh pula tanya aku. Eh, Kimi pun tak nak bini tak senonoh macam ni, tau tak! Sekarang kau boleh berambus dari rumah ni! Puan Hanim menuding jari ke pintu pagar

Hakimi tak cakap apa-apa... saya tak akan tinggalkan rumah ni. Arissa cuba bersikap keras melawan wanita itu. Itulah pertama kali dia melawan kata-kata Puan Hanim.

Kimi yang suruh aku kemas baju-baju dan halau kau dari sini. Faham tak! bohongnya. Padahal itu adalah rancangannya hendak mengusir Arissa dari rumah itu.

Haa Rasa seperti hendak gugur jantungnya mendengar kata-kata Puan Hanim. Dikesat air mata dengan belakang tangannya. Patutlah lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya ketika dia datang ke pejabat Hakimi. Malunya dia dengan Anita.

Saya tak pernah buat perkara-perkara yang macam Encik Naim cakap pada Umi. Sungguh. Demi Allah. Kalau benar, Allah pasti membalas perbuatan saya kerana derhaka terhadap suami saya. Kalau tidak, biarlah Allah saja yang membalas orang yang memfitnah saya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Saya harap dia bertaubat sebelum terlambat. Barulah dia tahu, bertapa berat dan sakitnya bila difitnah begitu.

Tergamam Puan Hanim mendengar patah-patah ayat Arissa yang membuat hatinya kecut dan tangkai jantungnya hampir putus. Nafas ditarik dalam-dalam sebagai menenangkan dirinya.

Aku tak nak dengar apa-apa. Kau keluar dari sini! pekiknya. Dicapai salah sebuah beg pakaian Arissa lalu dihumban ke pintu pagar. Terburai segala isinya.

Ya Allah!

Bergesa Arissa mendapatkan barang-barang yang sudah bertaburan di sana sini dan segera mengumpulnya semula lalu dimasukkan ke dalam beg pakaian tadi. Ke mana dia nak pergi Rumah sewanya masih menjadi tempat Encik Johan, Encik Ariff dan Encik Kamarul bertanggak sebelum berpindah ke Pulau Langkawi nanti.

Dia menoleh kepada pintu rumah yang sudah bertutup rapat. Sekali lagi dia mengesat air matanya dengan belakang tangan. Ke mana dia nak pergi

Arissa!

Arissa menoleh. Kelihatan Mak Cik Ruhaya melangkah menghampirinya dari arah belakang.

Mak Cik.

Jom pergi rumah Mak Cik. Mak Cik dah telefon Pak Mat sekejap lagi dia sampai.

Mak Cik Ruhaya membetulkan kunci beg Arissa yang sudah tercabut. Kasihannya dia melihat gadis itu. Rasa bersalah kerana dia yang mengemas barangbarang Arissa atas arahan Puan Hanim tadi. Katanya Hakimi yang minta berbuat begitu. Sampai hati Hakimi memperlakukan Arissa begitu.

Saya tak tipu sesiapa Mak Cik. Saya tak buat benda-benda tak elok tu. Entah berapa kali ayatayat itu diulang hari itu. Namun tiada siapa yang mempercayainya termasuklah Hakimi, suaminya. Sedih sangat-sangat bila Hakimi tidak mempercayainya.

Mak Cik tahu. Mak Cik percaya kan Arissa. Dah jangan menangis lagi. Kita pergi rumah Mak Cik. Malam ni tidur je rumah Mak Cik, ya. Wanita itu menarik beg Arissa sebaik melihat sebuah teksi berhenti di hadapan rumah Hakimi.

Lama Arissa memandang Mak Cik Ruhaya yang sedang menarik beg pakaiannya. Kemudian memandang beg pakaian yang berada di sampingnya.

Arissa, cepat! panggil Mak Cik Ruhaya sambil menggamit gadis itu.

Dia tahu Arissa masih ragu-ragu hendak meninggalkan rumah suaminya. Kalau sudah Hakimi sendiri yang meminta Arissa keluar apa yang boleh dikatakan lagi.

Rasa luruh jantungnya sebaik mendengar arahan Puan Hanim tadi. Tak sangka begini kehidupan Arissa. Sudahlah tak punya sesiapa. Difitnah lagi. Kemudian dihalau seperti manusia tak punya harga diri.

Perlahan-lahan Arissa melangkah bersama beg pakaiannya.

Pak Mat. Tidak tahu bagaimana senyumannya untuk lelaki yang mungkin atau lebih kurang sebaya Encik Razali.

Masuk Arissa. Dihalakan tangannya kepada pintu teksi yang sudah dibuka.

Beg tu biar Pak Cik letak kat belakang. Disambar beg pakaian Arissa kemudian diletak di belakang teksinya

Dah... jangan risau. Tinggal di rumah Mak Cik dulu ya. Rumah tu dah tak ada sesiapa pun. Mak Cik tinggal sorang. Anak-anaknya sudah berkahwin dan tinggal berasingan. Mak Cik Ruhaya menepuk tangan Arissa sebaik duduk di sebelah gadis itu.

Terima kasih Mak Cik. Sekali lagi air matanya mengalir bergenangan di pipi.

Dah... banyak-banyak sabar. Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Erat tangannya memegang tangan Arissa.

Arissa mengangguk.

Esok saya nak ke Langkawi. Ada kerja di sana. Ingatkan nak balik hari je. Tapi dah jadi macam ni... memang kena duduk di sana selama-lamanya kut. Arissa ketawa yang dibuat-buat sebagai menghilang rasa tidak menentu di hatinya.

Mak Cik Ruhaya senyap. Pedih dia mendengar kata-kata Arissa.

Arissa memandang ke rumah Hakimi sebaik teksi Pak Mat mula bergerak. Terasa seperti ada sesuatu yang tertinggal di rumah itu. Air matanya semakin laju menuruni pipi.

GELAP gelita sebaik dia membuka pintu biliknya. Namun terasa sunyi dan sepi walaupun suasana sudah terang benderang. Tidak tahu mengapa. Arissa belum balik ke Hakimi bersoal sendiri.

Dalam marah ada rasa rindu terhadap isterinya. Bila difikirkan semula, tidak mungkin Arissa sanggup melakukan perkara itu. Kalau isteri jenis begitu dari dulu lagi Arissa curang terhadapnya.

Ya, dia lebih tahu isterinya daripada orang lain. Sikapnya siang tadi seperti seorang lelaki tidak matang. Terus terima kata-kata Puan Hanim bulatbulat tanpa mendengar penjelasan Arissa terlebih dahulu. Namun telahan buruk yang diceritakan oleh Uminya begitu kuat menghantui fikirannya.

Hakimi meraup wajahnya beberapa kali. Terasa tubuhnya begitu penat sekali. Dia memandang kepada meja sisi katil. Tiada bingkai gambar orang tua Arissa. Kemudian dia menghampiri katilnya dan menyeluk bawah bantal tempat Arissa selalu berbaring.

Hakimi senyum sendiri sebaik merasa ada sesuatu di bawah bantal Arissa dan ditarik keluar. Diletak bingkai gambar itu di atas meja sisi di tempat biasa Arissa tidur.

Dah pukul berapa ni Takkan tak balik lagi. Dia mula merasa bimbang.

Dia menyeluk telefon bimbit yang berada di poket baju. Ya Allah, ada 29 panggilan tidak berjawab dan berpuluh-puluh mesej daripada Arissa.

Banyaknya mesej, keluhnya. Tak mampu untuk dia membaca semuanya.

Nampaknya dia perlu berbincang dengan Arissa. Apa-apa dia mahu mandi dahulu agar tubuhnya kembali segar. Hakimi melangkah masuk ke dalam bilik persalinan itu tetapi langkahnya terhenti. Dia mengitari sekitar bilik itu. Tidak tahu mengapa. Lain daripada selalu aura di dalam bilik persalinannya. Matanya beralih ke almari yang menyimpan baju

Arissa.

Astaghfirullah al azim!

Melurut dia terduduk di lantai melihat tiada sehelai pun baju isterinya. Hakimi bangun dan melangkah ke almari yang menyimpan beg pakaian mereka. Beg-beg pakaian Arissa sudah tiada di situ.

Hakimi melangkah keluar menuju ke pintu biliknya.

Umi! pekiknya memanggil Puan Hanim sambil menuruni tangga. Isterinya sudah meninggalkan rumah mereka. Atau...

Umi!

Ya! Puan Hanim yang masih bertelekung keluar dari biliknya. Kenapa

Arissa.

Kenapa Berdebar dia mendengar anak itu menyebut nama isterinya.

Umi halau isteri saya ke

Kimi! Cakap tu biar pada-pada sikit ya. Sejahatjahat Umi tak ada Umi nak halau dia keluar. Dia yang keluar sendiri kutip habis baju-baju dia! bohong Puan Hanim bersungguh-sungguh.

Haa Gamam dia mendengar cerita Puan Hanim.

Dada Puan Hanim masih berdebar-debar. Rasa kecut berbohong kali itu. Teringat kata-kata Arissa siang tadi, hatinya kembali tidak tenteram. Fitnahkah itu jika Naim sudah mengakui perbuatannya pada Wafa. Untuk mengaku kesilapan, dia tidak akan berbuat begitu. Tidak sekali-kali.

Dah... jangan fikir kalau orang dah tak nak.

Hakimi senyap lalu duduk di sofa yang ada di situ.

Kimi... Puan Hanim menghampiri Hakimi. Diusap belakang anak itu.

Kenapa dia buat macam ni

Mungkin sebab malu.

Tak... Kimi tak percaya Arissa buat perkara macam tu. Kimi kenal isteri Kimi. Dia terdesak macam mana pun dia tak akan buat benda tak senonoh macam tu. Dari makan benda tak halal dia lebih sanggup berlapar Umi tahu tak. Dia tak ambik yang bukan hak dia! Matanya sudah berkaca mengingatkan Arissa yang tidak tahu ke mana menghilang.

Sekali lagi Puan Hanim tergamam.

Habis... dah dia sendiri yang nak keluar dari rumah ni. Umi nak tahan macam mana Ini rumah Kimi. Bukan rumah Umi! Geram pula dia apabila Hakimi tidak mahu mempercayai kata-katanya.

Hakimi senyap.

Sudahlah... pergi mandi. Solat... maghrib dah nak habis dah pun.

Hakimi senyap. Bangun dan melangkah longlai menuju ke tangga untuk ke biliknya di tingkat atas. Kembali rasa sepi menyimbah diri dan hatinya.

HAKIMI mengangkat tangannya untuk melihat jam di pergelangan tangan dalam samarsamar cahaya dari bilik mandi.

Pukul 2.30 pagi, keluhnya.

Dari meneletang dia mengiring menghadap tempat Arissa selalu berbaring. Diletak tangan kanannya di tempat itu seolah-olah sedang memeluk isterinya. Sejak dia baring tadi matanya tidak boleh langsung dikatup. Fikirannya melayang-layang mencari Arissa. Sudah puas dia cuba menghubungi isterinya sebelum itu.

Cerita Puan Hanim sukar untuk dipercayai. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Kalau tidak Arissa tidak akan pergi begitu sahaja. Ya, dia pasti sangat. Dia lebih tahu isterinya daripada orang lain.

Kat mana sayang tidur Hakimi menyoal sendiri. Perkara itulah yang paling dibimbangkan. Di mana isterinya tidur

Memang dia tidak boleh melelapkan matanya. Barulah dia tahu, beginilah rasa rindu bila kehilangan orang yang dicintai. Ada rasa sakit, pedih dan perit. Seolah-olah seperti dihiris dengan belati.

Tiba-tiba dia bangun dan mencapai telefon bimbitnya dan cuba menghubungi Arissa. Namun perempuan yang terlebih rajin itu menjawab bagi pihak Arissa yang isterinya berada di luar kawasan.

Luar kawasan mana Hakimi terus menyoal sendiri. Lama dia memandang telefon bimbitnya. Di situ wajah isterinya yang menjadi wallpaper telefon bimbitnya.

Sayang kat mana Sekali lagi dia menyoal pada foto bisu Arissa.

Tiba-tiba dia teringat pada Penthouse mereka. Mungkin Arissa di sana. Segera dia menghubungi bahagian front desk bertanyakan kalau-kalau ada sesiapa yang naik ke Penthouse.

Tak ada Encik Hakimi. Lif tu pun Encik Amrin tutup. Dia kata arahan daripada Encik Hakimi.

Terkedu Hakimi mendengarnya. Rasa malu pula dia bertanya walhal dia yang meminta berbuat begitu setelah Arissa mencadangkan begitu. Mustahil isterinya berada di sana kalau tidak mungkin Encik Amrin sudah menghubunginya.

Hakimi meraup kepalanya dengan kasar. Arghhh! pekiknya.

Dia bangun dan melangkah menuju ke pintu gelangsar. Dikuak sedikit langsir yang menutupi pintu itu. Lama dia memandang jalan yang sepi. Hanya sebuah dua kereta yang lalu di hadapan banglonya.

Ya Allah, keluhnya lalu melangkah menuju ke bilik mandi. Hmm... lebih baik dia bersolat sunat, hatinya memberi cadangan.

Hakimi segera berwuduk, selesai dia keluar dan mula mengerjakan solat sunat dua rakaat dan berharap dapatlah dia tidur kelak. Dia pasti Arissa selamat di suatu tempat yang dia tidak ketahui.

Allah ada. Perlahan dia bersuara.

Ya, dia yakin sangat-sangat, isterinya selamat dan berada di suatu tempat yang selamat.

Jaga dia untukku Ya Allah, walau di mana dia berada. Berair matanya memohon kepada Yang Maha Esa.

Hakimi bangun lalu melipat sejadah dan di letak atas sofa. Matanya beralih ke bilik persalinan. Dibukanya, terpandang tilam milik Arissa yang tegak bersandar di dinding. Perlahan-lahan dihampiri dan tarik sebagai membentang tilam itu di atas karpet.

Tidur sinilah, bisiknya sendiri.

Hakimi keluar untuk mengambil bantal dan selimut. Beberapa saat dia sudah berbaring dalam cahaya lampu dari bilik mandi. Sengaja dia membuka pintu bilik persalinan itu. Teringat malam pertama mereka tidur sebilik. Di sinilah Arissa mula-mula dahulu dan dia di atas katil sana. Tiba-tiba dia merasa seperti orang terbuang berada di situ dan mungkin beginilah perasaan Arissa suatu ketika dahulu.

Ya Allah, aku mohon kepadamu... jagalah dia untukku walau di mana dia berada, Ameen.. Diraup kedua tangannya ke muka.

Cuba dirapatkan matanya dan akhirnya dia tertidur juga.