MY DARLING ANGEL - 55
IBU, AYAH... Esak tangis Elzaara kedengaran sayu di

pendengaran.

Syyhh.. syyhh... Dah, dah, El jangan susah hati. Nanti ayah okeylah tu. Sekarang ni El kena cepat-cepat sembuh ya Bila El dah sembuh, El pergi pujuk ayah, pergi minta maaf balik dengan Bunyamin, Haziq dan Lisa ya sayang. Sekarang ni El rehat, tenangkan fikiran dulu. Soal ni semua kita tolak tepi dulu. El dah sembuh nanti baru kita buat satu per satu okey

Ibu, betul ke apa yang ayah cakap tadi tu Betul ke ayah dengan ibu pun tau hal ni Puan Rahayu mengangguk.

Semakin deras dan semakin kuat tangisan Elzaara. Kini, dia merasa amat bersalah dan betul-betul menyesal dengan ketelanjuran dan juga kebiadapannya terhadap mereka semua. Dia hanya memikirkan dirinya sendiri tanpa memikirkan langsung soal perasaan orang sekelilingnya. Dia telah berlaku kejam dengan orang-orang yang begitu tulus menyayangi dirinya.

Ya Allah, apa yang aku dah buat ni Elzaara meraupkan kedua belah tangan ke muka lalu menangis semahu-mahunya.

Puan Rahayu begitu sedih melihat anak bongsunya begitu sedih dan menyesal dengan perbuatannya. Dia memeluk erat Elzaara untuk meminjamkan kekuatan pada anaknya.

MEREKA tiba di kafe Brian. Suasananya tetap sama seperti mula-mula dia jejakkan kaki di sini. Sangat inviting. Dia perhatikan Brian yang ralit melayan Haziq, Tahniah saya ucapkan atas pertunangan awak dan El dulu.

Terima kasih Lyn. Tapi, mungkin tak lagi kot. Elzaara mungkin takkan terima I lagi. I tau I tak layak untuk dia dan I reda apa pun yang berlaku.

Kenapa awak cakap macam tu Takkan awak nak putus harapan hanya di sebabkan Elzaara marahkan awak Lagi pun ikatan awak berdua masih ada. Awak dengan dia masih lagi bertunangan.

Tak, I tak putus harapan tapi I tak boleh nak paksa Elzaara untuk dia terima I dalam hidup dia. Dia berhak buat keputusan sebab ini bersangkut paut dengan kehidupan dia. Cukuplah sekali I dah paksa dia dalam ikatan pertunangan ni tanpa bertanya pada dia dulu. Karma buat I, jadi I terima ni semua dengan hati yang lapang dan terbuka.

Lyn merenung wajah bersih Brian. Dia kasihan melihat Brian yang harus menanggung semua ni demi cintanya yang tulus terhadap Elzaara. Melihat Haziq yang sedang leka menikmati aiskrim mangkuk besar, hatinya bertambah sayu.

Apakah salah mereka sehingga mereka dihukum begini rupa Apa terlalu terukkah mereka sehingga Elzaara melayan mereka seperti anjing kurap di tepi jalan sehingga sanggup memarahi mereka seperti mereka tidak mempunyai harga diri

So, awak nak buat apa sekarang

Jalani hidup macam biasa. Kembangkan kafe ni. Soal hubungan kami, I serahkan je pada Allah. Biar Allah yang tentukan apakah pengakhiran bagi hubungan kami ni. Apa-apa pun I akan terima dan reda dengan ikhlas apa pun yang berlaku. Kalau jodoh I dengan El masih kuat, Insya-Allah kami akan bersatu juga. Tapi, sekarang biarlah masa yang tentukan.

Tapi, takkan awak tak nak berusaha langsung untuk cuba tawan balik hati Elzaara Lagi awak biarkan dia, lagilah dia keras kepala. Awak kena tunjukkan kesungguhan awak pada dia, baru dia sedar. Kalau awak main tarik tali macam ni, rasanya tak lama lagi mesti terlerai hubungan awak berdua. Awak juga yang cakap awak terlalu sayangkan El dan juga Haziq. Brian menggeleng.

I reda. Macam I cakap tadi, I ikhlas terima semua keputusan. Apa yang paling penting buat I, kebahagiaan Elzaara. Kalau dia cukup bahagia tanpa I, I akan doakan yang terbaik untuk dia. I dah tak larat nak bermain dengan emosi, berkeras dengan dia sebabnya tak ada faedah langsung. Kalau I paksa dia untuk kami teruskan hubungan ni, tapi dia sendiri tak rela tak elok

juga kan. Lebih baik begini. Lyn mengeluh.

Awak terlalu baik untuk dia. Kenapalah dia tak boleh nampak tu semua.

Brian tersenyum nipis. Walaupun bibirnya mengukirkan senyuman tetapi sebagai manusia yang mempunyai emosi dan berperasaan, dia juga merasakan pedih dan sedih apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh tunangan sendiri. Sudah seminggu dia cuba untuk menawan hati batu kerikil Elzaara, sudah beribu cara dia cuba usahakan tetapi malangnya tidak satu pun berjaya. Dia sendiri seakan-akan pasrah dan reda dengan apa yang berlaku. Brian seperti sudah menerima hakikat bahawa dia dan Elzaara tidak pernah berjodohan.

So, you pula apa cerita Dah duduk dekat seberang laut takkan tak ada cerita yang menarik kot soal Brian mengalihkan topik.

Brian menyambar peluang untuk mengorek rahsia Lyn apabila masing-masing mula membisu. Dia tidak mahu topik Elzaara menjadi tumpuan utama kerana hatinya akan seperti dihiris-hiris acapkali nama Elzaara berbangkit.

Lyn hanya tersengih. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Lyn mengangkat tangannya sebagai isyarat untuk dia menjawab panggilan dulu. Brian hanya mengangguk dan perhatiannya kini beralih kepada anak terunanya.