DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 55
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

Ada ijazah pun dah tak berguna

Kerana zaman dah semakin berubah

Ramai yang mencari doktor di FB

Ramai juga yang jadi Dr Google dan Dr FB

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

Hanya diperlukan bila nak MC

Nasihat tak pernah didengar

Ubatan tak dimakan ikut peraturan

Malah ada yang langsung tak makan ubat

Takut nanti rosakkan buah pinggang

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

Sekarang dah wujud ubat ajaib dan ubat super Satu ubat untuk semua jenis penyakit

Telan satu jenis pil

Semua penyakit boleh disembuhkan

Ada ubat super yang boleh merawat sistem badan

Membetulkan mana-mana yang rosak

Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang

Sel-sel badan boleh ditukar dan diganti baru

Semua penyakit boleh hilang dari badan

Darah tinggi boleh normal

Kencing manis boleh sembuh

Gout boleh sembuh

Kanser pun boleh sembuh

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah

Belajar ilmu perubatan lima tahun dah tak berguna

Sebab ilmu yang aku belajar

Sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang

Ilmu fisiologi dah tak betul

Ilmu biokimia dah tak betul

Ilmu farmakologi dah tak betul

Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang Ada garam bukit penawar semua penyakit

Ada daun-daun kering penawar semua penyakit

Ada jus buah-buahan penawar semua penyakit

Ada kopi penawar semua penyakit

Ada juga mesin boleh buang toksin

Ada juga air rendaman kaki untuk buang racun

Dah tak payah pergi klinik

Dah tak payah pergi hospital Dah tak payah jumpa doktor

Minum je ubat ajaib dan ubat super

Telan je pil-pil suplemen kesihatan

Duduk je atas kerusi elektrik

Rendam je kaki dalam air

Semua penyakit boleh hilang

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

Pesakit sekarang lebih pandai daripada doktor

Pesakit sekarang lebih percayakan kawan Pesakit sekarang lebih percayakan ubat ajaib

Pesakit sekarang lebih percayakan rawatan alternatif

Pesakit sekarang lebih takut dengan ubat moden

Ubat moden merosakkan buah pinggang

Ubat moden tak boleh merawat kanser

Ubat moden tidak boleh menyembuhkan

Ubat moden sekadar mengawal Imunisasi itu ciptaan Israel

Imunisasi itu penyebab autisma

Lebih baik makan ubat ajaib

Kencing manis boleh sembuh

Gout boleh sembuh

Asma boleh sembuh

Kanser pun boleh sembuh

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

Aku dah bosan memberi nasihat

Aku dah bosan memberi penerangan

Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan

Ubatan diberi sekadar jadi pameran

Ramai pesakit yang degil

Paras gula naik sebab buatan orang

Kena stroke sebab gangguan jin Berat badan susut sebab ada orang dengki Kena kanser pun sebab buatan orang

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah

Kerana zaman dah semakin berubah

Doktor dah semakin tak relevan

Penyakit boleh digoogle di Internet

Kawan penasihat dah ramai di FB

Ubat boleh dibeli di farmasi

Ubat juga boleh dibeli online

Malah MC pun sekarang boleh dibeli online

Aku tak faham

Terutama dengan ubat MLM

Terutama dengan agen MLM Kenapa mudah sangat percaya satu ubat yang boleh menyembuh segalanya Dengan modal testimoni beberapa orang habis dijajanya ubat mereka satu dunia Yang tua dipujuk untuk membelinya

Yang muda diajak menjadi downlinenya

Malah doktor juga cuba dikelentongnya

Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu

Yang boleh membersihkan udara

Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran

Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit

Yang boleh menjadikan awet muda

Dulu pernah ada tuala wanita

Yang diperbuat daripada pelbagai herba

Boleh menyerap racun dan mencegah kanser

Juga boleh letak didahi jika demam

Juga boleh diletak dilutut jika terkehel

Sebenarnya aku kasihan dengan mereka

Sama ada yang menjual atau membelinya

Mereka mudah sangat percaya

Kepada benda karut

Kesihatan diri diperjudikan

Wang ringgit sanggup dihabiskan Tidakkah mereka tahu ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan

Perlu ada clinical trial

Perlu ada kajian saintifik

Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup

Bukan setakat cakap-cakap sesedap mulut

Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik

Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah

Aku dah nak bersara

Aku dah nak balik kampung

Membuka ladang kangkung

Nota:

Sajak spontan ini pernah menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik ke Facebook seorang profesor perubatan universiti tempatan.