SEMBANG TEPI JALAN - 55
Saat ini aku melalui sacu musim yang penuli dengan elemen realiti, tidak hipokrit, sebiasanya. Sukar tapi suka. Aku praktikal dan sinipulkan segala maksud untuk satu pertemuan yang telah ditentukan. Untuk kcsekian kalinya setelah 10 cahun aku terjun dalam dunia busking, aku membut keputusan untuk menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa. Aku tinggalkan kerja di Yamaha Music, setelah berkhidmat selama liampir sembilan tahun. Aku bahagia walau penat. Sekiranya terdapat scbarang jemputan untuk membuat persembahan, mereka tetap akan menjemput aku. Aku ntenganggap busking ini seperti sesi latihan bagi lebih inengenal makna hidup (kononnya).

Sebenarnya tidak semua pemuzik sanggup melakukan kerja macam ni. Kadang-kadang lucu. Tetapi inilah kebahagiaan aku buat masa ni, esok tidak boleh membuat sebarang telahan. Jadi, setiap hari akan aku pastikan aku mempunyai hasil yang setimpal untuk menanggung anak bini. Badan penat tapi bila balik rumali, tengok nntka anak-anak aku yangsentisa riang menyambut aku di pintu, itulali yang menjadi kekuatan aku, itulah kehidupan aku. Anak-anak adalah nvawa, semangat untuk aku terus hidup dalam dunia yang penuh teka-teki.

Apabila kita meletakkan diri kita di dalam dunia busking, tidak ada istilah siapa bagus atau siapa tak bagus sebab kebanyakan kita akan menyanyikan lagu-lagu yang sebiasanya dan sesuai untuk semua masyarakat. Tetapi kalau nak buat duit, kita akan pergi ke restoran-restoran cina yang mana dari pengalaman aku, mereka-mereka ni agak murah hati dan tahu menghargai muzik. Kalau di Pasar Seni aku suka busking juga sebab itu kira rumah kedua aku. Aku jadikan Pasar Seni ini sebagai rumah keduaku sejak 1986 lagi.

Kebanyakan muka aku dah kenal dan biasa.

Kalau hendak tahu, di Pasar Seni inilah tempat kaum-kaum pelukis, seniman, penggemar seni berkumpul. lnilah juga pusat scgala ilmu terutamanya ilmu kejiwaan. Yang tunggang terbalik pun ada. Macam-macam kefahaman ada. Itulah sebabnya rakan aku di Pasar Seni ini banyak orang-orang pelik. Tetapi, bagi aku inilah pusat segala kejujuran. Bagi yang mahu mengenal apa erti hidup, datanglah ke Pasar Seni.

Selain itu, di Pasar Seni inilah tempat aku berjumpa dengan isteri aku. Pada tahun 1991 daluilu bekerja mencetak baju-t di kedai seorang tentan baik aku, Wan. Aku juga melancarkan album ketiga aku: Itu Padang...Aku di situ di Pasar Seni. Di atas pentas. Kerana itu adalah sebahagian daripada cita-cita aku.

Berbalik pada dunia busking, aku kenal kebanyakan pemuzik jalanan di KL ni, semuanya kawan baik. Kadang-kadang kami jarnm ramai-ramai. Kalau acara di Pasar Seni kami tidak fikir untuk membuat duit, kita cuma berntain muzik untuk keseronokan. Busking ini betul-betul menyedarkan aku tentang makna hidup yang sebenar. Kadang-kadang orang tengok kita semacam sampah.

Tetapi ada satu hari tu, masa aku tengah berseronok busking, ada seorang pengemis tu melalui pemakaiannya yang compang-camping dan tak terurus memberi sumbangan 30 sen kepada kami. Situasi ini betul-betul ntembuatkan aku termenung seketika. Selepas selesai sesi busking, aku melepak dengan dia, hulurkan rokok, bersembang. Orangnya okay tetapi mempunyai sedikit masalah mental. Bagi aku, hanya orang susah yang akan faham masalah orang susalt.

Aku tidak nafikan terdapat 2-3 pemuzik jalanan yang menagih dadah.

Mereka ini juga merupakan kawan. Bagi aku, memahami adalah lebih baik dari menghina. Aku mulai faham betapa seksanya teman aku ini. Dalam sehari dia mesti mempunyai sekurang-kurangnya RM50 semata-mata untuk beli dadah untuk hidup. Itulah sebabnya bagi aku dadah ini makanan untuk golongan yang mampu sahaja. Jika kita mempunyai pendapatan RM50 ke atas alangkah seronoknya tetapi hidup bergantung pada benda tu. Jadi, tidak ada makna hidup ni. Lagipun, mereka ini sudah dewasa.

Aku tidak mahu menjadi seorang prejudis dan akan aku Cuba untuk tidak prejudis kepada golongan-golongan yang macam ni, termasuk juga kaum-kaum pengemis, pelacur; semua pun manusia juga. Kadang-kadang perjalanan dan ketentuan hidup yang membentuk mereka untuk menjadi begitu. Jadi, kepada mereka yang mampu, bantulah antara sesama. Kita hidup bukannya lama. Sampai masa kembali juga ke tempat asal kita; bak kata penyanyi Ramli Sarip, Apa Yang Ada Hanyalah Kehidupan.