Dalam konsep ini, sekolah tidak lagi dibahagi ke dalam kelas-kelas atau tingkatan-tingkatan yang sedemikan banyak. Sekolah Masa Depan tidak menekankan pada model pendidikan berdasarkan level-level, melainkan pada pengembangan bakat unggul yang dimiliki setiap anak.
Sekolah masa depan dirancang berdasarkan proses penggalian potensi dan pengembangan kemampuan unggul dari setiap pelajarnya. Sekolah Masa Depan menetapkan tempoh pembelajaran ke dalam tiga jangka masa utama, yang tempoh setiap masa didasarkan pada kemampuan waktu tempoh setiap individu.
Jangka masa pertama adalah Tempoh Mengenalpasti Potensi dan Perencanaan Kejayaan, iaitu sebuah tempoh untuk menemukan potensi unggul setiap anak yang kemudian akan dituangkan dalam perencanaan suksesnya. Jangka masa ini bermula pada sekitar usia 5 hingga 12 tahun. Semakin cepat kita berjaya menemukan potensi unggul seorang anak, semakin cepat pula kita merancang pencapaian dan kejayaannya. Semakin cepat kita membuat perencanaan kejayaannya, semakin cepat pula seorang anak melangkah ke tempoh masa berikutnya.
Jangka masa kedua adalah Pengembangan Kompetensi dan Keahlian, iaitu suatu tempoh penggemblengan kemampuan unggul yang dimiliki oleh pelajar, serta pengembangan keterampilan dalam bidang yang menjadi keunggulannya. Jangka masa ini berlangsung pada sekitar usia 13 hingga 19 tahun. Dalam tempoh ini, sekolah akan merancang kurikulum khusus berdasarkan tujuan dan rencana kejayaan si anak. Susunan kurikulum sebahagian besar dibuat berdasarkan pengalaman hidup tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidangnya. Kompetensi dan keahlian yang dikembangkan dalam tempoh ini meliputi kemampuan individu secara spesific dan life skill.
Jangka masa ketiga adalah Pengembangan Karier/Profesyen. Pada tempoh ini, sekolah sudah melepaskan pelajarnya untuk terjun langsung ke dunia nyata dengan berbekalkan Personal Kompetensi dan life skill yang telah digembleng selama lebih dari 6 tahun. Pada tempoh ini sekolah hanya berfungsi sebagai kounselor jarak jauh atau long distance counselor. Proses belajar telah berpindah sepenuhnya dari sekolah ke kehidupan realiti. Jangka masa Pengembangan Karier dan Profesyen ini diharapkan dapat bermula ketika anak mencapai usia 19 tahun.
Dengan model sistem sekolah semacam ini, diharapkan dalam usia 25 tahun seorang anak sudah berhasil meraih puncak kejayaannya.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, mungkin sebahagian besar dari anda masih banyak yang ragu dan bertanya-tanya terhadap konsep Sekolah Masa Depan yang sedang kita bicarakan ini. Namun, tahukah anda bahawa konsep Sekolah Masa Depan ini dirancang berdasarkan penyelidikan terhadap orang-orang di seluruh dunia yang berjaya mencapai puncak prestasi antarabangsa di bawah usia 25 tahun
Ya, menurut penelitian, ternyata semua orang ini telah melakukan tiga hal besar untuk boleh mencapai kejayaan dalam usianya yang relatif muda.
Yang pertama: Pada tahap awal mereka selalu berusaha keras untuk menemukan apa Potensi Unggul yang dimiliki atau mereka biasa menyebutnya the gifted talent. Setelah itu, mereka segera menyusun sebuah Perencanaan Sukses dengan sasaran-sasaran yang jelas.
Yang kedua: Mereka segera fokus, untuk mengembangkan dan menggembleng kemampuan unggul yang dimiliki. Dari waktu ke waktu mereka terus berusaha untuk mencapai dan menjadi yang terbaik.
Yang ketiga: Di bawah bimbingan para profesional kanan, mereka segera memasuki dunia kerjaya mereka pada usia yang masih relatif muda. Ya, usia ketika mereka masih berada di puncak stamina.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, sebuah pemikiran yang RE-VO-LU-SI-O-NER sudah jelas terpampang di hadapan mata. Kini, jalan sudah terbuka lebar bagi kita. Mari kita bersama-sama mewujudkan konsep Sekolah Masa Depan bagi anak-anak kita tercinta.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, kalau bukan kita siapa lagi
Sekolah Masa Depan tidak menekankan pada model pendidikan berdasarkan level-level, melainkan pada pengembangan bakat unggul yang dimiliki setiap anak.