Mencari Kiblat Cinta - 56
Tengku Amar memejamkan matanya. Kelopak matanya bertaut rapat. Kenangan lama yang cuba diluputkan dari fikiran, kembali satu persatu. Bagaikan baru semalam keluarganya dikunjungi anggota-anggota polis dari Bukit Aman itu. Dan bagaikan baru semalam juga dia membuat pengecaman mayat Firdaus yang robek di bahagian dada dengan kesan kelar sepanjang sepuluh sentimeter.

Dia meneguk minuman sejuk yang baru dikeluarkan oleh pembantu rumahnya tadi. Malam-malam begini, dia memang suka bersantai di kerusi rehat di laman rumah. Kadang-kala dia membaca di pondok kecil di tepi kolam yang diterangi lampu kalimantan yang dipasang di situ. Pondok itu sengaja dibina oleh ayahnya khas untuk mereka adik beradik mengulangkaji pelajaran di situ.

Dahulu pondok itu pernah menjadi tempat permainan dia dan adik beradiknya sewaktu mereka semua masih kecil. Setelah masing-masing menginjak usia dewasa, masa yang ada pula agak terbatas, pondok yang dibina dari kayu cengal itu sudah semakin dilupakan.

Dan pada awal-awal tahun kematian abangnya, tidak pernah ada sesiapa lagi suka menghabiskan masa di situ termasuklah ayahnya sendiri. Seolah-olah ada semacam kenangan lama tertinggal di situ. Dan tidak ada sesiapa lagi yang mahu mengungkit kenangan lama itu!

Satu sentuhan lembut tiba-tiba singgah di bahunya. Filman berpaling. Melihat wajah ibunya, dia segera melemparkan senyuman buat wanita itu.

Jauh menungnya anak ma ni. Ingatkan siapa Tegur Tengku Saida. Suaranya lembut dan menyenangkan.

Saja ambil angin kat luar ni ma. Jawab Filman.

Kenapa Kat dalam rumah dah tak cukup angin ke sampai nak ambil angin kat luar ni pulak Suara Tengku Saida cukup bersahaja, namun berupaya mencetuskan hilai tawa Filman.

Ma ni kalau nak bergurau pun tengok-tengoklah sikit. Fil kan baru lepas makan malam ni. Dia tergelak kecil sambil memegang perutnya. Tengku Saida turut tertawa.

Ayah mana ma Tiba-tiba Filman teringatkan lelaki itu. Sejak ayahnya tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat, dia tidak nampak lagi kelibat lelaki itu di pejabat. Sewaktu makan malam tadi, lelaki itu juga tidak keluar-keluar dari bilik kerjanya biarpun berulangkali ibunya memanggil.

Ada kat bilik agaknya. Jawab Tengku Saida acuh tak acuh.

Ayah belum makan malam

Ma dah hantar makanan kat bilik tadi. Kalau dia lapar, pandai-pandailah dia makan sendiri. Tingkah wanita itu.

******

Filman terdiam. Dia melirik wanita di hadapannya. Entah patutkah dia bertanya ibunya perihal ayahnya yang menunjukkan reaksi aneh siang tadi

Ma, Fil nak tanya sesuatu ni. Ma jangan marah ya. Ayah tu ada masalah apa sebenarnya Tanya Filman ingin tahu. Mata Tengku Saida membulat ke wajah anaknya. Kata-kata Filman menimbulkan kehairanan.

Maksud Fil

Filman menghela nafas panjang sebelum menyambung. Kat pejabat tadi, ayah nampak lain sangat. Fil perasan semua tu bila peguam Ismail Habib telefon ayah di pejabat. Ma tahu apa-apa fasal ini Filman bertanya ibunya.

Tengku Saida termenung panjang. Nama Ismail Habib yang baharu sahaja disebut Filman, membuatkan fikirannya melayang.

Siapa sebenarnya Ismail Habib tu ma Soal Filman ingin tahu.

Err dia kawan ayah kalau ma tak salah. Jawab Tengku Saida dengan nada hambar. Dia tahu Filman tidak pernah mengenali lelaki itu selama ini. Malah dia dan suaminya sentiasa mengelak dari memperkenalkan anak-anak mereka dengan lelaki itu.

Pelik juga. Ayah nampak marah-marah waktu berbual dengan Ismail Habib melalui telefon siang tadi. Keluh Filman hairan.

Tengku Saida hampir tidak tahu memberi reaksi pada kata-kata anaknya itu. Dahinya berkerut mendengar kata-kata Filman kali ini.

Betul ma tak tahu apa-apa Filman sekali lagi bertanya.

Tengku Saida pantas menggelengkan kepala. Dia tidak mahu berfikir panjang sekaligus membangkitkan rasa ingin tahu Filman.

Fil ingatkan ma tahu. Suara Filman berbaur kecewa.

Tengku Saida memerhatikan wajah anaknya dengan perasaan bersalah. Kasihan Filman! Langsung tak tahu apa-apa. Semua ini keinginan suaminya agar setiap hal yang membabitkan Firdaus dirahsiakan dari anak-anak mereka yang lain.

Dahlah tu, ma rasa ayah tu tengah susah hati fikir fasal kerja. Fil jangan fikir banyak sangat. Pujuk Tengku Saida. Filman tidak meningkah kata-kata ibunya. Gelas minuman yang masih berbaki diteguknya sehingga habis.

Macamana dengan persiapan hari jadi Melly Jadi Fil nak buat sambutannya di taska Puan Kamila tu Tengku Saida sengaja mengalihkan topik. Dia tidak mahu mereka berdua terus-menerus membicarakan perihal suaminya.

Ma bercadang nak sambung hari ulangtahun Melly kat rumah ni. Kita buat kenduri doa selamat cukuplah. Panggil saudara mara kita makan. Sambung Tengku Saida lagi. Filman sekadar tersenyum.

Melly yang nak sambut hari jadinya dengan kawan-kawan dia di taska tu. Lagipun tahun depan dia dah nak masuk sekolah. Biarlah dia bergembira dengan kawan-kawan dia kat sana ma. Tapi kalau ma nak buat, kita buat aje sambutan di rumah sebelah malam. Dia mesti suka. Usul Filman.

bersambung

Bab akan datang:

Siapa sebenarnya Ismail Habib dan apa kaitannya dengan kes pembunuhan Firdaus