Dude! I'm Getting Married - 56
BAB 56

DARI jauh Datuk Kamaruddin dan Datin Rubiha tersenyum melihat Encik Muzaffar dan Puan Aishah menapak ke arah rumah mereka. Baru tadi serombongan kanak-kanak datang beraya. Penuh satu ruang tamu. Meja bufet terpaksa juga disediakan di sekitar laman.

Seri yang sibuk melayan budak-budak yang sedang menjamu selera turut menjenguk. Jai segak dalam baju Melayu hijau pucuk pisang dan samping batik yang bercorak abstrak. Songkok hitam menyerlahkan lagi ketampanan anak muda tu.

Ehem!

Seri menoleh ke kiri. Acik yang dah lengkap dengan baju Melayu kelabu sedondon dengan warna baju kurung Seri, dah tersengih di sebelah.

Amboi! Macam nak terkam nampak pandang Jai macam tu Acik mengusik.

Ucu tengok je..bukan nak menggatal. Lagipun..Ucu tak kenal siapa dia tu. Abang ni pun! Seri muncung.

Acik senyum. Dia turut jenguk Jai sekeluarga menapak ke arah kedua orang tuanya.

Ya ke tak kenalAcik jeling Seri.

Yalah! Muncung Seri semakin tinggi.

HmmJai tu cintakan Ucu tau! Acik tarik hidung Seri.

Dah tahudia mengaku depan Ucu tapi Ucu tak rasa apa-apa pun kat dia Seri berkata selamba.

Hah Bila Acik menelan liur. Dia pandang pula Jai. Oh..diam-diam kau jumpa Seri dan mengaku pasal tu ya!

Sehari sebelum raya. Kami jumpa kat pasar. Seri beritahu perkara sebenar.

Acik pandang Seri. Tiada riak teruja atau apa-apa rasa yang sewaktu dengannya. Sepatutnya, Seri gembira kerana saat itulah yang dia sentiasa tunggu! Sekarang dah terbalik pulak!

JadiUcu macam mana Acik cuba korek hati Seri. Mana tahu Seri boleh ingat semula apa yang berlaku selama ni.

Macam mana apa Seri berkerut kening.

Ucu terima tak Jai tu

Ucu hanya akan nikah dengan orang yang Ucu sayang dan cinta sahaja!Seri renung Acik. Abang aku ni sibuk tanya hal aku Sibuk suruh aku nikah dengan hero Korea tu!

Siapa orang tu Acik dah tak sabar.

Belum ada lagimasih mencari. Contohnya..hero Hindustan tu Seri sengih.

Hah Maksud UcuKoci Acik menelan liur.

Seri angguk.

Ucu..Koci tu dah nikah la! Acik berbohong. Seri tentu tak ingat apa-apa pasal Koci yang dah bercerai dengan Salina.

Dah nikah Dengan siapa Seri tercengang.

Acik diam seketika. Nak cakap ke tak nak. Ah! Cakap jelah. Seri bukan ingat apa-apa pun!

Salina!

Salina

Acik angguk.

Ucu kenal tak Salina tu Seri macam dah teruja nak tahu kisah Koci.

Acik renung Seri. Serba salah nak jawab. Sepatutnya Seri tanya pasal Jai, ni dah Koci pulak jadi minatnya! Pening!

Tak kenal kut.. Acik mula beredar dari situ dan melangkah ke tempat Jai sekeluarga.

Seri masih berkerut kening memikirkan apa yang didengar tadi. Koci dah nikah Melepaslah aku!

ACIK bersalam dengan Jai dan ayah Jai sebaik menapak ke meja bufet.

Kenapa tak masuk rumah Acik sengih.

Kat luar ni kan ada makanan. Jai senyum. Sempat ambil sepotong lemang.

Tapi kat dalam ada Seri! Acik mengusik.

Serentak mereka sekeluarga ketawa. Masing-masing menala ke arah Jai. Jai dah tersipu malu.

Acik, kenapa tak ajak Ucu datang sini Datuk Kamaruddin jenguk ke arah ruang tamu.

Dia sibuk layan budak-budak tu. Dia kan suka budak-budak ni! Acik jeling lagi Jai.

Ucu memang macam tu. Kalau ada budak, tak buat kerja lain pun tak apa. Datin Rubiha mencelah.

Jai tunduk. Sudah dua pinggan rendang ayam dan ketupat nasi dibedal.

Eh, sembang je kita ni. Silakan! Datuk Kamaruddin ajak kawan baiknya duduk di satu sudut.

Datin Rubiha pula mesra berbual dengan Puan Aishah. Banyak kisah lama jadi bahan perbualan mereka hari tu.

Jai dan Acik pula hanya pandang kemesraan kedua-dua ibu bapa mereka.

Weh! Diam-diam kau confess depan Seri ya! Acik tepuk bahu Jai.

Jai menoleh. Lemang dalam mulut masih belum habis dikunyah. Confess apa

Kura-kura betullah kau ni. Kau mengaku depan Seri yang kau cintakan dia kan Acik tuding ke arah muka Jai yang dah merah.

Tersembur lemang yang dikunyah habis memercik baju Acik.

Hish! Mamat ni! Nak sembur tu..agak-agak la! Baju aku jadi barang muntah kau! Acik sapu sisa lemang.

Mana kau tahu Jai sapu mulut yang dah comot.

Seri yang beritahu aku. Tak romantik langsung! Ada ke kat pasar kau luahkan cinta kau tu! Acik luku kepala Jai.

Habis tu Tu je peluang yang aku ada! Jai senyum.

Kenapa tak beritahu aku awal-awal Bolehlah aku aturkan kat restoran ke..mana ke..ni kat pasar Acik geleng.

Dahlah tu nak merepek. Seri tak ingat aku pun. Aku confess salah masa. Dia mengaku, dia tak cintakan aku. Suara Jai dah kendur.

Tulah kau..dulu tak nak mengaku cepat-cepat. Sekarang ni, Seri dah jadi macam tu, kau sibuk nak mengaku bagai! Padan muka kau! Acik geram.

Aku yang salahaku takut, kalau aku mengaku depan dia, dia tolak aku. Sekarang ni memang dia tolak aku. Jai kuis-kuis sisa rendang dalam pinggan.

Dah terbalik pulak sekarang ni. Dulu, Seri tu angau kat kau. Merajuk pasal kau tak pernah nak luahkan cintakan kau pada dia. Sekarang ni, kau pulak yang mengaku depan dia tapi dia pulak buat dek jebermakna kau kena berusaha lebih keras lagi la nak dapatkan Seri tu. Acik menopang dagu.

Hmm..jadi ke kau nak ke UK Acik beralih topik. Cakap pasal Seri ni takkan habis dalam keadaan Seri hilang ingatan macam tu.

Jai mengangguk lemah.

Bermakna kau ke sana tiga tahun la

Jai angguk lagi.

Kau tak risau ke kalau Seri tu jumpa orang lain Acik pandang Jai yang dah tunduk.

Sekarang pun dia tak kenal aku.

Yalahat least kalau kau ada kat sini, kau boleh selalu jumpa dia. Mana tahu cinta dipupuk semula dalam hati Seri tu.

Orang kata, kalau dah selalu jumpa, boleh jatuh cinta! Dari mata turun ke hati! Acik senyum.

Banyaklah kau pun falsampah! Tak ada maknanya dari mata turun ke hati. Hati aku yang merana sekarang ni. Jai jeling Acik yang mengekek ketawanya.

Perbualan mereka terhenti. Jai terkesima melihat Seri cantik dalam baju kurung kelabu lengkap dengan hiasan mutiara menapak ke arah mereka.

Oi! Tutup mulut tu! Acik tepuk bahu Jai yang dah ternganga.

Kau ni! Bukan selalu aku tengok Seri macam tu. Nilah saja peluang aku. Esok lusa aku dah nak blah! Jai siku lengan Acik.

Assalamualaikum! Seri senyum pada Jai.

Waalaikumussalam.. Jai tergagap-gagap.

Awak kacak hari ni. Saya suka tengok! Seri sengih.

Jai jeling Acik. Acik buat double jerk!

Terima kasih. Awak pun cantik jugak.. Jai turut puji Seri.

Abang tak kacak ke Acik usik Seri.

Alah..abang tu selalu Ucu tengok! Seri senyum. Dia capai pinggan dan mengambil tiga potong ketupat nasi bersama dengan kuah kacang. Satu pinggan lagi dia bubuh kerabu jantung pisang.

Nah! Untuk awak! Seri hulur kepada Jai.

Jai menelan liur. Dia pandang Acik. Acik sempat kenyit mata.

Err..untuk saya ke Jai sengih. Alamak! Kalau tak ambik karang, merajuk pulak minah ni. Perut aku dahlah penuh dah ni! Dah lima pinggan aku bedal lemang dan rendang tadi. Tak perasan pulak ada kerabu jantung pisang hari raya macam ni!

Makanlah! Seri ambil ketupat nasi dan hulur ke mulut Jai.

Erk! Jai senyum kelat. Mimpi apa Seri nak suap aku

Makan jelah! Dah ada orang nak suap tu! Acik siku lengan Jai.

Err Jai dah menggelabah. Dia pandang Seri. Ni betul-betul ke atau main-main Kalaulah Seri yang ada di depan matanya sekarang ni Seri yang dulu, alangkah bahagianya!

Terpaksa Jai buka mulut. Sepotong ketupat nasi dah disumbat ke mulutnya.

Nak air Seri menuju pula ke arah minuman koktail. Dua gelas minuman dibawa kepada Acik dan Jai.

Terima kasih.. Acik sengih. Dia mula minum.

Jai masih terpinga-pinga dengan gelagat Seri. Betul ke ni

Minumlah! Kenapa tak makan kerabu tu Sedap tau! Seri ambil satu sudu kerabu dan hulur kepada Jai.

Sekali lagi Jai terpaksa buka mulut. Acik dah gelak di sebelah.

Apa yang lucunya Jai kunyah kerabu sampai habis.

Lawak aku tengok korang ni! Nak kata pasangan kekasih, rasanya tak. Nak kata orang asing, dah bersuap-suap pulak..hahaha! Pecah juga ketawa Acik.

Seri senyum. Lama dia pandang Jai. Terkesima dengan gaya dan rupa Jai. Ya Allah..aku dah jatuh cinta ke apa

Errmaaf. Saya ni tak tahu malu kan Seri letak pinggan kerabu dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

Acik masih ketawa. Jai terkebil-kebil melihat Seri berlari dengan muka dah merah! Seri dah suka kat aku ke

Jai..kau rasaSeri tu dah sukakan kau tak Acik kenyit mata. Matanya menala ke arah Seri yang kembali melayan budak-budak.

Jai angkat bahu.

Aku rasa dia dah mula sukakan kau tu. Bukan main lagi dia layan kau macam dia layan budak-budak tu! Acik tuding ke arah Seri yang sedang menyuap seorang budak kecik yang pada hemahnya mungkin berumur tiga tahun.

Jai turut pandang gelagat Seri. Memang Seri seorang yang penyayang.

AlahSeri tu masih tak ingat apa-apa. Dia layan semua orang macam tu. Jai cuba kembali kepada kenyataan.

Berdoalah semoga dia tu ingatkan kau! Acik gosok perlahan belakang Jai.

Jai senyum hambar. Aku akan tunggu kau Seri. Sampai bila-bila!

JAI henyak tubuh atas sofa. Balik dari rumah Seri tadi, mereka singgah pula di rumah kenalan ayah yang lain. Sehari suntuk beraya!

Mengalahkan budak-budak!

Jaimak nak cakap sikit boleh Puan Aishah duduk sebelah Jai.

Apa dia mak Jai menoleh.

Tadi masa di rumah Seri, mak dan ayah ada bersembang pasal Jai dan Seri. Kami dah sepakat nak pinang Seri dan buat nikah gantung sebelum Jai ke UK. Mak senyum.

Apa mak

Kenapa Jai tak setuju ke Mak dah berkerut kening. Apa pelik anak aku ni Dulu dia beria nak nikah cepat!

Nak ke dia kat Jai Nak ke dia ikut Jai ke UK Kan hari tu dia dah tolak pinangan kita Jai betulkan duduknya. Rasa macam dah serius.

Itu Jai jangan bimbang. Mak rasa Seri tu pun suka Jai dan masih ingat Jai. Tadi masa kat rumah tu, mak perasan yang Seri layan Jai. Mak

senyum.

Jai menelan liur. Mak aku ni boleh tahan juga dia skodeng!

MakSeri sendiri cakap kat Jai. Dia akan nikah dengan orang yang dia sayang saja. Bermakna orang tu bukan Jai! Jai sandar di sofa. Sikap Seri tadi memang mengelirukan dan membingungkan aku!

Bila dia cakap

Masa kat pasar dulu Jai mengeluh.

Oh Mak tunduk.

Tak apalah mak. Tak payahlah susahkan Seri tu. Kita tak boleh paksa dia. Jai tak nak dia rasa terpaksa terima Jai.

Yalah. Mak tak boleh buat apa lagi dah. Jai pun dah nak berangkat ke UK tak sampai tiga minggu lagi. Mak gosok bahu Jai. Dia kemudian bingkas bangun meninggalkan Jai sendirian di situ.