SUDAH seminggu Zareen memikirkan perkara ini. Seminggu hatinya berbolak-balik mahu membuat keputusan. Seminggu dia mencari cara untuk berterus-terang dengan Zack. Namun setiap kali dia cuba untuk berterus-terang, tiada apa yang terluah dari bibir.
Rasa bersalah terasa memberat dalam hati. Namun, dia perlu tegar membuat keputusan. Tidak mahu lagi terus berada di antara garisan. Tidak adil pada Akmal, tidak adil pada Zack, tidak adil juga pada Irfan.
Zareen mengeluh. Lantas, matanya memandang skrin komputer. Jarinya laju mengetuk papan kekunci. Ayat yang tertera dibaca berulang kali. Teragak-agak pada mulanya namun kemudian, tekadnya dibulatkan. Butang send ditekan.
Kemudiannya, Zareen menyandarkan tubuh ke kerusi. Matanya dipejamkan seketika.
From:Zareen Hakim [mailto:zareen.hakim@mayangsari.com.my]
Sent: Thursday, 29 May, 2014 16:38 PM
To:Zack Iskandar
Subject: Maaf
Zack,
Cinta umpama anak panah
Sekali terlepas, ia akan menancap di mana saja
Takkan mampu dipatahkan, takkan mampu dilepaskan
Ia kekal di situkakuterpaku
Cinta tidak hadir dengan logika
Takkan dapat difahami, kenapa ia datang
Membutakan hati dan perasaan
Tapikita tidak perlu dibutakan dengan cinta
Pandang ia dengan fikirmataakal
Dan di situlah kita akan tahu, cinta itu adalah anugerah
Buat insan dari Tuhan
Zack,
Setiap kata yang diucap, hati ini hargai
Setiap ayat yang diluah, hati ini merasai
Namunhati ini cuma ada satu
Tak boleh dikerat
Tak boleh dipotong
Tak boleh dibahagi
Lalu hati ini perlu membuat pilihan
Dan hati ini memilih dia
Zack
Jika ianya menyakitkan, segeralah ditawar
Jika ianya melukakan, segeralah diubat
Jika ianya menyeksakan, segeralah dibuang
Pilihan yang dibuat bukan kerana benci
Tapi kerana anugerah itu, bukan milik kita
Maaf kerana pengakhirannya begini
Zareen
E-MEL itu ditutup. Satu hembusan nafas berat dilepaskan. Hati agak pedih. Skrin komputer dipandang kosong. Lama.
Zack pandang jam. Masih ada setengah jam lagi sebelum waktu kerja tamat. Tapi dia sudah tidak betah lagi berada di sini. Dia mahu mencari masauntuk mengutip kembali hati yang pecah berderai. Untuk merawat hati itu supaya kembali seperti sedia kala. Untuk memastikan hati itu masih lagi boleh digunakan pada hari mendatang.
Kecewa. Namun itu adalah hakikat yang perlu diterima.
Zack bangun. Memandang tepat ke depan, ke arah bilik Zareen. Zareen sedang merenung sayu. Mata bertautan. Satu senyuman diberikan buat Zareen berserta satu anggukan. Tanda bahawa dia menerima segalanya dengan redha.
Satu senyuman hambar terukir di bibir Zareen. Zack terlihat, ada titisan air jernih jatuh di pipi.
Biarlah. Tangannya tak layak untuk menyapu air mata itu.
Zack terus berlalu.
RESTORAN makanan segera itu menjadi tempat mereka melepak sekali lagi. Bagai sudah menjadi tempat rasmi mereka bertiga pula setiap kali keluar. Sambil mengunyah kentang goreng, Zack bercerita. Jika diikutkan hati, dia mahu menelan saja kisah dia dengan Zareen sendirian. Namun, setelah disoal berkali-kali, dia bercerita juga. Mungkin Hanif dan Amy terlebih prihatin melihat wajahnya yang muram dan sikapnya yang pendiam kala ini.
Sothats it. Dia pilih Akmal. Bukan aku. Zack mengakhiri luahan hatinya pada Hanif dan Amy.
Satu keluhan nafas dilepaskan dan dia pamer senyum. Nama pun anak jantan. Tidak mahulah terlalu menunjuk luka di hati. Lukalah sangat. Bukankah dia sendiri yang mengatakan, walau apa pun keputusan bakal diberi, akan diterima dengan berlapang dada
Sekarang sudah dapat, terima sajalah. Hidup perlu diteruskan, bukan
Bercakap memang mudah. Nak mengharungi itu yang payah. Bagaimana mahu berhadapan dengan Zareen hari-hari selepas ini Mampukah dia melupakan Zareen seandainya wajah Zareen berterusan berada depan mata
Sekali lagi, satu keluhan dilepaskan.
Sebenarnya, rasa dalam hati lebih kepada terkilan. Terkilan kerana begitu cepat sekali Zareen memberi kata putus. Zareen sudah berjanji untuk memberikan dia peluang, tetapi masa yang diberi terlalu singkat. Seminggu selepas dia keluar bersama Zareen dan Irfan, Zareen telah membuat keputusan. Dengan masa sesingkat itu, kesungguhan apa yang dapat dia buktikan
Tiada.
Kau okey ke, Zack Lama terdiam, akhirnya Amy melontar soalan.
Klise sangatlah soalan kau.Balas Zack, tersenyum sedikit.
Aku tanya sebab aku ambil berat.
Sayang jugak kau kat aku kanUjar Zack sambil tersenyum lagi.
Amy menarik nafas dalam-dalam. Soalan Zack tidak mampu dijawab secara lisan.
Hanif hanya memandang gelagat Zack dan Amy tanpa bersuara.
Aku okey. Kau jangan risaulah.Melihat Amy pula yang terdiam, Zack berkata.
Amy senyum sumbing.
Nak kata aku tak kecewa langsung tubohonglah kan Tapi, nak buat macam mana Orang dah tak sudi.
Kau tak tanya sebab kenapa dia pilih Akmalbukan kau
Tak.Zack geleng. Perlu ke nak tanya
Amy senyum lagi.
Aku rasa...lepas niaku malaslah nak bercinta bagai.Zack menyambung kata.
Amy angkat kening.
Kalau terjumpa sesiapa yang berkenan, aku nak suruh mak terus masuk meminang Sambung Zack lalu dibalas dengan ketawa dari Amy.
Kau biar betul, ZackSisa ketawa Amy masih ada.
Betullah. Tak pun, aku suruh mak aje yang carikan calon. Senang...Zack berkata, separuh gurau.
Amy masih senyum dan tawanya perlahan-lahan, pudar. Dia tunduk dan terus mendiamkan diri.
Hanif memandang Amy. Dia cukup memahami kenapa Amy bersikap begitu. Sungguh dia tak mampu melihat Amy terus berharap dan kecewa berkali-kali kerana Zack. Kenapalah sehingga saat ini, Zack langsung tak dapat menduga, yang Amy sebenarnya ada memendam rasa
Zack.Hanif mencelah perbualan.
Zack angkat kening.
Sebenarnya, ada orang yang dah lama sukakan kau...
AaaZack tergelak. Ada ke Siapa
Amy memandang Hanif, tajam.
Kau memang tak perasan langsung, yang dia suka pada kau
Kau tak payah nak main teka-tekilah, Anep. Boleh tak, kau terus-terang aje Zack mula jengkel.
Sebenarnya Zack, selama ni...A...
Duk!
Hanif terdiam dan terkelu. Sakit terasa tulang ketingnya akibat ditendang kuat dari bawah meja. Terus dia memandang Amy yang sedang menahan tawa sambil memberi pandangan amaran untuk tidak berkata apa-apa lagi. Kurang asam sungguh! Sepanjang hidupnya, ini adalah kali pertama dia ditendang oleh seorang awek.
Apa yang kau nak cerita sebenarnya ni Zack menyoal lagi.
Tak ada apa-apalah. Jawab Hanif.
Zack angkat bahu. Dalam keadaan begini, terasa malas mahu bermain teka-teki. Dia bangun.
Kau nak pergi mana Tanya Amy.
Toilet. Zack terus berlalu.
Amy pandang Hanif. Sakit
Hanif angkat kening.
Sorry...Ucap Amy lalu tergelak segan. Bukan niatnya mahu menendang Hanif. Itu adalah tindakan refleks tanpa sengaja. Tidak tahu bagaimana lagi mahu memberi isyarat pada Hanif agar tidak meneruskan kata.
Kenapa awak tak bagi saya terus-terang dengan ZackTanya Hanif, agak serius suaranya ketika ini.
Amy angkat bahu.
Sampai bila awak nak pendam perasaan tu Berkali-kali awak simpan harapan, berkali-kali juga awak kecewa, Amy. Zack takkan tahu kalau awak tak beritahu...
Saya...tak boleh.Amy melepaskan keluhan. "Saya tak berani nak terus-terang dengan Zack..."
"Berapa lama lagi awak nak tunggu, sampai Zack sedar perasaan awak"
Sampai bila-bila...Jawab Amy, perlahan.
Hanif geleng.
Macam mana kalaulepas ni, Zack terjumpa orang lain Macam mana kalau sampai bila-bila pun, Zack takkan sedar Awak sanggup tungguSuara Hanif meninggi.
Entahlah. Biarlah. Yang awak nak marah saya ni, kenapa Ada rajuk dalam suara Amy. Tiba-tiba saja Hanif meninggi suara padanya.
Saya risaukan awak, Amy.
Kenapa awak nak risau pasal saya pulak
Sebab saya sayangkan awak. Saya ambil berat pasal awak. Saya tak suka tengok awak kecewa berkali-kali sebab Zack!
Amy terkebil-kebil memandang Hanif. Awak....apa
Hanif tarik nafas. Dia telah terlepas cakap dan tak mungkin boleh ditarik balik.
Saya...sayang...awak.Lambat-lambat, Hanif menuturkan kembali ayatnya setelah senyap beberapa ketika.
Sayang...yang macam manaTanpa memandang Hanif, Amy bertanya.
Yang...yang...Hanif tergagap-gagap. Terus hilang macho dek tergagap depan Amy.
Terdiam lebih lama. Hanif memandang Amy yang ketika ini sedang menundukkan wajah. Jelas kulit mukanya kemerahan. Comel. Sempat lagi memuji dalam hati.
Zack kembali. Pelik melihat Amy dan Hanif terdiam begitu. Korang dah kenapa
Amy senyum sumbing manakala Hanif hanya menggeleng.