Aku, Dia Dan Somtam - 56
BAB 56

ANIS senyum sendiri. Dia melihat sekitar kedai yang disewanya. Keluasan kedai itu memang berpatutan dengan harga sewa. Sudah dua minggu dia mencari tapak untuk berniaga.Terasa impiannya semakin menjadi kenyataan. Alhamdulillah, segala urusan pinjaman bank dapat diselesaikan dengan baik. Kini hanya perlu tunggu mesin pembungkusan. Tambahan modal dari ibunya turut melegakan.

Alhamdulillah Anis meraup muka bersyukur.

Hmm..luas juga kedai ni tapi takkan Anis nak kerja seorang je kat sini. Tak ada pekerja lain ke Puan Ainon memerhati sekitar kedai.

Mak..Anis baru nak bertapak. Mungkin Anis akan ambil seorang pekerja dulu. Lepas tu bila sudah ok sikit, Anis akan ambil pekerja lebih. Anis peluk tubuh tua ibunya penuh mesra.

Puan Ainon mengusap lembut pipi anak gadisnya yang nyata begitu bersemangat mencari peluang perniagaan. Mungkin semangat itu datang dari dirinya yang selalu menggalakkan anak gadisnya berusaha.

Sekejap ya mak..ada panggilan telefon. Anis menjawab telefon yang berdering nyaring dari dalam beg tangannya.

Puan Ainon senyum meleret melihat wajah ceria Anis yang menyambut panggilan telefon. Mungkin itu satu panggilan yang memberi khabar baik agaknya.

Mak! Sekali lagi Anis memeluk ibunya yang terpinga-pinga dengan tindakan Anis.

Ada apa

InsyaAllah, permohonan Anis untuk mendapat mesin pembungkusan tu mungkin akan diluluskan. Kementerian telah mendapat stok dari pembekal dengan harga murah. Anis begitu teruja.

Alhamdulillah. Jangan sia-siakan semua ni Anis. Puan Ainon turut teruja. Air matanya mengalir perlahan. Segera disapu, bimbang disedari oleh Anis.

InsyaAllah mak. Anis akan buat yang terbaik. Hmm..Anis nak belanja mak. Mak nak apa Anis menongkat dagunya di bahu Puan Ainon.

Anis nak belanja apa

Laa..Anis tanya mak, mak tanya Anis balik. Macam nilah..apa kata kita makan makanan barat. Steak ke Anis sengih.

Mak ikut je. Puan Ainon senyum. Betapa Anis memang seorang anak yang baik.

Anis segera menarik tangan ibunya ke jalan besar setelah mengunci kedai dan menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ.

Anis! Anis!

Anis menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Seorang perempuan berkaca mata hitam sedang berjalan menghampirinya.

Anis buat apa kat sini Irdina mula menegur Anis. Kaca mata hitam ditarik ke atas tudungnya.

Err..kak Dina kan Anis tersenyum lebar.

Irdina angguk sambil melemparkan senyuman manis. Hampir dua tahun tidak berjumpa bekas adik iparnya itu.

Anis semakin manis dan menarik. Namun tetap sopan dan ayu.

Apa khabar kak Anis segera memeluk Irdina.

Baik. Anis apa khabar

Alhamdulillah.. Anis senyum. Dia juga rindu pada bekas kakak iparnya yang sudah lama tidak bersua muka.

Makcik sihat Irdina mencium tangan Puan Ainon.

Alhamdulillah..Dina macam mana Puan Ainon pula mencelah.

Sihat makcik. Makin kurus dah ni. Maklumlah sejak ada anak satu ni, badan saya ni tak naik-naik. Letih jaga anak. Irdina senyum meleret. Dia menoleh pula pada Anis yang manis berbaju kurung dan tudung shawl yang dipakai sungguh menarik. Kena dengan warna baju yang dipakai. Cantik!

Terlanjur kat sini, jomlah saya belanja. Tadi saya nak bawa mak makan steak, kalau kak Dina tak keberatan, bolehlah join sekali! Anis bermanis muka. Hampir tidak kenal wajah insan yang begitu baik dengannya. Kak Dina cantik dengan badan langsing bak anak dara walaupun sudah beranak satu.

Ya Kalau macam tu, jomlah. Naik kereta akak! Irdina pelawa Anis dan Puan Ainon.

IRDINA senyum melihat tingkah Anis yang begitu ceria bercerita hal perniagaan somtamnya. Ternyata Anis mempunyai semangat yang tinggi dan cekal.

Oh ya kak! Zara apa khabar Dah lama saya tak jumpa dia. Waktu balik dulu pun, Zara tak datang kat airport. Anis teringin mendengar berita kawan baiknya.

Dia sihat. InsyaAllah..enam bulan lagi, dia akan dapat baby! Irdina senyum meleret.

Baby Anis terkejut. Matanya membuntang mendengar kata-kata Irdina.

Irdina angguk.

Alhamdulillah. Kak...Anis minta maaf kerana tak dapat hadir majlis pernikahan Zara. Rindu nak jumpa Zara. Dia tinggal di mana sekarang ni Anis habiskan air jus dalam gelas.

Tak apaAniskan berada jauh di negara orang masa tu. Hmm..dia tinggal kat Bangsar. Ada masa jemputlah datang! Irdina pegang tangan Anis. Lama wajah mulus itu ditatap.

Anis tumpang gembira dan bahagia mendengar Zara sudah bahagia sekarang. Err..anak akak dah berapa tahun Anis teringat kandungan Irdina sudah tujuh bulan masa dia berangkat ke Perancis dulu.

Dah nak masuk dua tahun. Nakalnya tak boleh nak cakap! Irdina ketawa.

HmmImran macam mana Puan Ainon mencelah.

Anis terdiam mendengar soalan yang diaju oleh ibunya sebentar tadi.

Dia baik tapi dia rindukan isterinya. Irdina jeling Anis yang tunduk dari tadi.

Anis cepat-cepat mendongak.

Anis..maafkanlah Imran. Dia banyak buat salah pada Anis. Sejak Anis pergi ke Perancis, Imran banyak berubah. Dia banyak mendalami ilmu agama. Sekarang ni, dia harapkan Anis terima dia kembali. Berilah peluang padanya sekali lagi.Irdina sedikit mengeluh.

Kak..dia sendiri kata. Dia nak cari gadis idamannya sendiri. Bermakna saya bukan gadis itu. Saya isterinya yang sah pun tidak dihargai.

Anis..memang dia ada kata macam tu dulu tapi dia telah lupakan semua tu kerana dia sayangkan Anis. Irdina teringat syarat Imran untuk mencari gadis idamannya sendiri.

Saya tak percaya kak. Dia sendiri mengaku yang dia tak sukakan saya. Tentu dia mencari yang sesuai dengan dia.

Yang memahami hati dan perasaan dia. Anis beranikan diri bersuara.

Hmmmungkin juga. Akak dengar..Anis nak kahwin. Betul ke Irdina teringat kata-kata Izara tempohari.

Err..ya kak. Kalau ada jodoh. Anis tunduk. Sudu dan garpu dalam pinggan dikuis-kuis dengan hujung jari. Hatinya mula rasa serba tak kena bila berbicara soal kahwin.

Ohh Sekali lagi sebuah keluhan keluar dari mulut Irdina.

Jadi Anis betul-betul nak berpisah dengan Imran Tanya Irdina ingin kepastian dari Anis.

Anis angguk.

Boleh akak tahu siapa dia Itu pun kalau Anis tak keberatan nak bagi tahu.. Irdina cuba mengorek rahsia.

Jaydia lelaki yang jumpa nota usrah saya dulu. Kami berhubung melalui facebook. Dari situlah saya kenal dia. Anis mula berterus terang.

Jay Irdina sedikit terkejut.

Err..akak kenal ke Anis pula tercengang.

Oh..tak..tak. Cuma..akak rasa pelik. Namanya Jay. Tu saja. Irdina senyum kelat. Rupanya Anis perasan perubahan riak wajahnya tadi.

Anis diam seketika. Dia juga penasaran bila berbicara soal Jay. Sampai saat ini, dia masih tidak tahu siapa nama sebenar Jay, lelaki yang bakal dinikahinya tak lama lagi. Ah! Kacau!

Terima kasih kerana belanja akak makan. Bukan senang nak merasa orang belanja. Next time, akak nak rasa masakan Anis pula. Sudah lama tak rasa. Irdina senyum penuh makna.

InsyaAllah kak. Datanglah rumah! Saya dah tinggal kat sini sekali dengan mak. Rumah kat kampung, kami sewakan pada guru yang mengajar di sekolah berdekatan. Tanpa ditanya, Anis berterus terang.

InsyaAllah! Akak mesti datang! Nak rasa masakan chef Anis kita ni! Irdina ketawa kecil.

Anis dan Puan Ainon turut ketawa.

Kirim salam pada Puan Zaharah dan Zara ya! Anis peluk Kak Dina. Terasa rindu sudah terubat.

InsyaAllah..Imran Irdina mula mengusik Anis.

Anis diam dan tunduk. Tidak berani dia memandang wajah Kak Dina yang begitu mengharapkan dia menyambung kembali apa yang telah putus.

Kirim salam makcik pada mereka juga ya. Puan Ainon turut memeluk Irdina.

Irdina angguk. Mereka mula beredar dari restoran itu.

KERETA dipakir di laman rumah. Rumah banglo dua tingkat itu dipandang sekilas. Matanya melilau mencari kereta BMW hitam milik Imran. Sebuah senyuman mula terukir di bibir. Irdina segera menapak masuk ke dalam rumah.

Hmmmana semua orang ni Irdina jenguk pula ke dapur. Hanya Kak Leha saja yang sibuk mencuci pinggan mangkuk.

Akak cari siapa

Irdina hampir menjerit. Imran sudah tercegat di belakangnya.

Kalau ya pun, bagilah salam dulu! Irdina mengurut dada. Terperanjat dengan kehadiran Imran secara senyap-senyap di belakangnya.

Imran sengih. Dia hirup kopi o panas dalam mug di tangan kanannya.

Tu..minum sambil berdiri. Tak baik tau! Irdina tarik tangan Imran ke ruang tamu.

Ada apa kak Imran duduk di sofa. Mug diletakkan atas meja sofa.

Akak nak bincang sikit ni. Irdina pandang sekitar ruang tamu.

Nak bincang apa Imran turut melihat sekitar ruang tamu sama seperti apa yang Irdina lakukan.

Ada yang rahsia ke sambung Imran lagi.

Ni..akak nak tanya. Abang kena jawab dengan jujur. Irdina duduk di sebelah Imran.

Macam serius je akak ni..takut abang tengok. Rahsia sulit ke Imran sengih.

Irdina cubit paha Imran. Seriuslah sikit. Akak nak tahu..siapa pilihan abang

Pilihan Pilih apa Imran tidak faham.

Seriuslah! Akak tengok keliling pinggang perempuan mengekor abang. Siapa pilihan abang sebenarnya Abang tahu tak..Anis dah nak kahwin! Irdina mula geram dengan sikap Imran yang acuh tak acuh.

Laa..pasal tu ke. Ingat apa la tadi. Habis tu, kalau dia nak kahwin biarlah! Apa kena mengena pula dengan abang Imran menghirup semula kopi o panas.

Abang ni! Dari dulu tak pernah nak serius! Atau abang nak rujuk balik pada perempuan tak tahu malu tu Irdina semakin geram.

Hish! Kahwin free pun abang tak ingin! Imran letak semula mug di atas meja.

Tahu pun! Abang tahu tak dengan siapa dia nak kahwin Irdina semakin serius.

Suka hati dialah nak kahwin dengan siapa pun. Abang tak ada kena mengena dengan dia. Imran sekali lagi meneguk kopi o panas yang mula sejuk.

Susahlah cakap dengan abang ni! Jadi memang jelaslah abang tak suka Anis! Irdina kecewa dengan sikap Imran.

Imran diam. Kopi o dalam mug diteguk sampai habis. Lama dia merenung wajah kakak kesayangannya. Ada riak kecewa.

Mungkin kecewa dengan sikapnya agaknya. Tekanya sendiri.

Kak..Anis dah buat pilihannya sendiri. Jodoh di tangan Allah dan ternyata jodoh dia dengan lelaki tu. Kalau abang mengaku suka sekalipun, sudah terlambat bagi abang. Imran pegang kedua tangan Irdina dan memandang tepat pada mata kuyu itu.

Jadiabang sanggup lepaskan Anis dan biarkan Anis bernikah lain Irdina masih mendesak.

Kalau itu yang dia mahu. Abang rela lepaskan. Imran mula sugul. Dia sudah penat merayu pada Anis.

Abang ni cepat sangat mengalah. Anis tu masih isteri abang yang sah tahu tak. Be strong! Fight for your love! Irdina beri semangat.

Tak ada gunanya kak. Anis jelas tak sukakan abang sebab tu dia pilih orang lain. Lagipun abang yang bersalah dalam hal ni. Dulu abang bersikap ego. Sombong. Mungkin sebab tulah Anis benci abang. Panjang lebar Imran meluahkan apa yang terbuku di hati. Namun semua itu hanya di depan kak Dina. Kalau di depan Izara, dia tidak berani luahkan. Izara lebih berani mengambil langkah drastik.

Err..kenapa akak senyum Imran menyambung bicara dengan wajah berkerut.

Belum terlambat. Anis masih belum dimiliki. Irdina kembali lega.

Belum dimiliki hanya zahir saja sedangkan hatinya sudah pun dimiliki.

Abang jangan cepat putus asa. Akak ada rancangan Irdina mula teruja.

Rancangan Tapi..bukan ke dia kata nak kahwin dengan Jay Imran pandang wajah putih kakaknya tidak berkelip. Err..apa rancangan akak

Irdina bisik ke telinga Imran.

Maksudnyaakak nak abang berlutut depan Anis Kat rumah dia Macam tu Imran seolah tida setuju dengan rancangan kakaknya.

Ya! Itulah saja yang akak rasa paling bagus. Abang kena mengalah.

Err.. Imran garu kepala.

Ah! Biarlah!The best man win! Irdina cuba meyakinkan Imran.

Imran diam. Serba salah. Tak pernah dalam hidupnya merayu pada perempuan. Perempuan yang selalu buat macam tu padanya!

Jika benar apa yang dirancang, segala apa yang berlaku selama ini akan terbongkar. Tentu Anis akan mengejek kasih dan sayangnya yang mula berputik. Haru! Wajah kakak kesayangannya ditatap seketika. Aku mesti berterus terang.

Tangan lembut milik kakaknya dipegang lembut. Imran mula bercerita apa yang telah berlaku antaranya dengan Anis selama ini. Dari pertemuan pertama sehinggalah Anis membawa diri belajar di luar negara. Itu semua kerana egonya! Termasuklah perjanjian gila tu!

Ya Allah! Kenapa sampai macam tu sekali Jadiselama ni abang Irdina tidak dapat meneruskan kata-kata. Suaranya seolah tersekat di anak tekak.

Imran angguk. Akak tolong rahsiakan hal ni. Hanya akak seorang saja yang tahu.

Irdina termenung seketika. Kini dia mula merasa apa yang Imran rasa. Serba salah. Keliru. Bingung. Wajah kacukan adiknya ditatap semula.

Macam ni..kita hantar rombongan meminang cepat-cepat. Tapi..abang kena ingat, mama mesti tahu hal ni. Nanti boleh jadi kiamat dunia ni kalau mama dipinggirkan. Irdina merenung mata Imran yang mula tunduk.

Meminang Buat apa Kan dia isteri abang. Imran bingung.

Alah..ikut je cakap kakak.

Adik Imran teringat mulut kepoh Izara.

Hmm..adik tu..biar akak yang uruskan. Pandai-pandailah akak cakap. Nanti bila keluarga Anis dah setuju, abang kena confess! Kalau tak parah nanti! Irdina mengingatkan Imran.

Imran hanya angguk bagai budak hingusan yang diberi arahan oleh kakaknya. Terasa ringan sedikit bebanan yang ditanggung seorang diri selama ini. Dia minta diri untuk ke bilik.

Kenapalah aku ni ego sangat Kalau tahu kak Dina nak buat macam tu..dari dulu lagi aku cerita hal ni pada dia.. Imran rebahkan diri atas katil.

Dia bangun semula menuju ke meja belajar. Sebuah buku nota kecil dicapai dari sudut kiri meja yang disusun bersama buku lain. Satu demi satu halaman dibelek dan dibaca sekilas. Dia senyum sendiri. Memang benarlah jodoh kena cari walaupun Allah yang tentukan. Namun cinta Allah lebih layak dicari dari cinta manusia. Matanya tertancap pada satu rangkap yang ditulis kemas dengan dakwat merah.

Cinta yang kecil ialah cinta makhluk. Cinta itu akan bernilai dan besar bila ia didasarkan kepada cinta Allah. Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati. Cinta bukan dari mata turun ke hati sebaliknya cinta itu dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Itulah cinta yang benar dan suci. Dan cinta itu selamanya indah bila ia didasarkan kerana Allah kerana cinta itu dicipta oleh Allah

Imran menatap lagi nota kecil itu. Ungkapan yang diambil dari sebuah majalah islamik yang dipetik dari nota Ustaz Pahrol. Nota itu dibaca lagi.

Manusia hanya memiliki satu hati. Di situlah bermulanya cinta. Apabila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta dalam satu jiwa

Imran menongkat dagu. Nota itu dibaca lagi. Halaman demi halaman. Mukanya diraup perlahan. Betapa selama ini dia terlalu mengejar cinta dunia. Cinta pada wanita, harta dan kesenangan. Pandangannya beralih pada komputer riba.