JAM lapan pagi Sherry sudah berada di pejabat. Dia perlu cari sampul kuning. Segala maklumat ada di dalam sampul itu. Habis lacinya diselongkar. Habis bersepah. Sampul surat berwarna kuning itu dicari lagi.
Where is it Sherry garu kepala. Puas dia mencari.
What are you looking for
Sherry mendongak. Daniel sudah tercegat di depan mejanya.
Err..nothing. Sherry sengih.
See me after meeting. Daniel segera berlalu pergi.
Sherry menelan liur. Fikirannya sarat dengan kejadian semalam. Mungkinkah Hasnul sudah beritahu semuanya
Sekali lagi Sherry selongkar semua laci di meja. Dia menapak pula ke kabinet fail. Satu demi satu laci dibuka.
Mana aku letak Dia menggaru kepala. Sempat jeling jam. Pukul sepuluh nanti ada mesyuarat dan selepas itu dia akan mengadap Daniel.
SELESAI mesyuarat, Daniel segera ke biliknya semula. Sebelum menapak masuk tadi, sempat dia mengarahkan Sherry masuk ke biliknya.
Yes boss Sherry menelan liur. Riak Daniel sudah berubah serius.
Sit down!
Sherry menapak mendekati meja Daniel. Dia melabuhkan punggung di kerusi.
Are you looking for this Daniel lempar sampul kuning ke arah Sherry. Habis jatuh atas lantai.
Sherry terkejut. Matanya bulat memandang sampul kuning yang dicari tadi. Macam mana sampul ni ada dengan bos aku
Perlahan Sherry mengambil sampul tadi.
So, what are you trying to do Daniel sandar di kerusi.
Sherry tunduk. Tidak berani bersuara. Baru malam tadi dia ingin berterus terang dengan Daniel dan ingin bekerjasama dengan Daniel.
Tak ada mulut Daniel senyum sinis. Wajah Sherry sudah pucat.
Sherry mendongak. Renungan tajam Daniel nyata amat menggerunkan.
How did you get all this informations Tanya Daniel lagi. Sherry masih diam dari tadi.
Err...boss, Im sorry..actually..I..I.. Sherry sudah hilang kata-kata.
How dare you betray me like this!! All these informations are very important to me. Daniel mengetap bibir. Semalam selepas Sherry keluar dari pejabat, dia segera buka laci Sherry dan mengambil sampul kuning itu. Hasnul yang beritahu semua itu. Maklumat tentang pembinaan makmal dan projek rawatan air sungai semuanya ada di situ.
How much they pay you Daniel sudah geram.
Sherry sudah tunduk. Ada titis jernih mengalir di pipi.
All this while, I trust you as my PA. And now..what have you done Geram Daniel masih ketara.
Boss..Im sorry. I just knew that all this while, Ive been used by them. Hasnul.. Sherry mengesat air mata.
What Tengking Daniel.
He told me everything... Sherry tunduk lagi. Tidak berani mengangkat muka.
Told what
You were the one who saved me that day... Sherry malu.
What are you talking about Daniel mula keliru. Tidak faham.
Two years ago....Ive been kidnaped and raped.. Tak sanggup Sherry berkata lagi.
Now you know who was behind all these Daniel sandar di kerusi.
Sherry angguk.
Im sorry..selama ni saya tak tahu. Saya buat semua ni sebab saya kejar kemewahan. Baru semalam saya tahu pasal ni. Saya tanya abang saya. Dan tadi, saya cari sampul tu untuk serahkan kembali pada bos. Sherry tunduk lagi.
Berapa banyak maklumat yang awak sudah beri pada mereka Daniel masih pandang Sherry yang sudah menangis di depannya.
Setakat ni, tak ada. Mereka hanya berminat maklumat dalam sampul tu saja. Sherry sekali lagi berterus terang.
Okay..saya percayakan awak. Saya tak nak tengok muka awak lagi di sini. Take this! Daniel lempar pula sekeping surat kepada Sherry.
Terketar-ketar Sherry membaca surat itu. Dia menangis lagi.
Saya tak suka madu dibalas dengan racun! Saya tak suka orang tikam dari belakang! Keras suara Daniel.
Sherry masih tunduk. Memang itu salahnya. Terpaksa terima balasan. Daniel telah beri notis dua puluh empat jam.
You may go now.. Daniel jeling Sherry yang sudah mula bangun dan menapak keluar dari biliknya.
Telefon berdering kuat.
Hello Okay!
Gagang diletak. Daniel senyum. Panggilan dari Zaki tadi sedikit melegakan. Rasa panas di hatinya tadi kembali bertukar sejuk. Dia kena hadir di sebuah butik pengantin. Terlupa yang dia sudah menempah sepuluh pasang baju pengantin dari butik itu dulu.
DANIEL melangkah laju ke deretan kedai di bangunan kedai dua tingkat itu. Habis sahaja kerja tadi, dia bergegas keluar. Tadi, Zaki menunggunya di situ.
Bos!
Daniel senyum. Zaki sudah melambai ke arahnya.
Macam mana Dah pilih Daniel senyum.
Eh, kenapa saya pula kena pilih Kan bos yang nak nikah. Zaki sengih.
Daniel tepuk dahi. Dia segera ke deretan baju pengantin di tepi dinding.
Err..excuse me, dulu saya ada beli sepuluh baju kat sini. Saya belum ambil lagi. Daniel mula teringat sepuluh pasang baju pengantin yang dibeli dulu masih berada di butik itu.
Hmm..nanti saya periksa. Seorang pekerja perempuan di butik itu mula periksa akaun jual beli di komputer.
Okey encik. Ada. Encik nak ambil sekarang ke
Daniel angguk.
Tapi bos..banyak sangat tu. Muat ke dengan Arissa Zaki berkerut kening.
Daniel senyum. Arissa sudah lama cuba semua baju tu.
Dia dah cuba...
Hah Bila Zaki tercengang.
Dah lama..saya yang paksa dia. Daniel tunduk.
Oh...sebenarnya saya ajak Arissa sekali tadi. Sekejap lagi dia datang bersama omma. Zaki mula berterus terang.
Daniel tergamam. Dia kemudian mengukir senyum.
Abang!
Serentak Zaki dan Daniel berpaling.
Erk! Bila pula dia ni ada kat sini Gumam Arissa sebaik melihat Daniel di sebelah Zaki.
Mari! Kita cuba baju ni.. Zaki senyum. Makcik Fatimah turut senyum.
Arissa cuba dulu baju tu.. Zaki menyuruh pekerja tadi memberi semua baju tadi untuk dicuba.
Tak nak! Arissa muncung.
Eh, kenapa pulak Zaki jeling Arissa.
Tak sesuai! Tengok tu! Terdedah luas di bahagian dada. Arissa kan dah pakai tudung. Arissa masih tercegat berdiri di sebelah ibunya.
Zaki amati baju pengantin di tangan pekerja tadi. Betul juga..
Habis tu macam mana bos Zaki pandang Daniel.
Err...cik, boleh tukar ke dengan baju lain Daniel garu kepala. Dia dah bayar kesemua baju tu dulu.
Dah tak boleh encik.. Pekerja itu serba salah.
Arissa senyum. Biar Daniel tanggung kerugian! Padan muka!
Kalau tukar dengan baju yang sama harga macam mana Zaki mengusul cadangan.
Daniel pandang ke arah pekerja perempuan tadi.
Hmm..nanti saya tanya bos saya. Perempuan itu segera menelefon pemilik butik itu. Seketika kemudian, dia kembali ke tempat Zaki.
Okey, bos saya benarkan. Encik pilihlah nak yang mana Perempuan itu senyum.
Arissa..pilihlah.. Zaki senyum.
Tak nak!
Eh budak ni! Fatimah pula cuit lengan Arissa.
Err...saya rasa yang ni cantik. Sesuai dengan kulit putih dan ketinggian cik. Perempuan itu mengambil sehelai gaun pengantin warna firus yang penuh dengan manik mutiara putih. Di bahagian dada pula dijahit dengan kerawang dan rapat ke leher.
Ha..cubalah. Omma nak tengok. Fatimah senyum. Dia segera ambil baju tu dan letak di tangan Arissa. Tubuh Arissa ditolak ke dalam bilik persalinan.
Terpaksa Arissa mencuba baju tadi. Lama dia berada di dalam bilik persalinan.
Aduh..macam mana nak keluar ni Ingatkan dia tak ada.. Arissa masih melangut dalam bilik itu. Sekejap duduk, sekejap berdiri.
Arissa! Okey ke tak baju tu Laung Fatimah.
Aduh..macam mana ni Arissa duduk mencangkung pula. Kalau boleh dia tak nak tayang badannya pada Daniel. Dahlah baju tu ikut bentuk badan. Memang jelas nampak lekuk bentuk badan. Kalau dulu, ya la dia suka pakai baju macam tu, elegan!
Arissa...okey ke tak Omma nak tengok..keluar la dulu. Zaki pula melaung dari luar.
Terpaksa Arissa keluar dari situ. Dia menapak perlahan ke ruang legar butik yang luas itu.
Terpegun Daniel melihat Arissa. Kecantikan semulajadi Arissa makin terserlah dengan kilauan baju warna firus itu. Dia melihat atas bawah. Bentuk badan Arissa sungguh menawan.
Oh my...you are so beautiful... Hati Daniel mula berkata. Rasa hendak peluk tubuh Arissa masa itu juga.
Arissa pandang ke arah lain. Daniel dilihat sudah ternganga melihatnya.
Wow! Cantiknya adik abang! Zaki turut terpegun.
Macam mana Nak yang ni Fatimah senyum lebar. Dia turut terpegun melihat Arissa begitu berseri-seri.
Mana-manalah.Arissa segera ke bilik persalinan semula. Dia segera menukar baju sambil mulut tak henti mengomel.
Huh! Terlopong tengok aku! Bukan aku tak tahu apa ada dalam kepala otak kau tu! Arissa membebel sendiri. Benci masih ada.
PULANG dari butik pengantin tadi, Arissa singgah pula di kedai barang hantaran. Ikut hati malas dia nak layan semua itu. Ibu yang beria mengajaknya ke situ.
Omma gembira sangat. Tadi, omma tengok Daniel macam tak lepas dari pandang Arissa. Arissa memang cantik. Fatimah cium dahi Arissa. Satu-satunya anak yang dia ada.
Alah..omma bukan tak tahu dia tu. Semua tu ada makna.. Arissa mencebik.
Tak baik Arissa sangka buruk macam tu. Daniel sudah berubah baik. Fatimah geleng. Nyata Arissa masih tidak dapat terima Daniel.
Arissa diam. Dia mengangkat semua barang yang dibeli tadi dan diletak di ruang tamu. Dia segera menapak ke bilik.
Hmm...dah lama Nelissa tak call aku. Mana dia pergi MIA ke Arissa pandang telefon bimbitnya. Sejak hari pertunangannya dulu, Nelissa seolah senyap terus dari dunia ni.
Baik aku call dia.. Arissa capai telefon dan mula mendail nombor Nelissa.
Arissa!!
Bingit telinga Arissa mendengar jeritan Nelissa di hujung talian.
Weh! Aku belum bagi salam kau dah menjerit! Arissa turut senyum.
Aku rindu la kat kau! Kenapa kau tak ingat kat aku Mentang-mentanglah dah ada tunang!
Jelas kedengaran suara merajuk Nelissa.
Bukan macam tu la beb! Kau tu, senyap je! Macam mana kau dengan Zarul Arissa baring di katil. Mata menala ke siling.
InsyAllah, kami dah buat rancangan. Zarul akan selamatkan aku dari lelaki miang tu!
Arissa ketawa.
Aku nak kau hadir masa majlis nikah aku nanti. Aku nak kau tahu semua tu.
Sabarlah Nely...tak lama lagi.. Arissa senyum.
Lama dia berborak dengan Nelissa. Dari suara Nelissa tadi, jelas ada rasa gembira bila Zarul mula membuat sesuatu.
Hmm...apa yang dia orang sebenarnya rancang eik Arissa garu kepala.