MY DARLING ANGEL - 56
HAZIQ okey Haziq nak makan apa-apa lagi tak

Haziq hanya menggeleng. Wajahnya

mendung, Papa...

Ya sayang

Kenapa Acu marah papa tadi Haziq tak sukalah Acu buat papa macam tu. Acu jahat sangat! luah Haziq dengan geram.

Ish, tak baik cakap Acu macam tu tau. Itu kan Acu

Haziq tau. Papa tak suka Haziq cakap Acu macam tu.

Sorry papa, tapi Haziq tak sukalah tengok Acu buat papa macam tu. Haziq sayang papa.

Haziq sayang papa, kan

Sayang! Sayang sangat-sangat. Kalau boleh, Haziq nak tinggal dengan papa. Haziq tak nak tinggal dengan Acu lagi sebab Acu jahat!

Haziq, tak baik. Kalau Haziq sayangkan papa,

Haziq kena buat satu benda. Boleh

Apa dia papa

Nanti papa nak Haziq minta maaf dekat Acu sebab Haziq dah ingkar cakap Acu. Haziq kena sayang Acu sama macam Haziq sayangkan papa. Tak baik buat Acu macam tu. Boleh buat tak sayang

Laju Haziq menggeleng tidak menyetujui permintaan papanya. Baginya, Acu Elzaaranya sangat keterlaluan dan itu tidak dapat dimaafkan olehnya. Dia sangat terasa hati dengan tindakan kejam acunya tadi. Andai kata papa Brian ada membuat kesalahan terhadapnya, Acu Elzaara tidak sepatutnya memarahinya ataupun menengkingnya.

Tak nak... Nanti Acu marah Haziq lagi. Tadi pun Acu jerit dekat Haziq. Haziq tak naklah datang dekat dengan Acu.

Haziq... Sayang papa kan

Hm, yelah. Nanti Haziq minta maaf dengan Acu. Tapi, Acu pun kena minta maaf balik dengan papa. Kalau Acu tak nak minta maaf dengan papa, Haziq tak nak cakap dengan Acu. Boleh tak papa

Ada saja permintaan balasan Haziq. Demi tidak menghampakan anak terunanya, Brian hanya bersetuju.

Macam-macamlah anak papa ni. Yelah, boleh je, tapi dengan syarat.

Syarat apa papa

Haziq jangan bergaduh dengan Acu lagi okey

Haziq kena dengar cakap Acu lepas ni okey

Okey papa.

Bagus. Pandai pun anak papa ni. Brian membelai lembut rambut Haziq.

Papa, Haziq nak aiskrim lagi boleh tak Dihulurkannya mangkuk aiskrim yang digunakan tadi kepada Brian.

Oh tak boleh. Dah banyak sangat Haziq makan aiskrim tadi. Kali ni Haziq makan sup. Nanti balik rumah Haziq lapar pula kalau asyik makan aiskrim je. Lagipun aiskrim tak elok makan banyak-banyak. Papa ambilkan Haziq sup cendawan ya Atau pun Haziq nak makan nasi Kalau Haziq nak makan nasi papa beli sekejap.

Nak sup.

Okey, kejap papa ambilkan.

Haziq mengangguk sahaja. Mangkuk aiskrim yang hanya tinggal sisa-sisa aiskrim terus saja dilicinkan oleh Haziq sehinggakan mangkuk tersebut berkilat bagaikan mangkuk baru yang belum digunakan.

Brian bangun dan terus menuju ke pantri untuk mengambil sup cendawan dan roti bakar seperti yang dimahukan Haziq. Tangannya pantas mengambil mangkuk besar dan mengisi salad campuran untuk dirinya.

Dari jauh kelihatan Lyn yang tadinya menjawab panggilan telefon kini sudah kembali ke tempat duduk mereka. Cuma bukan kembali berseorangan, tetapi ada susuk tubuh yang tidak dikenali turut bersamanya. Sebaik sahaja Brian kembali ke tempat mereka, keningnya terangkat sebagai isyarat supaya Lyn mengenalkan temannya itu.

Brian, kenalkan. Ini boyfriend I. Nama dia Shah. Shah, ini Brian. Tunang sepupu saya dan dia inilah yang saya pernah cerita dekat awak dulu. Lyn memperkenalkan antara mereka berdua.

Oh, Hai. Shah. Shah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Brian.

Brian mengenggam erat tangan Shah. Brian. Pandai you sorok ya Lyn Giat Brian.

Lyn tersengih menutup kegugupan yang melanda dirinya kini. Sering kali wajahnya kemerahan apabila dia berhadapan dengan Brian. Degupan jantungnya juga turut berlainan irama tiap kali Brian mengusiknya. Tapi kini, getaran jiwa raganya tidaklah sehebat dahulu kerana hanya seorang saja yang mampu menjentik tangkai hatinya dan orang itu tak lain tak bukan adalah buah hatinya, Shah.

You kerja di mana Dah lama kenal Lyn Suara Brian yang tiba-tiba menyapa melenyapkan angan Lyn. Secawan kopi pekat dihulurkan ke arah Shah. Nadanya sangat prihatin bagaikan seorang Abang kepada Lyn. Tapi, sememangnya begitulah hubungan di antara mereka berdua kerana perasaan cinta dan kasih sayangnya hanyalah untuk Elzaara seorang sejak dahulu lagi.

I kerja di Damai Puri Resort dan Spa, Sarawak. Kami dah lama kenal sejak dari universiti dulu lagi.

You pula ada kafe sendiri kan Ini kan Brian mengganguk, Lyn bagitahu

Secalit senyuman di bibir Shah sudah memberikan jawapan yang jelas bagi pertanyaan Brian. Shah meninjau keadaan sekeliling Kafe. Susun atur dan hiasan Kafe sungguh ringkas tetapi moden. Pada waktu itu, para pelanggan tidaklah terlalu ramai.

Semuanya dia cerita dekat I. Sampaikan perasaan dia dekat you pun I tau. Ujar Shah ringkas. Senyuman yang terukir di wajah Shah menyebabkan Brian tergamam seketika.

Brian kehairanan. Perasaan Lyn Terhadap dia Apakah.. Brian menjongkitkan kedua belah keningnya memohon penjelasan daripada Shah soal ayat terakhirnya itu tadi. Sesungguhnya dia tidak mengerti perasaan apakah yang sedang diperkatakan oleh Shah. Wajah Lyn dan Shah dipandang bersilih ganti.

Shah dan Lyn saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka seakan-akan sedang berbicara secara rahsia melalui lirikan mata yang hanya mereka berdua mengerti. Kenangan demi kenangan tiba-tiba menerjah keluar dari kotak fikiran mereka berdua hingga menyebabkan Haziq terpaksa menjerit memanggil nama Lyn.

Hah! Apa Apa Lyn kalut apabila dia menyedari namanya di sebut-sebut.

Shah turut tersentak apabila melihat buah hatinya terkulat-kulat apabila disergah oleh Haziq.

Haziq terus terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat sepasang kekasih itu yang sedang kelam-kabut setelah mereka hanyut dalam angauan mereka.

Brian tersenyum nipis, tapi dalam masa yang sama hatinya sayu mengenangkan seseorang yang masih berada di hospital. Melihatkan kemesraan di antara pasangan kekasih Lyn dan juga Shah, hatinya sayu. Dia juga mengharapkan agar dia dapat merasai bahang asmara yang sama seperti mereka tetapi apakan daya, pipinya tersorong-sorong mengharapkan balasan cinta daripada Elzaara. Dia diibaratkan seperti pungguk rindukan bulan.

Segera Brian menepis wajah kesayangannya kerana dia tidak mahu bersedih mengenangkannya. Dia hanya mampu berdoa agar Elzaara cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Mereka bersembang sehingga bulan sudah menjelma. Haziq yang sudah keletihan sedang lena di pejabat Brian meninggalkan mereka bertiga rancak bersembang. Bunyi deringan telefon menyentak Lyn.

Brian, I kena gerak dulu. Tu ha, Pak Long saya dah mula bertanya pasal cucu dia yang tak balik-balik lagi. Nanti kita sembang lagi eh

Brian melihat pergelangan tangannya dan segera menepuk dahi.

Allah! I pun tak perasan masa dah pantas berlalu. Kejap I pergi kejutkan Haziq. Just leave everything there. Nanti I kemaskan. Bil pun as usual, on me okay Brian mengenyitkan matanya sebelum berlalu ke belakang untuk mengejutkan Haziq.