Antara pengasah pensel yang popular adalah:
Pengasah pensel jenis cermin
Sejenis pengasah pensel berbentuk bulat. Mempunyai pelbagai warna antaranya merah, hijau dan biru. Mempunyai cermin di bahagian belakangnya.
Selain digunakan untuk melihat muka dan membetulkan tudung, cermin ini juga boleh digunakan untuk mengintai di bawah skirt pelajar perempuan.
Cermin ini juga boleh digunakan untuk memantulkan cahaya matahari menghala ke mata rakan-rakan.
Pengasah pensel jenis pusing
Sejenis pengasah pensel yang sedikit mahal dan besar. Berbentuk seakan-akan sebuah kotak dengan laci di bahagian bawahnya yang boleh dibuka untuk membuang habuk dan hampas pensel. Pensel dimasukkan ke dalam lubang dan dikepit. Picu pada bahagian sebelah akan diputarkan mengikut arah jam.
Walaupun ianya memudahkan kerja, pengasah ini adalah sukar hendak dibawa di dalam beg sekolah. Pensel cepat pendek apabila diasah dengan menggunakan pengasah ini.
Pisau lipat/pelit
Pisau lipat 5 sen yang diperbuat dari aluminium ini bukanlah sejenis pengasah pensel yang formal. Pisau lipat ini sebenarnya adalah pisau untuk mengasah pensel khat.
Di sesetengah tempat terutamanya di bahagian utara, pengasah pensel disebut gerumit. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, gerumit bermaksud pekerjaan yang halus. Entah apa yang halus dengan mengasah pensel tidaklah diketahui sampai sekarang.