Mujarab juga losen yang aku sapu diperut.
Dah susut berat badan aku.
Selain itu dia mudah mengantuk dan cepat penat. Senang je nak tidur dan terlelap. Tapi tengah malam asyik nak bangun je. Haus dan lepas tu ke bilik air. Mungkin kesan sampingan losen yang disapu di perutnya. Itu firasatnya.
Pagi ini dia jumpa aku. Matanya semakin tak awas. Dah semakin susah nak memandu terutama waktu malam. Kelakiannya pun dah makin kurang power. Memandangkan dia ni kawan sekolah lama aku, Meh, aku sekolahkan kau!
Tengok gula kau. 15.5 mmol/L. Confirmed diabetes. Diabetes adalah penyakit keturunan. Juga sebab suka makan bendabenda manis sahaja. Kerana ada orang tak suka makan manis pun, boleh kena kencing manis. Kencing manis disebabkan kekurangan insulin ataupun sebab badan kau dah kurang sensitif dengan insulin.
Begini, kalau kau makan nasi ataupun makan benda-benda manis, automatik insulin akan dihasilkan. Tujuannya untuk proses apa yang kau makan tadi, ditukar kepada tenaga atau disimpan jadi lemak. Tapi sebabkan badan kau kurang insulin ataupun sebab badan kau kurang sensitif dengan insulin, gula tadi tak dapat diproses sepenuhnya. Gula tadi langsung pusingpusing dalam badan dan keluar ikut buah pinggang. Bila gula keluar ikut buah pinggang, dia menarik air dalam badan sekali. Sebab itu kau asyik nak kencing dan sentiasa kehausan.
Disebabkan gula tak boleh ditukar kepada tenaga, badan kau akan kekurangan tenaga. Sebab itu kau rasa cepat letih dan mengantuk. Dan bila badan kau tak dapat tenaga, dia akan bakar lemak-lemak dalam badan kau untuk jadi tenaga. Sebab tu kau makin kurus. Kau kurus bukan sebab losen mustajab kurus badan. Kau kurus sebab kencing manis.
Ubat yang doktor beri itu ubat lama. Dah berpuluh tahun dalam pasaran. Ubat itu menolong badan kau menghasilkan insulin. Juga menambah kesensitifan badan kau terhadap insulin. Ubatubat ini tak boleh menyembuhkan kencing manis. Ubat-ubat ini bukan ubat ajaib. Kau kena makan ubat ini selama-lamanya. Selain itu kau kena monitor paras gula kau. Walaupun kau makan ubat, paras gula kena monitor juga. Mungkin ubat kena tambah dos. Mungkin ubat boleh dikurangkan dosnya. Mungkin ubat kena tukar jenis kerana dalam perubatan moden, badan manusia punya tindak balas yang berlainan. Tiada ubat ajaib. Tiada ubat super. Tiada ubat boleh menyembuhkan kencing manis.
Ubat kencing manis tidak menyebabkan kau pekak. Ubat kencing manis tidak merosakkan buah pinggang. Paras gula yang tidak terkawal puncanya. Mata jadi buta. Buah pinggang hilang fungsi. Tekanan darah tinggi. Kudis tak boleh sembuh. Kaki kena potong. Dan yang paling sadis. Kawan karib kau dah tak naik.
Aku tak halang kau makan jamu ke jus. Peria katak, garam bukit, garam buluh, misai kucing. Makanlah. Minumlah. Tapi ubatubat kerajaan jangan tinggal. Kalau dari segi kos, ubat kerajaan memang murah. Tapi itu lebih berkesan berbanding ubatubat MLM yang mahal-mahal. Sebab ada clinical trial. Sebab ada kajian berpuluh tahun. Sebab ada bukti-bukti saintifik. Bukannya testimoni pak-pak turut yang bercakap sesedap mulut dan lidah.
Lagi satu kau tak boleh bergantung dengan ubat sahaja. Diet kena jaga. Exercise pun bagus untuk gula kau. Kencing manis perlu rawatan berterusan. Ia bukan penyakit ciptaan Yahudi. Ubat-ubatannya pun bukan Amerika yang buat. Aku takda ubat nak sembuhkan penyakit kau. Tapi kalau kau faham penyakit kau, kau faham masalah dalam badan kau, kau tak perlu cari dan beli ubat mahal-mahal. Ubat kerajaan sebulan seringgit dah cukup untuk kau. Bila gula kau dah control, baru aku cerita pasal ubat untuk kawan karib kau.