DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 56
Pagi Isnin kelmarin, macam pagi Isnin yang lepas-lepas, aku bangun lambat. Aku pecut mandi laju-laju, lap badan separuh, capai baju kemeja paling hensem tak payah seterika, rembat seluar hitam bekas pakai outing pergi kedai Cupak malam tu punya, sikat rambut guna jari, belit tali pinggang masuk lubang paling belakang sebab pinggang ramping. Hampar sejadah.

Selesai!

Pakai seluar malam tadi Ni ada ha dah seterika sehelai! Sergah Cikgu Kuala Kubu sejurus aku selesai bagi salam. Cikgu Kuala kubu pun rupanya tengah sibuk nak cepat sebab dia kena sampai sekolah awal. Ada mesyuarat Ketua Panitia. Ada juga mesyuarat AJK membasmi ponteng, kutip duit majlis perpisahan cikgu pencen dan juga latihan kawad Kadet Bomba yang tak berapa penting.

Tak payah. Seluar ini pun ok. Pakai pergi makan je pun. Balas aku muka dah tala depan cermin. Padahal gosok gigi pun nyaris terlupa.

Aku cepat-cepat pakai kasut, capai helmet, start motor dan cabut pergi stesen bas. Pintu pagar yang sengaja nak menghalang aku tendang pergi luar sikit.

Walaupun lambat aku dapat juga naik bas 626 pukul enam setengah pagi. Tempat duduk banyak yang kosong. Memang rutin pagi Isnin, pekerja-pekerja ramai jumpa doktor, atau terlepas bas, atau tersakit perut dan macam-macam jenis hal yang menyebabkan bas pukul 6.30 pagi pergi KL jadi kosong.

Aku duduk belah belakang sekali.

Bas berjalan perlahan masuk lebuhraya.

Truutttruutt...ada sms masuk.

Mana kunci kereta

Ah, baru mata nak pejam.

Atas lemari. Kalau tak ada, tengok dalam poket seluar. Aku balas sambil pejam.

Truutttruuutt...

Poket belah kanan bergegar lagi. Kali ni aku dah tak peduli. Aku meluru ke depan sambil hunus pisau tepi leher Manov.

Lu pilih sekarang. Nak patah balik ka nak masuk Metro muka depan!