Pasar Seni ini dibuka sebagai pusat seni pada bulan Mei 1986 lagi. Sesudah dinaiktaraf, ditukarkanlali pulak namanya ke Pasar Budaya. Inilah cerita perihal kapitalis yang suka memanipulasi dan mengaut untung dari orang- orang kecil yang hidup mereka bukanlah sesenang niana.
Apa yang boleh diorang buat melainkan meneruskan hidup vvalau dalam kepayahan. Kenaikan kadar sewa bagi satu tapak pula daripada RM700 kepada RM1,500. Peraturan baru yang dikenakan ialah bagi penyewa yang lambat buka kedai, mereka akan dikenakan denda RM50. Kalau tutup awal pun didenda. Begitulah ceritanya apabila golongan kapitalis berkuasa. Mereka yang akan untung lebih, dan yang makin kaya pun diorang juga.
Aku pun tidak hairan sangat fasal tukar-tukar nama ini. Apa signifikannya Bila dikata seni tu ianya merangkumi semualah yang berkaitan seni. Apa susahnya Secara personal, aku tidak bersetuju apabila dinaiktaraf. Aku lebih suka nilai kesenian asli itu dikekalkan. Ianya lebih asli. Menteri-menteri yang di atas tu bukannya fall am sangat pasal kesenian ini. Mereka bukan berada di Pasar Seni setiap hari.
Semasa aku buskingdulu juga, hampir setiap malam aku bcrada tli Jalan Alor dan Brickfields. Jalan Alor ini memang terkenal sebagai tempat makan. Pelancong memang ramai ke situ. Kebanyakannnya tempat makan orang- orang Cina, 1'usat pelacuran juga terdapat di situ juga. la sebuab kawasan hitam.
Apabila jam menunjukkan lapan malam, aku akan busking di situ di sepanjang kedai-kedai makan berderet di situ. Seperkara, dari segi penghargaan dan nilai kemanusiaan, orang di sini lebih pandai menghargai golongan busker daripada orang Melayu. Orang Cina ini kebanyakannya tidak menilai pakaian kita, zaliir kita yang nampak selekeh dan rugged. Kalau orang Melayu, mereka akan tengok atas bawah. Lepas itu untuk pandang ke arah kita pun seperti terpaksa saliaja - seolah-olah kita ini peminta sedekah. Tetapi ada juga yang okay. Begitu juga apa juga bangsa, ada yang okay dan tidak okay. Aku pun bercerita atas dasar pengalantan.
Berkenaan Jalan Alor ini pula, rupanya sudah ditukar namanya ke Jalan Kejora. Alor itu melambangkan subjek yang kotor sebab alor ini benda yang ada di celah kangkang kaum perempuan. Begitu Jadi ianya member suatu intej yang tidak baik di ntata pelancong.
Pak-pak dan Mak-mak Menteri ini main ikut suka mereka sahaja apabila berfikir. Kalau macam itu, Alor Setar di Kedah itu kena tukar namalah juga sebab ianya melambangkan irnej yang tidak baik. Apalah punya kontot idea sebegini Positiflah sikit. Kalau otak kamu sudah ke situ, di situlah kamu adanya.
Aku pun tidak akan busking di Jalan Kejora. Aku cuma bltskiug di Jalan Alor.