PENERBANGAN ke London ada tiga jam lagi. Suasana di lapangan terbang KLIA masih sibuk seperti biasa. Jai periksa semua dokumen perjalanan termasuk surat tawaran universiti.
Jai!!
Jai mendongak. Koci dah berlari ke arahnya. Tercungap-cungap.
Aku ingat dah lambat dah! Pukul berapa flight kau Koci dah termengah-mengah.
Lambat lagi. Pukul tiga, sekarang ni baru pukul dua belas. Jai sengih. Dia menyambung semula memeriksa apa yang patut.
Kau belajar universiti mana Koci duduk sebelah Jai. Dia jeling dua beg besar di sebelah Jai. Ni macam nak berkampung dah ni!
Universiti Nottingham. Jai menjawab ringkas.
Oh.. Koci angguk-angguk.
Kau macam mana Jai jeling sekilas.
Aku Macam mana apa
Ya la..sejak kau jadi duda terhormat ni, apa rancangan kau Nak pinang Seri lagi sekali ke Jai senyum sinis.
Ada pulak! Aku pinang betul karang, baru putih mata kau tu! Tak ada laaku dah serik nikah ni. Fobia. Sekarang ni dengan perempuan pun aku tak berani nak dekat. Aku ingat nak pergi umrahlah Jai. Kau pun jauh kat UK. Acik pulak dah tinggal dengan famili dia. Ojie pun dah tak ada. ..
Koci dah sugul.
Kau nicakap macam dunia ni nak kiamat. Cerialah sikit. Jangan pulak kerana apa yang telah terjadi, kau dah putus asa. Pasal umrah tu aku setuju sangat. Aku pun teringin nak buat umrah. Jai senyum.
Koci pandang Jai. Jai memang seorang sahabat yang baik sejak dulu. Kata-katanya penuh dengan semangat walaupun diri sendiri ada masalah.
Mak ayah kau mana Koci jenguk sekitar situ.
Mereka ke kafeteria kejap. Aku tak lapar. Kak Long dan abang ngah aku pun ada sama. Jai berkata tanpa nada perasaan.
Koci hanya angguk.
Acik dan Seri tak datang Koci jeling Jai yang dah sandar di kerusi.
Entah..semalam Acik cakap nak datang. Jai dongak. Matanya meliar melihat sekitar KLIA.
Ha! Panjang umur pun! Koci tuding ke arah Acik dan Seri yang dah tersenyum dari jauh bersama orang tua mereka.
Jai turut mendongak. Matanya melekat pada Seri. Cantik dalam blaus merah jambu dan skirt kembang labuh berona sama dengan corak bunga halus. Tudung yang mempunyai warna putih dan merah jambu bercorak sama terlilit kemas, labuh menutupi hingga paras dada. Subhanallah!
Hoi! Kau ni..kalau tengok Seri memang tak pernah nak tutup mulut! Nasib baik kat KLIA ni. Dalam aircond! Kalau tak dah penuh dengan lalat! Koci sengih.
Jai senyum. Alah..bukannya ternganga macam mulut buaya yang dihurung lalat tu! Melebih-lebih pulak mamat ni!
Acik bersalam dengan Jai sebaik sampai di tempat Jai. Seri hanya senyum di sebelah Acik.
Err..mak dan ayah mana Datuk Kamaruddin tanya Jai. Jai bangun dan terus mencium tangan orang tua tu.
Dia ke kafeteria tadi. Pakcik dan makcik dah makan Jai senyum. Matanya beralih pad Datin Rubiha.
Hai..nak tanya mak ke..tanya anak Acik usik.
Kau ni. Aku serius la! Jai jeling Acik. Sempat lagi usik aku depan mama dan papa dia!
Kenyang lagi.. Datuk Kamaruddin jeling jam di pergelangan tangannya.
Seri tidak berkata apa-apa. Dia pandang Koci dari tadi.
Acik jeling Koci dan Jai silih berganti. Matanya beralih pada Seri. Dari tadi Seri asyik memandang Koci. Parah macam ni!
Err..awak ingat saya tak Seri tanya Koci.
Erk! Kenapa Koci garu kepala.
Abang saya kata..awak dah nikah, betul ke Seri tanya lagi.
Koci membuntang. Jai dan Acik saling berpandangan. Lengan Acik disiku oleh Jai.
Kau cakap apa kat Seri Jai berbisik.
Semalam..dia asyik tanya pasal Koci. Aku cakaplah Koci dah nikah.. Acik turut berbisik.
Awak nikah dengan siapa Sekali lagi Seri tanya.
Errerr..aaa.. Koci dah garu kepala. Adoih..macam mana nak jawab ni! Acik pun satu! Ada ke cerita hal aku pada Seri!
Salina.. Selamba Koci jawab. Acik dah beri isyarat tadi.
Siapa Salina Seri masih tanya.
Koci pandang Acik dan Jai. Mampus aku! Apa aku nak jawab ni
Err..dia tu kawan satu sekolah saya dulu.. Ah, lantaklah! Seri bukan ingat pun!
Oh..mesti awak dan Salina dah bercinta lama kan Ya lah..kalau dah satu sekolah..lama tu! Seri dah kendur suara.
Acik jeling Seri. Haihnampaknya Seri masih menaruh harapan pada Koci.
Koci senyum kelat.
Jai diam dari tadi. Rasa dah membahang dalam hati. Bohonglah kalau aku tak cemburu. Aku yang cintakan Seri, Koci jugak jadi minat Seri. Nasib badanlah..
Nasib baik Seri tak tanya pasal Ojie.. Acik berbisik ke telinga Jai.
Errsiapa Ojie bang
Acik cepat-cepat menoleh. Seri dah pandangnya tak berkelip. Telinga lintah betul adik aku ni!
Ojie tukawan abang jugak.. Acik teragak-agak.
Jai dan Koci dah pucat. Entah apa soalan Seri nanti.
Kawan Tak pernah pun abang kenalkan dengan Ucu Seri dah berkerut kening.
AdoihSeri dah mula dah. Apa aku nak jawab ni Acik jeling Jai dan Koci.
Dia..dia dah tak ada.. Acik terpaksa jawab dengan jujur.
Maksud abang..dia dah meninggal Seri semakin keliru.
Acik mengangguk lemah.
Acik..kau ceritalah hal sebenar. Doktor pun ada beritahu hari tu, Seri perlu diingatkan dengan kejadian yang ada kaitan dengannya. Mana tahu ingatannya pulih semulaJai tenung Acik yang dah serba salah.
Lama Acik diam. Ungkit hal Ojie, bermakna ungkit semula rasa bersalah aku pada Ojie. Hati aku dahlah susah nak lupakan semua tu!
Acikmaafkan aku. Aku tak bermaksud nak ungkit semula apa yang telah terjadi. Jai gosok bahu Acik.
Seri terpinga-pinga.
Ucusebenarnya, Ojie tu kekasih abang, kawan Ucu sendiri. Dia meninggal dalam kemalangan. Ucu ingat tak Acik pegang bahu Seri.
Seri masih keliru.
Err..kemalangan Dia kawan Ucu Kekasih abang Seri semakin bingung.
Ya..Ojie meninggal lepas tu. Jai menambah.
Innalillahi wainna ilaihiraajiun.. Seri tunduk.
Jai! Bila kau nak balik semula Malaysia Koci ubah topik. Muka Seri dah keliru. Dia pandang Jai dan Acik silih berganti. Eii, dia orang ni suka sangat cerita yang boleh mengelirukan Seri!
Errtahun depan la aku balik. Kalau ada cuti panjang, insya-Allah aku balik.Jai cuit lengan Acik.
Oh..aa..kau balik raya ke nanti Acik tergagap-gagap.
Yalah.. Jai senyum.
Seri masih bingung.
Sembang apa Tak sedar kami dah ada kat sini Encik Muzaffar senyum. Sempat bersalam dengan Datuk Kamaruddin.
Sembang anak muda memang leka abang oi! Puan Aishah mencelah.
Datin Rubiha turut ketawa.
Bila Jai akan balik Malaysia Datuk Kamaruddin pegang bahu Jai.
InsyaAllah..awal tahun depan, kalau ada cuti panjang. Jai senyum.
Hmm..tu dah ada announcement tu. Datuk Kamaruddin pandang ke arah balai pelepasan.
Jai..jaga diri baik-baik ya nak. Solat jangan tinggal. Puan Aishah peluk Jai, erat.
Study betul-betul! Kak Long dan abang ngah turut peluk Jai.
Ya kak, abangterima kasih kerana datang hantar Jai kat sini walaupun abang dan akak sibuk kat sana. Jai cubit pipi anak buah yang dalam pelukan kakaknya.
Jaijangan lupa Seri! Kau jangan menggatal cari orang lain pulak!Acik tumbuk manja bahu Jai.
Semua yang ada di situ ketawa. Seri pulak dah tersipu malu. Dia jeling Koci. Koci turut senyum. Ahsayang sekali Koci dah nikah. Matanya menala pula ke arah Jai. Hmmapa istimewa dia ni ek
Tunggu!
Semua mata menala ke arah suara yang menjerit dari jauh.
Jai berkerut kening. Lisa
Maafsaya dengar awak nak ke UK. Nasib baik saya sempat sampai. Lisa bersalam dengan mak Jai, mama Seri dan juga Seri sendiri.
Mana awak tahu saya nak ke UK Jai pandang Lisa yang dah termengah-mengah menahan nafas.
ErrAcik yang beritahu. Seri apa khabar Lisa pandang Seri yang asyik merenungnya dari tadi.
Baik. Awak siapa Seri berkerut kening.
Lisa kaget. Dia pandang Jai, Acik dan Koci silih berganti. Kenapa pelik sangat soalan Seri
Err..awak tak ingat saya Lisa pegang tangan Seri.
Seri geleng.
Saya Lisa! Kawan awak masa projek NHES dulu tu. Saya pun satu kuliah dengan awak, ambik kimia! Lisa tercengang.
Seri pandang Lisa tak berkelip. Satu kuliah
Acik ajak Lisa ke satu sudut. Segala apa yang berlaku pada Seri diceritakan pada Lisa.
Ya Allahsampai macam tu sekali Lisa tekup mulut. Dia menelan liur.
Acik mengangguk lemah.
Maafsaya tak tahu. Selama ni saya ingat Seri okey. Habis tu dia tahu ke pasal Ojie Lisa kesat air mata. Sebak dengan apa yang berlaku.
Acik geleng.
Ohmaafkan saya. Lisa meraup muka.
Sudahlah..lepas ni buat tak tau saja. Kalau dia tanya, pandai-pandailah jawab. Acik merayu pada Lisa.
Lisa mengangguk lemah.
Acik! Aku nak blah dah ni! Jai panggil Acik.
Bergegas Acik dan Lisa ke tempat Jai.
Selamat belajar Jai. Jangan lupa Seri.. Acik tepuk bahu Jai.
Kenapa dengan abang ni Dari tadi usik Ucu dengan Jai ni. Jai tu kan dah ada buah hati! Seri senyum.
Masing-masing tercengang.
Siapa Acik jeling Seri.
Tu! Seri tuding ke arah Lisa.
Acik dan Jai saling berpandangan. Serentak mereka tepuk dahi. Parah! Memang parah!
Lisa turut tercengang. Memang sah Seri dah lupa semuanya! Matanya menala ke arah Jai. Kesian dengan lelaki tu
Jai..maaf, saya tak tahu apa yang telah berlaku. Lisa tunduk. Tak sanggup melihat Seri macam tu. Pandangannya beralih pula pada Koci. Entah bila jantungnya mula berdegup kencang bila berdepan dengan Koci. Aku dah jatuh cinta ke apa
Dahlah..okey guys! Aku berangkat dulu!
Jai menapak ke balai pelepasan. Sempat menoleh ke arah Seri. Senyuman Seri sememangnya satu bekalan untuknya. Mungkinkah itu senyuman terakhir untuk aku Atau senyuman permulaan perhubungan mereka Mungkinkah hari ni hari terakhir aku jumpa Seri