Abstrak Cinta Aku & Dia - 57
BAB 57

SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, Zack dan Hanif mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulut. Zack yang sedang dalam proses merawat hati luka kononnya, lebih suka memandu sambil melayan lagu di radio. Tiada mood dan modal mahu berbual dengan Hanif yang pada pengamatannya, turut dilanda penyakit tak ada mood secara tiba-tiba.

Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas telah berbeda

Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati

Adoiyaiii!! Zack terus menukar siaran radio.

Tinggalkan ku

Perlahan-lahan ku terima

Semakin ku sakit

Semakin kau bahagia

Cisss!! Time ginilah lagu si Hafiz ni nak keluar. Zack terus menukar siaran radio lagi.

Hitz FM. Lagu Wrecking Ball dari Miley Cyrus. Tukar.

Suria FM. DJ Lin sedang berbicara dan bermadah cinta. Oh tidak! Kenapa Kenapaaaa Tukar.

Fly FM. Lagu Demon dendangan Imagine Dragon. Bolehlah. Asalkan perasaan tidak diruntun.

Hanif hanya memandang perilaku Zack tanpa riak. Fikirannya sendiri agak berserabut. Asyik terfikirkan Amy. Perutnya pula, terasa sebu. Seperti ada rama-rama yang berterbangan di dalamnya. Masakan tidak Dia sudah terlepas cakap.

Ah! Apa ada hal Lelaki bukan Dan sepatutnya dia bertanggungjawab dengan tindakannya tadi. Bertindak untuk memastikan, Amy memahami yang dia tidak bergurau. Dia tidak bersenda. Dia bukan meluah sekadar untuk suka-suka. Dia benar-benar punya rasa. Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang Jari mengetuk peha.

Saat kereta diparkirkan di kotak parkir, Hanif masih termenung.

Zack memandang penuh curiga. Dia yang putus harap, orang lain pula yang melongo. Dah kenapa

Anep. Zack menegur. Keningnya berkerut.

Hanif kekal diam.

Dah sampai. Sambung Zack. Selepas enjin dimatikan, dia terus keluar dari kereta, dituruti Hanif di sebelah sana.

Zack.

Zack menoleh, melihat Hanif yang terpaku dua langkah di belakang. Apa

Pinjam kereta kau Pinta Hanif.

Kenapa

Aku ada hal sikit.

Hal apa Sambil bertanya, Zack hulur kunci kereta pada Hanif.

Unfinished business.Jawab Hanif lalu kembali masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.

Zack hanya memandang sehingga kelibat keretanya hilang dari mata.

AMY menguap tetapi matanya masih belum boleh ditutup. Tak mahu lena. Lalu masanya diisi dengan membaca blog di internet. Mahu menulis diari tetapi terasa malas pula. Tak ada mood. Fikiran agak berkabut. Mata masih pegun depan skrin komputer riba.

Harapan Hitam Putih

Difaktab oleh Hellioz

Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernahkah terfikir logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan

menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap.

Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap.

Hope is for losers -Ez-. Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari.

Zack.

Amy melepaskan keluhan. Mata kembali ke skrin.

Pada yang menaruh harapan, cukup-cukuplah. Terima kenyataan. Duduk dalam fasa kelabu sangat membosankan. Buang masa.

Buang tenaga. Buang air mata. Jangan jadi pungguk rindukan bulan. Bulan takkan jatuh ke riba. Berharaplah pada orang yang mengharap. Tak salah kau mengharap, tapi jangan sampai harapan kau buat kau pening kepala. Sebab akhirnya, kau mampu jadi gila. Semua tu, kau yang tentukan. Kalau dah dapat warna hitam atau putih, cepat-cepat move on. Jangan teriak nak duduk dalam fasa kelabu jugak. Kalau tak, sampai mati kau macam tu. Tak ada perubahan.

Secara tiba-tiba, kata-kata Hanif tadi terngiang-ngiang di telinga. Jelas kedengaran satu demi satu. Saya...sayang...awak.

Sayangyang macam mana

Telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej WhatsApp baru masuk. Terus telefon bimbitnya dicapai dan diperiksa. Sedikit kaget apabila nama Hanif terpapar. Perutnya terasa geli. Bagai ada rama-rama berterbangan di dalamnya

(Hanif Lokman)

Assalamualaikum.

(Amy Alwi)

Waalaikummusalam.

(Hanif Lokman)

Tengah buat apa

(Amy Alwi)

Baca.

(Hanif Lokman)

Rajin

(Amy Alwi)

Memang

(Hanif Lokman)

Awak

(Amy Alwi)

Iya

(Hanif Lokman)

Boleh tak kita sambung pasal tadi

(Amy Alwi)

Sambung pasal apa

(Hanif Lokman)

Pasal tadilah. Tadi kan tak habis bincang

Amy terasa kulit mukanya berbahang. Namun jari tetap membalas mesej.

(Amy Alwi)

Awak nak bincang apa lagi

(Hanif Lokman)

Yelah. Tadikan saya cakap.saya sayang awak

(Amy Alwi)

So

(Hanif Lokman)

Nak lah jugak tauawak pun...sayang saya ke tidak

(Amy Alwi) Tak tahu

(Hanif Lokman)

Janganlah jawab tak tahu.

Amy senyum sendiri.

(Hanif Lokman)

Awak.awak

(Amy Alwi)

Iya

(Hanif Lokman)

Awak rasa, saya ada harapan tak

(Amy Alwi)

Harapan apa

(Hanif Lokman)

Nak jadikan awak...suri hati saya. Saya janji, kalau awak sudi terima sayasaya akan buktikan yang kasih sayang saya untuk awak terikat mati. Bukan ikat tepi

Amy tergelak.

(Amy Alwi)

Awweeso sweet.

(Hanif Lokman)

Thanks

Satu minit berlalu.

(Hanif Lokman)

Awak ni diam je awak tak sudi ya

(Amy Alwi)

Boleh tak bagi saya masa, nak fikir pasal ni

(Hanif Lokman)

Berapa banyak masa awak nak

(Amy Alwi)

Seharidua hariseminggu

(Hanif Lokman)

Masalahnya sekarangawak tak ada masa sebanyak tu.

(Amy Alwi)

(Hanif Lokman)

Awak cuma ada masa lima minit dari sekarang.

(Amy Alwi)

(Hanif Lokman)

Dalam masa lima minit, kalau awak tak bukak pintu rumahmaknanya awak tak sudi.

(Amy Alwi)

(Hanif Lokman)

Iya. Sekarang ni, saya ada kat depan rumah awak. Saya tunggu ya Kalau awak tak keluar saya faham.

(Amy Alwi)

Lima minit mana cukup!!

(Hanif Lokman)

4 minit 49 saat...

(Amy Alwi)

Kenapa awak buat saya macam ni

(Hanif Lokman)

Time is ticking, sayang. Tick tocktick tock.

Amy merengsa.

HANIF turut merengsa di depan pintu rumah sewa Amy. Tindakannya benar-benar nekad kali ini. Semuanya kerana dia tidak mahu lagi hidup berteka-teki. Hidup memendam rasa. Nak buat apa Sendiri yang sakit dan sendiri merana.

Sekurang-kurangnya,sekarangperasaan sudah terluah. Pihak di sana pun memahami. Kalau yang pihak di sana itu sudi, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan . Kalau tak sudi pun, tidak mengapa. Tiada dendam dan hidup pun bolehlah diteruskan. Tak perlu lagi menyimpan harapan.

Dalam pada berfikir, Hanif sendiri tak keruan. Lima minit masa yang diberi, umpama lima jam. Amy masih belum muncul.

Dia ni, saja nak test ke apa Atau memang tak sudi Hanif melepaskan keluhan. Dia mengerti. Bukan mudah untuk melupakan cinta lamawalaupun cinta itu tak pernah berbalas. Dia pandang jam tangan. Tiga minit 21 saat telah berlalu. Haruskah dia memberi masa tambahan

Tidak perlu. Ketegasan amat diperlukan di sini. Barulah Amy akan memahami bahawa dia benar-benar serius.

4 minit 50 saat.

Tak apalah. Dah tak sudinak buat macam mana

Hanif bangkit dari bersandar pada dinding. Mahu memulakan langkah apabila secara tiba-tiba, pintu rumah Amy terbuka.

Lega. Amy dipandang dengan senyuman. Hati berbunga.

Tak patutlah awak buat saya macam ni. Ujar Amy. Muncung sedikit bibirnya.

Hanif cuma mengangkat bahu. Kekal tersenyum.

Amy melangkah keluar dari rumah namun mengekalkan jarak tiga langkah dari Hanif. Terdiam seketika.

Jadiawak sudi Soal Hanif.

SayaAmy mengeluh. Saya tak nak jadikan awak macam awak tahulah

Macam apaHanif mahukan sedikit penjelasan.

Pengganti. Sekadar nak melepaskan rasa kecewa

Awak anggap saya macam tu ke

Tak

Jadi

Amy senyum sumbing, angkat bahu.

Amy, saya cakap terus-terang dengan awak. Saya memang sayangkan awak dan saya harap awak sudi terima saya. Pengganti atau tidak, saya tak kisah. Kalau dengan saya, awak mampu lupakan rasa kecewa awak...saya rela. Ill lend my shoulders, for you to cry on

Amy tunduk, sembunyi senyum. Terasa dihargai.

Macam mana kalau tak menjadiSoal Amy lagi.

Kita boleh cuba, kita boleh usaha. Tak perlu nak persoalkan...menjadi atau tidak. Apa yang bakal jadi pada masa depan, kita tak tahu.Hanif menjawab dengan senyuman.

Tapidemi masa depan kita, saya akan berusaha, jadi yang terbaikuntuk awak

Amy pandang Hanif, tepat pada mata. Senyum manis terukir dibibir.