ANIS sibuk mengemas ruang kedai. Sudah hampir sebulan kedainya beroperasi. Amira, pekerja yang diambil sebagai
pembantunya juga turut sibuk menyusun bahan-bahan mentah ke dalam peti sejuk. Buah betik dan mangga muda pula disimpan di atas rak yang bertutup bagi memenuhi kriteria amalan pengilangan yang baik.
Kak! Ada orang nak jumpa! Amira cuit bahu Anis yang leka mengira stok bahan mentah.
Siapa Anis menoleh.
Amira hanya mengangkat bahu sambil beredar dari situ. Anis pula melangkah perlahan ke arah muka pintu kedai.
Err..maaf cik. Boleh saya bantu Anis memerhati seorang gadis berbaju kurung dan berselendang sekadar menutup sedikit rambut yang berwarna kemerahan. Gadis itu membelakanginya sambil memerhati produk somtam yang kemas dibungkus dan dipamerkan dalam peti sejuk berkaca.
Hmm..jadi ni kedai kau
Anis mengangguk. Gadis itu masih tidak memandangnya. Siapa pula dia ni
Natasha segera berpaling. Kaca mata hitam dibuka perlahan.
Anis cuba bermanis muka. Lama wajah itu diperhati. Nyata Natasha tidak pernah putus mengganggu hidupnya.
Err..ada apa cik Natasha datang jumpa saya Anis cuba bermesra.
Aku tak suka hubungan aku diganggu. Dahlah kau tu gadis kampung! Setakat kedai cinonet kecik macam ni! Aku tak hairan!
Natasha duduk di kerusi tetamu. Kakinya disilangkan.
Saya tak faham Anis masih tercegat berdiri di situ.
Imran milik aku. Kami sudah lama bercinta. Aku harap kau faham. Suara Natasha semakin keras.
Oh..untuk pengetahuan cik Natasha, saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Kawan pun bukan! Anis mencebik. Geram dengan sikap gadis sombong itu yang berlagak begitu.
Kau jangan nak bohong dengan aku. Masa di depan bank dulu, kenapa Imran beria tarik tangan kau ke keretanya Bukan ada apa-apa ke tu Natasha bingkas bangun. Matanya tepat memandang Anis.
Maaf. Cik Natasha sudah salah faham. Dia sebenarnya..
Sebenarnya apa Natasha tangkas memotong kata-kata Anis.
Sebenarnya kami tak ada apa-apa. Lagipun saya akan bernikah tak lama lagi. Anis mengetap bibir menahan marah.
Baguslah! Sedar sikit siapa diri tu! Dah nak kahwin, ada hati nak tambah spare part! Ingat! Kau tu, Imran tak pandang langsung tau tak! Bukan cita rasa dia! Sebab tulah dia ceraikan kau! Natasha segera berlalu pergi.
Anis hanya memandang gadis itu berlenggok berjalan keluar dari kedainya. Perasaannya mula sebak. Betapa dia dihina begitu, dulu Imran yang selalu menghambur kata-kata itu padanya. Kali ini gadis yang entah dari mana muncul, turut menghamburkan kata-kata yang sama.
Uh! Ingat aku ni terhegeh sangat ke Ambillah Imran tu! Anis mengetap bibir. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan.
Namun dalam hatinya berdoa semoga gadis itu diberi hidayah oleh Allah.
Kak..siapa tu Lain macam je. Amira mendekati Anis.
Tak..tak ada sesiapa. Dia pelanggan je.. Anis cepat-cepat mengesat air mata.
Amira memandang keluar melalui pintu kaca. Sungguh jelas perempuan yang berkunjung ke kedai mereka tadi sunguh sombong.
Sudahlah Mira. Tak guna layan orang macam tu. Mira dah siap kemas Anis jeling sekilas kelibat Natasha yang semakin hilang dari pandangan.
Eii! Berlagak! Ingat dia tu cantik sangat ke Rambut dah macam berus besi Mira tengok! Amira mencebik. Mulutnya tak habis mengomel.
Sudahlah Mira. Tak baik cakap macam tu. Doakan semoga dia berubah. Anis senyum hambar.
Mira peliklah dengan akak ni. Orang datang cakap kasar dengan akak pun, akak masih nak doakan dia! Amira mendekati Anis yang sibuk mengira bekalan bahan mentah.
Itu yang terbaik. Jika dia berubah, kita juga akan dapat pahala. Anis pandang Amira yang sudah berada di sebelah. Rupanya Amira perasan perubahan wajahnya tadi dan mungkin terdengar kata-kata Natasha.
Amira diam. Lama dia menatap wajah bersih Anis yang seolah tidak nampak riak marah atau mahu membalas kata-kata perempuan tadi.
MALAM itu selesai solat isyak, Anis mula mengadap komputer riba. Dia perlu kepastian dari Jay. Jika benar Jay tidak serius tentang hubungan mereka, dia pasrah. Laman sosial terkenal itu dibuka lagi. Bibirnya mengukir senyum sebaik terpandang nama Jayonline.
Mawar Putih > Assalamualaikum
JS > Waalaikumussalam
Mawar Putih > Maaf..ganggu awak lagi
JS > Its ok
Mawar Putih > Awak serius ke dengan saya
JS > Kenapa tanya macam tu
Mawar Putih > Saya menunggu janji awak
JS > Awak sudah pasti dengan hati awak
Mawar Putih > Ya
JS > Hmmjadi saya tetap jadi penyelamat awak
Mawar Putih > Ya
JS > Awak sudah bersedia untuk hidup bersama saya
Mawar Putih > Awak pilihan saya. Jadi tak timbul bersedia atau tidak.
JS > Pilih pasangan biarlah berlandaskan syarat-syarat yang telah digariskan dalam al Quran. Tak salah untuk awak memilih. Seandainya saya ni tidak menepati ciri itu, awak berhak memilih orang lain.
Mawar Putih > Kata-kata awak niseolah masih ragu dengan keputusan saya.
JS > Bukan itu maksud saya. Saya mahu awak ikhlas terima saya seadanya. Atauhati awak masih pada Imran
Anis tersentap. Soalan Jay merentap tangkai hatinya yang sudah hampir patah.
Mawar Putih > Siapalah saya. Lagipun, saya sudah bulatkan hati saya untuk memilih awak.
JS > Ok. Kalau awak dah buat keputusan, saya akan melangkah setapak.
Mawar Putih > Maksud awak
JS > Hantar rombongan meminang.
Mawar Putih > Awak kata nak datang merisik
JS > Merisik tu hanya untuk mengetahui gadis itu terima atau tidak, dah berpunya ke belum. Dalam kes awak ni, awak dah buat keputusan terima saya. Ikutkan hati, saya nak terus nikah saja.
Anis tersenyum sendiri. Memang benar apa yang dikatakan oleh Jay. Kalau terus nikah, sudah tentu tiada lagi maksiat. Segala-galanya telah menjadi halal.
Mawar Putih > Kalau macam tu..saya tunggu
JS > Alhamdulillahsemoga hati awak tidak berubah
Mawar Putih > InsyaAllahdoakan rasa di hati saya nisaya sandarkan atas cinta dan redha Allah.
JS > InsyaAllahterima kasih kerana sudi terima saya. Saya tidak akan sia-siakan awak.
Mawar Putih > Terima kasih. Assalamualaikum
Anis tatap skrin. Jay sudah offline selepas salamnya berjawab. Harapannya kini semakin cerah. Tidak lagi berteka-teki. Dan yang paling penting, tiada gangguan dari perempuan gila tu. Lampu bilik dipadam. Malam itu tidurnya semakin lena. Dia perlu mendapatkan kata putus dari Imran supaya melepaskannya dengan rela.
IMRAN mundar-mandir di ruang luas biliknya. Terasa serba tidak kena. Tindakan Natasha yang selalu muncul dalam hidupnya dirasakan bagai halilintar yang bakal memanah dan membuka kembali luka di hati. Entah macam mana Natasha tahu nombor telefon bimbitnya. Dia jeling iphone yang dicampakkan ke atas katil. Geram. Hampir setiap malam Natasha menghubunginya.
Rimas!
Apa yang abang jalan mundar-mandir macam ibu ayam hilang anak ni Izara sengih. Dia menolak daun pintu yang sedikit terbuka.
Imran tidak hiraukan Izara yang semakin mendekatinya.
Kalau ada masalah sekalipun, cuba duduk bertenang. Relaks. Baru fikir. Izara menarik tangan Imran duduk di sebelahnya di sofa di hujung katil.
Err..Razif manaImran jenguk keluar bilik.
Dia ada kat bilik. Errabang ada masalah ke Izara masih tidak puas hati bila soalannya tidak dijawab.
Perempuan tu..tiba-tiba muncul. Tak habis-habis nak buat hal. Imran menekup muka sebelum memandang semula Izara yang sudah semakin berisi. Mungkin kandungannya sudah hampir empat bulan.
Siapa
Siapa lagi kalau bukan perempuan tak tahu malu tu! Imran mengetap bibir.
Natasha Izara pegang bahu Imran. Tersentak mendengar kata-kata Imran.
Imran angguk. Otaknya sudah berserabut memikirkan kehadiran Natasha saat begini.
Dia nak apa lagi Tak fahamlah betina tu! Izara turut mengetap bibir.
Abang risaukan Anis Imran sekali lagi meraup mukanya.
Kenapa dengan Anis Izara pegang bahu Imran semakin kuat.
Perempuan tu ugut Anis. Abang faham sangat perangai dia. Dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan sesuatu. Macam dulu, sanggup buka tudung atas kehendak lelaki itu dan tinggalkan abang terkontang kanting. Terasa hatinya disiat kembali mengenang apa yang telah berlaku antaranya dengan Natasha dulu.
Ugut Bila dia jumpa Anis Macam mana dia kenal Anis Izara semakin tidak faham duduk perkara.
Hari tu abang terjumpa Anis di depan bank, entah macam mana perempuan tu tiba-tiba muncul dan minta maaf pada abang. Dia menyesal dan mengaku salah. Malah dia ingin kembali pada abang semula. Abang faham sangat cara dia tenung Anis. Imran jeling telefon bimbitnya yang berdering.
Izara turut memandang ke arah telefon bimbit Imran.
Tu! Malam ni sudah lima kali dia call abang! Rimas! Imran muncungkan mulut ke arah telefon yang berdering. Dia segera mematikan telefon bimbitnya.
Jadi..apa abang nak buat sekarang Izara renung mata Imran mencari jawapan.
Entah! Abang dah bingung. Perempuan tu memang tak tahu malu langsung! Mati hidup semula pun abang tak akan terima perempuan macam tu! Nada suara Imran sedikit tinggi.
Tu la..adik dah cakap. Dulu adik suruh abang tackle Anis, abang buat acuh tak acuh. Sekarang ni apa abang nak buat Tak lama lagi Anis akan bernikah. Meloponglah abang! Izara menarik muka masam. Geram dengan sikap Imran.
Adikadik kena tolong abang. Imran pegang lembut tangan Izara.
Tolong apa lagi Anis dah pilih orang lain. Izara semakin geram.
Err..kak Dina tak ada cerita apa-apa pada adik Imran pandang mata bundar milik Izara. Sama seperti mata Kak Dina.
Cerita apa
Imran mula serba salah. Kak Dina belum menjelaskan apa-apa lagi pada Izara. Kedua tangan Izara dipegang lembut. Mata hazel milik adik kembarnya ditatap lagi. Malam itu, Imran meluahkan apa yang terbuku di hati. Segala rahsia yang disimpan selama ini diluahkan semuanya.
Jadi selama ni abang Izara terkedu. Dia menelan liur berkali-kali.
Imran mengangguk lemah seolah faham ayat terakhir Izara. Dia mula buntu. Bagai ditelan mati mak diluah mati bapa.
Adik kena tolong abang.. Imran mula merayu. Dia sudah buntu.
Baiklah..tapi adik tak boleh janji sebab semua ni abang yang mulakan. Sekarang ni kita hanya berdoa supaya Anis boleh terima abang. Izara memujuk Imran yang kelihatan sudah mula putus asa.
Terima kasih..abang harap sangat adik tolong abang. Sekali lagi Imran merayu.
Izara mula senyum dengan tingkah kembarnya yang merayu begitu.
Kenapa tiba-tiba senyum ni Imran pandang Izara dengan riak tidak senang.
Kelakar! Izara mula ketawa.
Apa yang kelakarnya Imran semakin bingung.
Yalah..dulu bukan main lagi abang tolak. Sekarang ni dah macam orang gila talak adik tengok! Tu la..adik dah cakap dah.Hmm..adik nak tuntut janji. Sekarang ni abang dah suka kat Anis, adik tuntut tiket ke Paris! Izara semakin galak ketawa melihat Imran sudah menggelabah.
Imran mencebik. Memang salahnya juga membiarkan perasaan ego menguasai diri.
Baiklah! Adik menang! Dah lah tu ketawakan abang! Abang dah bingung ni! Imran jeling Izara yang masih tersengih-sengih.
Okey..okey. Izara senyum lagi. Sekali sekala terlepas juga derai tawanya.
Hai..apa yang anak-anak mama ni bualkan Seorang ketawa, seorang lagi muncung. Boleh mama tahu
Serentak Imran dan Izara menoleh. Puan Zaharah sedang tersenyum di muka pintu.
Mama..masuklah. Izara senyum lagi. Sempat jeling Imran yang mula tunduk.
Hmmapa cerita sampai adik gelak macam ni Sekali lagi Puan Zaharah bertanya.
Abang nidia Belum sempat Izara menghabiskan kata-katanya, Imran cepat-cepat menutup mulutnya.
Err..mama dari mana tadi Imran mengubah topik perbualan.
Dari rumah kak Dina. Lama mama tak tengok budak comel tu. Puan Zaharah senyum. Sudah dua minggu dia tidak jumpa cucu sulungnya itu.
Ohh Imran cuba senyum. Namun hatinya masih resah dan gelisah. Masalah belum selesai.
Kenapa ni Macam ada masalah saja. Cuba cerita kat mama, mana tahu mama boleh tolong
Mama..sebenarnya abang ni.. Izara pandang Imran, mencari isyarat kebenaran dari abangnya untuk bersuara. Imran hanya angguk.
Sebenarnya apa
Sebenarnya macam ni Izara terus meluahkan apa yang telah diluahkan oleh Imran tadi. Imran pula hanya diam membisu. Perasaan malunya sudah tidak tahu disorokkan ke mana lagi.
Mama dah agak dah..abang saja yang degil. Itulah..dari dulu lagi mama dah cakap. Jangan diikutkan sangat hati tu. Dulu..elok-elok Anis tu dah jadi isteri abang, jadi macam ni pulak. Sekarang ni Anis nak minta dilepaskan dan nak kahwin dengan orang lain.
Mama tak boleh tolong dah.. Sekarang ni abang nak buat macam mana Puan Zaharah seolah memulangkan paku buah keras. Dia juga sebenarnya malu dengan sikap Imran. Tidak salah Anis minta dilepaskan kalau begitu ragam rumah tangga mereka.
Mama..sebenarnya cerita ni tak habis lagi Imran mula mencelah. Sejak tadi dia hanya diam membisu membiarkan Izara seorang diri bercerita.
Izara dan Puan Zaharah serentak memandang Imran. Menanti kata-kata dari Imran.
Imran senyum seketika sebelum bersuara. Dia pandang kedua wanita yang disayanginya. Nafasnya ditarik perlahan sebelum memulakan cerita selanjutnya. Sesekali dia mencuri pandang pada riak mama dan adiknya yang seolah tidak percaya apa yang dikatakannya.
Kenapa boleh jadi macam ni Puan Zaharah mula bertanya sebaik Imran selesai berkata-kata.
Abang yang ego sebenarnya. Masa tu mungkin abang memberontak bila mama paksa abang kahwin dengan Anis dan disebabkan tu, abang buat perjanjian gila tu! Imran menyesal.
Parah! Memang parah! Kenapa abang buat kerja gila tu Jadi selama ni abang tak pernah sentuh Anis Puan Zaharah turut menyesal dengan apa yang berlaku.
Imran angguk.
Abang sedar tak Abang dah menafikan hak Anis sebagai isteri Tak ada nafkah batin Abang sedar tak Puan Zaharah mula menyinga dengan tindakan anak lelakinya terhadap Anis.
Maafkan abang mama. Abang rasa berdosa sangat. Abang dah mula sayang dan cintakan Anis tapi abang dah terlambat. Anis pulak terima tawaran belajar ke Perancis. Imran sugul. Dia memang tidak tahu apa yang harus dibuat sekarang ni. Buntu!
Habis tu Sekarang ni macam mana
Haah..sekarang ni macam mana Sampai hati abang tipu adik hidup-hidup! Izara cubit paha Imran yang kelihatan bersalah.
Abang minta maaf. Abang bukannya sengaja. Sekarang ni abang dah buntu. Abang tak tahu nak selesaikan macam mana.. Imran sekali lagi meraup muka sambil tunduk memandang lantai marble putih yang berkilat.
Kak Dina dah tahu Puan Zaharah pegang bahu anak bujangnya.
Imran angguk.
Macam nilahmalam ni kita kumpul semua ahli keluarga. Kita bincang sama-sama. Cari jalan terbaik untuk selesaikan semua ni. Abang jangan bimbang. Puan Zaharah pujuk Imran. Tubuh Imran dipeluk erat.
Izara turut senyum. Lega mendengar semua luahan kembarnya.
USAI makan malam, seluruh keluarga berkumpul di ruang tamu sambil menikmati jaudah ringan sebagai pencuci mulut. Masing-masing memberi pendapat. Imran pula hanya mendengar penuh mengharap agar segala masalah yang dihadapinya kini terungkai mudah. Bukan lagi berselirat dan berserabut.
Alhamdulillah..mama rasa kita dah capai kata sepakat. Puan Zaharah senyum setelah segala perbincangan selesai.
InsyaAllah bulan depan kita akan mulakan misi kita. Abang jangan bimbang. Kita akan berterus terang dengan keluarga Anis.
Dan abang kena terima apa juga keputusan yang dibuat oleh Anis nanti setelah dia tahu perkara sebenar. Abang kena berlapang dada jika Anis tidak menerima abang. Abang kena ingat, jodoh Allah tentukan. Jika Anis tu jodoh abang, insya-Allah semuanya akan dipermudahkan oleh Allah. Puan Zaharah tenangkan Imran yang mula tunduk.
Imran mengangguk lemah.
Abang minta maaf kerana selama ini abang biarkan benda ni berlarutan macam ni sampai dah nak jadi barah. Abang yang salah. Kalau dia tak terima abang, abang redha. Imran seolah mengalah. Hampa dengan sikapnya sendiri yang tidak berterus terang.
Hmm..macam mana kalau perempuan tak tahu malu tu kacau hidup abang Abang sendirikan tahu perangai dia macam mana Izara renung mata biru milik Imran. Kelihatan mata itu sudah tidak bermaya. Tiada sinar ceria.
Hish! Adik ni! Jangan diminta benda macam ni! Allah lebih tahu. Irdina menepuk bahu Izara yang mula menyebut nama perempuan yang dibenci Imran.
Kita kena ingat, perempuan macam tu akan ada seribu usaha untuk memisahkan Anis dan abang nanti. Tengok sajalah dulu tu. Sanggup gunakan gambar bogel dia sendiri semata-mata nak ugut abang. Perempuan apa macam tu! Tak serik-serik! Izara masih tidak puas hati bila kata-katanya tidak diambil kisah oleh keluarganya yang lain. Dia kenal benar dengan sikap dan perangai Natasha.
Pasal perempuan tu, biarkan saja. Berdoalah supaya dia tak buat macam tu dan supaya dia diberi hidayah oleh Allah.
Itu yang sebaiknya kita lakukan. Bukannya mencela dia. Kamarul yang dari tadi hanya menjadi pendengar setia mula mencelah.
Betul tu..mana tahu bila dia dah berubah, kita juga mendapat pahala. Razif turut menyampuk.
Puan Zaharah dan Irdina mengangguk setuju. Semua mata memandang Imran yang masih tunduk sambil menongkat dagu.
Terima kasih..abang malu sebenarnya..malu sangat.. Imran mula senyum. Harapannya agar niatnya tercapai dan Natasha pula diberi hidayah untuk menjalani kehidupan yang diredhai.