Arissa Daniel - 57
BAB 57

DI SEBUAH bangku di Tasik Titiwangsa, Arissa memandang jauh ke tengah tasik. Sungguh tenang melihat air tasik yang bersih dan beralun lembut bila dituiup angin. Pokok-pokok bunga kecil juga turut berayun meliuk lentuk bila diterpa angin yang sekali sekala bertiup agak kuat.

Arissa mendongak. Awan mula kelihatan kelam. Dia berpindah ke sebuah pondok berbumbung.

Manalah Nely ni Kata nak jumpa aku pukul sepuluh pagi. Entah-entah buat tahi mata lagi atas katil tu. Arissa jeling jam di pergelangan tangannya. Sudah menghampiri sepuluh pagi.

Dia menoleh ke arah tempat letak kereta. Senyuman mula terukir di bibir. Kereta Fair Lady putih milik Nelissa sudah mula kelihatan di situ. Jelas dia melihat Nelissa menapak keluar dari perut kereta.

Nely! Aku kat sini! Arissa segera melaung dan melambai ke arah Nelissa.

Nelissa tersenyum dari jauh dan turut melambai ke arah Arissa.

Kau dah lama tunggu Nelissa mula menegur Arissa sebaik melabuhkan punggung di atas pangkin di pondok itu.

Dah setengah jam aku kat sini. Apa yang penting sangat ni Arissa terus kepada perkara pokok. Malam tadi bukan lagi Nelissa hendak berjumpa.

Beb...aku dah pening ni. Papa aku, dia nak juga aku ikut kata dia. Nelissa pandang Arissa kemudian matanya beralih ke tengah tasik.

Kan kita dah bincang hari tu. Kau sabar jelah. Zarul tu akan mengotakan janjinya pada kau. Cuma waktu sekarang ni, dia perlu masa untuk merancang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Arissa jeling Nelissa yang masih menghala matanya ke tengah tasik.

Arissa, aku dapat rasa yang papa aku akan buat sesuatu nanti. Aku tahu sangat sikap dia. Nelissa tunduk.

Kau berdoa je la. Lagipun lambat lagi kan kau nak nikah Arissa hayun-hayunkan kakinya yang terjuntai.

Aku tahu tapi papa aku tu bila-bila masa dia boleh tukar plan. Tambah lagi kalau Sharif Dol tu mendesak. Bibir Nelissa sudah terjuih.

Arissa senyum.

Kenapa kau senyum Nelissa jeling Arissa. Aku dah biul otak memikrkan hal ni, dia boleh senyum sengih pula!

Tak ada la..kau tu sebut Sharif Dol, kesian mamat tu.. Arissa mula ketawa.

Nasib baik aku sebut Sharif Dol, kalau Sharif penyangak Nelissa mula senyum.

Whatever! Arissa masih ketawa.

Hmm...kau macam mana Dah boleh terima Daniel Nelissa beralih pula soal tunang Arissa.

Entahlah Nely. Aku sebenarnya benci kat dia tu. Omma aku yang beria nak aku nikah dengan dia. Aku terpaksa ikut sebab omma dah beritahu aku, kalau aku tak setuju nikah dengan Daniel, dia nak kembali ke Korea dan tak akan kembali lagi. Aku serba salah la Nely.. Arissa mengeluh kecil.

Hmm...tapi aku pelik, kenapa kau benci kat Daniel Nelissa mula berkerut kening.

Arissa diam seketika. Matanya menghala ke tengah tasik semula. Tenang air di tasik itu tidak setenang jiwanya.

Weh, aku tanya ni! Mengelamun pula kau ni! Nelissa cuit lengan Arissa.

Aku rasa..kau tak perlu tahu hal tu. Arissa tunduk.

Hmm...macam mana aku nak faham kau kalau kau pun nak berahsia dari aku Arissa, kita dah lama berkawan sejak sekolah menengah lagi. Lepas tu kita sama-sama belajar di Univerisiti Cambrigde tu. Apa yang kau dan aku buat, kita semua tahu. Nelissa sentuh bahu Arissa.

Ya ke Habis tu kenapa kau tak pernah cerita kat aku yang Zarul dah rosakkkan kau masa di kampus dulu Arissa pantas menoleh ke arah Nelissa.

Nelissa terdiam. Memang benar. Dia sendiri yang menanggung semua itu. Waktu itu peperiksaan akhir sudah pun bermula. Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi utnuk tamat pengajian. Dia tak nak menganggu Arissa dengan berita macam itu. Tak nak pelajaran Arissa terganggu.

Aku..aku tak nak serabutkan otak kau nanti. Lagi pun aku malu selepas kejadian tu. Kau dah banyak kali tegur aku jangan terlalu percayakan cinta. Aku sendiri yang menyuakan diri kepada Zarul tetapi tidaklah sampai nak serahkan diri pada dia. Aku masih ada maruah. Aku nak cara halal. Nelissa berkata lemah. Mengingati semula kisah pahit itu seringkali membuat hatinya cukup kecewa dengan Zarul.

Habis tu, macam mana Zarul tu boleh rogol kau kalau kau tak pernah kasi Arissa sudah bingung dengan cerita Nelissa yang disimpan kemas selama ini sehinggalah Nelissa menjadi mangsa Zarul sekali lagi atas arahan Daniel, mungkin..

Aku dikhianati. Aku perasan Zarul mula berubah selepas dia balik dari bercuti semester. Sebelum balik dulu, dia beria memberitahu aku yang dia akan suruh orang tuanya masuk merisik aku. Aku sungguh gembira waktu tu. Aku tak balik Malaysia masa tu. Jadi aku hanya menunggu berita itu selepas Zarul kembali ke kampus tetapi selepas dia kembali, dia mula berubah. Nelissa berhenti sektika, menarik nafas perlahan.

Arissa masih setia mendengar kisah tragis Nelissa.

Dia jarang nak jumpa aku. Bila bertembung dengan aku di kampus, dia mengelak. Aku tanya dia kenapa tapi sepatah haram dia tak nak jawab sebaliknya satu hari dia ajak aku ke satu tempat, dia bawa aku bersiar-siar dan kami menginap di sebuah hotel di London.

Kami menikmati makan malam di kafe hotel itu. Lepas tu..kepala aku rasa pening... Nelissa mengesat air mata.

Arissa pegang tangan Nelissa. Air mata mula membasahi pipi gadis itu.

Aku dapat rasa Zarul papah aku ke bilik hotel, masa tu aku antara sedar dengan tidak. Zarul rogol aku di bilik tu. Aku seolah khayal masa tu. Nelissa menangis di bahu Arissa.

Bila aku sedar sepenuhnya, aku dah tak ada apa-apa Arissa. Kesucian aku diragut Zarul malam tu.

Sudahlah Nely...lupakan semua tu. Arissa pujuk Nelissa yang menangis teresak-esak di bahunya. Apa yang berlaku pada Nelissa juga turut berlaku padanya.

Sejak itulah, Zarul mula menjauhkan diri dari aku. Aku cuba hubungi dia dan cari dia tapi dia mengelak. Aku tanya kawan-kawan dia, semuanya seolah mendiamkan diri. Aku jadi sasau sekejap. Nelissa menyambung lagi ceritanya.

Oh..jadi sebab itulah kau jadi pendiam lepas tu. Aku ke bilik kau, kau selalu tak ada..kau pergi mana Arissa teringat dia sering mencari Nelissa di kampus tapi jarang bertemu.

Aku berehat di rumah rehat papa..

Sudahlah Nely. Sekarang ni, kau kena fikir macam mana nak lepaskan diri dari pernikahan kau dengan Sharif tu dan cari jalan nak nikah dengan Zarul. Zarul pun dah berubah aku tengok. Arissa pegang erat tangan Nelissa.

Aku dah cerita kisah aku. Jadi kau kena cerita juga kisah benci kau pada Daniel tu, aku nak tahu kenapa kau benci sangat kat dia

Nelissa beralih matanya ke arah Arissa yang mula tunduk.

Penting ke Arissa menjeling Nelissa yang masih memandang ke arahnya dari tadi.

Mestilah! Nelissa senyum.

Arissa mengeluh. Dia menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.

Sebenarnya..sebenarnya..

Assalamualaikum!

Serentak Arissa dan Nelissa berpaling. Zarul dan Daniel sudah terpacak di situ.

Arissa segera berpaling ke arah lain. Nelissa pula mengukir senyum sebaik melihat Zarul di situ.

Kenapa tak jawab salam Daniel jeling Arissa yang sudah berpaling wajah.

Waalaikumussalam! Arissa menjawab tegas.

Nelissa jeling Arissa yang ternyata masih membenci Daniel. Apa sebenarnya telah berlaku antara Arissa dan Daniel ni

Macam berjanji pula kita ya Daniel mengusik lagi Arissa yang sudah masam mencuka.

Awak dari mana ni Nelissa tanya Zarul yang turut tersenyum di situ.

Saya dan Daniel datang joging di sini. Baharu habis. Cadang nak makan tengahari kat restoran tu. Zarul melabuhkan punggung sebelah Nelissa.

Ya Nak join boleh Nelissa sudah teruja.

Arissa cepat-cepat cubit lengan Nelissa.

Apa ni Takkan makan pun tak boleh Nelissa sedikit berbisik.

Arissa masih diam.

Kebetulan dah jumpa kat sini, boleh tak kita bincang sekejap Zarul pandang Nelissa.

Daniel faham lirikan mata Zarul. Nelissa mengikut Zarul ke tepi tasik, tidak berapa jauh dari pondok itu.

Arissa mula gelisah. Hanya tinggal dia dan Daniel sahaja di pondok itu.

Arissa...terima kasih kerana sudi terima saya. Mata Daniel menala ke jari manis Arissa yang tersarung kemas dengan cincin pertunangan mereka.

Arissa masih diam. Malas nak layan.

Kenapa ni Daniel mendekati Arissa yang mula bangun dari atas pangkin.

Dont touch me! Arissa mengelak dari dipegang Daniel.

Okay..fine. Saya tak akan pegang awak tapi kenapa awak macam ni Daniel mula resah. Ternyata Arissa menerima pinangannya bukan kerelaan hati sendiri.

Arissa menjeling. Tanya lagi!

Aku nak macam mana sekalipun, kau peduli apa! Arissa jenguk Nelissa yang masih serius berbincang dengan Zarul di tepi tasik.

Aduih! Kenapalah pergi bincang sampai bawah pokok! Dah mati kutu aku dengan Daniel di sini.

Saya tahu..awak masih bencikan saya kan Daniel tunduk.

Tahu tak apa! Arissa mencebik.

Tolonglah maafkan saya Arissa. Daniel merayu. Arissa dilihat masih tidak memandangnya. Menjawab pun acuh tak acuh sahaja.

Like I said, I hate you for the rest of my life! Arissa mengetap bibir.

Daniel memandang sayu wajah manis Arissa, wajah yang menjadi kegilaannya sejak pertama kali bertemu tetapi wajah itu juga yang menjadi murung dan sugul kerana tindakan bodohnya dulu. Menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi. Masa bukan boleh diputar semula.

Kalaulah saya boleh putar masa kembali.. Daniel berkata perlahan.

Sudah terlambat! Kenapa kau tak fikir kata tu masa kau nak buat benda setan tu kat aku dulu Arissa merenung tajam Daniel yang sudah tunduk.

Daniel mendongak. Pedas kata-kata Arissa tadi. Sungguh pedas!

Boleh tak jangan diungkit benda tu semua Saya dah bertaubat dan sudah menemui jalan kebenaran. Tak boleh ke walau sekelumit di hati awak tu untuk melupakan dan memaafkan saya Nada suara Daniel sudah naik satu oktaf.

Kau ingat senang Aku yang menanggung semua tu! Kau lelaki hanya tahu nak berseronok sedangkan aku yang perempuan ni, begitu seksa menghadapi semua tu! Jika ditakdirkan aku tidak keguguran, bermakna aku hidup dalam kehinaan. Mengusung perut ke sana ke mari disebabkan perbuatan setan kau tu!! Arissa sudah geram.

Maafkan aku...maafkan aku...Daniel sudah sugul. Dia sangat kecewa bila mengenangkan itu semua. Nasi sudahpun menjadi bubur.

Apa yang dikatakan oleh Arissa tadi semuanya adalah satu pembohongan darinya. Arissa tidak perlu tahu hal sebenar selagi Arissa belum sah menjadi isterinya. Tiket tunang belum tentu Arissa sah menjadi miliknya. Bila-bila masa boleh putus.

Berilah saya peluang untuk menebus kesalahan saya. Arissa..please.. Rayu Daniel lagi.

Aku terima kau kerana aku nak jaga hati omma. Kau jangan ingat aku terima kau kerana aku telah memaafkan kau. No! Arissa menjeling tajam Daniel yang turut berdiri di sebelahnya.

Saya sanggup terima hukuman dari awak.. Daniel merayu lagi.

Aku tak faham. Kenapa kau beria sangat nak nikah dengan aku hah Apa, dah kena telan bumi ke semua teman wanita kau tu Sampai kau tak nampak mereka semua tu Arissa senyum sinis.

Daniel diam. Kata-kata Arissa sudah betul-betul terkena hidungnya. Pedas! Sungguh pedas! Selama ini dia tidak pernah merasa nikmat cinta tetapi Arissalah yang mengajarnya erti rasa itu. Rasa yang dikurniakan oleh Allah pada hambaNya yang terpilih.

Aku hanya nak kau! Only you!! Kali ini Daniel sudah tidak tahan mendengar sindiran Arissa.

Arissa tergamam. Suara kuat Daniel begitu jelas di cuping telinganya. Menerjah terus ke dalam.

Masing-masing terdiam seketika.

Daniel!

Serentak mereka berpaling. Zarul dan Nelissa sudah menapak ke arah mereka.

Dah nak lunch ni. Jom! Zarul mengajak Daniel dan juga Arissa sekali.

Nelissa di sebelah Zarul sudah tersenyum lebar.

Wah! Dah capai kata sepakat Daniel usik Zarul yang juga sudah tersenyum lebar.

Arissa jeling Daniel. Riak Daniel sudah lain, tadi bukan main lagi merayu dan sugul tapi kali ni seolah tiada apa-apa berlaku.

Alhamdulillah..setakat ni, kami dah sepakat untuk meneruskan rancangan tu. Zarul tepuk bahu Daniel.

Good! Lets have lunch together. Daniel jeling Arissa yang masih diam membatu di situ.

Nelissa cepat-cepat tarik tangan Arissa yang tidak mahu berganjak dari situ.

Terpaksa Arissa menurut rentak Nelissa. Mereka berempat mula menuju ke Restoran Menanti.