Arissa tidak membalas. Dia terus masuk ke dalam kereta bersebelahan pemandu. Penat dan berasa lega sebaik sampai di tanah Mahsuri. Nampaknya tanah itu bakal menerima seorang lagi penghuni. Home sweet home... katanya sendiri.
Nak check in kat mana ni Berapa lama ni Badrul memandang Arissa yang sudah duduk di tempat pemandu.
Ada bilik nak sewa tak kat area Pantai Chenang tu. Arissa tidak menjawab soalan Badrul.
Erk... macam lama je nak duduk kat sini. Badrul mula menghidupkan enjin kereta.
Takkan aku nak ulang alik sini ke Penang. Pengsanlah aku. Duduk hotel pula nanti, habislah aku punya benefit. Last-last kena bayar sendiri. Lagipun dalam dua minggu ni dua menteri nak datangkan keluhnya. Memang dia akan sibuk menyiap pelbagai persiapan untuk menyambut ketibaan mereka kelak.
Alasan!
Masakan dia hendak memberitahu perkara sebenar kepada Badrul. Dia harus menjaga aib suaminya. Begitu juga dengan dirinya.
Dia orang ni memang menyusahkanlah, keluh Badrul.
Ada atau tak
Arissa memandang Badrul. Matilah kalau terpaksa duduk di hotel sepanjang dua minggu itu. Mahu bilnya sampai beribu-ribu. Tak sanggup!
Hmm... Nanti aku cuba tanya tauke chalet kat Pantai Chenang tu. Dia ada beberapa orang kawan yang bekerja di sekitar Pantai Chenang mungkin ada yang boleh membantunya.
Arissa mengangguk.
Jadi sekarang nak ke mana Badrul memandang Arissa sejenak.
Baru pukul 12.15. Kalau boleh dia mahu berehat. Tetapi di mana
Apa kata kita pergi makan dulu. Aku belum makan ni. Sekali lagi Badrul memandang Arissa.
Boleh juga.
Arissa menyeluk beg tangannya untuk mencari telefon bimbit yang berbunyi. Senyum dia melihat nama Mak Cik Ruhaya di situ.
Assalammualaikum, Mak Cik.
Waalaikumussalam. Arissa dah sampai.
Dah... Dalam kereta Bad ni. Arissa mengerling Badrul yang sedang memandu dan sebagai memberi isyarat kepada Mak Cik Ruhaya.
Ya Mak Cik Ruhaya ketawa di sebelah sana.
Kirim salam kat dia ya. Insya-Allah...
Mak Cik Ruhaya senyap.
Terima kasih Mak Cik pasal semalam.
Arissa menjeling Badrul di sebelahnya. Perlahan dia bersuara. Bimbang didengari oleh Badrul. Karang panjang pula soal jawab lelaki itu.
Sama-sama. Rumah Mak Cik ni sentiasa terbuka untuk Arissa.
Terima kasih sekali lagi.
Tadi Mak Cik ke rumah Kimi dan Arissa.
Arissa senyap. Kedengaran pelik pula bicara wanita itu.
Mak Cik dah berhenti kerja.
Mak Cik! Terkejut Arissa mendengar.
Dah tak seronok kerja macam tu. Mak Cik tahu Arissa tak buat benda-benda tu. Itu semua fitnah untuk rosakkan hubungan Arissa dan Kimi. Mak Cik tahu Kimi sayang sangat dengan Arissa. Tadi dia tanya kat mana Arissa... kalau tak sebab Mak Cik dah janji, memang Mak Cik bagi tahu pada dia.
Arissa menahan sebak di dada. Segera dilempar pandang ke sebelah kiri agar Badrul tidak melihat air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Cepat-cepat disekanya.
Terima kasih Mak Cik.
Kalau nak balik ke sini, tak ada tempat. Beritahu Mak Cik, ya. Rumah ni bila-bila masa Arissa boleh datang.
Rasa terharu dengan pesanan wanita itu. Begitulah, kalau kita dalam kesusahan tidak tahu siapa yang akan menolong kita. Sebaik-baiknya buat sebanyak-banyak kebaikan kepada semua orang. Tak perlulah membeza kaya atau miskin. Insya-Allah, kebaikan itu akan datang kepada kita. Itulah yang dipegang sejak dulu lagi.
Apa hal tu. Syahdu sangat.
Arissa memandang Badrul setelah selesai berbalas salam dengan Mak Cik Ruhaya.
Arissa ketawa yang dibuat-buat. Mana ada.
Betul ni
Kenapa Jeling Arissa.
Kau gaduh dengan Bos ya Badrul memandang Arissa sejenak.
Arissa senyap. Kalau dilawan, nampak sangat jawapannya ya. Kalau dia menafikan pun memang jelas jawapan dari soalan Badrul itu ya. Kalau senyap begini pun, pasti lelaki itu dapat mengagak jawapannya ya.
Kan
Aku malas nak jawab. Jangan bagi aku marah. Aku tengah lapar gila ni. Karang dengan kau-kau sekali aku telan! Dia tidak mahu Badrul memanjangkan perbualan itu. Kepalanya penat. Badannya pun penat mungkin sebab dia banyak menangis semalam. Badrul ketawa. Okey! Kita pergi makan. Mereka kini sudah pun berada di Pekan Kuah. Entah ke mana Badrul membawanya untuk makan tengah hari.
INILAH kali kedua dia ke rumah Mak Cik Ruhaya. Memang dia tak puas hati dengan wanita itu yang mahu berhenti kerja dengan tiba-tiba pagi tadi. Dia dapat merasakan yang wanita itu tahu di mana isterinya tidur semalam. Tentu semasa Arissa keluar dari rumah mereka, Mak Cik Ruhaya ada. Dia tidak mahu menerima cerita Uminya bulat-bulat tanpa tahu hujung dan pangkalnya.
Kimi!
Terkejut Mak Cik Ruhaya sebaik membuka pintu rumahnya setelah mendengar orang memberi salam.
Mak Cik.
Hakimi menanggalkan kasutnya. Sedikit terkejut melihat sesuatu di atas rak kasut wanita itu. Fahamlah dia sekarang.
Minta maaf, Mak Cik tak dapat nak pelawa Kimi masuk. Mak Cik sorang je kat rumah ni, jelas wanita itu.
Tak apa. Kat sini pun boleh. Hakimi menuding jari ke bangku yang ada di anjung itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku kayu seperti bangku kantin sekolah.
Ada apa Kimi datang ni
Itulah kali kedua Hakimi datang ke situ. Kali pertama dahulu dengan Badrul semasa dia sakit teruk. Walaupun dia sudah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, Hakimi membawanya ke hospital berbayar pula. Entah berapalah yang lelaki itu berhabis untuknya. Bila ditanya, jawab lelaki itu adalah beberapa kupang, kemudian ketawa.
Cuba terus terang dengan saya. Kenapa Mak Cik nak berhenti tiba-tiba Lama dia memandang wanita yang sudah dianggap sebagai ibunya.
Mak Cik Ruhaya senyap. Memandang jari-jarinya yang bertaut sesama sendiri. Kemudian memandang Hakimi.
Mak Cik dah tua Kimi. Itulah alasan yang dia ada.
Hakimi senyum.
Bukan sebab saya atau Arissa
Tak... Kimi dan Arissa baik sangat dengan Mak Cik. Dah macam anak Mak Cik. Itulah yang dia rasa. Keduanya amat menghormatinya. Terasa dia disayangi bila bersama mereka berdua.
Kalau macam tu kenapa Mak Cik berhenti Mak Cik tak kesiankan saya ke Lama dia memandang wanita itu.
Mak Cik Ruhaya tunduk. Mak Cik nak tanya. Kimi jangan marah ya.
Tak. Mana boleh saya marah Mak Cik. Tanyalah. Hakimi senyum.
Kenapa Kimi suruh Arissa keluar dari rumah tu Dia kan isteri Kimi. Mak Cik rasa bersalah bila terpaksa kemas-kemas barang dia semalam. Mak Cik Ruhaya sudah menangis mengingatkan kisah Arissa semalam.
Haa
Terkejut dia mendengar soalan wanita itu.
Umi beritahu saya, Arissa yang nak keluar sendiri. Arissa sendiri yang kemas-kemas barang dia. Mana satu cerita yang betul ni Pening kepalanya bila mendengar cerita yang berbeza dari Puan Hanim dan Mak Cik Ruhaya.
Ternganga Mak Cik Ruhaya.
Sumpah, Mak Cik tak bohong. Uminya minta Mak Cik kemas-kemas barang Arissa semua. Kemudian diletak beg-beg Arissa di depan pintu rumah.
Ya Allah! Berdebar-debar dia mendengar cerita Mak Cik Ruhaya. Mustahil wanita itu berbohong dengannya. Jadinya Puan Hanim yang berbohong
Mak Cik minta maaf Kimi.
Mak Cik tak salah. Silap saya sendiri. Ya, diakui dirinya yang bersalah walaupun tidak pasti dari sudut mana.
Entahlah.
Itu kasut isteri sayakan. Dia menuding jarinya kearah rak kasut.
Mak Cik Ruhaya memanjangkan lehernya. Ya.
Dia ke sini semalam Kembali memandang Mak Cik Ruhaya.
Ya. Mak Cik yang ajak dia. Dah dia tak tahu ke mana nak pergi. Mak Cik ajak ke sini. Kesian Mak Cik tengok dia. Ya, dia benar-benar rasa simpati dengan Arissa. Seperti orang terbuang je gadis itu.
Ya Allah, sampai hati Uminya buat Arissa begitu. Sudahlah isterinya mengandung.
Dia ke Langkawi pagi tadi Hakimi bertanya sebagai mengesahkan kata-kata Encik Amrin tadi.
Mak Cik Ruhaya mengangguk. Mak Cik hantar dengan teksi Pak Mat.
Pak Mat
Aah... Arissa selalu panggil Pak Mat tu masa duduk dekat Jalan Sungai Satu dulu. Pangsapuri yang dia duduk dulu. Hari tu pun Uminya ada panggil teksi Pak Mat. Katanya nak ke hotel, beritahu Mak Cik Ruhaya.
Hakimi menarik nafasnya dalam-dalam. Dia percaya Puan Hanim pergi ke hotel untuk bertemu dengan Wafa. Dia mengangguk beberapa kali.
Mak Cik tak percaya dengan apa yang Puan cakap semalam. Kalau Arissa nak tipu, tak payah tunggu sekarang. Dulu lagi dia dah tipu kita semua. Kalau dia nak buat kerja tak senonoh tak payah tunggu kahwin dengan Kimi. Masa bujang dulu dia boleh buat. Tak ada orang nak halang kalau nak buat kerja tak senonoh tu, luah Mak Cik Ruhaya.
Ya, benar seperti yang dikatakan oleh wanita itu.
Dia sependapat dengan kata-kata Mak Cik Ruhaya. Maafkan Umi, Mak Cik.
Bukan pada Mak Cik. Tapi pada Arissa. Dia terluka sangat tu.
Sekali lagi Hakimi mengangguk.
Kalau Arissa balik, Mak Cik nak kerja dengan saya balik tak
Insya-Allah. Mak Cik Ruhaya senyum.
Arissa mengandung Mak Cik. Akhirnya dia membuka rahsia itu.
Ternganga Mak Cik Ruhaya. Berapa bulan
Nak masuk 2 bulan.
Ya Allah, Kimi... pergi ambik dia. Bawa balik ke sini. Rasa bimbang dengan keselamatan Arissa di sana.
Hakimi senyum.
Insya-Allah, Mak Cik.
Beberapa ketika Hakimi melangkah masuk ke kereta. Dia meminta kebenaran daripada wanita itu untuk mengambil kasut isterinya. Mak Cik Ruhaya memberitahu ada sebuah beg pakaian Arissa bersamanya. Beg itu sudah rosak di bahagian kunci akibat dicampak oleh Puan Hanim.
Rasa hendak menangis dia bila diberitahu oleh Mak Cik Ruhaya. Sampai hati Uminya buat begitu kepada isterinya. Apa salah isterinya Adakah kerana bencinya kepada Marini melarat sehingga dihumban segala rasa marahnya kepada Arissa. Isterinya langsung tidak tahu yang dirinya adalah anak saudara Uminya.
Semakin lama difikirkan semakin pening. Patutlah Walidnya dapat sakit jantung. Begitu pun dia merasa lega dengan apa yang telah diluahkan dan dapat didengari sendiri dari Mak Cik Ruhaya.