Acu, err... Papa datang tak nanti papa cakap dia nak datang tengok Haziq naik pentas. Haziq pun dah lama tak jumpa dengan papa. Soal Haziq tiba-tiba. Jubah konvokesyen yang tergantung dalam almari dicapai lalu disarungkan ke badan.
Errr... Entahlah. Acu pun tak pastilah sayang. Kejap lagi Acu cuba call papa Brian ya Sekarang ni kita siap dulu. Cepat, atuk dengan nenek dah tunggu dekat bawah. Elzaara meleraikan ingatan Haziq terhadap Brian.
Sebut sahaja nama Brian a.k.a Bunyamin, hatinya terusik. Selepas kejadian dia mengamuk di hospital tempoh hari, Brian tidak lagi memunculkan diri sehinggalah dia dibenarkan keluar dari hospital. Hatinya tertanya-tanya ke mana Brian menghilang Keluarganya juga bercerita apa-apa mengenai Brian.
Sudah lama nama Brian tidak terpancul di bibir mereka sekeluarga. Kelibatnya bagainya ghaib begitu sahaja. Hilang tanpa jejak. Apakah dia merajuk dengan aku sampaikan dia lari membawa diri
Acu... Dah! Haziq dah siap. Cantik tak Haziq
Wah, handsomenya anak Acu ni. Tak sangka anak Acu ni dah besar, dah jadi budak pandai.
El, Haziq! Dah siap ke belum Cepat sikit. Nanti kita lambat pula. Pukul lapan pagi majlis dah nak start. Puan Rahayu melaung daripada tingkat atas apabila kelibat Elzaara dan juga Haziq masih lagi tidak muncul-muncul.
Encik Yusuf yang sudah menunggu di dalam kereta sudah menampakkan wajah kebosanan.
Terkocoh-kocoh Haziq dan juga Elzaara berlari menuruni anak tangga dan di muka pintu Puan Rahayu sudah bercekak pinggang melihat kedua-duanya lambat turun. Belum sempat Puan Rahayu membuka ceramahnya, Encik Yusuf sudah membunyikan hon kereta sebagai isyarat mereka semua sudah terlambat untuk ke majlis konvokesyen tadika Haziq.
Kenapa lambat sangat bersiap El, Haziq Karang kalau kita lambat sampai cikgu marah. Haziq kan nak buat persembahan nanti. Kalau lambat sampai nanti tak sempat nak bersiap pula. El pun satu. Kenapa tak tolong Haziq tu siap awal-awal ibu dah pesan tadi lepas makan terus bersiap. Ni entah apa yang dibuatnya dua beranak ni. Bebel Puan Rahayu disepanjang perjalanan.
Encik Yusuf hanya diam membisu tidak berkata apa-apa. Sejak kejadian di hospital tempoh hari hinggalah kini Encik Yusuf masih lagi tidak bertegur sapa dengan Elzaara. Sesungguhnya Encik Yusuf masih lagi berpegang teguh pada kata-katanya tempoh hari.
Sorry Bu, ayah... Ada masalah sikit tadi, itu yang lambat.
Masalah apa
Errr... Pasal...
Ish awak ni, Ayu. Kita dah dalam perjalanan. Tak payahlah awak nak membebel. Dah macam polis pencen awak ni. Bukannya jauh pun sekolah Haziq tu. Kita pun dah sampai ni. Daripada awak membebel tak tentu pasal lebih baik awak bawa Haziq masuk dalam dewan jumpa dengan cikgu dia. Biar Abang cari parking kereta dulu. Tegur Encik Yusuf setelah lama mendiamkan diri. Elzaara hanya diam membisu apabila ayahnya membuka mulut.
Jom Haziq, El. Kita masuk dulu. Nanti karang pandailah ayah cari kita dekat dalam. Tangan Haziq ditarik dan Elzaara hanya menonong-nonong membuntuti langkah ibunya.
TEMPAT pertama jatuh kepada Muhammad Haziq bin Fauzi. Dipersilakan ibu Muhammad Haziq naik ke pentas untuk mengiringi Haziq mengambil hadiah dan juga sijil. Nama Haziq diumumkan dan Elzaara memimpin tangan Haziq naik ke pentas.
Haziq...
Bisik Elzaara sambil mencuit lengan Haziq. Haziq bagaikan bingung tidak tahu apa yang harus dia lakukan kini. Matanya meliar di sekitar tempat duduk ibu bapa mencari kelibat papanya yang masih lagi tidak kunjung tiba.
Setelah di dicuit berulang kali, barulah Haziq tersedar dan sijil mula bertukar tangan. Raut wajah Haziq yang sugul dan masam langsung tidak menampakkan dia gembira tika itu. Apa yang dia inginkan adalah kehadiran papanya.
Brian sudah berjanji dulu untuk hadir ke majlis konvokesyen Haziq tapi hingga kini susuk tubuhnya masih juga belum kelihatan.
Tahniah Haziq!
Tahniah Haziq sayang!
Tak sangka Haziq dapat anugerah pelajar cemerlang dan dapat nombor satu dalam kelas. Tahniah sayang!
Bertalu-talu ucapan dihulurkan kepada Haziq tapi satu pun tidak Haziq pedulikan. Matanya masih lagi liar mencari susuk tubuh papanya. Tiap kali matanya dihalakan ke muka pintu raut wajahnya turut menjadi sugul. Papanya tidak datang dihari bersejarahnya. Papanya sudah mungkir janji!
Acu, papa tak datang ke Acu dah call papa ke belum Kenapa papa belum datang-datang lagi papa janji nak datang tengok Haziq hari ni. Soalnya.
Satu persatu wajah di hadapannya dipandang meminta penjelasan. Elzaara tergagap-gagap untuk menjawab persoalan Haziq. Sebenarnya dia gugup untuk menghubungi Brian kerana hatinya malu dek kerana tindakannya dulu. Dia akui dia tidak sewajarnya bersikap demikian kerana Brian bukanlah Fauzi untuk dia melepaskan kemarahannya.
Haziq, kejap ya. Acu cuba call papa kejap.
Elzaara terus keluar dewan sambil tangannya ligat mendial nombor telefon Brian. Sesungguhnya inilah kali pertama dia menghubungi Brian setelah beberapa lama tempoh perkenalan mereka sehinggalah mereka bertunangan. Mengigil-gigil jari Elzaara sebaik saja deringan bersambung. Handphonenya dilekap ke telinga menunggu suara macho itu menjawab.
Dua tiga kali Elzaara cuba mendial, tapi masih tak bersambut. Akhirnya Elzaara berputus asa untuk mendial. Jalan terakhir ialah dengan menghantar mesej. Mengigil-gigil jari jemari Elzaara menaip patahpatah perkataan di ruangan mesej. Tetapi, hatinya lega kemudian kerana dia tidak perlu mendengar suara macho di telefon kerana itu akan menguatkan lagi rasa bersalahnya terhadap lelaki itu.
Elzaara:
Assalamualaikum, saya nak tanya. Awak jadi ke datang ke majlis Haziq hari ni Dia asyik bertanyakan papanya. Kalau awak boleh datang, jemputlah datang sekarang sementara majlis masih lagi berlangsung
Sent!
Elzaara masih belum punyai kekuatan untuk menemui lelaki itu dan meleraikan kekusutan yang melingkar kehidupan mereka selama ini. Selama ini, Brian banyak berkorban buatnya tapi sikit pun tidak pernah dia hargainya. Dia masih lagi terleka dengan dunia khayalannya sehingga terlupa akan realiti kehidupannya sekarang menyebabkan banyak pihak yang terluka dengan sikapnya.
Elzaara kembali ke dalam dewan dan berkumpul semula bersama-sama dengan yang lain. Di atas pentas, kelihatan Haziq sedang melakukan persembahan. Wajahnya juga seperti tadi, masih lagi sugul. Elzaara sudah kerisauan kerana tumpuan Haziq pada persembahannya sudah mulai tumpul. Dia tahu dalam kepala Haziq hanyalah papanya sahaja. Sebaik saja persembahan Haziq tamat, Haziq terus meluru ke arah Elzaara. Tujuannya hanya satu tak lain tak bukan bertanyakan soal papanya.
Papa datang tak
Elzaara mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu jawapan apakah yang harus dia berikan pada si kecil itu kerana panggilan dan juga mesej yang dikirimkan tadi masih belum mendapat respon daripada Brian. Dia tahu kalau jawapannya tidak ataupun belum, pasti Haziq akan mogok terhadapnya. Dia faham sangat dengan perangai Haziq.
Acu tak tahu sayang. Mungkin papa Brian sibuk dekat kafe kot. Acu dah call banyak kali dah tadi. Kalau papa tak sempat datang sini, kejap lagi kita pergi jumpa papa dekat kafe. Boleh tak Elzaara cuba untuk memujuk si kecil yang sudah monyok kerana kelibat orang yang ditunggu-tunggu hingga ke sudah tidak juga kunjung tiba.
Encik Yusuf hanya diam melihat gelagat Elzaara dan juga Haziq. Dia hanya mahu menjadi penonton daripada menjadi pelerai masalah anaknya. Hatinya masih sakit dan malu dengan apa yang berlaku terhadap Brian dek kerana perangai kurang siuman Elzaara dulu. Puan Rahayu pula sibuk bersembang dengan cikgu Haziq di tepi pentas.
Hai El, Pak Long. Tegur Lisa secara tiba-tiba.
Hai Kak Lisa. Balas Elzaara ringkas.
Encik Yusuf pula hanya menganggukkan kepala menyahut sapaan anak buahnya.
Eh, excellent boy ni kenapa pula monyok je Nah, ni hadiah daripada Acik Lisa.
Hadiah dihulur tetapi hanya angin saja yang menyambutnya. Haziq langsung tidak berganjak. Elzaara yang sudah kekeringan idea untuk memujuk Haziq kini sudah mati kutu tidak tahu untuk berbuat apa. Encik Yusuf segera membawa Haziq ke kantin dengan harapan cucunya akan ceria semula.
Kenapa tu soal Lisa.
Monyok. Dia sedih papa dia tak datang-datang lagi. El dah cuba call Brian tapi tak angkat. Mesej pun tak berbalas. Akak tau ke Brian ke mana Akak kan rajin contact dengan dia. Soal Elzaara cuba untuk mengorek rahsia daripada Lisa.
Nope. Sekarang ni Akak dah jarang contact dengan dia. Kafe dia pun Akak dah jarang pergi. Banyak kerja lately ni. Cumanya semalam ada bungkusan poslaju sampai dekat rumah Akak. Ni nanti El bagi dekat Haziq ya. Yang ni pula untuk El. Akak tak baca pun isi kandungan dalamnya.
Lisa menghulurkan sekotak sederhana besar. Elzaara mengintai dan kelihatan pelbagai jenis coklat kegemaran Haziq dan sebuah bingkai gambar mereka bertiga berukirkan nama Haziq. Elzaara terkedu dan tergamam. Dia tertanya-tanya kenapa Brian tak datang dan menyampaikan sendiri hadiah tersebut kepada Haziq. Bingkai gambar tersebut diambil dan di belakangnya terdapat secebis nota yang diselitkan untuk Haziq.
Dear sayang papa,
Papa bangga sangat dengan Haziq. Teruskan usaha untuk berjaya dalam hidup. Jangan lupa untuk jadi anak yang soleh, taat pada orang tua. Maaf papa tak dapat datang ke majlis Haziq hari ni. Peluk cium daripada papa yang jauh. Kirim salam buat semua ya.
Love,
Papa Brian
Kak...
Lisa hanya mengangkat bahu saja. Sesungguhnya kali ini dia juga tidak tahu di mana keberadaan Brian dek kerana kesibukannya di kolej. Brian juga sudah lama tidak menghubunginya untuk bertukar-tukar cerita sejak peristiwa itu.
Bagaikan sebuah batu menghempap kepala Elzaara, Mana Brian