Kalau ikut sejarah, penulisan diari di Malaysia banyak dipopularkan oleh drama swasta sekitar tahun 80-an hingga awal 90-an. Di mana watak-watak pelakon yang memiliki diari selalunya menyimpan rahsia hidup yang besar seperti menyintai sahabat baik sendiri tetapi terpaksa memendam perasaan sebab sahabat baik berkenaan pula menyintai orang lain. Sahabat yang menyintai orang lain ini hanya berjaya mengetahui niat sahabat baik beliau ketika terjumpa diari yang terjatuh dari dalam beg. Konflik tercetus apabila rahsia diari terbongkar. Dan sambungan seterusnya pada siri drama swasta minggu hadapan. Jalan cerita sebegini memberi inspirasi pada budak-budak sekolah di zaman dahulu untuk turut serta menulis diari dan berharap mereka mampu mengubah takdir dan mendapat cinta yang diimpikan.
Akibatnya, penulis-penulis diari berkenaan mengakhiri zaman persekolahan di kilang-kilang elektronik Seberang Perai, atau menjadi cashier di Mini Market Ah Fong untuk tahun-tahun mendatang.
Bila fenomena internet tercetus pada tahun 1997, aspek menulis ala-ala diari sudah mula nampak sikit-sikit. Masa tu, rakyat malaysia yang ada laman web atau nama hype-nya homepage tak ramai. Ada dalam 400 orang termasuk di Sabah dan Sarawak. Yang ramainya, budak-budak yang chatting dekat #Mamak dan #Kampung. Makwe-makwe IPTA dan pelajar sekolah di kawasan bandar lebih cenderung ber-a/s/l sampai pukul 5 pagi daripada menyiapkan latihan kimia atau membaca buku biologi. Akibatnya, negara Malaysia pada tahun 2010 masih kekurangan doktor-doktor sakit kencing manis dan juga ketandusan ahli kimia yang boleh mencipta ubat kanser.
Kesan daripada perkembangan internet yang tidak berlandaskan syariat ekonomi, pada tahun 2000 syarikat-syarikat internet mula menghadapi masalah yang diberi nama jolokan dot com bubble. Apabila bubble-bubble sudah menggelembung di merata-rata dan tidak terkawal, ia akhirnya meletup lalu menjahanamkan beratus-ratus syarikat internet di Amerika termasuk Geocities, Hotmail, Anglefire dan beberapa syarikat dot com (Amazon dengan eBay nyaris boleh hidup segan mati tak mahu). Namun, isu kejatuhan syarikat-syarikat internet ini tidak langsung memberi kesan psikologi kepada pengguna mIRC di Malaysia. Peningkatan pengguna mIRC semakin bertambah dan tidak kurang juga bertambahnya kecerdikan masyarakat melayari laman-laman porno yang juga turut bertambah tanpa belas kasihan.
Namun, jika kita lihat dari perspektif ekonomi di Malaysia, kenaikan pengguna internet (ermaksud aku pengguna laman sembang, pemain Counter Strike dan pemain DOTA) telah membuka ruang ekonomi yang baik kepada pengusaha kafe siber. Kafe siber tumbuh laju. Sama lajunya dengan pertumbuhan syarikat MLM. Kafe siber pada waktu itu bukan sahaja diusahakan di Lembah Klang atau bandar-bandar besar seperti Tanjong Malim, tapi turut menyerang kampung Parit
Industri Blog
Jawa, Kampung Ulu Cenor dan Felda Ijok Fasa Tiga.
Sedang budak-budak sekolah sibuk ponteng sekolah sebab nak main game dan mengorat makwe yang entah siapa-siapa di kafe siber, datang pula era lain dari negara Amerika yang diberi nama era bersosial secara dalam talian. Friendster dengan Myspace menjadi siulan anak-anak muda tidak kira apa jenis bangsa atau paras rupa. Masa ni aku ingat dalam tahun 2003 - 2004 setengah. Pergh!!! Dia punya penangan memang gila. Kalau siapa-siapa tak ada akaun Friendster atau Myspace boleh jadi loser! Biar SPM melingkup tak apa, asal maruah terjaga!
Dalam tempoh sama, akhbar-akhbar dan majalah tabloid turut terkena tempias. Penjualan menjadi sangat mantap dengan berita seperti Dirogol Teman Siber dan Pertubuhan Kumpulan Gay di Laman Siber menjadi kegilaan pembaca suratkhabar tabloid. Jadi, premis yang mengatakan internet menjana ekonomi negara sudah aku buktikan dengan memberi contoh-contoh seperti di atas.
Berbalik kepada hal industri penulisan yang aku tulis pada perenggan awal, blogspot diperkenalkan secara global pada tahun 2003. Sebenarnya, blog ni dah ada dari tahun 1999, tapi tak berapa terkenal sangat sebab tak ada back up besar. Back up besar datang bila Google beli Pyra Labs (syarikat yang cipta Blogger). Masa tu barulah main Blogger nampak ada kelas sikit. Walaupun masih tak berapa terkenal, 200 orang juga rakyat Malaysia mendaftar jadi blogger pada masa itu.
Dalam tahun 2005, satu lagi kegilaan internet muncul. Kali ni bukan laman sembang, bukan laman sosial dan bukan juga laman menulis. Tapi laman memuatnaik video sendiri secara bebas dan di luar batasan norma. Youtube mengepalai misi baru ini. Macam mana dia punya penangan, korang tak payah tanya aku. Manusia bersuara katak pun boleh menjadi tontonan umum ke seluruh dunia. Kehidupan dah tak jadi rahsia. Siapa kantoi ringan-ringan atau buat blowjob tepi air terjun, memang cari nahas! Hari ni on stage tepi semak batu hampar, esok malam budak-budak Norway yang tak reti cakap Melayu dah boleh tengok. Pembangunan aplikasi Youtube sekali lagi memberi kesan ekonomi kepada sektor penerbitan akhbar dan majalah tabloid. Modus operandi juga sama macam yang aku cakap kat atas.
Bila masa beredar, sedikit-sedikit blog mendapat perhatian masyarakat. Aktivis politik lebih terdahulu menggunakan medium blog untuk mengaut keuntungan moral. Blog dilihat sebagai satu medium yang padu untuk mempengaruhi corak berfikir rakyat Malaysia. Dari sini, penggunaan blog berkembang ke beberapa cabang yang lebih dinamik dan berstruktur. Orang agama-agama buat blog untuk berperang sesama mereka.
Yang Syiah lawan Wahabi. Yang Wahabi lawan pula Sunni. Orang-orang meniaga pula buat blog untuk meniaga. Ada yang meniaga kuih, meniaga tudung, jual laksa, jual kasut bundle dan meniaga beg tangan Louis Vuitton Siam. Dari skala yang lebih kecil, wujud juga beberapa geng-geng dalam blog seperti geng ibu-ibu, geng photographer, geng artis-artis, geng ahli seni, geng pondan, geng pelajar kolej, geng blog cakap orang putih dan ada juga geng tulis blog sebab terpengaruh dengan rakan sebaya.
Pada aku, sekarang ni, blog sudah berada di tahap tertinggi. Aku tak tahu tinggi mana lagi dia boleh pergi. Kalau ada umur panjang, kita tengok sama-sama.
Industri Blog
Aku rasa, cukup setakat ini aku tulis. Kalau panjang lagi, nanti jadi cerpen pula. Ini pun ejaan rasanya barai sebab aku malas semak satu-satu apa aku tulis.
Jadi, mari kita tutup majlis kita dengan Surah Al-Asr dan Tasbih Kifarah. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari Allah juga tapi melalui aku. Aku selalu dengar ceramah penutup dia macam ni. Err...tapi kalau ikut lojik, yang baik pun datang dari Allah melalui aku juga kan Keh keh keh! Saja je aku bergurau. Korang jangan marah aku pula! p/s: Cilakak! Aku lupa tulis pasal Facebook!