Perubahan daripada kecerahan yang malap kepada kecerahan yang tinggi pula berlaku dalam masa yang singkat dan secara tiba-tiba pula. Itulah sebabnya kadangkala ahli astronomi memerhatikan kelahiran bintang yang baru secara tiba-tiba kerana wujudnya pancaran cahaya yang terang tadi.
Sebenarnya, ia bukan kelahiran bintang yang baru, sebaliknya merupakan bintang yang lama. Cuma kecerahannya sahaja yang berubah secara tiba-tiba.
Nova bermaksud bintang. Jamaknya adalah novae. Perkataan nova bermaksud baru dalam bahasa Latin. Supernova bermaksud bintang super.
Supernova adalah letupan yang terhasil daripada bintang yang 1.39 kali lebih besar daripada matahari. Sebelum proses letupan berlaku, peringkat sebelumnya disebut sebagai leluhur (progenitor).
Apabila meletup, ia dikenali sebagai supernova.
Apabila meletup, supernova memancarkan cahaya 10 bilion kali lebih tinggi berbanding matahari. Ini bersamaan dengan jumlah tenaga matahri yang telah hidup selama 10 bilion tahun.
Namun, fenomena supernova adalah peristiwa yang jarang-jarang berlaku. Selama 1000 tahun, hanya tiga kali saja peristiwa supernova berjaya diperhatikan dalam galaksi Bima Sakti.
Supernova dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu Supernova Jenis-I dan Supernova Jenis-II. Kategori ini ditentukan oleh kandungan hidrogen pada supernova dan melalui kilauan cahayanya.
Supernova Jenis-I mempunyai kandungan hidrogen yang rendah berbanding jenis-II. Terdapat tingkatan yang lebih tinggi daripada supernova, iaitu hypernova. Hypernova adalah versi ekstrem bagi supernova. Hypernova berlaku pada bintang yang berjisim 30 kali ganda lebih berat daripada matahari.