SERI belek majalah yang dibeli semalam. Halaman demi halaman dibaca. Habis satu majalah, dari kulit ke kulit. Majalah diletak atas meja studi. Jam di atas meja studi dah hampir sebelas malam. Mata pun belum nak tidur. Komputer riba dipandang sekilas.
Hmmbaik aku chat dengan Jai. Bosan duduk rumah macam ni. Seri buka laman sosial muka buku.
Kosong > Assalamualaikum
Jai > Waalaikumussalamawak tak tidur lagi ke
Kosong > Belum mengantuk..awak apa khabar
Jai > Alhamdulillahawak
Kosong > Baik. Kat sana siang hari kan
Jai > Yup!
Kosong > Awak tak ada kelas ke
Jai > Baru habis.
Kosong > Rasanya dah lama awak kat UK..
Jai > Dah hampir enam bulan..kenapa Rindu saya ke
Kosong > Rindu Marah nanti cik Lisa awak tu..
Jai > Saya dan Lisa tak ada apa-apa pun.
Kosong > Tipu
Jai > Betul..macam saya cerita kat pasar sehari sebelum raya dulu, itulah perasaan saya sebenarnya.
Kosong > Jadi awak dah curang dengan Lisa.
Jai > Macam mana nak curang kalau kami pun tak ada apa-apa hubungan.
Seri berkerut kening. Haih..lelaki ni memang tak pernah nak mengaku. Bila nampak perempuan lain, terus mengaku tak ada hubungan apa-apa.
Kosong > Janganlah awak nak menipu saya. Saya tak suka lelaki yang tak setia. Lisa tu awak nak campak mana kalau awak cintakan saya
Jai > Hanya awak saja dalam hati saya. Saya faham kalau awak tak suka saya. Saya tak boleh paksa.
Kosong > Hmmawak marah ke
Jai > Nak marah buat apa
Kosong > Yalahsaya tak balas cinta awak.
Jai > Itu hak awak. Saya tak boleh paksa.
Kosong > Okeylah awak..saya off dulu.
Seri menopang dagu. Betul ke Jai ni suka aku Cintakan aku Kenapa dia asyik tanya aku pasal kejadian dulu-dulu Siapa aku pada dia
Seri menoleh. Acik dah tersengih di muka pintu.
Chat dengan siapa Acik menapak ke arah Seri. Dia jenguk skrin komputer.
Jai Nada Seri dah perlahan.
Jai Acik teruja. Dia duduk bersila atas katil Seri.
Seri angguk.
Ucu..rindukan Jai eh Acik kenyit mata.
Mana ada! Tiba-tiba je Ucu rasa nak sembang dengan dia. Lisakan girlfriend dia.. Seri muncung.
Lisa Acik tercengang.
Kenapa Seri mendongak. Muka Acik dah berubah.
Lisa tu bukan girl friend Jai la! Acik cubit hidung Seri.
Habis tu, masa kat airport tu! Beria minah tu datang jumpa Jai. Kalau bukan kawan istimewa, takkan dia tercungap-cungap datang dari jauh! Seri tenung Acik. Hidungnya disapu. Rasa sakit.
Aik! Cemburu nampak Usik Acik lagi. Sekali lagi hidung Seri ditarik.
Cepat-cepat Seri tepis.
Cemburu Nak cemburu apa Ucu tak ada rasa apa-apa pun kat Jai tu. Seri tutup komputer.
Habis tu, cakap macam nak marah je Cemburu la tu! Acik ketawa mengekek.
Seri tumbuk bahu Acik.
Ucu bukan perampas la. Seri tarik muka masam.
Nak rampas apanya Memang Jai tu hak Ucu! Acik betulkan duduknya.
Hak Ucu Bila Ucu nikah dengan dia Seri dah bingung.
Kalau Jai masuk meminang Ucu, Ucu nak tak Acik sengih. Kalau tak tanya, tak tahu!
Kalau Ucu dah tak ada orang lainterima jelah. Seri buat muka lagi.
Betul ni Acik dah berseri muka.
AlahJai tu kan kat UK. Lama lagi dia kat sana. Mana ada masa nak pinang ni! Lagipun tak semudah tu Ucu nak terima dia walaupun selepas nikah! Seri tak nak mengalah.
Acik menelan liur. Biar betul Seri ni! Takkan nak biarkan Jai tu tidur sorang-sorang! Pernikahan apa namanya!
Maksud Ucu
Ucu tak akan serah diri macam tu je. Dia yang nakkan Ucu, dia kena usaha sampai Ucu ada rasa cinta untuk dia. Bila Ucu dah ada rasa tu, barulah dia boleh sentuh Ucu! Seri senyum. Hahahausahalah kau Jai. Aku tahu aku tak akan jatuh cinta pada kau dengan mudah. Kalau sanggup, teruskanlah pinang aku!
Aik! Syarat gila apa ni Ucu! Siapa yang nak nikah kalau tak boleh nak sentuh Baik tak payah nikah! Acik cubit lengan Seri.
Terpulang! Itu syarat Ucu!
Acik menopang dagu. Hmm..nasib kaulah Jai! Kau kena berusaha habis-habisan macam ni! Kalau tak kau tak merasalah alam pernikahan dalam erti kata sebenar!
Kalau Ucu dah kata macam tuJai sanggup! Acik sengih. Aku pulak yang tolong jawabkan bagi pihak Jai! Hehehee
Aik! Bila dia kata sanggup Seri pandang Acik yang dah tersengih-sengih.
Dari dulu lagi dia cakap. Dia sanggup tunggu Ucu!
Seri diam. Alamak! Aku dah terperangkap! Macam mana kalau Jai benar-benar melamar aku
Ucu cakap je..bila Jai boleh masuk meminang Acik dah senyum lebar. Bermakna, apa yang diusahakan selama ini hampir berjaya. Nilah peluang yang ada untuk satukan Jai dengan Seri.
Baiklah! Ucu sahut cabaran tu. Bila-bila masa pun Jai boleh melamar Ucu. Ucu nak tengok sejauh mana dia boleh bertahan. Seri sengih nakal.
Acik jeling Seri yang dah tersengih. Syarat gila Ucu memang lucu! Dia ingat dia boleh menang Aku kenal siapa Jai tu! Dia setia pada seorang perempuan. Kalau dia nakkan sesuatu, dia akan usaha sampai dapat! Tambah bab macam nisilap hari bulan, tak sampai seminggu, Seri dah terlentuk dalam pelukan Jai!
Apa abang sengih-sengih Perli Ucu eh Seri cubit paha Acik.
Kita tengok siapa menang! Acik senyum.
Okey! Kita tengok siapa yang menang, siapa yang kalah! Kalau Ucu menang, Ucu nak tuntut hadiah dari abang! Seri dah senyum lebar.
Apa dia
Ucu nak melancong! Paris ke, Zurich ke..
Amboi! Nak melancong pun sampai tempat mahal macam tu! Baiklah! Kalau Ucu kalah, abang pun nak tuntut hadiah! Acik tak nak mengalah.
Apa dia
Abang nak Ucu cepat-cepat bagi abang anak sedara, boleh Acik kenyit mata.
Sekali lagi dada Acik ditumbuk.
Abang ni! Tak ada hadiah lain ke Ada ke anak Eii! Geli Ucu dengar! Seri mencebik.
Acik sengih. Okeylah..abang nak Ucu sponsor abang nikah, boleh
Alah..setakat sponsor tu tak ada hal! Ucu yakin, Ucu tak akan jatuh cinta dengan hero Korea tu! Seri berkata penuh yakin. Dah terbayang, Jai akan berputus asa nanti.
Acik senyum. Cakap besar adik aku ni! Tak apa..sekarang ni kau tak ingat siapa Jai, tak ingat siapa yang kau cinta dulu, esok-esok bila ingatan kau dah pulih, Jai tulah yang diterkam dulu!
We will see! Acik bingkas bangun. Dia beredar dari bilik Seri. Jai perlu diberitahu segera. Berita tadi cukup bermakna buat Jai.
JAI senyum. Dia sandar di kerusi. Jam di atas meja studi dah hampir tiga petang. Bermakna waktu di Malaysia sekarang ni dah malam. Selesai chatting dengan Acik tadi, terus dia hubungi mak dan ayah di kampung. Bulan lapan nanti, dia akan cuti panjang. Seriaku akan tunaikan janji aku!