PERBUALAN yang rancak ketika awal perjalanan tadi semakin perlahan rentaknya. Sudah terlalu banyak perkara yang digebang hingga kehabisan modal. Amy akhirnya menyandarkan kepala di kerusi, terdiam sambil melayan lagu di radio.
Ngantuk kakTegur Zack.
Amy mengangguk lalu menguap.
Macam badak air.
Biarlah. Balas Amy. Sempat menjeling jam di tangan. Pukul 5:30 petang.
Kau rasa, sempat ke sampai sebelum berbuka Soal Amy pula.
Sempat. Lagi sejam, sampailah. Jawab Zack, turut menjeling seketika paparan jam.
Syawal bakal menjelang lagi dua hari, bergantung pada kelahiran anak bulan. Di awal permulaan Ramadhan tempoh hari, Zack dan Amy sudah berjanji untuk pulang bersama menyambut Raya Aidilfitri. Jimat duit bila berkongsi kereta. Hubungan persaudaraan itu semakin erat walaupun masih ada waktu dan ketikanya, mereka sempat bercakaran disebabkan tabiat lama.
Hari raya di kampung, tidak pernah tak meriah. Suasana sentiasa riuh. Maklumlah, mereka punyai ramai saudara-mara. Ikatan kekeluargaan dan silaturahim sesama mereka memang erat. Apatah lagi, kebanyakkannya tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Pasti tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun sudah. Yang paling gembira tentulah Encik Alwi dan Puan Mariah. Sudah sekian lama berdoa agar kedua anak mereka berbaik, dan kiniianya dimakbulkan.
ZackZack..
Zack menoleh sebentar ke arah Amy sebelum kembali fokus kepada pemanduan.
Apa
Kau berhenti kejap kat R&R depan tu. Aku nak pergi toilet.Pinta Amy.
Zack angguk tanpa banyak bicara. Lajak dua kilometer, dia memberi isyarat arah kiri menuju ke kawasa Rehat & Rawat Yong Peng. Kereta diparkir di kotak parkir.
Kau tunggu tau Ujar Amy.
Mestilah aku tunggu. Takkan aku nak biarkan kau balik menapak pulakBalas Zack, tersengih sedikit.
Manalah tau Kau tu, mana ada hati perut sangatAmy sempat gelak sebelum membuka pintu. Lantas dia menuju ke arah tandas.
Zack geleng. Dia tahu Amy hanya bergurau. Tak perlu mengambil hati kerana cara mereka berkasih-sayang memang begitu sejak dahulu.
Sepeninggalan Amy, Zack menyandarkan kepala ke belakang. Fikiran merewang. Sudah dua bulan masa berlari. Beberapa perkara yang terjadi dalam hidupnya semenjak dua ini sudah pun dibiarkan berlalu walaupun diakui, sedikit sukar untuk berhadapan dengan Zareen. Komunikasi antara mereka kini terbatas sebagai pengurus dan pekerja sahaja. Tidak boleh dan tidak mahu berlebihan.
Keputusan Zareen dihormati walaupun menyimpan rasa terkilan.
Persaingan yang wujud diantara dia dan Akmal menyebabkan dia tidak terlalu meletakkan harapan. Lalu proses mengubat hati luka tidaklah terlalu payah. Lebih mudah ditangani berbanding ketika putus cinta dengan Liana. Malah, masih belum dapat menandingi rasa pedih seperti ketika kepergian Kate dahulu.
Biarlah. Zareen berhak untuk mencari kebahagiaanya sendiri, bukan Tiada dendam buat Zareen.
Secara tiba-tiba, terdengar bunyi dari dalam tas tangan Amy. Telefon bimbit Amy berdering. Tas tangan yang separuh terbuka itu Zack jengah sahaja. Takkanlah dia nak pandai-pandai nak menjawab bagi pihak Amy pula
Deringan mati. Namun mata Zack masih tidak beralih dari tas tangan Amy. Keningnya berkerut manakala bibirnya menguntum senyum kecil. Dia terpandangkan diari Amy. Rupanya, sehingga sekarang Amy masih lagi menulis diari.
Zack tersengih lagi. Teringat kisah sewaktu baru menginjak umur tiga belas tahun. Dia yang memang boleh tahan nakalnya, kerap kali masuk ke dalam bilik Amy secara sembunyi. Kalau bukan curi pen, buku rujukan Amy akan disesah. Atau apa-apa saja barang milik Amy akan diambil. Bukan kerana dia tak ada barang-barang sendiri tetapi memang sengaja mahu mencari pasal.
Di satu hari yang agak bertuah, secara kebetulan, sebuah diari terletak elok atas meja tulis. Amy tiada di dalam bilik ketika itu.
Kerana sifat ingin tahu dan sifat ingin mencari pasal yang terlalu tinggi, diari itu dibuka dan dibaca. Namun, belum sempat keseluruhan isi diari diketahui, Amy kembali dalam bilik. Secara percuma saja kepalanya diketuk oleh Amy. Secara percuma juga, masanya sepanjang hari itu dipenuhi dengan ceramah dan bebelan dari ibu. Memang padanlah dengan mukanya.
Sejak dari itu, Zack berhenti dari melakukan perkara tak semenggah itu. Akur dengan amaran keras yang diberi oleh ibu supaya jangan sesekali lagi masuk bilik anak dara. Jika tidak, hukuman paling berat akan dikenakan ke atasnya.
Zack geleng lagi. Kenangan lama terbang berserakan. Diari milik Amy diambil dari dalam tas tangan. Bibir tersenyum sedikit.
Apalah yang best sangat tulis diari ni"
Walaupun otaknya melarang untuk tidak menceroboh hak peribadi orang lain, jarinya pula degil tak mahu mengikut arahan. Helaian muka surat diselak secara rambang. Nama Farid muncul banyak kali di awalan. Baik gaduh baik gaduh. Putus.
Zack angkat bahu, tersengih lagi. Sesekali mata melilau mencari kelibat Amy. Mujur tiada. Tak mahu kepalanya diketuk lagi.
Helaian muka surat diselak lagi. Rasa terkejut timbul apabila melihat namanya terpapar di beberapa lembaran. Kening berkerut. Hati berdetak. Ayat dibaca satu demi satu.
28 April 2014
Ada masanya, aku berteriak pada hati ~ Tolonglah, lepaskan dia.
Tapi hati aku balas balik ~ Apa salahnya, terus berpaut pada harapan
Dan aku turut kata hati. Entah berbaloi entah tidak
Degil.
Zack, boleh tak kau keluar dari hati aku ni
Zack tergeleng beberapa kali. Mengambil masa untuk mencerna dengan apa yang dibaca. Helaian diari diselak untuk ke sekian kali.
23 May 2014
Terjadi lagi.
Untuk kali ke berapa, aku tak tahu. Pedih rasa hati, Tuhan saja yang tahu. Bila aku rasa aku mampu kembali berharap, ianya ranap begitu sajalagi dan lagi.
Sakit. Kadang-kadang aku rasa macam nak menjerit.
Ya aku tahu. Aku tak boleh salahkan dia. Zack tak pernah tahu yang selama ini, aku ada simpan rasa suka. Ada sorok rasa cinta. Aku tak mampu nak luahkan sebab aku hanya kakak tiri pada anggapan dia.
Betul, aku tak salahkan dia. Aku cuma menyalahkan diri sendiri. Yang terlalu degil kerana masih mahu menyimpan sesuatu yang dipanggil cinta. Atau harapan Entah. Mana-mana sajalah. Tak ada beza. Dua perkataan ini tetap mendatangkan luka.
Kadang-kadang, terasa bodoh juga. Kata orang, nak mengharap biarlah pada yang sudi. Ini... jangankan sudi, dia langsung tak pernah tahu.
Tak mengapalah. Bukankah jodoh itu, Allah yang tentukan
Zack, aku tulis ini untuk kau
Aku sayangkan kau, Zack. Lebih dari yang kau tahu.
Maaf kerana menyimpan rasa dalam diam. Sama macam kau, aku juga manusia. Punya hati dan perasaan. Aku tak tahu kenapa dan bagaimana tetapi bukankah ini fitrah manusiaTapi kau tak perlu tahu tentang rasa ini kerana aku tak akan sekali-kali buka cerita. Kerana aku tahu, kau tak akan dapat menerima. Mungkin juga kau akan terfikir yang aku sudah gila. Jadi, biarlah ianya kekal sebagai rahsia. Aku tetap akan mendoakan kau bahagia walau tiada aku didalamnya.
~I am not giving up. I just need a new hope to holding on~
Zack tidak mahu membaca lagi. Diari ditutup dan kembali disimpan dalam tas tangan Amy. Kemudian, kedua tangannya meraup wajah.
Fikirannya kembali ke beberapa bulan yang lalu. Saat di mana dia dan Amy berbaik secara tiba-tiba.
Dan sejak itu, dia dan Amy menjadi rapat. Amy bagaikan Kate nya yang nombor dua. Amy seorang pendengar yang baik jadi dia tidak kisah berkongsi cerita.
Walaupun begitu, dia langsung tak dapat menelah yang Amy rupanya memendam rasa sejak sekian lama. Kenapa Amy tak mahu berterus-terang
Tapi...mengenali Amy, tak mungkin Amy akan berterus-terang.
Ketahuan rahsia hati Amy menyebabkan Zack berfikir lama. Kisah dia dan Zareen menyebabkan Amy terasa hati namun dipendam.
Masih sudi menjadi pendengar setia malah, memberi semangat saat dia putus harap. Secara tiba-tiba, perasaan bersalah menguasai hati. Kalaulah dia tahu, bercerita tentang Zareen akan menyebabkan Amy bersedih, tidak akan sekali-kali dia meluahkan galaunya pada Amy.
Sorry Amylea. Aku tak tahu. Nafas dihembus perlahan.
Pintu kereta di sebelah pemandu terbuka. Amy muncul kembali. Berkerut keningnya melihat wajah Zack yang sepertinya terganggu.
Kau kenapa, Zack
Tak ada apa-apa.Jawab Zack lalu mempamer senyum. Amy direnung lama.
Kau kenapaAmy mengulangi soalan yang sama. Suara sedikit meninggi. Rasa pelik dan sedikit kurang selesa.
Zack geleng dan senyum lagi. Pandangan beralih. Gear dimasukkan dan mereka menyambung kembali perjalanan pulang ke Kluang.