MAWAR PUTIH > Assalamualaikum
JS > Waalaikumussalam..
Mawar Putih > Awak sihat
JS > Alhamdulillah..Allah masih beri saya kesihatan yang baik.
Mawar Putih > Maaf jika saya tanyasebenarnya awak serius ke dengan saya
JS > Maksud awak
Mawar Putih > Saya tunggu awak datang .
JS > Tapi awak masih isteri orang. Saya tak boleh buat apa-apa.
Mawar Putih >Saya tahu. Saya akan minta dia lepaskan saya.
JS >Mengapa
Mawar Putih >Sebab saya dah tawar hati dengan dia
JS > Oh
Mawar Putih >Itu saja respon awak Jadi memang benarlah awak tak suka saya.
JS > Bukan itu maksud saya..mungkin saya terlambat atau waktu yang tercepat. Jodoh pertemuan Allah yang tentukan. Kita hanya mampu merancang. Terimalah Imran..
Mawar Putih > Kenapa dengan awak Saya makin tak fahamsaya telah berjanji dengan awak.
JS > Kata-kata awak ni seolah awak menolak apa yang Allah telah tentukan untuk awak. Please dont be like that.
Awak lebih tahu dari saya. Terimalah dengan hati yang terbuka. Bermakna Imran ialah jodoh awak selama ini. Terimalah ketentuan Allah bahawa awak isteri Imran. Itulah jodoh namanya.
Mawar Putih > Benar..saya tahu semua tu tapi saya terkilan dengan awak. Mana janji awak
JS > Saya tak pernah mungkir janji.
Mawar Putih >Kalau awak tak pernah mungkir janji, kenapa awak tak datang rumah saya At least perkenalkan diri awak pada keluarga saya. .
JS > Saya faham perasaan awak. Saya mengaku saya cintakan awak tapi buat apa. Awak masih isteri orang. Tak baik saya rampas awak dari Imran. Semoga awak bahagia dengan Imran.
Anis semakin tidak faham dengan sikap Jay yang langsung tidak cemburu dan tidak kisah dengan apa yang telah berlaku. Jelas Jay tidak pernah menyukainya.
Mawar Putih >Saya tak sanggup melihat awak macam nipeluang awak masih ada.
JS > Tak baik awak runtuhkan masjid.. Imran tentunya seorang lelaki yang baik sebab tu mak awak terima dia. Saya percaya mak awak pandang pada sikap dan peribadi Imran. Lagipun awak pernah hidup sebumbung dengan Imran. Jadi awak lebih tahu siapa Imran. Tentu ada sesuatu di dalam diri awak yang menyebabkan Imran ingin menyambung semula apa yang telah putus. Tak payah risaukan saya. Saya ok..:)
Sekali lagi Anis terdiam. Begitu mudah Jay berkata-kata sedangkan tika dan saat ini hatinya cukup gelisah. Serba tidak kena. Semua benda yang dibuat dirasakan tidak menjadi.
Mawar Putih > Baiklah jika itu yang awak rasa. Saya harap awak tak salahkan saya dalam hal ni dan saya doakan awak bertemu gadis yang baik. Sejujurnya..saya rasa bersalah dengan awak. Selama kita bersahabat, saya cuba tanam rasa kasih dan sayang pada awak. Sayaentahsaya keliru sekarang ni.
JS > Sudahlah..itu tandanya awak seorang yang baik. Imran beruntung memiliki awak.
Mawar Putih > Errawak ok ke
JS > Saya ok je
Anis termenung. Semua yang dirancang menjadi kelam kabut. Imran yang cuba dihindari semakin menghampiri. Jay yang cuba didekati pula semakin jauh darinya. Bingung!
Mawar Putih > Baiklah..saya merasa sedikit lega dengan kata-kata awak. Saya tahu awak kecewamaafkan saya. Saya tak mampu berbuat apa-apa. Hati mak saya juga perlu dijaga.
JS > Saya fahamawak jangan risau. Rasanya setakat ini saja. Tak baik saya berbicara lama dengan isteri orang. Hanya satu harapan saya, persahabatan kita tetap akan mekar,boleh kan
Mawar Putih > Bolehawak tetap sahabat saya..:)
JS > Alhamdulillah..assalamualaikum
Anis pandang skrin. Ada rasa kecewa menebak hati. Terkilan. Bukan dia tidak suka pada Imran, malah Imranlah insan pertama hadir dalam hatinya tetapi semua itu mula berubah sejak Jay ikhlas berkawan dengannya dan sanggup menjadi penyelamat dirinya di saat dia di persimpangan dilema.
Boleh mak masuk
Anis menoleh. Puan Ainon sudah menapak ke arahnya sambil tersenyum. Anis cepat-cepat menutup komputer. Bimbang ibunya perasan yang dia masih berhubung lagi dengan Jay.
Kenapa ni..sedih je mak tengok Fasal Imran ke Jay Puan Ainon belai rambut hitam Anis yang mengurai panjang melepasi bahu.
Mak..sebenarnya kalau ikutkan hati Anis..Anis pilih Jay sebab Jay ikhlas terima Anis sebagai kawan dan sudi terima Anis. Alih-alih Imran pula yang Anis terhenti kata-kata.
Sudahlah..dah jodoh Anis dengan Imran. Jay kena terima takdir Allah. Doakan dia berjumpa jodoh yang baik juga. Puan Ainon memujuk anak gadisnya yang mula sugul.
Tapi mungkin di mata Jay, Anis ni seorang hipokrit. Seorang penipu. Anis yang berjanji dengan dia, akan tunggu dia. Anis menangis di bahu Puan Ainon.
Sudahlahdia faham apa yang berlaku. Mak bukan nak mengatur hidup Anis tapi mak rasakan Imran tu baik orangnya.
Keluarganya pun baik. Mak tak pernah tengok keluarga kaya sebaik macam tu. Dan Anis kena ingat, jangan biarkan orang menuduh kita nakkan harta pula. Mak terima Imran kerana sikap dan peribadi Imran sendiri. Anis pernah hidup bersama Imran dulu. Mungkin Imran sudah mengaku kesalahannya. Cuma pesan mak, jangan diambil kisah sangat fitnah orang. Sekarang ni, Anis kena fikirkan Imran saja. Allah dah tetapkan jodoh Anis adalah Imran.
Anis tersentak. Kata-kata ibunya sebentar tadi sama seperti kata-kata Jay.
Tapi Anis hairanlah makJay macam tak cemburu dan tak kisah dengan semua ni. Nampak sangat yang Anis ni terhegeh-hegeh kat dia. Dulu Anis suka kat Imran tapi bila Anis mula sukakan Jay..Jay pula buat macam tu. Anis tak faham Anis pandang mata ibunya yang merenung sayu ke arah matanya. Mata mereka bertentang.
Itu maknanya jodoh. Walau beribu usaha pun kita cuba dekat dengan seseorang tu, kalau Allah dah kata dia tu bukan jodoh kita, bermakna dia bukan jodoh kita. Dan walau sejauh mana pun kita menghindari seseorang itu, kalau dia dah ditetapkan untuk jadi pasangan kita, dialah jodoh kita sebenarnya. Allah lebih tahu semua tu. Terimalah dengan redha. Puan Ainon senyum. Riak wajah Anis seperti keliru.
Entahlah mak. Dulu Anis nikah dengan Imran kerana kejadian tu. Kejadian yang menyebabkan kami rasa terpaksa bernikah tapi mak sebenarnya Anis hanya bertepuk sebelah tangan. Pernikahan kami dulu hambar. Tiada kasih sayang. Sementelah lagi, banyak fitnah dan halangan yang terpaksa Anis telan. Anis ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Imran. Pergi jauh ke negara orang. Setahun Anis dapat pujuk hati Anis untuk melupakan Imran dan terima Jay tapi sekarang ni semuanya sudah tunggang-langgang! Anis meluahkan perasaan hati.
Dah..dah. Lupakan semua tu. Puan Ainon menyeka air mata yang mengalir di pipi Anis. Tubuh kecil itu dipeluk erat. Dia sendiri keliru dengan apa yang telah terjadi tapi setelah keluarga Imran berterus terang dia mula faham.
IMRAN mundar-mandir seorang diri di bilik pejabat. Segala-galanya telah selesai. Kini yang tinggal hanyalah dirinya dan Anis yang masih berteka teki. Dia sendiri yang ingin memberitahu Anis apa yang sebenarnya terjadi. Biarlah Anis tahu dari mulutnya sendiri bukan dari mulut orang lain. Anis perlu tahu!
Tuan, ada tetamu!
Langkah Imran terhenti dengan suara interkom dari Safiah.
Siapa
En Fuad Dato Azman tuan!
Err..benarkan dia masuk!
Interkom ditutup. Imran segera duduk di kerusi semula. Wajah Fuad tersenyum sebaik pintu dikuak.
Hei! Fuad! Lama tak jumpa! Imran segera bangun dan mereka mula bersalaman. Sejak Fuad datang minta maaf padanya dulu, Fuad semakin berubah.
Begitulah..aku sibuk kebelakangan ni. Kau apa khabar Fuad mula duduk di kerusi tetamu.
Baik. Wah! Itu maknanya bisnes kau semakin maju la tu! Tahniah! Imran sengih. Cuba menyembunyikan rasa resah di hati.
Alhamdulillah. Semua itu berkat aku bersedekah. Selama ni aku tak hiraukan semua tu. Lepas balik umrah tahun lepas, aku rasa lain. Fuad berterus terang.
Imran terkedu. Fuad terlebih dulu menjejakkan kaki ke tanah suci. Fuad juga sudah berubah. Dan sememangnya jauh berubah. Tiada lagi Fuad yang kasanova. Tiada lagi Fuad yang selalu bangga dengan kejayaan.
Alhamdulillah. Aku bahagia lihat kau begini. Imran terus peluk Fuad.
Hey! Aku bukan bini kau nak peluk bagai! Fuad ketawa melihat gelagat Imran.
Imran masih ketawa.
Sebut fasal bini nikau ada apa ke Tiba-tiba saja muncul di pejabat aku ni Imran menyambung bicara.
Kau ni macam tahu-tahu je! Nah! Fuad menghulurkan sekeping kad.
Apa ni Kau nak kahwin ke Imran buka kad wangi berwarna merah hati.
Fuad mengangguk dengan senyuman lebar.
Tahniah sekali lagi! Tak sangka lelaki kasanova macam kau ni dah nak kahwin rupanya! Imran mengusik Fuad.
Maaf..aku bukan lagi seperti dulu. Aku nak jadi lelaki yang beriman dan beramal soleh. Err..mana Anis Fuad jenguk meja di luar bilik Imran. Gadis lain yang telah menghuni meja itu.
Eh, tadi kau kata dah berubah Ni tanya sekretari aku ni apasal pulak Imran gelak lagi.
Tanya pun tak boleh! Aku bukan apa. Aku rasa bersalah pada dia. Aku nak minta maaf sebab aku ada niat tak baik dulu. Kau pun tahu kan Fuad tunduk. Begitu rakus sikapnya ketika itu. Memang dulu dia pantang melihat perempuan cantik dan lawa.
Imran senyum lagi. Fuad nyata sudah banyak berubah. Dia mengucap syukur pada Allah. Benarlah. Allah boleh membolak-balikkan hati manusia. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.
FYI, Anis dah berhenti kerja setahun lebih dah. Dia sekarang dah ada perniagaan sendiri. Imran senyum lebar.
Fuad terkedu. Seketika kemudian dia tersenyum penuh makna.
Maafkan aku Im. Aku rasa sangat bersalah pada Anis, kau. Aku fitnah kau dengan Natasha. Aku pun tak sangka, macam mana aku boleh terpedaya dengan perempuan tu. Anyway, belum terlambat lagikan untuk aku ucap tahniah atas perkahwinan kau dengan Anis. Gadis cantik macam tu siapa yang tak nak. Kalau aku pun..aku nak! Fuad mula mengusik Imran.
Imran senyum. Ucapan tahniah dari Fuad nyata sudah basi baginya.
Bukan cantik yang menjadi ukuran. Ilmu yang ada padanya yang menjadikan aku terpikat. Imran teringat perkenalan tak sengaja dengan Anis.
Betul tu Im. Aku mengaku aku banyak buat dosa selama ni. Aku bersyukur bertemu dengan tunang aku. Dia begitu menjaga batas pergaulan dan aurat. Selama ni aku berkawan dengan perempuan, semuanya buat tidak kisah saja fasal semua tu. Im not just looking at physical but the way they act and wear. Bila aku berkawan dengan tunang aku, aku mula terfikir. Dialah gadis yang sesuai untuk aku. Jodoh kami ditentukan oleh keluarga. Rupanya ayah dia kenalan lama ayah aku. Masa di Mekah, ayah aku ingin jodohkan aku dengan anak gadis kenalan dia. Pada mulanya aku tak setuju. Yalah..siapa tak kenal Fuad, anak Dato Azman yang ramai perempuan keliling pinggang tiba-tiba terlibat dalam perkahwinan yang diatur keluarga. Ayah aku pujuk aku. Lepas balik umrah, aku buat solat istikharah. Tanpa disuruh, Fuad menceritakan kisah cintanya yang unik.
Macam mana kau jumpa tunang kau tu Imran khusyuk mendengar setiap cerita Fuad.
Lepas balik umrah, keluarga aku pergi bertandang ke rumahnya. Pertama kali aku tengok dia, aku rasa lain. Sebelum ni, aku tak ada rasa macam tu. Serius aku cakap, aku suka kat budak tu. Fuad senyum sendiri.
Alhamdulillah..aku tumpang bahagia.
By the way, kau dah ada anak Fuad menepuk bahu Imran.
Err..belum.. Imran sengih. Soalan yang susah untuknya menjawab.
Kau bila nak nikah Imran mengalih tajuk lain.
Mula tu aku rancang tahun depan tapi aku tak nak terjerumus lagi dalam maksiat. Aku nak halalkan hubungan ni. InsyaAllah..sebulan lagi! Fuad senyum lebar.
Alhamdulillah..aku doakan kau bahagia.Imran ketawa kecil. Terasa pelik dunia. Perancangan Allah yang begitu hebat.
Fuad dipandang sekilas. Jelas ada bahagia di wajah itu. Wajah yang sudah berubah. Bersih dan sentiasa tersenyum. Lama mereka berdua berbual. Perbualan yang diselang seli dengan ketawa.