Arissa Daniel - 58
BAB 58

ARISSA sandar di kepala katil. Di benaknya masih memikirkan kejadian di tasik semalam. Tak sangka dia bertemu Daniel dan Zarul di situ. Ternyata Daniel tidak pernah putus asa merayunya untuk meminta maaf dan melupakan kejadian itu.

Ah! Aku yang menanggung seksa tu. Arissa mengesat air mata. Kejadian itu masih jelas terbayang. Masih jelas kesemuanya. Satu persatu. Seolah satu tayangan filem di ruang matanya sekarang ini. Masih terasa geramnya bila diperlakukan begitu oleh Daniel.

Aku benci kau!! Bantal dilempar ke lantai.

Arissa menangis untuk ke sekian kalinya.

Arissa...kenapa ni Fatimah meluru masuk ke bilik Arissa yang sudah menyembam muka ke atas tilam. Bantal peluk sudah tergolek atas lantai.

Arissa menoleh. Dia mengesat air mata cepat-cepat.

Err..tak..tak ada apa.. Arissa mula senyum.

Arissa menangis Ni, kenapa bantal ada kat lantai Fatimah pegang pipi Arissa. Lama wajah anak gadisnya diperhatikan. Mata Arissa sudah merah.

Omma...kenapa Daniel nak sangat nikah dengan Arissa Arissa tak boleh terima omma! Arissa peluk ibunya.

Apa Arissa cakap ni Arissa kan dah jadi tunang Daniel. Dah! Tak elok macam ni. Arissa sudah ditakdirkan jadi isteri Daniel. Jodoh Arissa dengan Daniel. Jangan pertikaikan takdir Allah. Mengucap sayang! Fatimah menenangkan Arissa yang sudah teresak-esak di bahunya.

Omma..boleh tak Arissa bernikah selepas Arissa tamat pengajian nanti. Dua bulan lagi Arissa akan ke UK. Arissa tak nak lepaskan peluang ni omma. Arissa mengesat air mata. Dia mengharapkan sokongan dari ibunya sendiri.

Berapa lama pengajian tu

Dua atau tiga tahun..bergantung pada penyelidikan yang Arissa buat. Arissa mula reda.

Lama tu sayang...sanggup ke Daniel tunggu Arissa Omma risau kalau apa-apa jadi nanti.. Fatimah mengusap lembut rambut Arissa.

Kalau dia benar-benar cintakan Arissa dan nak Arissa jadi isteri dia, dia kena sanggup terima semua tu! Arissa muncung. Nyata ibunya masih memihak pada Daniel.

Daniel dah tahu

Arissa geleng.

Kenapa tak beritahu dia Dia tunang Arissa. Hish! Budak ni! Fatimah geleng. Geram dengan sikap Arissa yang buat acuh tak acuh pada Daniel.

Buat apa nak beritahu dia Dia bukan suami Arissa! Arissa mencebik.

Memanglah tapi dia bakal suami Arissa. Dia juga berhak tahu tentang ni. Fatimah turut geram dengan Arissa.

Tengoklah.. Arissa baring semula.

Fatimah geleng. Dia bingkas bangun dan menapak keluar dari bilik Arissa.

Arissa capai kalendar dari atas meja. Empat bulan lagi dia akan berangkat ke UK walaupun dia boleh mendaftar bila-bila masa. Apa jadi sekali pun, dia tetap ingin meneruskan pengajiannya di sana.

Hmm...Nelissa nak nikah dengan Sharif..tiga bulan lagi. Sempatlah aku tengok apa rancangan dia orang ni. Arissa meneliti tarikh di kalendar.

Matanya tertancap pada tarikh yang ditandakan dengan warna merah.

Menyampah! Kalendar diletak semula atas meja. Tarikh itulah yang menjadi detik hitam dalam kamus hidupnya dan tarikh itulah yang telah menjadi saksi mahkota dirinya direnggut tanpa kerelaan!

PAGI lagi, Arissa sudah menuju ke makmal. Projek yang diberi oleh Syed Faizal minggu lepas masih dalam proses try and error. Jadi banyak kerja yang perlu dilakukan sepanjang minggu itu.

Hmm..projek Closed File tu, macam pelik sikit. Tan Sri nak buat apa denagn bakteria tu semua Kan selama ini, makmal beli dari pembekal. Arissa masih berfikir.

Arissa, macam mana dengan perkembangan projek tu

Arissa mendongak. Entah bila Syed Faizal sudah tercongok di muka pintu biliknya.

Err..masih dalam proses. Kenapa

Tak ada...saya ni kena update Tan Sri seminggu sekali. Pening saya dibuatnya. Projek ni macam penting sangat pada Tan Sri.

Padahal, projek bioremediasi tu yang bawa untung pada syarikat. Syed Faizal sengih.

Oh..setakat hari ini, sudah sepuluh jenis bakteria yang saya telah kulturkan. Ada lagi beberapa jenis bakteria yang masih dalam kajian. Arissa pula rasa kasihan pada Syed Faizal yang terpaksa buat laporan setiap minggu.

Okey..

Arissa memandang Syed Faizal yang sudah berlalu pergi. Dia meneruskan kerjanya. Hari itu dia terpaksa balik lambat.

SUDAH dua minggu berlalu. Sepanjang dua minggu itulah Arissa berusaha keras menghabiskan projek yang diberi Tan Sri Johari.

Laporan bertulis tentang projek itu perlu disiapkan cepat. Nanti tidak pasal-pasal Syed Faizal yang kena marah dengan Tan Sri Johari kalau lambat memberi laporan.

Telefon berdering kuat. Arissa mengangkat gagang telefon. Suara Nelissa di hujung talian menangis teresak-esak. Dia berbual seketika.

Apa hal pula minah ni Hari tu dia dan Zarul dah elok berbincang. Alih-alih hari ni pula menangis bagai nak rak.. Gagang diletak semula. Lepas kerja nanti, dia kena jumpa Nelissa di sebuah restoran di Amcorp Mall.

ARISSA menapak perlahan ke restoran Sri Melaka yang terletak di tingkat satu pusat beli belah itu. Matanya melilau mencari kelibat Nelissa.

Manalah minah ni Kata nak jumpa kat sini. Arissa jenguk ke dalam ruang restoran. Hanya ada beberapa orang pelanggan sedang menikmati juadah makan malam di situ.

Arissa senyum. Nelissa dilihat sudah menapak ke arahnya dari luar pintu restoran.

Arissa, kau dah lama sampai Nelissa duduk di sebelah Arissa.

Arissa angguk. Nelissa sudah tidak bermaya. Pucat.

Kau kenapa ni

Arissa, aku dah buntu ni! Buntu sangat-sangat! Nelissa menekup muka.

Kenapa Ada masalah lagi ke Arissa berkerut kening melihat tingkah Nelissa yang sudah tidak terurus. Dulu, pantang keluar, mesti satu badan dihias. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Papa aku...dia nak aku nikah dengan Sharif tu, tengah bulan depan.Nelissa pegang tangan Arissa, erat.

Apa Arissa sudah tercengang.

Ya Arissa...apa aku nak buat ni Habislah rancangan aku nanti. Nelissa tunduk.

Kau rancang apa sebenarnya dengan Zarul Arissa masih bingung.

Aku dan Zarul nak nikah lari. Nelissa berterus terang.

Nikah lari Arissa menelan liur.

Nelissa angguk.

Bila

Seminggu sebelum tarikh aku nikah tapi itu tiga bulan lagi. Sekarang ni, papa aku dah tukar plan. Dia nak aku nikah cepat. Macam mana ni Arissa Nelissa semakin gelisah.

Aduh! Aku pun pening ni. Nanti aku fikir.. Arissa mengetuk-ngetuk meja dengan jari.

Ketuk meja bukan boleh keluar idea cik kak oi! Nelissa merengus.

Arissa sengih. Nantilah aku fikir. Habis tu masa ni juga kau nak suruh aku fikir.

Nelissa senyum seketika.

Ha! Aku ada idea! Arissa berbisik ke telinga Nelissa.

Hah Kau dah gila ke Ni bukan filem hindustan nak kena buat macam tu! Nelissa luku kepala Arissa. Ada ke suruh aku pergi ke pulau terpencil!

Habis tu Kalau kau lari di Semenanjung ni atau Sabah Sarawak ke, tentu papa kau boleh cari kau. Kalau kau lari ke pulau terpencil tu, susahlah sikit mereka nak cari. Arissa pertahankan cadangannya.

Banyaklah kau punya pulau! Aku serius ni beb.. Nelissa mula merayu Arissa lagi. Mengharap jalan penyelesaian dari kawannya itu.

Hmm..macam nilah. Apa kata kita berdua ke Korea sekali lagi. Aku pun tak nak nikah dengan Daniel tu. Arissa mencebik.

Hish! Kau ni! Lagi menyesakkan otak je la. Kes aku belum selesai, nak tambah lagi dengan kes kau Sekali lagi kepala Arissa jadi mangsa ketukan jari Nelissa.

Aku pun serius ni beb. Aku tak nak nikah dengan Daniel kau tahu tak Aku kalau boleh nak lari sejauh mungkin dari sini. Arissa mula serius.

Err..kau serius ke ni beb Nelissa juga mula perlahankan nada suaranya.

Tapi kenapa Aku tak fahamlah dengan kau ni Arissa. Kes kau dengan Tuah dulu pun masih menjadi tanda tanya pada aku. Kau ni berahsia sangat! Nelissa menopang dagu.

Eh, kita ni dah setengah jam bertekak kat sini, aku dah lapar ni. Alang-alang dah jumpa kat restoran ni, kita makan dululah. Arissa cepat-cepat menukar topik. Dia segera mengangkat tangan kepada seorang pelayan restoran.

Nelissa hanya menjeling Arissa. Nampak sangat minah ni nak mengelak dari beritahu aku. Tak apa...lambat laun aku akan tahu juga nanti.

Ni, macam mana Ulang Nelissa lagi.

Macam nilah..kau duduk diam-diam kat rumah tu. Buat macam biasa. Lepas makan ni, aku balik dan fikir. Malam nanti, aku akan beritahu kau. Boleh Arissa cuba tenangkan Nelissa.

Nelissa senyum. Arissa lega.

ARISSA lega kerana Nelissa sudahpun memberitahunya yang Zarul sudah pun menukar rancangan walaupun Nelissa tidak beritahu rancangan apa yang telah mereka setuju.

Hmm...rancangan apa pula ya Arissa masih berfikir.

Dia lihat kalendar. Dua minggu lagi dia akan bernikah dengan Daniel.

Semalam dia sudah beritahu ibu tentang penangguhan pernikahannya tapi ditolak mentah-mentah oleh ibu. Terpaksa Arissa tangguhkan pengajiannya ke UK. Ibu sekali lagi mengugut akan kembali ke Korea dan tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi.

Haih...kau menang Daniel...Arissa melepaskan keluhan panjang.

Kalendar dibelek lagi. Tiga minggu lagi, Nelissa akan bernikah dengan Sharif.

Apa agaknya perasaan Nely Arissa masih merenung kad jemputan warna emas yang terukir indah nama Nelissa dan Sharif yang sudah diterimanya dari Tan Sri Johari sendiri.

Menyampah aku tengok nama Sharif Dol ni! Kad jemputan itu dicampak semula atas meja.

Arissa capai pula novel dari atas meja di sudut kiri. Dia menyambung membaca di halaman yang telah bertanda.

Tuk! Tuk! Tuk!

Arissa bingkas bangun dan menapak ke arah pintu.

Oh..omma. Ada apa ommaArissa senyum.

Err...semua barang hantaran sudah siap Fatimah turut senyum sambil membawa segelas jus guava untuk Arissa.

Entah.. Arissa jongket bahu. Dia melangkah semula ke katil.

Hish! Budak ni. Tak sampai dua minggu lagi nak nikah tau! Arissa kenalah serius sikit. Omma tak nak benda ni tak jadi pulak..

Fatimah geleng. Geram dengan sikap Arissa yang buat sambil lewa saja.

Baguslah kalau tak jadi. Arissa duduk di kerusi. Jus guava yang dihulur ibu tadi diteguk seketika.

Ish! Budak ni! Makin dekat nak nikah, makin mengada pula. Dah bincang dengan Daniel nak tinggal di mana nanti Bulan madu kata mana

Tersembur jus guava yang diteguk Arissa. Dia cepat-cepat ambil tisu dan lap bibirnya yang sudah comot.

Apa omma Bulan madu Arissa sapu mulutnya lagi yang ada sisa jus tadi.

Ya la. Takkan nak duduk saja kat rumah. Omma nak anak omma ni gembira. Hidup bahagia. Daniel tu cintakan Arissa. Tentu dia akan bawa Arissa ke mana saja Arissa nak pergi. Daniel mampu apa!

Arissa mencebik sekali lagi. Bulan madu apa ke bendanya! Dia dah ragut madu aku! Nak madu apa lagi!

Dah! Sekarang ni pergi siapkan mana yang patut. Tentang kenduri tu omma dah ajak jiran-jiran untuk tolong omma buat semua tu.

Pergi siapkan barang hantaran tu. Fatimah ambil gelas jus dari tangan Arissa yang sudah habis diminum. Arissa disuruh menyiapkan gubahan hantaran.

Err..omma, siapa yang nak jadi wali Arissa nanti Arissa mula teringat yang ayahnya sudah meninggal.

Kita guna wali hakim saja. Fatimah pandang Arissa kemudian dia tunduk semula. Tak sanggup pandang wajah anak gadisnya.

Bimbang soalan lain pula akan ditanya.

Wali hakim Takkan arwah ayah tak ada saudara mara Arissa mendekati ibunya semula. Tak jadi masuk ke bilik.

Fatimah sudah gelisah. Ternyata Arissa sudah mula bertanya itu ini.

Arwah ayah memang tak ada saudara mara. Dia juga anak tunggal macam omma. Fatimah masih tunduk. Dia sibuk menyusun gubahan yang diambil dari tepi dinding dekat dengan meja solek.

Tapi...takkanlah... Arissa berkerut kening.

Err....abang Zaki boleh ke omma Arissa teringat Zaki yang menjadi anak susuan omma.

Fatimah senyum. Hampir terlupa yang dia ada anak susuan. Dia mula mengukir senyum.

Haah eik....lupa pula omma. Abang Zaki boleh jadi wali Arissa. Omma dah tanya Ustaz Hakimi minggu lepas. Dia kata, abang Zaki adalah saudara susuan Arissa, sebab omma telah menyusukan dia sebanyak lima kali kenyang masa dia berumur lima bulan lagi. Jadi hubungan Arissa dengan Zaki sudah seperti adik beradik kandung. Zaki haram bernikah dan Zaki boleh jadi wali kepada Arissa.

Seorang itu diharamkan berkahwin dengan ibu susu dan saudara perempuan susuan.

Oh...jadi abang Zaki boleh jadi wali Arissa Arissa sudah senyum lebar.

Fatimah angguk.

Arissa segera peluk ibunya.

Ni dah gembira semacam ni, dah tak sabar nak nikah dah ke Usik Fatimah.

Omma ni! Arissa gembira bukan nak nikah dengan dia tapi Arissa gembira sebab ada abang Zaki. Itu saja. Arissa muncung. Dia segera masuk bilik.

Fatimah geleng. Dia senyum melihat gelagat Arissa. Sekejap suka, sekejap memberontak.

Omma, Arissa nak keluar sekejap boleh Arissa keluar dari bilik. Siap tudung di kepalanya.

Nak pergi mana

Arissa ingat nak beli majalah pengantin la omma. Tengok tu, entah apa-apa gubahan kita. Arissa tuding ke arah gubahan yang dibuatnya semalam.

Hmm..eloklah tu. Jangan balik lambat. Fatimah senyum. Hari ini Arissa berlainan sekali sikapnya. Macam tak sabar nak bernikah. Kalau dulu, dia buat acuh tak acuh je. Hari ini rajin pula nak sentuh benda-benda itu semua.

ARISSA melangkah laju ke pusat beli belah di One Utama. Dia lihat jam. Hampir sepuluh pagi. Sejak semalam lagi dia sudah ambil cuti.

Hmm..dah buka ni. Arissa senyum. Kebanyakan kedai buka pukul sepuluh pagi.

Dia menapak perlahan ke kedai buku. Banyak buku berkaitan dengan pengantin ada dijual di situ. Lama Arissa lepak di situ sambil membelek majalah. Teruja melihat bermacam gubahan dan gaya pakaian pengantin.

Haish...kenapa dengan aku ni Teruja pulak. Kan aku benci perogol tu. Arissa luku kepala sendiri. Terasa hidupnya sudah bertukar.

Ehem! Assalamualaikum!

Arissa berpaling. Erk! Dia ni lagi...macam tahu je aku kutuk dia tadi. Muncul entah dari mana!

Kau buat apa kat sini

Kenapa Awak pun buat apa kat sini Daniel senyum. Wajah Arissa ditatap penuh sayang. Geram nak cubit pipi kemerahan milik Arissa.

Arissa tidak sedikitpun mendongak.

Hmm...teruja nampak Daniel pandang majalah di tangan Arissa. Rias Pengantin.

Arissa cepat-cepat letak di rak semula. Dia beralih ke tempat rak buku lain.

Eh, kenapa kau ikut aku Arissa menoleh. Daniel mengekori ke mana saja dia pergi.

Kenapa, tak boleh

Arissa mencebik. Eh, mamat perogol ni! Dah biul agaknya! Banyak tanya kenapa pulak! Dia segera melangkah keluar dari kedai buku. Benci melihat wajah Daniel.

Arissa! Tunggu! Daniel mengejar Arissa. Tangan Arissa sempat disambar.

Kau nak apa Boleh tak jangan pegang aku Arissa jeling tangan Daniel yang sudah mencengkam tangannya.

Arissa...why are you so mean to me Daniel merenung wajah lembut Arissa. Arissa dilihat manis dengan blaus dan skirt labuh.

Served you right! Arissa cuba rentap tangannya dan mula melangkah.

Arissa!Kuat Daniel tarik tangan Arissa.

Arissa tergamam. Tubuhnya telah berada dalam dakapan Daniel.

Pang!!

Daniel gosok pipinya. Rasa pedih kena penampar Arissa tadi.

Maaf...saya gelojoh tadi. Daniel cepat-cepat minta maaf.

Dont you ever touch me again! Arissa tuding ke arah Daniel.

Daniel tunduk sambil menggosok pipinya yang terasa pedih. Ya Allah...apa aku telah buat tadi Daniel marahkan diri sendiri. Kali kedua dia terima pelempang dari Arissa!

Arissa...please, Im sorry. I didnt mean it. Daniel merayu.

I hate you! Arissa berlari meninggalkan Daniel di situ seorang diri.

Dari satu sudut, perlakuan Arissa dan Daniel tadi diperhatikan Sharif dari jauh.

Nampak sangat perempuan tu tak suka kau Daniel! Sharif ketawa panjang. Dia segera mengekori Arissa ke tempat letak kereta.

ARISSA mengesat air mata. Geram dengan tindakan Daniel tadi. Dia mula mencari kunci kereta. Teraba-raba mencari dalam beg tangan.

Hi Arissa!

Arissa menoleh ke belakang. Sharif

Err...kau...kau buat apa kat sini Arissa menelan liur. Dia tahu tentu Sharif ada niat tidak baik padanya. Dia pandang sekeliling. Tiada sesiapa.

Looking for you my dear.. Sharif semakin dekat dengan Arissa.

Stay where you are!! Arissa semakin rapat ke kereta. Sharif dilihat sudah semakin menghampirinya.

Hmm...what a gorgeous girl, lovely body..wangi... Sharif semakin dekat. Tangannya mula menyentuh pinggang Arissa.

Stop it! Arissa tepis tangan Sharif.

Sharif ketawa. Tangannya sekali lagi melekat pada pinggang Arissa.

Dont touch me or else.. Arissa tepis lagi tangan Sharif.

Or else what Sharif tarik rapat pinggang Arissa ke tubuhnya.

Arissa tergamam. Dia cuba melepaskan diri dari rangkulan Sharif. Sharif sudah gila!

Your lips..so lovely.. Sharif cuba mengucup bibir Arissa.

Duubb!!!

Terjelepok Sharif ke bawah. Darah mengalir keluar dari bibirnya.

Oh..kau rupanya.. Sharif ketawa. Dia bangun semula.

Kau memang sial Sharif! Daniel bercekak pinggang.

Sharif hanya senyum.

Arissa! Balik! Daniel mengarahkan Arissa segera beredar dari situ.

Arissa sudah pucat. Dia segera masuk ke dalam kereta dan mula meninggalkan kawasan tempat letak kereta. Dari cermin pandang belakang jelas dia melihat Sharif dan Daniel masih bertekak di situ.

Sharif meludah darah yang masih mengalir di bibirnya akibat tumbukan kuat dari Daniel tadi.

So, Arissa tu tunang kau Sharif senyum sinis.

Nothing to do with you! Daniel masih menahan marah. Tindakan Sharif tadi sudah melampau.

Sharif ketawa terbahak-bahak.

Aku tak percaya orang macam kau ni boleh bertunang! Kenapa Arissa Bukan ke ramai teman wanita kau yang lagi cantik dari Arissa di sekeliling kau Sharif pandang Daniel dengan riak sinis.

Mind your own business! Daniel makin geram.

Aku akan dapatkan Arissa by hook or by crook!

Over my dead body! Daniel segera meninggalkan kawasan letak kereta. Sharif dilihat masih di situ. Masih menggosok dagunya.

ARISSA lempar beg tangannya ke atas meja sofa. Dia meluru ke dalam bilik. Pintu dihempas kuat.

Arissa! Buka pintu ni sayang! Fatimah mula rasa tidak sedap hati. Sampai rumah saja, Arissa terus berkurung dalam bilik. Tadi bukan main lagi ceria.

Arissa! Buka pintu ni! Fatimah ketuk lagi daun pintu.

Arissa menapak perlahan ke arah pintu.

Ya omma.. Arissa sapu air mata. Dia kembali duduk di atas katil.

Kenapa ni Fatimah mengusap lembut bahu Arissa.

Tak ada apa... Arissa masih sebak.

Kalau tak ada apa-apa, kenapa tiba-tiba menangis macam ni Tadi ceria je omma tengok. Fatimah menutur lembut.

Omma.. Arissa peluk ibunya. Dia mula keliru dengan hati dan perasaannya. Tadi dia begitu benci pada Daniel atas apa yang Daniel telah lakukan tapi hatinya mula tak keruan bila Daniel begitu membelanya tadi dari tindakan jahat Sharif.

Beritahu omma sayang.. Fatimah masih pujuk Arissa yang sudah menangis tersedu-sedu di bahunya.

Omma...kenapa Arissa cintakan dia omma

Dengan siapa Daniel Usik Fatimah. Senyuman lebar meniti di bibir.

Arissa mengangguk lemah.

Alhamdulillah... Fatimah peluk erat tubuh anak gadisnya.

Tapi... Arissa melepaskan perlahan pelukan ibunya.

Tapi apa

Arissa masih tak boleh terima Daniel. Arissa masih fobia omma. Omma faham bukan Arissa mengharap pengertian dari ibunya.

Maksud Arissa...Arissa tak boleh jadi isteri Daniel sepenuhnya Fatimah berkerut kening.

Arissa mengangguk.

Sabarlah sayang...berdoa banyak-banyak pada Allah. Moga Allah beri kekuatan pada Arissa nanti. Beri peluang kepada Daniel untuk menebus dosanya dulu.. Fatimah pujuk Arissa.

Arissa hanya diam. Dua minggu lagi dia akan menjadi isteri Daniel yang sah. Ya Allah...kuatkan hati aku..