MY SWEET ARISSA - 58
LEGA sangat-sangat.

Untuk dua minggu itu dia boleh menyewa chalet dengan harga yang agak berpatutan. Berhadapan dengan pantai pula tu. Lagilah dia suka. Tuan punya chalet itu adalah senior Badrul semasa di sekolah menegah di Pendang dahulu. Orangnya berbadan tegap dan masih bujang.

Terima kasih Bad, ucapnya sebaik Badrul meletak beg pakaian di dalam chalet yang seluas sebuah bilik bujang. Lebih kurang sebesar biliknya di Pangsapuri Sri Embun.

Aku rasa Walid kalau tahu, mesti nak sewa chalet ni. Aku dah beritahu Abang Ali siap-siap tadi. Badrul sengih sebaik melangkah keluar.

Arissa sengih. Dia pula melangkah masuk ke dalam chalet yang punya sebuah katil kelamin dan sebuah almari baju dua pintu. Bilik mandinya pun agak selesa.

Walid tu mana boleh jauh dari menantu dia, seloroh Badrul lalu ketawa.

Eh, aku masuk dulu. Nak tidur. Penat. Esok jangan lupa ambik aku. Cadangnya, nak mandi, bersolat dan tidur. Petang nanti nak susur pantai sambil melihat matahari terbenam.

Yalah! keras suara Badrul.

Kalau sewa motosikal... sehari berapa ya Tidak jadi Arissa hendak menutup pintu.

Entah. Kau tanya sendiri dengan Abang Ali. Kat depan tu dia ada sewa motosikal, kereta, lori bagai. Badrul sudah pun menuruni anak tangga yang dua buah dari anjung chalet yang sedikit sempit.

Arissa sengih. Ya. Terima kasih.

Badrul mengangkat tangannya setelah melangkah beberapa tapak meninggalkan Arissa.

Arissa menutup pintu dan menguncinya. Lama matanya mengitari suasana chalet yang tidaklah sebesar mana tetapi selesa jugalah untuk dia berteduh sementara waktu.

Dah pukul 2.15. Sebaik melihat jam di pergelangan tangan.

Telefon bimbit di dalam beg tangan dicapainya.

Astaghfirullahalazim... banyaknya miss called Encik Hakimi ni. Terkejut dia melihat panggilan tidak berjawab dari Hakimi. Perlukah dia membalas panggilan itu. Dia tak perlukan aku.

Hakimi:

Sayang, kita kena berbincang.

Itulah mesej mula-mula yang dibuka daripada Hakimi.

Nak bincang pasal apa lagi. Aku dah keluar dari rumahmu, Encik Hakimi. Arissa menarik nafasnya dalam-dalam.

Nampaknya hanya kita berdua sekarang baby. Baby dan mama.

Diusap perutnya beberapa kali. Tiba-tiba sahaja dadanya rasa sebak. Nafas ditarik dalam-dalam agar dia dapat menenangkan dirinya. Insya-Allah, dia kuat. Sebelum ni pun dia hidup sendiri tanpa ada orang lain. Dan untuk kali kedua ni pun dia mesti kuat. Kuat untuk anak dalam perutnya.

Ditarik beg pakaian untuk mencari baju untuk dipakai selepas mandi. Memang dia kena mandi. Badan dah melengas semacam.

Usai solat, Arissa merangkak naik ke katil untuk melelapkan matanya. Cuba dikosongkan fikirannya agar dia dapat merehatkan minda dan tubuhnya. Ya, dia perlukan rehat untuk mereka berdua.

BETULLAH kata Badrul siang tadi. Lewat petang lelaki itu dan Encik Razali datang bersama beg pakaian mereka. Dah macam perlarian pula mereka berdua. Dia rasa nak tergelak pun ada. Tidaklah dia berasa takut sangat sendirian di situ walaupun ramai yang menginap di Chalet Abang Ali.

Mereka berdua dapat chalet betul-betul bersebelahan dengan chaletnya sahaja. Kira okeylah tu. Apa yang dia suka dengan chalet kepunyaan Abang Ali ni, makanan boleh dipesan dan dihantar ke bilik. Kafe 24 jam, dan Nasi Goreng Thainya memang sedap. Tukang masaknya orang Siam yang sudah lama menetap di Pulau Mahsuri itu.

Kau tak ada, semua Walid bedal tau tak! Beritahu Badrul lalu menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulutnya. Makan malam mereka di Kafe Abang Ali sahaja. Malas nak jalan jauh-jauh.

Encik Razali ketawa kuat.

Ni yang saya risau. Kau pun tak tolong-tolong tengokkan makanan yang Walid makankan

Arissa memandang Encik Razali. Tengok lelaki itu ceria bila berada di situ tidak seperti di rumah Hakimi. Sebenarnya lelaki itu perlukan suasana yang tenang.

Walid okey je. Encik Razali meneguk air suam yang dipesan oleh Arissa tadi.

Balik ni kena tengok berapa kolestrol Walid. Arissa membuat cadangan.

Walid lupa... ada appointment dengan doktor lusa. Encik Razali memandang Arissa seperti bertanya.

Ris dah call semalam, minta dia orang buat appointment lain. Arissa meletak sudu dan garpunya. Rasa tak larat hendak menghabiskan mi goreng basah yang dipesannya tadi. Sedap memang sedap tetapi terasa perutnya sedikit sebu. Mungkin kenyang makan Nasi Goreng Thai petang tadi.

Terima kasih. Kena buat lepas kita balik ke Penang ni. Encik Razali mengangguk sambil menyudu nasi goreng seperti Badrul ke dalam mulutnya. Arissa mengangguk.

Umi macam mana

Arissa mengangkat mukanya memandang Encik Razali. Dia tidak pasti sama ada soalan bertanya khabar atau lelaki tu sudah tahu tentang kisah di sana.

Alhamdulillah, sihat. Perlahan dia menjawab.

Walid tak ada dia tak meroyan ke

Arissa sengih mendengar soalan lelaki itu. Dia tahu Encik Razali sayang dengan isterinya tetapi wanita itu langsung tidak mempedulikan suaminya.

Kasihan bapa mentuanya.

Tak. Apa lagi yang patut dijawabnya.

Apalah nasib Walid ni, keluh Encik Razali dengan senyuman sambil menghadap hidangan makan malamnya.

Kahwin lain je Walid!

Hisy! Seponta Arissa menyepak kaki Badrul di bawah meja.

Encik Razali ketawa kuat.

Tengok ada orang tak bagi Walid kahwin lain. Sayang sungguh dia dengan Umi. Lebar senyum Encik Razali.

Takut bila Walid kahwin lain, timbul pula masalah lain. Walid tu sakit jantung! Arissa mengingatkan lelaki itu. Encik Razali bukan kuat sangat.

Encik Razali mengangguk menyetujui apa yang dikatakan oleh Arissa. Memang dia tidak berhasrat untuk berkahwin lagi walaupun sikap Puan Hanim dari dulu sentiasa tidak menentu. Serasanya dia perlu memberitahu perkara itu kepada Arissa.

Selesai makan, Badrul meminta diri untuk menyertai Abang Ali dan beberapa orang teman lelaki melepak di pondok tidak jauh dari kafe itu.

Walid ada perkara nak beritahu Arissa. Lama sangat Walid simpan. Rasa tak tenteram pula hati Walid ni.

Dia memandang menantunya yang duduk di hadapannya. Kemudian memandang sekitar kafe yang masih sibuk dan riuh dengan pelayan menjerit menyebut pesanan yang diambil dan diselang seli dengan gelak tawa penghuni yang menjamu selera di Kafe Abang Ali.

Apa dia Walid Berdebar-debar Arissa bertanya. Sebelum tu... Kimi ada call Arissa.

Arissa senyap. Kenapalah dia bertanya tentang

Hakimi. Ada.

Dia cakap apa

Dia call tapi Ris tak jawab. Haa... senang jawab begitu!

Bergaduh ke ni Bulat mata lelaki itu merenung menantunya.

Lebih kurang.

Encik Razali ketawa.

Nampaknya lelaki itu tidak tahu perkara sebenar. Elok juga. Karang panjang pula Encik Razali berleter, keluh Arissa.

Apa yang Walid nak cakap Cuba diubah topik perbualan mereka.

Sebelum tu... Walid dan Umi nak minta maaf banyak-banyak dari Arissa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Kenapa ni Walid Semakin tidak senang hatinya mendengar permohonan maaf lelaki itu.

Walid dan Umi dah banyak berdosa dengan Arissa. Walid minta maaf banyak-banyak dari Arissa. Dadanya pula rasa berdebar-debar dan mencucukcucuk tetapi tidaklah sakit sangat.

Jangan cakap macam tu Walid. Tak perlu nak minta maaf semua. Walid buat Ris berdebar-debar tau tak! Rasa jantungnya pula yang tidak ketahuan. Arissa menghela nafasnya agar dia dapat bertenang.

Encik Razali senyum. Tak tahu bagaimana hendak menyusun kata-kata yang sepatutnya. Semakin lama disimpan terasa semakin terbeban dadanya.

Walid panggil Arissa bila hampir 10 minit lelaki itu membisu.

Begini... terhenti ayat itu di situ. Payah sungguh untuknya menyudahkan apa yang hendak disampaikan.

Berdebar Arissa menunggu cerita dari bapa mentuanya.

Marini Abdul Hamid tu... adik Umi. Anak angkat Haji Abdul Hamid dan Hajah Saerah.

Haa! bulat mata Arissa memandang Encik

Razali. Be... betul ke ni Walid Encik Razali mengangguk.

Habis macam mana Ris dengan Hakimi Kami sepupu ke Boleh kahwin ke Arissa mula bimbang dengan apa yang baru didengari. Tak sangka yang mereka berkaitan dan punya talian persaudaraan.

Boleh. Lagipun kan ibu Arissa anak angkat tok dan wannya.

Arissa mengangguk faham. Nafas ditarik dalamdalam. Tidak tahu apa yang patut dikatakan ketika itu. Matanya melempar pandang ke arah laut. Hanya gigi pantai yang kelihatan dipandangan matanya.

Umi tahu ke Mata Arissa kembali menatap wajah Encik Razali.

Dia baru tahu

Tapi kenapa dia benci sangat pada Ris

Tiba-tiba dia merasa sedih. Kenapa Puan Hanim begitu membencinya. Apa salahnya

Begini... Encik Razali mula menyingkap kisah yang berlaku bertahun-tahun dahulu sebelum lahirnya Arissa mahupun Hakimi dan Hazami.

Tekun Arissa mendengar cerita dari Encik Razali. Terangguk-angguk kepalanya namun akhirnya air mata mula mengairi pipinya.