MY PRETTY BOY - 58
QAMRA AIN berjalan tergesa-gesa mendekati kaunter. Di situ, dilepaskan tumbukan beberapa kali. Azmeer dan Rudy Armani sudah beredar pergi ke wad ICU terlebih dahulu. Nasib baik Rudy Armani menggantikan tugasnya seketika membantu Azmeer sementara menunggu emosi reda.

Cemberut aje. Terlebih taichi ke tadi Tanya Yoonaniza. Masak benar dengan riak wajah sesiapa saja yang keluar dari bilik Tunku Raffzzul. Ada yang meroyan, ada juga yang meraung dan tak kurang juga yang entah apa-apa reaksi mimik muka.

I rasa Tuan Raff you tu ada SMD! Sindirnya dengan mimik muka yang bengang. Kata-kata spontan tadi membuatkan Yoonaniza tergelak kuat. Begitu juga dengan Qamra Ain. Sesiapa pun kalau tengah marah, macam-macam perkataan yang pelik-pelik keluar.

SMD Apa tu

Symptom Mereng Disorder.

Amboi, ayat tak menahan sungguh. Dengar dek Tuan Raff tak cukup tanah you nak lari nanti. You ignorekan aje, jangan ambil hati sangat. Tuan Raff memang pesen gitu. Ada masa ok. Tiba angin meroyan, habis semua orang kena taichi. Yang I heran sekarang ni, tak pernah Tuan Raff keluar dari bilik cari staff sampai ke kaunter.

Apa-apa ajelah, Yoona. I nak turun dulu. Kalau lelaki kekwat dalam bilik tu cari I, cakap tak tau aje. Sakit hati I tau, meluat! Pesan Qamra Ain dengan riak muka marah.

Geli hati dirasakan Yoonaniza. Kadangkala diperhati perangai doktor pelatih ini tak seperti seorang doktor. Seperti budak sekolah menengah yang protes kata-kata cikgu. Cute aje!

You ingat, Tuan Raff tak boleh kesan you kat mana Tu apa Yoonaniza memuncungkan sedikit tepat ke arah poket kot putih.

Pager Haish! You simpan ajelah pager ni menyusahkan hidup I. I gerak dulu, terus Qamra Ain menyeluk poket baju kurung dan diserah alat kelui ke tangan Yoonaniza.

Tanpa pager pun Tuan Raff boleh kesan you, Dr. Qamra! Yoonaniza tergelak sekali lagi.

Sejak hadir Qamra Ain membawa satu fenomena baru dalam jabatan mereka. Kelakar dan comel. Sudah bertahun-tahun dia berada di DMD, inilah pertama kali dia melihat Tunku Raffzul keluar dari bilik mencari seseorang hingga ke meja kaunter.

Jika tak, hanya interkom yang berdering tanpa henti mengerahnya mencari doktor yang dikehendaki menghadap Tunku Raffzul. Baru 2 hari, sudah berubah terus frekuensi suasana DMD.

Baru aje 2 hari Dr. Qamra di sini, takkan Tuan Raff tukar tune dari hardcore ke retro kut Yoonaniza memerhatikan langkah Qamra Ain yang sudah pun berlalu pergi menaiki lif dan dia menyambung semula kerja yang tergendala sebentar tadi.

K

AU ajelah yang buat, aku yunk tak sanggup! Rudy Armani menghulurkan mangkuk plastik ke tangan Azmeer. Terasa kembang tekak bila mereka perlu membuat ujian kahak untuk mengesan kehadiran kuman.

Kau inikan, baik jangan jadi doktor! Itu pun nak geli, rungut Azmeer sambil merampas kuat mangkuk plastik dari tangan Rudy Armani.

Dalam diam dia juga seperti doktor itu, rasa loya untuk meminta Salina meludahkan kahak ke dalam mangkuk untuk ujian pneumonia sekaligus menentukan sama ada diagnosis Tunku Raffzul betul atau sebaliknya.

Banyak bunyi pula kau ni! Buat ajelah! Rungut Rudy Armani.

Qamra Ain tiba di wad ICU. Butang pintu automatik ditekan serentak pintu kaca itu terbuka dengan luas. Dia melangkah masuk dan pandangan terus tertancap ke arah Salina di atas katil. Ada sesuatu yang berlaku. Azmeer dan Rudy Armani pula memandang ke arah pula.

Qamra, boleh tak you

I nampak sesuatu

You ni dari tadi I nampak sesuatu, I nampak sesuatu. Apa lagi yang you nampak

Salina serentak mereka menoleh ke belakang.

Masing-masing mulai cuak. Qamra Ain bergegas merapati Salina dan pantas menarik selimut yang menyelimut pesakit. Anak mata mereka terbeliak.

Kulitnya melepuh dan berair!

Parah ni! Kita kena paging Tuan Raff sekarang!

T

UNKU RAFFZUL berserta dengan pasukan DMD berdiri sebaris memandang ke arah Salina di dalam wad ICU. Kelihatan gadis malang itu ditemani oleh seorang lelaki muda, mungkin teman lelakinya.

Saya rasa kemungkinan simptom gangguan autoimun kulit tapi ujian antibodi antinuclear (ANA) keputusannya adalah negatif. Qamra Ain memberi pendapat. Dia pernah mendengar Prof. Fattah berhujah tentang gangguan autoimun di mana kegagalan fungsi sistem ketahanan badan yang membuat badan menyerang jaringan kulit. Pesakit akan menghadapi masalah kulit melepuh yang kelilingi oleh area yang bengkak dan merah terbentuk pada kulit.

Azmeer, focus for the lung.

Tuan Raff, Kalau kita fokus terus pada peparu, takkan kita nak abaikan tentang kulit Salina yang 60% melepuh Kita perlu rawat kulit terlebih dulu dari terus biarkan menjadi lebih teruk. Kita semua sedia tau yang Salina negatif dari pneumonia, sangkal Qamra Ain yang sememangnya tak puas hati dengan cara Tunku Raffzul menolak ke tepi terus diagnosisnya.

Dia yakin yang Salina bebas dari radang paru-paru sedangkan si egois itu tak habis-habis mempertahankan fakta diagnosisnya.

Betul kata Dr. Qamra, Raff. Dari awal lagi kita tau ianya bukan pneumonia. Atau pun boleh jadi ketumbuhan dari hati yang merebak ke peparu, Rudy Armani pula mencelah.

Penat sudah mereka buat pelbagai ujian untuk mengesahkan tentang radang paru-paru namun keputusan masih negatif. Seboleh-boleh Tunku Raffzul katakan yang Salina mengidapi radang paru-paru sedangkan terang-terangan rekod perubatan pesakit itu negatif untuk penyakit itu.

Buat ujian ultrabunyi pada hati. Jika positif, mulakan biopsi, arah Tunku Raffzul. Tiada seorang pun yang menyahut. Dia menoleh ke kanan dan terlihat pada ketiga-tiga mereka sedang berbincang sesama sendiri.

Raff, we cant just ignore the skin. Kulit Salina dalam situasi parah. Simptom tahap bahaya. Azmeer cuba memberi penjelasan yang lebih terperinci supaya Tunku Raffzul faham.

Dia berpendapat dan yakin benar yang Salina mengalami autoimun kulit tahap kritikal. Kalau dilewatkan rawatan, sudah pasti kulit menjadi lebih teruk. Tak ubah seperti kulit yang hangus terbakar, menggelembung dan berair.

Tuan Raff, boleh saya katakan sesuatu Ada diagnosis yang kita terlepas pandang. Kita tak kaji dulu tentang sejarah perubatan Salina sebelum ni. Sebagai contoh, kulitnya. Faktor genetik, mungkin. Apa yang saya nampak, Salina alah pada antibiotik. Sebab itu kulitnya jadi begitu, dengan tenang dan teratur Qamra Ain mengutarakan pendapatnya pada lelaki egois yang tercegat berdiri mengadap ke dalam wad ICU.

Jadi, kamu nak kata diagnosis saya salah lagi! Jerkah Tunku Raffzul serius. Kecut perut mereka berdua bila renungan tajam itu memerhati ke arah mereka.

Tak pada Qamra Ain. Sedikit pun tak terasa goyang lutut dengan renungan sebegitu. Dia tak mahu dianggap seorang doktor pelatih yang mudah kememeh dari lensa Tunku Raffzul. Dia tak kisah jika dalam tempoh setahun, prestasi kerjanya dinilai teruk oleh Tunku Raffzul. Dia akur asalkan tak silap teori diagnosis dalam memberi rawatan pada pesakit. Jauh di relung hati, tak putus berdoa agar dipercepatkan tempoh setahun berlalu dengan cepat supaya boleh berpindah posting ke jabatan lain.

Bukan disebabkan diagnosis Tuan Raff salah. Cuma, pendapat saya kita perlu teliti terlebih dulu sejarah perubatan sebelum kita lakukan ujian ke atas pesakit.

Tunku Raffzul terdiam. Tiada perkataan yang menerjah di fikiran untuk menyangkal pendapat bernas doktor yang baru 2 hari bersama pasukannya. Pendapat Qamra Ain memang betul. Kini, baru dia sedar di mana silapnya. Tergopoh-gapah sangat memberi arahan sekadar nak tunjuk pandai pada pasukan DMD.

Betul kata kamu, Qamra. Salina alah pada antibiotik sebab silap saya, akhirnya terpaksa mengaku kesilapan hinggakan Azmeer dan Rudy Armani turut tercengang mendengar. Sekian lama berkerjasama, baru hari ini ketua mereka mengaku tersilap diagnosis pesakit.

Aku mimpi ke apa ni, Meer YM Tunku Raffzul, si egois tahap Gaban tu mengaku tersilap diagnosis soal Rudy Armani sambil menampar pipi beberapa kali. Tak cukup dengan itu, ditampar pula pipi Azmeer sekaligus membuatkan lelaki itu rasa nak sepak kakinya.

Sakitlah, mengong! marah Azmeer sambil meraba pipi yang terasa perit.

Saya dah teliti jaringan kulit Salina, mungkin Toxic Epidermal Necrolysis (TEN).

Aku pun sependapat, Qamra. Celah Azmeer sambil bersandar di tepi dinding namun pandangan masih ke arah Salina yang tidur lena di atas katil.

Kulit gadis itu kelihatan semakin merah. Jelas kulitnya semakin banyak melepuh. Mereka perlu cari jalan penyelesaian sepantas yang boleh sebelum merebak ke anggota lain.

Azmeer, dapatkan sampel kulit Salina untuk sahkan TEN, laju Tunku Raffzul memberi arahan pada Azmeer dan kemudian melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga di situ.

Qamra Ain memerhatikan Tunku Raffzul berlalu pergi begitu saja. Rudy Armani pula sibuk berbincang sesuatu dengan Azmeer. Dia melirik jam di pergelangan tangan. Pukul 4.45 petang! Masa untuk balik! Dari tunggu di situ adalah lebih baik dia berkemas balik dan sudah pasti kedua-dua doktor tampan itu akan bergilir-gilir memantau Salina malam ini.

Q

AMRA AIN melangkah longlai menuju ke tingkat 2. Sampai di hadapan meja kaunter, dia berlabuh duduk sebentar di kerusi sebelah Yoonaniza. Lagi 10 minit waktu kerja tamat. Sementara menunggu, dilelap mata sebentar dengan berbantalkan lengan.

Penat nampak, Dr. Qamra tegur Yoonaniza yang baru keluar dari bilik Tun Tunku Harith sambil memegang beberapa fail rekod perubatan pesakit. Terus disusun menegak bersebelahan dengan monitor komputer. Tiada jawapan. Yoonaniza tersenyum sendiri. Nampak benar keletihan doktor ini oleh sebab seharian berkejaran melayan karenah Tunku Raffzul. Tidur ke

Kalau begini hari-hari mahu kurus keding I, Yoona. Jawab Qamra Ain tatkala mata masih lagi tertutup.

Yoonaniza yang baru hendak menaip sesuatu terhenti seketika dek kaget bila teguran sepintas lalu tadi dijawab.

Kus semangat! Ingatkan dia sungguh-sungguh tidur.

Lama ke dah you tidur

Dapatlah tidur sekelap, beritahu Qamra Ain sambil menggeliat membetulkan tulang temulang yang terasa sengal.

Kes VIP yang dikendalikan itu entah bila menemui titik penamat. Lepas satu ujian dibuat, timbul pula simptom lain pada waktu yang sama. Entah apa pula keputusan ujian TEN. Jika keputusan positif makna mereka perlu mencari solusi dengan kadar segera untuk merawat penyakit itu pula. Jika negatif, berdasdas kata pedas dari Tunku Raffzul sah-sah singgah ke telinga.

Pneumonia vs TEN

Serius, I tak pernah tengok doktor intern handle kes VIP. Kritikal kes pula tu.

Nak buat macam mana, Yoona. Kebetulan pula kes kritikal kena pada masa I lapor diri di THSC. Solusi yang ada, terima dengan hati yang terbuka.

I know you can do it, Dr. Qamra.

Haish, panggil I Qamra ajelah, Yoona. I tak nak you rasa tak selesa nanti. Di THSC, you seorang aje yang I kenal selain dari team DMD setakat 2 hari nilah. Harap kita boleh jadi BFF. Lagipun, umur kita tak jauh beza pun. Qamra Ain mengukir senyum.

Begitu juga dengan Yoonaniza. Masingmasing mencangkuk jari kelengkeng tanda terikat persahabatan. Terlorek senyuman di wajah mereka berdua.

Iyalah, Dr. Qamra opsss! Qamra. Ni gambar you masa umur berapa tahun ni Yoonaniza baru perasan sebingkai gambar yang terletak elok di tepi monitor.

7 tahun. Hanya gambar ni aje dalam kenangan dengan arwah Babah I. Gambar I dengan ibu, semuanya Babah I dah bakar. Nama ibu pun I tak ingat. Tak apakan kalau I letak kat sini.

I tak kisah, Qamra. You nak deretkan sepanjang kaunter pun takpa. seloroh Yoonaniza.

Okeylah. Waktu kerja I dah habis. I nak pergi punch out dulu. Qamra Ain bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari kaunter menuju terus ke tepi dinding sebelah pintu masuk yang menempatkan mesin perakam masa di situ.

Ketika dia hendak mengambil kad nama, ada tangan lain juga yang mahu mengambil kad nama di waktu yang serentak. Tangan mereka berlaga. Qamra Ain mengangkat muka. Ternyata Elmina juga sedang melihat ke arahnya dengan renungan yang tajam.

Muka kau lagi! Tepilah! Elmina menepis kasar tangan Qamra Ain lalu merentap kuat kad nama yang tersusun serta dimasukkan ke dalam mesin perakam masa.

Qamra Ain terdiam tanpa kata. Kalau dijawab diadunya nanti doktor pelatih tunjuk lagak, tak hormat doktor senior. Adalah lebih baik memilih untuk berdiam diri buat masa ini.

Sebab kau, aku terpaksa seminggu kerja shif malam! Aku tak fahamlah apa yang hebat sangat sampai MD rekrut kau! Kalau setakat kau rescue orang tua kat lobi, tak ada hebat mana pun! Entah-entah, kau sengaja atur rancangan bodoh supaya Tuan Harith nampak kau ni konon-konon keprihatinan! Oh

pleaselah! Useless idea!

Qamra Ain menarik nafas lalu dihela perlahanlahan. Dia juga tertanya-tanya seperti Elmina, mengapa dia menjadi pilihan untuk direkrut sedangkan dia gagal dalam temuduga minggu lepas. Tambahan pula, bila dapat tahu bahawa pemilik THSC ini adalah kerabat keturunan Tunku, jantungnya terus berdegup kencang bila teringat pada lelaki yang bertanggungjawab menghancurkan kehidupannya dulu.

Untuk apa dia memeram dendam terhadap mereka. Tunku Raffzul Tun Tunku Harith Mereka tiada kaitan dengan kisah laranya yang lepas. Oleh itu, tiada sebab untuk menaruh perasaan benci hanya kerana pangkal nama yang sama dengan Tunku Hardie.

You better watch out with every single word, Dr. Elle! You doktor senior, jangan sampai I lapor pada MD yang you menindas doktor intern, masak gulai you nanti! Marah Yoonaniza sekadar memberi amaran pada Elmina.

Berdesing telinganya mendengar sindiran dari mulut laser doktor berlagak diva itu. Bukan sekali dua, entah berapa ramai doktor yang baru rekrut dulu terpaksa makan hati bila bekerja satu pasukan dengan Elmina. Balik nak on time aje, tapi kualiti kerja cam haprak!

Elmina tarik muka. Dia merengus kasar sambil beredar pergi menuju ke lif. Sambil menunggu lif, masih lagi terdengar bebelan tanpa hentinya di situ.

Qamra you okey tak ni tegur Yoonaniza sambil menggoncang-goncang perlahan bahu Qamra Ain.

Serta-merta dia tersedar dari lamunan. Yoonaniza menyaksikan sendiri pertelingkahan antara Qamra Ain dan Elmina. Dia juga rasa meluat dengan perangai mengada-ngada Elmina. Biadab dan tak bertamadun. Patutlah Tunku Hussein tinggalkan dia!

You jangan layan diva perasan tu, Qamra. Dia memang berbulu kalau ada doktor intern dalam team DMD. Kononnya, takut you ambil alih title blue eyes dari Tuan Raff. Perasan sungguh! Macamlah Tuan Raff tu syok kat dia!

Biarlah dia, Yoona. Malas I nak sibuk. Eh... Yoona, malam ni you free tak Kita tengok wayang jom, ajak Qamra Ain sambil meletakkan kad kembali ke tempat penyusun kad nama.

Filem apa I ni bukan jenis kaki wayang. Kalau you ajak I makan aiskrim Baskin & Robbin, I ikut aje, jawabnya seraya mencapai kad yang tertulis namanya.

I pun tak ada idea. Okey, macam ni kita ke TGV dulu, tengok kalau ada filem menarik kita beli tiket. Kalau tak, kita window shopping ajelah. Biar I salin baju dulu, you tunggu kat lobi, beritahu Qamra Ain dan kemudian beredar pergi sambil menanggalkan kot putih. Usai tanggal, kot putih tadi disidai atas lengan.

Yoonaniza pula bergegas mengemas meja kerja yang berselerak dengan fail pesakit. Usai mengemas, dia menarik laci loker atas dan mengeluarkan tas tangan. Loker dikunci semula dan beg disandang atas bahu. Kemudian, dia melangkah pergi menuju ke arah lif.

Q

AMRA AIN tiba di bilik persalinan. Dia membuka pintu loker seluas yang mungkin.

Penyangkut baju diambil lalu disangkut kot putih dan diletak semula ke tempat asal. Dia berkalih muka ke arah cermin, membetulkan kemasan tudung agak tampak lebih elok. Maklumlah, kerjaya sebagai doktor di waktu bekerja tiada masa terluang untuk membelek wajah di cermin.

Dia menyeluk sesuatu di dalam beg. Bedak kompak dikeluarkan. Bedak disapu serata wajah. Qamra Ain tersenyum sendiri. Kata Tunku Hussein, dia tak perlu untuk menempek alat solek tebal kerana tersedia sudah keaslian kulit walaupun tanpa sebarang alat solek. Usai menempek, disimpan semula ke dalam beg dan dikeluarkan pula gincu jenama Silky Girl.

Dicalit gincu ke serata bibir atas dan bawah.

Usai berpuas hati dengan penampilan malam ini, Qamra Ain mencapai barang-barang yang perlu dibawa balik disumbat ke dalam beg. Dia menyandang beg di atas bahu. Pintu loker ditutup dan bersedia untuk keluar menemui Yoonaniza yang menanti di lobi.

Qamra Ain berjalan selaju yang boleh. Termengahmengah bila tiba di lobi. Baru perasan sudah setengah jam dia lewat, terlupa tadi hendak tinggal pesan pada Yoonaniza yang dia menunaikan solat Asar terlebih dulu. Taklah gadis itu menunggu lama. Dari kejauhan, dia ternampak Yoonaniza sedang menanti sambil bersandar di tepi dinding. Sesekali dia melirik ke arah jam di pergelangan tangan.

Maaf, I lambat sikit solat Asar tadi, lupa nak pesan kat you, jelas Qamra Ain sambil menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kelewatannya.

Yoonaniza terasa gelihati melihat gelagat Qamra Ain walhal bukan pun masalah yang besar sampai doktor muda ini terpaksa mohon maaf bagai.

Tak lama pun. I baru aje turun. Terserempak dengan si tampan Tuan Raff kat lif tadi. Tau ajelah nak kena dengar pesanan penaja dia berjam-jam. Takut I aje yang lewat tadi.

Tuan Raff Tampan Taklah tampan mana pun, sangkal Qamra Ain dengan mencebik bibir di hadapan Yoonaniza.

Tampan ok! Kalau you atur semua doktor lelaki dalam hospital ni, sure you buang undi untuk Tuan Raff. I rasakan Qamra, Tuan Raff suka kat youlah, usik Yoonaniza sambil ketawa kecil dan bila memandang ke wajah Qamra Ain serta-merta ledakan ketawanya padam.

Tuan Raff suka kat I Pleaselah, Yoona! Tak rela I jadi couple dengan si kekwat tu! Asyik kene taichi.

Tak kisahlah kekwat pun, janji dapat bercouplekan lelaki maskulin seperti Tuan Raff, kata Yoonaniza sambil berangan menjadi teman wanita pilihan Tunku Raffzul. Baru dia perasan yang tiada sebarang respon dari Qamra Ain.

You dengar tak, Qamra Penat I membebel sorang tau!

Qamra Ain tak menjawab. Sepasang anak matanya terus memandang ke hadapan tanpa berkelip.

Qamra, are you okay! You tengok apa Yoonaniza mengalih hala pandangan dari wajah Qamra Ain terus ke arah di mana hala pandangan gadis itu. Buntang terus matanya. Tergamam dengan apa yang dilihat bersama Qamra Ain di waktu ini.

Qamra, you tunggu apa lagi Jerit Yoonaniza di telinga Qamra Ain.

Kenapa ada aje episod sinetron kat lobi ni, Yoona Kenapa tak doktor lain Kenapa Kenapa Kenapa I asyik dipilih jadi guardian terjun

You better hurry up, Qamra. Biar I panggil team Resus. Pergi lekas!

Qamra Ain mengangguk dan terus berlari sepantas yang mungkin. Yoonaniza yang masih tak berganjak dari memerhatikan Qamra Ain yang jauh di tengah lobi.

Selepas itu, giliran dia pula berlari ke arah pintu masuk TED untuk memaklumkan pada pasukan ER Resus.

Aduhai kenapa masa macam nilah nak buat gimik, tak boleh tunggu esok pagi ke Lepas aku tengok wayang ke Potong sungguhlah! Ngomel Yoonaniza.