DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 58
Adik aku, Brader Otago yang baru balik dari menuntut ilmu farmasi di Otago bulan Disember dulu, sudah memulakan tugasan sebagai pegawai farmasi di Hospital Ipoh berkuatkuasa hari ini.

Sebagai pemegang biasiswa JPA dan penjawat jawatan kerajaan, Brader Otago sangat bersemangat tinggi hendak membalas budi baik pihak kerajaan yang sudi menghantar beliau belajar sampai ke Otago. Beliau berazam untuk berkhidmat kepada masyarakat dan kerajaan selama empat tahun dan kemudian berhenti kerja sebab dah kaya sangat makan gaji.

Pagi tadi dalam pukul 9.45 aku sms Brader Otago.

Woi, macam mana first day kerja Sibuk

Aku sedang merangka urusan berkenaan kontrak bila handphone berdering dalam poket kiri. Bukan. Poket kanan sebenarnya.

Aku baca sms balasan dari Brader Otago.

Awal lagilah. Tengah pekena teh ni.

Aku sangat marah pada jam handphone yang gemar menipu.

Errr...tapi kalau ikut jam matahari memang macam pukul 9.45 pagi!