ANEKDOT RABAK - 58
Cherry nak pergi Barbados. Dia teringin nak pergi negara-negara panas di Amerika Selatan yang akan buat kulit berpeluh-peluh melekit; Brazil, Cuba, Puerto Rico dan lain-lain negara area tu dia mahu pergi.

Aku mahu pergi Eropah, nak conteng dinding tandas di Liepzig, nak hirup udara dan lawat tempat-tempat di mana penulis, pemuzik, pembikin filem yang aku gila pernah jejakkan kaki.

Cherry nak buat macam-macam aktiviti ekstrim. Aku, hanya nak stroll down setiap lorong-lorong dalam kota, bermalasan, minum kopi pahit dan lihat manusia.

Aku dan Cherry--kami gembira punya rasa dan citarasa yang tak berapa nak sama. Maybe, hidup aku ditakdirkan untuk study tentang Cherry sampai tua, sampai rongak gigi--tak mengapa, sebab aku nampak, dari dalam matanya ada kilauan pancaran cahaya yang memancar-mancar cinta dan bahagia.