cuma mungkin hati dalamnya mengetahui apa yang sedang dia tengokkan.
Dia juga tak pernah kisah tujuan dia berjalan.
Dia cuma...
well,
berjalan.
Sampai bila ada orang yang ke-sah tentang ke mana dia berjalan, apa yang dia buat.
Dia keberatan.
Sebab dirinya tak pernah ambil tahu ke mana dia pergi Macam mana pula ada orang lain lebih kisah darinya
Jadi dia berjalan lagi keseorangan, dalam keadaan resah dan renyah.
Sebab ada yang lebih tahu ke mana dia pergi. Dia tahu akan menyakiti sesiapa sahaja yang mengambil tahu ke mana dia pergi. Dia tak mahu sakitkan sesiapa.
Akhirnya dia jerit
Berhenti! Biar aku berjalan sendiri! Jangan tunggu aku di setiap langkah dan perhentian!
Maka selepas itu tiada lagi sesiapa yang kisah tentangnya kecuali udara.
Ya.
Udara tak ada jasad bukan
Tapi wujudnya semua biasa. Dan mana tahu,
rupanya yang ke-sah itu tadi telah meng-udarakan dirinya, kerana dia f ikir,
Berjalanlah, kerana ketika kamu perlukan udara untuk bernafas, aku ada menghidupkan kekuatan kamu, tanpa kisah, kamu tak perlu hirau tentang aku, kerana aku cuma hadir ketika kamu perlukan. Dan itu sangat membahagiakan. itu, sudah cukup.
Jadilah dia udara, dan mereka berjalan bersama. Merasai dan memerhati kehadiran masing-masing tanpa sedar.