AYAH EDY PUNYA CERITA - 58
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, Tom Peters adalah seorang perunding perniagaan terkemuka di dunia dan sangat dihormati kerana pemikiran-pemikirannya yang luar biasa brilian.

Suatu ketika, dia pernah melakukan kajian, begini katanya: Saya selalu tertarik untuk mengetahui mengapa beberapa syarikat boleh menjadi yang terbaik dan unggul dalam persaingan perniagaan yang begitu keras, sementara lainnya malah gagal dan bankrap.

Katanya, ada satu penemuan menarik, ternyata dalam setiap syarikat yang unggul tersebut dia selalu menemukan ciri-ciri yang sama. Para pegawainya biasa-biasa sahaja, dengan jabatan dan gaji yang biasa-biasa pula, tetapi mereka melakukan hal-hal yang luar biasa untuk memberikan yang terbaik bagi syarikat dan pelanggannya.

Tom Peters melanjutkan, Selanjutnya, saya juga mendapati hal yang sama pada negara-negara yang unggul dalam persaingan, Jepun misalnya. Ketika saya di sana, saya mendapati banyak penduduk Jepun yang biasa-biasa sahaja, yang merupakan rakyat kecil biasa. Namun, mereka melakukan hal-hal yang luar biasa bagi bangsa dan negaranya.

Demikianlah petikan ucapan dari perunding perniagaan terkemuka dunia ini, penulis buku In Search of Excellence (Meraih Keunggulan).

Wahai para ibu bapa dan guru yang saya cintai di mana pun anda berada. Jika selama ini kita sering berasa kita hanya sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, serta dari keluarga yang biasa-biasa pula, marilah kita bersama-sama melakukan hal-hal yang luar biasa bagi bangsa dan negara kita. Juga bagi anak-anak kita tercinta, kerana ternyata kita tidak perlu menjadi orang hebat terlebih dahulu untuk melakukan hal-hal yang hebat.

Kenyataan yang sangat mencengangkan, ternyata negara yang hebat dibangunkan oleh penduduknya yang justeru biasa-biasa sahaja, tetapi mahu melakukan hal-hal luar biasa bagi bangsanya. Bukan oleh orang-orang yang berasa dirinya luar biasa, tetapi hanya boleh melakukan hal-hal yang sebenarnya biasa-biasa sahaja!

Mari kita mulai melakukan hal-hal yang luar biasa untuk mendidik anak-anak kita tercinta secara tepat, agar bangsa ini menjadi bangsa yang luar biasa!

Kalau bukan kita, siapa lagi Kalau bukan sekarang, bila lagi

Kita tidak perlu menjadi orang hebat terlebih dahulu untuk melakukan hal-hal yang hebat.