SENYUMAN terukir lebar di bibir Jai. Pertama kali bercuti setelah hampir setahun di UK. Kaca mata hitam dibuka perlahan. Sekitar KLIA masih seperti dulu. Penuh dengan manusia yang sibuk dengan hal masing-masing.
Jai!
Jai menoleh. Acik dah terpacak di celah-celah orang ramai yang bersesak-sesak di balai ketibaan. Acik melambai-lambai ke arahnya.
Acik..Acik..tak sabar la tu nak suruh aku pinang Seri! Jai menapak perlahan sambil mengendong beg sandang di bahu kiri. Kaca mata hitam dipakai semula.
Wah! Makin handsome kau ya! Acik senyum semakin lebar.
Handsome ke Patutlah selama ni aku rasa kurang je.. Jai senyum nakal.
Kau nak ke mana lepas ni Balik terus rumah kau ke..atau rumah aku Usik Acik.
Jai senyum. Tak sempat-sempat nak aku jumpa Seri.
Aku bukan gelojoh macam kau! Mestilah balik jumpa mak ayah aku dulu!Jai luku kepala Acik.
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Acik memecut laju ke arah lebuh raya Elite menuju ke Mutiara Damansara.
Tiba di perkarangan rumah Jai, mak dan ayah Jai sudah menunggu di laman.
Mak, ayah.. Jai cium tangan kedua orang tuanya.
Acik..marilah masuk dulu. Makcik ada masak sikit ni. Puan Aishah pelawa Acik yang dah tersenyum sebelah Jai.
Jomlah! Tak payah nak malu! Jai tarik tangan Acik ke dalam rumah.
HmmJai cuti berapa lama Encik Muzaffar betulkan duduk di meja makan. Lauk kegemarannya dah terhidang di atas meja.
Lama jugak ayah..tiga bulan. Tahun depan dah start sesi pengajian baru. Jai capai kerabu jantung pisang.
Sekejap je kan. Pejam celik..dah nak setahun Jai belajar. Puan Aishah senyum. Dia hulur pinggan nasi kepada Acik.
Haah mak. Tak terasa pun lama. Jai kunyah dengan penuh selera kerabu jantung pisang. Tinggal di UK tak sama dengan Malaysia walaupun ada makanan Malaysia kat sana, tetap tak sama dengan masakan mak!
Yalah makcik..mana taknya, buah hati kat sini. Kalau boleh nak habis cepat. Acik sengih.
Encik Muzaffar dan Puan Aishah turut senyum.
Jai cuit lengan Acik. Depan mak ayah aku kau usik aku!
Hmmayah tengok Seri tu pun dah semakin pulih. Banyak benda yang dia dah ingat. Encik Muzaffar jeling Acik.
Betul tu pakcik..hanya Jai je dia tak ingat lagi. Kesian kau Jai! Usik Acik lagi.
Pecah ketawa mereka sekeluarga.
Jai masih nakkan Seri Puan Aishah mencelah.
Jai menelan liur.
Acik dah sengih.
Mestilah nak makcik! Seri tu kan buah hati pengarang jantung! Macam kerabu jantung pisang ni! Kalau tak ada, tak boleh hidup! Acik dah sengih nakal.
Kau ni kan! Jai kuis kaki Acik.
Kalau Jai masih sayangkan Seri, ayah dan mak ingat nak masuk meminang. Hari tu kan Jai sendiri yang suruh. Jai dah yakin Encik Muzaffar senyum. Matanya melirik pada isterinya yang turut senyum lebar.
Mana yang baiklah mak..ayah.. Jai tunduk. Nasi dalam pinggan dihabiskan cepat. Kerabu jantung pisang yang masih banyak diratah penuh berselera.
Acik geleng. Suka sangat ratah kerabu tu! Esok-esok nikah dengan Seri, hari-hari kau melantak kerabu!
Kalau macam tu, makcik dan pakcik datanglah rumah saya hujung bulan ni. Nanti saya beritahu mama dan papa! Acik dah ceria.
Jai jeling Acik yang dah macam kera dapat bunga. Aku yang meminang dia yang teruja sakan!
Boleh jugak tu. Jai macam mana Puan Aishah dah teruja.
Hah Macam mana apa mak
Hish! Budak ni..kita dari tadi duk bincang pasal dia dan Seri, boleh berangan lagi! Macam mana kalau mak meminang hujung bulan ni Puan Aishah sengih.
Acik turut senyum. Ni mesti berangan pasal tengah akad nikah ni! Dah kemaruk nak nikah la ni.
Ohmana-manalah mak. Itu pun kalau Seri setuju. Entah-entah dia awal-awal lagi tolak. Jai buat muka merajuk.
Laa..hari tu bukan main suruh mak masuk meminang! Puan Aishah senyum. Ni dah mahu tapi malu!
Selesai menjamu selera, Acik minta diri pulang ke rumah.
Jangan lupa! Kau kena berusaha, biar Seri tu jatuh cinta dengan kau! Acik ingatkan Jai.
Jai hanya mengangguk. Of course!Kau jangan bimbanglah!
Acik memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Jai menuju ke Petaling Jaya.
ACIK bersiul kecil. Kunci kereta diputar-putar di hujung jari telunjuk. Dia melangkah ke ruang tamu.
Dari mana niPapa menoleh.
Rumah Jai pa! Acik henyak tubuh atas sofa sebelah Seri.
Rumah Jai Buat apa kat situ Mama letak dulang kopi dan sepinggan kuih lepat keledek atas meja kecil sofa.
Jai dah balik. Tadi Acik pergi jemput dia di airport. Alang-alang dah hantar ke rumah dia tadi, mak dia ajak makan tengah hari sekali. Acik senyum.
Oh ya ke Dah balik Mama dah teruja.
Haihorang di sebelah ni tak nak tanya ke Acik jeling Seri yang dari tadi diam membisu.
Tak penting.. Selamba Seri menjawab.
Penting ke tak pentingnak teruskan tak perjanjian tu Acik renung Seri.
Perjanjian Serentak mama dan papa bertanya.
Err..alah..perjanjian antara Acik dan Ucu je ma, pa.. Acik dah kantoi. Adoih! Mulut aku ni memang tak boleh zip!
Perjanjian apa Mama berkeras nak tahu.
Abang ni..sibuk nak Ucu nikah dengan Jai tu. Ucu tak suka pun kat dia. Jadi Ucu buatlah perjanjian.. Mulut Seri dah ditekup dengan tangan kanan Acik.
Perjanjian nak beri hadiah pada Ucu ni ma. Kalau Ucu jadi nikah dengan Jai, Acik nak hadiahkan tiket melancong..hehehe.. Acik sengih.
Seri pandang Acik tak berkelip. Biar betul abang aku ni Hmm..lagi bagus! Maknanya abang aku ni dah menangkan aku la! Belum apa-apa dah mengalah! Hahahaa!! Seri menahan ketawa.
Apa yang lucu sangat Acik ketuk kepala Seri dengan hujung jari.
Kalau macam tulepas je akad nikah, Ucu nak tuntut hadiah tu! Seri ketawa juga akhirnya.
Mama dan papa dah terpinga-pinga, tak tahu hujung pangkal.
Tak baik perjanjian ni. Ucu kena buat keputusan betul-betul. Bila dah jadi isteri nanti, wajib taat pada suami selagi suami tu taat pada Allah. Ingat tu! Papa jeling Seri. Main-main pulak budak ni!
Ucu faham pa. Seri jeling Acik. Kalau aku tak terima Jaitak dapatlah aku melancong! Aku mesti mengiakan saja apa kata papa.
Macam tulah anak pa. Tadi, ayah Jai ada call pa. Mereka nak datang hujung bulan ni. Papa senyum.
Hah Hujung bulan ni Seri menelan liur.
Yalah..Ucu pun dah nak masuk dua puluh enam tahun. Dah ada orang suka tu, terima jelah. Mama menyampuk.
Seri muncung. Parah macam ni! Bermakna, tak sampai dua minggu lagi aku akan bertunang dengan Jai.
Kali ni tak ada tunang tunang! Terus nikah! Papa hirup kopi panas. Nadanya tegas.
Sekali lagi Seri menelan liur. Alamak! Mampus aku! Tu la..terima sangat cabaran Acik!!
Tapi paJai tu masih belajar. Ucu tak nak ikut dia ke UK. Jadi, Ucu nak bertunang jugak! Lepas dia balik dari UK nanti, baru nikah! Muktamad! Seri dah nekad.
Datin Rubiha cuit lengan suaminya.
Baiklah. Janji lepas Jai habis belajar, Ucu kena nikah dengan Jai, by hook or by crook! Datuk Kamaruddin dah tegas.
Acik sengih. Papa aku ni..by hook or by crook bagai! Rasa kau Seri!
Aku kena cari Lisa ni. Aku kena tanya dia betul-betul. Buatnya Lisa tu memang makwe Jai, macam mana Nilah peluang aku nak lepaskan diri! Seri menggumam.
Ucu cakap apa tu Acik kunyah kuih lepat keledek.
Tak ada apa Seri sengih. Dia kembali ceria.
Kalau Ucu dah setuju, esok ma ingat nak pergi cari baju dan barang hantaran. Masa dah suntuk ni. Mama senyum lebar.
Seri tunduk. Ni yang leceh ni
Tak apa ma..Acik akan tolong ma. Acik teguk perlahan kopi panas.
Seri jeling Acik. Sibuk je!
JARI diketuk-ketuk perlahan atas meja cermin. Matanya meliar melihat sekitar kedai emas. Ramai pengunjung. Musim kahwin agaknya. Acik senyum, nak beli cincin pun bertekak bagai nak rak. Dia jeling sepasang anak muda yang sibuk memilih cincin.
Yang ni cantik tak
Acik menoleh. Jai dah tayang sebentuk cincin di jarinya.
Cantik! Padan ke dengan Seri Cincin bertukar tangan. Acik belek cincin bermata berlian sebiji di tengah.
Mahal ni!
Alahapa salahnya aku beli untuk Seri. Kau jugak yang suruh aku usaha habis-habisan! Jai melilau pula melihat cincin lain dalam almari cermin.
Hahaha! Kalau aku jadi Seri, aku nak yang lagi mahal! Biar kau terduduk, terselepuk kat situ! Acik kenyit mata.
Jai jeling Acik. Nasib baik kau tu lelaki!
Jai, kau rasa kau boleh buat Seri jatuh cinta kat kau semula ke Acik jeling Jai. Cincin dibelek lagi. Hmm..siapalah yang akan jadi isteri aku nanti Agaknya aku pun macam Jai..nak beli yang terbaik untuk bakal isteri. Haih..siapalah jodoh aku ni..
Hoi! Berangan! Jai sambar cincin di tangan Acik.
Alahaku pegang kejap je. Acik mencebik. Dia duduk atas kerusi pusing.
Sebelum aku bernikah, aku harap Seri buka semula hati dia untuk aku. Bukan kerana dia bekas tunang aku tapi kerana aku cintakan dia sepenuh hati aku. Aku sedar selama ni aku abaikan perasaan dia. Bila dah jadi macam ni, aku macam terjaga dari tidur lena. Jai pula tatap cincin bermata berlian tu dalam-dalam.
Acik senyum. Haihsempat lagi kawan aku ni meluahkan perasaan. Nak buat macam mana..dah kemaruk angau dengan Seri.
Baguslah kau dah terjaga. Tak ada la kau tidur je! Acik ketawa mengekek.
Jai jeling. Matanya dah juling. Tak pernah nak serius mamat ni. Dulu beria nak suruh aku tackle la, nasihat la. Dah tu, bila aku dah angau macam ni, perli aku pulak! Apa punya bakal abang ipar macam ni!
Dah! Tak payahlah kau tenung benda tu. Bayar cepat! Acik tolak bahu Jai menghala ke arah kaunter bayaran.
ACIK sandar malas di sofa. Dia jenguk ke ruang dapur. Tiada sesiapa. Mana semua orang pergi Surat khabar atas meja kecil sebelah sofa dicapai dan dibelek sekilas. Hmmtak habis-habis berita rusuhan. Sesama islam bergaduh, orang lain bertepuk tangan. Acik geleng. Berita yang terpapar di dada akhbar cukup untuk menilai manusia yang tiada lagi perikemanusiaan. Nyawa dah macam benda mainan.
Acik, sorang je ke
Acik mendongak. Surat khabar diturunkan sedikit. Mama dah tersenyum.
Ma dari mana Kosong je rumah! Acik letak surat khabar atas meja kecil semula.
Ma pergi shopping barang Ucu ni ha. Barang hantaran untuk majlis pertunangan nanti. Mama duduk sebelah Acik.
Ucu mana Acik jenguk ke laman.
Ada..masih kat kereta tu. Mama muncungkan mulut ke arah laman.
Pa
Pa jumpa kawan dia sekejap tadi. Nak menjemputlah tu. Yalah..kali ni kan jadi. Dulu asyik bertunang je..nikahnya tak jugak! Mama bersandar kepenatan.
Acik dari mana
Temankan Jai beli cincin. Acik sengih.
Dia tahu ke ukuran jari Ucu Mama berkerut kening.
Tahulah agaknya..alah kalau longgar pun, esok-esok muat jugak ma. Perempuan ni bila dah nikah, saiz badan cepat je besar. Macam kena pam! Acik ketawa mengekek.
Hish! Budak ni! Esok-esok dapat bini macam tu baru tahu! Mama cubit paha Acik.
Seri jeling Acik yang ketawa terbahak-bahak. Ni mesti tak ada kerja lain. Mengata aku la tu!
Dah angkut semua barang Mama menoleh.
Dah! Seri melangkah laju ke tingkat atas. Malas nak duduk lepak di ruang tamu. Acik dah sengih dari tadi. Aku dahlah bengang kena nikah dengan Jai! Tak apa..aku akan pastikan aku menang! Padan muka Acik kena belanja aku melancong!
Kenapa dengan Ucu tu ma Muka monyok semacam je! Acik pandang Seri yang dah menapak ke bilik.
Entahlah..dari tadi lagi dia asyik macam tu. Ma tanya nak beli barang apa buat hantaran. Dia jawab acuh tak acuh je. Haihmacam-macam.
Jangan pulak nanti lepas nikah esok-esok, dia buat macam tu kat laki dia. Mama turut bangun.
Ma jangan bimbang. Sekarang ni dia macam tu, esok bila ingatannya dah pulih sepenuhnya, ma tengoklah. Asyik berkepit je nanti dengan laki dia tu. Acik ketawa gelihati.
Haah..dulu bukan main gilakan Jai. Mama turut senyum sebelum melangkah ke tingkat atas.
Acik senyum. Surat khabar dicapai semula.