3 Syawal.
JAM menunjukkan pukul 10:30 pagi.
Usai mandi, Zack berjalan ke dapur mahu mencari makanan pengalas perut. Sudah terlepas waktu sarapan. Hari ini, terlewat bangun pagi kerana malam tadi, dia bergebang lama dengan Sham dan sepupu-sepupu yang lain. Entah pukul berapa mereka tertidur, tak seorang pun yang tahu. Sedar-sedar, azan Subuh berkumandang. Bangun sebentar untuk bersolat sebelum kembali menyambung dengkur hinggalah waktu menginjak ke pukul 10 pagi.
Meriah dapur rumahnya hari ini. Kelihatan ibu dan Amy bertungkus-lumus menyiapkan juadah hidangan. Dibantu oleh Aini dan Shida. Nak buat open house ke
Zack menghampiri meja makan. Tudung saji dibuka. Pantas merembat seketul ayam goreng.
Oi! Habislah nanti Tegur Amy.
Alasatu aje. Tak luak pun. Banyak lagi dalam tuBalas Zack.
Amy memutarkan biji mata lalu menyambung kerja.
Amylea Panggil Zack. Tak tahu kenapa. Sejak rahsia hati Amy diketahui, panggilan Kak sudah bertukar menjadi Amylea.
Amy memandang Zack tanpa suara. Membuat isyarat Apa dengan hanya mengangkat kening.
Kita nak buat open house keSoalan yang berlegar sejak tadi ditembak keluar.
Lebih kuranglahJawab Amy.
Bukan open house. Ada tetamu nak datang Puan Mariah yang sedang mengupas bawang, memberi penerangan.
OhZackteranguk-angguk.
Siapa Matanya dihala pada Amy. Selain mahukan jawapan, entah kenapa sejak beberapa hari ini, dia sukar untuk tidak memandang Amy. Sepertinya, ada sisi Amy yang berbeza yang tidak pernah terlihat sebelum ini terpamer lalu menarik minat.
Amy diam, mengemam bibir dan sembunyi senyum. Kelihatan malu-malu kucing.
Siapa makZack menyoal ibu pula. Rasa ingin tahu membuak.
LaZakry. Kamu tak tahu kePuan Mariah menjawab dengan soalan.
Zack geleng.
Kamu tak beritahu Zakry ke, Amylea Soalan terhambur pula pada Amy.
Sekali lagi, Amy mengemam bibir dan menyembunyikan senyum.
Keluarga Hanif nak datangAkhirnya, Puan Mariah memberi jawapan tepat.
Hanif Zack benar terkejut. Hanif mana
Hanif kawan kamu tulah. Hanif mana lagi Berapa ramai kawan kamu yang nama Hanif Puan Mariah pula yang menyoal.
Zack diam. Kawannya yang bernama Hanif cuma ada seorang. Terus dia memandang ke arah Amy. Kenapa family Anep nak datang
Nak merisik Amylah.Shida menjawab sambil ketawa.
Bukan merisiklah. Berkenalan ajeAmy menjawab dalam segan.
Lebih kuranglah tu.Shida menjawab, masih ketawa. Tak lama lagi, Mak Uda bakal terima menantulah, ek
InsyaAllah, mudah-mudahanJawab Puan Mariah.
Aini dan Shida sahut ketawa sambil giat mengusik Amy yang hanya tersenyum segan dari tadi.
Yang tidak ketawa, yang tidak senyum saat ini hanyalah Zack. Amy dipandang dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.
KELUARGA Hanif sudah bertamu di rumah sejak sejam setengah yang lalu. Meriah sungguh perjumpaan mereka. Walaupun baru pertama kali bersua, dua keluarga itu mudah menjalin mesra.
Sempat Zack mendengar perbualan itu. Keluarga Hanif menyatakan hasrat untuk menghantar tanda buat Amy secepat mungkin. Menurut ayah Hanif, Encik Lokman, pihaknya tidak mahu bertangguh lama. Perkara baik, haruslah di segerakan.
Hanif dan Zack berborak di meja bawah pokok rambutan. Hanif agak segan mahu mencampuri urusan orang-orang tua lalu dia melepak saja dengan Zack diluar rumah.
Sejak bila, kau dengan AmySoal Zack.
Hanif senyum.
Dah dua bulan kotJawab Hanif.
Zack angguk dan senyum sumbing. Sembunyi terasa hati kerana dia langsung tidak diberitahu tentang itu. Hanif serumah dengannya manakala Amy pula, mereka semakin rapat. Namun, sama ada Amy atau Hanif, seorang pun tidak membuka cerita. Tapi, perlukah dia terasa hati Kenapa mahu terasa hati Biarlah kalau mereka nak bercinta pun. Kan
Kau tak pernah cerita punZack menyambung kata.
Akutak tahu nak cakap macam mana dengan kau Balas Hanif, jujur. Benar, dia tidak tahu bagaimana mahu menguar-uarkan berita itu pada Zack. Takkanlah tiba-tiba nak cakap Zack, aku dah couple dengan Amy. Macam tak sesuai dengan situasi. Lagipun, itu adalah permintaan Amy sendiri untuk tidak memperbesarkan hal hubungan mereka.
Kau seriuslah ninak kahwin dengan Amy Zack menyoal lagi.
Hanif angguk. Sudah pasti dia serius. Sebab itu dia membawa keluarganya datang bertamu di sini. Agar dua keluarga dapat berbincang lebih lanjut.
Zackaku serius dengan Amy. Aku betul-betul sayangkan dia.Tutur Hanif, perlahan. Namun, nada suaranya benar-benar tegas.
Zack angguk sahaja.
Aku harap kau faham betul-betul apa yang aku cakap. Aku tak nak kehilangan Amy. Aku sayangkan dia sangat-sangat. Sambung Hanif.
Zack pandang Hanif, lama. Iya, dia faham. Yang dia tak faham, kenapa Hanif beriya-iya membuat penegasan Apa yang Hanif sembunyikan dari dia
Kau fahamkanHanif bersuara lagi, masih tidak mengalih pandang dari Zack. Benar-benar serius suaranya.
Kening Zack terangkat. Sedikit rasa jengkel timbul. Kau dah kenapa Kau takut aku rampas Amy dari kau Atau kau takut Amy masih sayangkan aku
Ya. Aku faham.Jawab Zack, mendatar. Yang dia tak faham adalah, perasannya sendiri. Sungguh dia tak tahu, kenapa dia berasa seperti ini
Rasa terkilan kerana Amy tidak pernah berterus-terang. Rasa dikhianati kerana di luar pengetahuannya, Amy dan Hanif menjalin hubungan. Apa masalah aku ni
Awak
Suara yang menegur membuatkan mereka tertoleh. Amy hadir dengan senyuman.
Jomlah masuk. MakanAjak Amy. Jom Zack.
Zack angguk. Mengalih pandang kepada Hanif.
Jomlah. Ajak Zack pula.
Bahu Hanif ditepuk dua kali. Walau apa yang dia rasa dan fikir saat ini, biarlah dia saja yang tahu. Hanif adalah tetamu. Malah, bakal saudaranya juga tak lama lagi. Sebagai tetamu, seharusnya Hanif diutamakan.
Hanif bangun. Amy menanti dengan senyuman. Kemudian, Hanif dan Amy berjalan saing masuk ke dalam rumah.
Keduanya nampak sepadan
Zack hembus nafas perlahan. Rasa kosong dan keseorangan.