Arissa Daniel - 59
BAB 59

USAI solat Zuhur, Arissa mula mengemas bilik. Dia capai kalendar di atas meja.

Hmm..dua minggu lagi aku akan jadi isteri dia. Selepas itu kehidupan aku akan berubah. Aku tak akan mudah menyerah kalah. Tidak semudah itu untuk aku lupakan kejadian pahit tu. Arissa berkata sendiri. Walaupun perasaannya sudah mula suka dan cinta pada Daniel, baginya itu hanya mainan perasaan. Dia perlu bertegas dengan perasaan sendiri.

Telefon bimbitnya berdering kuat.

Daniel Dia nak apa call aku

Arissa menjawab panggilan Daniel. Dia hanya mendengar. Tidak ada satupun yang masuk ke telinga. Telefon dijauhkan dari telinganya.

Ah...benci aku!

Talian telefon dimatikan. Arissa rebahkan diri di atas katil. Masih berfikir apa akan jadi esok.

Ah! Buat apa nak fikir benda tu semua. Aku dah nekad tak akan sewenangnya serah diri pada dia. Arissa bingkas bangun dan menyambung semula mengemas bilik.

Sibuk mengemas, matanya tertancap pada satu botol kecil kosong di atas meja solek. Lama botol kecil yang diambil dari makmal dulu diperhatikan. Sejak kejadian pahit pada malam itu, hatinya bagai disiat-siat dengan belati. Sakit hati pada Daniel sehingga terlintas di fikirannya untuk meracun lelaki itu dengan bakteria merbahaya. Sejak kejadian itu juga, dia bagaikan fobia dengan lelaki yang cuba melakukan perkara yang tidak baik.

Kalau aku ni tak kuat iman, dah lama aku bunuh kau Daniel!! Arissa mengetap bibir. Fikirannya mula kusut. Dendam dan benci pada Daniel masih melekat di hati. Jiwanya mula bercelaru. Antara benci dan cinta pada lelaki itu.

Ah! Hanya masa yang menentukan semuanya.

FIKIRAN Daniel sudah berserabut. Arissa tidak pernah ingin melayan panggilan telefonnya.

Ah! Gila aku macam ni!

Teringat pula kejadian di tempat letak kereta semalam. Kata-kata Sharif tidak boleh dipandang sepi. Dia tahu apa yang Sharif mampu lakukan.

Mundar mandir Daniel di bilik pejabat. Dia pandang kalendar. Sekali lagi Daniel bingkas bangun. Dia mundar mandir sekali lagi di bilik pejabat. Segala rancangannya untuk menjatuhkan Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa perlu dilakukan dengan hati-hati.

Dia jenguk jam di dinding. Sebentar lagi peguamnya akan tiba. Semalam dia sudah beritahu Mr. Mahendran tentang hal itu. Dia perlu berbincang dengan serius.

Tuk! Tuk! Tuk!

Come in!

Daniel senyum. Mr. Mahendran sudah menapak masuk ke bilik pejabatnya.

Hello Mr. Mahendran! How are you Daniel bangun dan mula berjabat tangan.

Sophie, please make two cup of coffee! Thanks! Daniel sempat interkom setiausaha baharunya untuk menyediakan minuman.

Please have a seat! Daniel senyum. Dia melabuhkan punggung di set sofa.

So, hows the progressCepat Daniel bertanya. Dia perlu tahu perkembangan terbaharu tentang kes itu.

Mr. Mahendran mula buka fail yang dibawa bersamanya tadi.

Well, we have enough evidence for this case. Im pretty sure that they cannot fight this case easily. Mr. Mahendran senyum.

Hmm..good but we must be careful. Daniel turut melihat dokumen yang dibawa peguamnya.

During trial, if possible, we can request for an ex parte. That way, we can save times. Mr. Mahendran belek lagi dokumen yang mengandungi semua bukti.

Ex Parte Daniel berkerut dahi. Peguamnya dipandang tak berkelip.

Oh..its actually our request as plaintif to the court for any trial without defendant attendance. Terang Mr. Mahendran. Senyum bila melihat Daniel sudah terkebil-kebil.

Boleh ke Daniel masih tidak mengerti.

Mr. Mahendran angguk.

And if we are not satisfied with the result, we can have a certiorari which is we can transfer the case from lower court to high court.

Daniel angguk-angguk lagi. Dia memang tidak berapa faham istilah undang-undang. Dulu dia ambil bidang kejuruteraan.

Okay good. Daniel senyum.

Sophie muncul dengan dua cawan kopi panas.

Oh, new PA Mr. Mahendran senyum.

Daniel turut senyum. Mr. Mahendran seperti berminat pada gadis keturunan India itu.

SEMENTARA itu, di bilik pejabat Tan Sri Johari, Datuk Mustafa dan Datuk Wong sedang asyik berbincang. Surat arahan mahkamah untuk perbicaraan yang akan didengar bulan depan itu menjadi topik utama.

Hmm..nampaknya mereka serius tentang ni. Kita kena lebih hati-hati. Tan Sri Johari sandar di sofa.

Datuk Mustafa hanya pandang Tan Sri Johari yang nyata sudah mula takut.

Tenang. Ini hanya permulaan. Mereka tak ada bukti kukuh. Tengok saja dokumen tu. Semua dokumen tu selamat dalam simpanan kau kan Datuk wong pula mencelah.

Ya, aku tahu tapi kena ingat, jangan sesekali perlekehkan kebolehan mereka. Mungkin mereka ada bukti kukuh sebab tu mereka kemukakan kes ini di mahkamah. Dont you two ever think about that Tan Sri Johari pandang kedua rakan bisnesnya yang masih keliru.

Hmm..mereka ada dokumen asal ke I mean...like surat perjanjian tu Datuk Mustafa masih keliru.

Impossible. All the documents are safe with me. Tan Sri Johari berkerut dahi. Segala dokumen disimpan rapi di dalam peti besi di bilik pejabatnya. Separuh lagi disimpan di bilik kebal di sebuah bank.

Telefon berdering kuat. Tan Sri Johari menapak ke arah meja.

Yes! Okay, give me ten minutes time.

Gagang diletak. Tan Sri Johari menapak semula ke set sofa.

Sorry, where are we just now Tan Sri Johari duduk semula.

I think, we just go for that trial. See what evidence they have. Kalau kes ni kes prima facie, so, kita terpaksa ikut prosedur. Datuk Wong turut menjelaskan apa yang dia tahu.

Well, I hope so. Kita sebagai pihak defendan, perlu cukup bukti untuk menentang pihak plaintif. If they dont have enough evidence, then we can have sine die for that. So, in that way, we can have enough time to find out whats plaintif up to. Sambung Datuk Wong.

Err..sorry, what do you mean by sine die Datuk Mustafa pula tidak faham. Jelas Datuk Wong menyebutnya tadi.

Oh..sine die. Itu maknanya menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleh menyabitkannya. Jelas Datuk Wong sambil tersenyum. Dia pun tahu dari anaknya yang baharu habis belajar dalam bidang undang-undang.

Hmm...sounds good. Tan Sri Johari senyum.

Well, I think thats it. As for now, we just see what happen. Lets our lawyer do their work. Tan Sri Johari menambah.

Datuk Wong mula minta diri.

Err..Datuk, I have something to discuss with you. Tan Sri Johari halang Datuk Mustafa dari keluar. Tadi Datuk Mustafa turut mengikut Datuk Wong.

Discuss We just finished right Datuk Mustafa berekerut kening.

This time...its about our children.

Datuk Mustafa duduk semula. Lama dia memerhati Tan Sri Johari yang sudah mula berubah riak.

Nelissa dan Sharif, kita kena cepatkan pernikahan mereka. What do you think Tan Sri Johari pandang Datuk Mustafa yang masih memikirkan sesuatu.

Datuk Mustafa mula senyum. Thats good! When

ASAP. Tan Sri Johari turut senyum.

Ill makesure that Nelissa akan jadi isteri Sharif.. Tan Sri Johari mengeluh. Teringat Nelissa beria membantah.

You better do. Datuk Mustafa bingkas bangun.

Of course! Tan Sri Johari turut bingkas bangun.

Tuk! Tuk! Tuk!

Yes

Pintu dikuak.

Tan Sri Johari senyum.

Come! Come! Dia tarik tangan lelaki yang memakai jaket hitam itu tadi dan duduk di sofa.

Datuk Mustafa turut melabuhkan punggung semula.

Hmm..siapa lelaki niDatuk Mustafa berkata sendiri. Mata tepat memandang lelaki berjaket hitam tadi.

Okey, apa yang you dapat Tan Sri Johari senyum.

Saya dah dapat maklumat mengenai lelaki tu. Semua maklumat ada dalam sampul ni. Sekeping sampul besar berwarna putih dihulur kepada Tan Sri Johari.

Hmm..good! Tan Sri Johari senyum lebar. Sampul itu dibuka. Semua maklumat dalam sampul itu dibaca sekilas.

Well, good job! Ini upahnya! Sekeping sampul berisi sejumlah wang dihulur kepada lelaki tadi.

Ada apa lagi Tan Sri

Saya akan beritahu nanti. Tan Sri Johari senyum. Lelaki itu mula menapak keluar dari bilik pejabat.

Siapa dia tu Datuk Mustafa pandang lelaki tadi sehingga lenyap dari pandangan.

He is my PI Tan Sri Johari masih menatap maklumat di tangannya.

PI Since when

Sejak saya tahu saya sudah dikhianati!

Datuk Mustafa pandang Tan Sri Johari tidak berkelip. Dia menelan liur. Riak Tan Sri Johari dilihat sudah serius.

Khianat Siapa

Tan Sri Johari tidak pandang Datuk Mustafa, matanya masih melekat pada maklumat yang diterima tadi.

Hmm..budak ni belum mati lagi. Liat sungguh! Tan Sri Johari mengetap bibir.

Siapa Datuk Mustafa semakin bingung.

Dia pernah datang merisik Nelissa dulu. Aku ingat dia dah lama mampus! Tan Sri Johari genggam kedua tangannya dengan kuat.

Datuk Mustafa diam. Nyata Tan Sri Johari sudah mula menyinga.

Tak serik lagi dia tu. Nevermind, dia ada adik perempuan. Aku akan guna adik dia nanti.

What do you mean Datuk Mustafa sudah keliru.

You know what I mean... Tan Sri Johari senyum.

Is she hot Datuk Mustafa turut senyum.

Dont worry my friend. Shes yours! Suara ketawa Tan Sri Johari semakin ketara. Dari dulu perangai Datuk Mustafa tidak pernah berubah. Tidak mustahil jika Sharif turut mewarisi perangai setan itu.

But... Muka Tan Sri Johari mula berkerut.

Why

Siapa DanielTan Sri Johari baca lagi maklumat di dalam sampul itu.

Kawan Sharif. Kenapa Datuk Mustafa turut berkerut kening.

Apa Suara Tan Sri Johari sudah tinggi.

Kenapa Datuk Mustafa capai maklumat dari tangan Tan Sri Johari. Satu persatu dia baca.

Oh no! Jadi selama ni..dia anak Datuk JB! Datuk Mustafa menelan liur. Dia baca lagi.

Apa kaitan dia dalam kes ni Pantas Datuk Mustafa melihat Tan Sri Johari yang sudah kebingungan.

Dont you get it Tan Sri Johari tenung Datuk Mustafa.

Apa

Kerana dendam, dia bawa kes ni ke mahkamah. Dont you get that Tan Sri Johari sudah menyinga.

Datuk Mustafa terdiam.

Tan Sri Johari tersandar di sofa.