MY SWEET ARISSA - 59
Udi pintu bilik wanita itu. Rasanya Puan mi! panggil Hakimi dengan ketukan kuat

Hanim belum tidur lagi memandangkan baru sahaja pukul 9.30 malam. Awal lagi.

Ya. Puan Hanim muncul di sebalik daun pintu.

Sekejap.

Hakimi kembali melangkah menuju ke tangga lalu turun menuju ke bilik Badrul yang terletak di bahagian belakang.

Apa halnya. Membebel Puan Hanim mengikut langkah Hakimi dari belakang.

Hakimi senyap. Dia mahu Puan Hanim menjelaskan kepadanya tentang apa yang dilihatnya melalui CCTV di tingkat atas biliknya. Memang dia ada memasang CCTV di situ dan apabila dia memutar kembali rakaman pada hari Dato Azizan, Dato Ilyas dan Naim datang untuk makan malam dia hampir terkejut.

Berderau darahnya melihat Naim dan isterinya bergelut. Begitu pun dia berasa amat bersyukur sekali isterinya selamat. Rasa nak tergelak pun ada bila Arissa sanggup menendang celah kangkang Naim dan menumbuk muka lelaki itu. Berani sungguh isterinya.

Ni... Hakimi memutar rakaman CCTV semalam.

Bulat mata Puan Hanim melihat rakaman itu. Ternganga mulutnya.

Saya tak nampak pun Arissa kat mana-mana. Umi kata dia kemas-kemas sendiri barang-barang dia. Yang saya nampak Umi dan Mak Cik je. Hakimi memandang Puan Hanim mahukan penjelasan tentang perkara itu.

Err... Dia terlupa tentang CCTV yang berada di luar bilik Hakimi biarpun dia pernah melihatnya suatu ketika dahulu.

Terkulat-kulat Puan Hanim menonton dirinya di skrin monitor itu.

Ini... Hakimi menunjuk pula aksi Puan Hanim mencampak beg Arissa ke pintu pagar. Kemudian reaksi Uminya seperti menghalau Arissa sambil menuding jari ke arah pintu pagar. Sedih sangat-sangat dia melihat situasi itu. Ia tidak ubah seperti menghalau anjing sahaja.

Berderau darah Puan Hanim melihat reaksinya yang boleh ditontonnya sendiri. Kini ia menjadi bukti sebenar disebalik kejadian yang berlaku semalam. Nafas ditarik dalam-dalam sebagai menenangkan hatinya yang sudah tidak tenang.

Kenapa Umi Apa salah Arissa Dia anak saudara Umi. Anak adik Umi. Tak boleh ke Umi cuba sayang dan sekurang-kurang tunjuk rasa belas pada dia Dia dah tak ada sesiapa. Kita nilah saudara dia, kata Hakimi separuh merayu.

Umi tak ada adik, faham tak! Tengking Puan Hanim lalu melangkah hendak keluar dari bilik Badrul.

Umi. Sempat Hakimi menyambar tangan Puan Hanim.

Apa lagi! tengking Puan Hanim sambil merentap tangannya dari pegangan Hakimi.

Kimi nak tunjuk apa yang Naim hampir buat pada Arissa. Dia masih memandang Puan Hanim. Ingin melihat apakah komen wanita itu selepas melihat rakaman aksi Arissa dan Naim.

Puan Hanim tidak jadi hendak melangkah dan memandang ke skrin monitor. Sedikit tergamam dia melihat drama yang berlaku antara Naim dan Arissa. Patutlah dia melihat ada kayu golf terpacak di dalam pasu di tingkat satu di bawah tangga menuju ke bilik Hakimi dan Arissa.

Jadi sekarang... Naim yang cuba merosakkan Arissa. Isteri saya melawan balik. Alhamdulillah, Allah sentiasa memelihara isteri saya. Saya kesal sebab tak dapat menjaga dia semasa difitnah. Itulah yang amat dikesali. Silapnya sendiri kerana mendengar dan menerima bulat-bulat kata-kata Puan Hanim sebelum melihat buktinya.

Gamam Puan Hanim dengan tutur Hakimi.

Jadi Kimi nak salahkan Umi Begitu! Terasa sungguh dia dengan sikap Hakimi.

Bukan begitu. Hakimi menyangkal tuduhan Puan Hanim.

Habis Itu yang Umi dengar dari Wafa. Itu jugalah yang Umi beritahu Kimi. Umi tak mahu Kimi kena tipu lagi, faham tak!

Kimi minta maaf. Tak tahu apa yang patut dikatakan lagi.

Puan Hanim berdengus kasar.

Masa ni Arissa baru mengandung. Hakimi memandang Puan Hanim.

Semakin tergamam wanita itu.

Umi akan dapat cucu tak lama lagi. Dia senyum.

Dada Puan Hanim sudah berombak menahan rasa yang tidak menentu. Lama dia memandang Hakimi.

Umi tak mahu cucu dari dia. Faham tak! Puan Hanim melangkah meninggalkan Hakimi di bilik Badrul.

Hakimi senyap dan tidak berganjak. Nafas dihela terasa ia seperti ada di hujung-hujung sahaja. Tak sangka wanita itu akan bereaksi begitu. Sangkaannya hati wanita itu akan sejuk dan menerima berita itu dengan gembira. Tetapi, sangkaannya meleset sekali. Ada rasa kecewa di hatinya. Nampaknya dia perlu terus berdoa dan berdoa agar hati Puan Hanim dapat menerima isterinya. Kasihan Arissa. Dia memandang telefon bimbitnya.

Assalammualaikum.

Waalaikumussalam Kimi. Kedengaran suara Wafa di sebelah sana.

Apa halnya

Dia ajak I jumpa dia pukul 10.30 malam esok. Tak apa ke

Wah, ini sudah bagus, desisi hati Hakimi dengan senyuman. Eloklah tu.

Tiba-tiba dia merasa ia seperti rancangan jahat pula memerangkap Naim dan Wafa. Boleh tak ia dianggap sebagai membantu Wafa menyelesaikan masalah gadis itu Dan tidak mahu Naim terus mengganggu hidupnya

Tak kena tangkap dengan pencegah maksiat ke

Hari tu yang you buat dekat Penthouse Walid I, you ada ingat tak pasal pencegah maksiat tu Balas Hakimi pula.

Nak salahkan I lah tu! marah Wafa.

Memang perbuatan you tu salah dan berdosa tau tak! Rasa nak ditengking Wafa di sebelah sana. Kenapa perempuan ni bingung sangat

Wafa senyap.

Memang I nak panggil pegawai agama. Minta tolong dengan budak-budak di sana. Tak sangka yang Naim ada buat kerja tak senonoh tu di hotel sana juga. Dia orang semua dah tahu, Cuma Uncle Zizan je yang tak tahu. Akhirnya Hakimi bercerita apa yang diceritakan oleh temannya di sana.

Apa! Wafa seperti terkejut.

So macam mana You setuju tak I minta maaf. Nak buat cara lain memang Naim tu tak makan saman. Rasanya lebih elok dia beritahu Wafa. Kasihan dia dengan gadis itu yang begitu mengharapkan Naim tambahan gadis itu sedang mengandung. Hakimi menggeleng beberapa kali tiba-tiba teringat pula dia pada isterinya.

Elok juga. Tak payah nak paksa-paksa dia. Eee... geram I dengan Naim ni!

Hakimi senyum. Tak tahu kenapa.

Your wish is granted.

I akan ada pukul 10.30 malam esok di Penthouse Sweet Arena KL! Wafa seperti memberi informasi sebagai mengesahkan kehadirannya di situ untuk rancangan Hakimi.

Betul ni! Hakimi pula serba salah.

Ya, tegas Wafa memberi jawapannya.

Baik... apa-apa nanti, call I.

Segera dia memutuskan talian dan menghubungi temannya di hotel Sweet Arena Kuala Lumpur. Itu sahaja harapannya agar Naim boleh diperangkap. Bukan dendam tetapi sebagai penyelesaian dengan semua onar yang sudah dibuat oleh lelaki itu.

Selesai bercakap dengan temannya, Hakimi berkira-kira hendak menghantar mesej kepada isterinya. Hantar je, baca atau tidak, itu perkara kedua.

Yang penting dia rindu sangat dengan isterinya.

Hakimi:

Assalammualaikum sayang. Abang minta maaf banyak-banyak. Abang silap dalam menilai isteri abang. Memang abang kecewa mendengar cerita Umi, sebab abang terlalu sayang dengan Arissa. Takut sangat-sangat kalau isteri abang ada seseorang yang lebih sayang cinta selain dari abang. Semestinya abang mencintai seorang yang bernama Arissa. Berjuta kemaafan dari abang...

Lama dia membaca mesej yang baru ditaipnya. Betulkah apa yang disampaikan. Harap ia dapat memujuk isterinya.

PERLAHAN-LAHAN Puan Hanim menutup pintu biliknya lalu duduk di birai katil. Entah mengapa tangannya menggigil. Rasa tidak

menentu dengan jantung yang sedikit kencang.

Kenapa dengan dirinya Tidak pernah dia merasa begitu.Lama dia memandang sekitar biliknya. Rasa sepi, sayu, pilu tiba-tiba menyentap hatinya. Teringat kepada orang tuanya dan wajah Marini seperti menarinari di ruang matanya.

Akhirnya dia ke bilik mandi dan berwuduk. Seketika dia sudah mengenakan telekung dan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Dadanya rasa agak lapang selepas dapat bersujud lama sebentar tadi.

Ya Allah, kejam sangatkah aku

Tangan diletak di atas dada sambil memejamkan matanya. Mengapa harus dilempar rasa marah pada Arissa jika marahkan Marini. Kisah lama, orangnya pun sudah tiada. Dan itulah satu-satu anak saudara sebelahnya yang ada.

Ya Allah. Maafkan Umi ya Arissa!

Tiba-tiba matanya berair. Cepat-cepat dikesat matanya. Puan Hanim bangun lalu mencari kertas dan pen. Malu untuknya bercakap dengan Arissa, biarlah dititip melalui tulisan kepada gadis itu.

Dadanya kembali sebak. Diluah segala-galanya di atas kertas putih. Biarlah Arissa tahu kelak. Ya, dia tidak mahu gadis itu terus bersangka buruk terhadapnya sehingga ke akhir hayat. Kertas itu dilipatnya dan diletak ke tepi. Ditarik laci-laci di kabinet tepi katil mencari envelop. Namun tidak berjumpa.

Tak apalah, esok pun nak keluar.

Itulah cadangannya dengan rancangannya esok hari. Akan dipos terus surat itu kepada Arissa namun beralamat rumah itu. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui akan perkara itu. Malu.

Telefon bimbit yang terbaring di atas katil disambarnya. Lama dia memandang nombor suaminya.

Hanim:

Assalammualaikum bang. Dah makan Hanim minta maaf banyak-banyak sebab selama ni banyak mencabar kesabaran abang. Buat abang marah dengan sikap Hanim. Hanim minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Dihantar mesej itu itu. Malu hendak bersuara meminta maaf dari lelaki itu. Biarlah Encik Razali membacanya. Namun dia tidak mengharap lelaki itu membalasnya.

CEMBURU

Disebabkan cemburu Puan Hanim mengusir ibunya dari rumah Tok dan Tok Wan. Kemudian wanita itu berbohong dengan kedua orang tuanya pula. Mengatakan yang arwah Marini tidak dapat menerima dia berkahwin dengan Encik Razali.

Sedihnya dia mendengar jalan hidup ibunya. Begitulah kalau diri tak punya sesiapa. Seperti dirinya sekarang. Sedih, sedih sangat-sangat. Ia seperti situasinya sekarang.

Dia tidak mahu mengenang kisah itu. Tak mengapa, maafkan sahaja Puan Hanim. Biarlah ianya berlalu. Lagipun ibunya sudah tiada. Tak perlu diungkit kisah silam yang menyakitkan. Cukuplah. Akan didoakan yang baik-baik untuk kedua mereka. Begitu pun hatinya berasa amat pedih. Tidak tahu mengapa.

Sabar Arissa, Allah ada, walaupun kau sudah tidak punya sesiapa lagi. Allah ada, dia terus memujuk hatinya sendiri.

Lama dia menatap sijil kematian ibu dan ayahnya. Mulanya dia merasa sukar untuk percaya cerita Encik Razali, tetapi selepas lelaki itu menunjuk sijil kematian kedua orang tuanya hatinya mula mengaitkan dengan apa yang berlaku selama itu.

Ibu, sebutnya melihatkan pada nama Marini Abdul Hamid di situ.

Kenapa selama ini dia tidak cuba mendapatkan sijil kematian kedua orang tuanya sebagai simpanan Ya Allah, apa jenis anak dirinya ini Tidak tahu untuk menghargai kedua orang tuanya.

Ris minta ampun Ibu, Ayah, rintihnya sendiri.

Air matanya mula mengairi pipi namun pantas diseka. Baru dia teringat yang bingkai gambar kedua orang tuanya tiada di dalam kedua-dua begnya. Jenuh dia mencari semalam. Atau mungkin Mak Cik Ruhaya tidak memasukkan ke dalam salah sebuah beg pakaian kerana tidak tahu.

Matanya beralih kepada telefon bimbit yang berbunyi di atas katil.

Siapa pula ni Laa... Shima.

Assalammualaikum.

Kau kat mana

Tak jawab salam aku pun. Arissa sengih mengusik.

Shima ketawa.

Waalaikumussalam. Kau kat mana

Langkawi.

Encik Kimi

Apa hal tiba-tiba dia bertanya Hakimi.

Kat rumah dialah. Bengang pula dia ditanya begitu.

Lain macam je.

Arissa senyap. Rasa terperangkap dengan katakata Shima.

Kau ada masalah ke Shima terus menyoal.

Mana ada.

Kita dah lama berkawan Ris. Nada suara kau pun aku dah tahu walaupun kadang-kadang bermingguminggu kita tak bercakap tau! Arissa senyap.

Kenapa ni Kau gaduh dengan Encik Kimi Arissa senyap.

Atau dengan Umi dia

Betulkan Dia buat apa pada kau

Tak ada apalah.

Shima berdengus kasar. Selalu macam tu. Tak ada apa. Tak ada apa. Esok lusa aku dengar lain pula. Arissa senyum kelat.

Ris... kenapa ni

Umi Hakimi kata... Hakimi suruh aku keluar dari rumah dia. Memang dia tidak boleh sorok apa-apa dari Shima.

Apa! Tapi kenapa! Shima seperti orang terkejut di sebelah sana.

Aku tak tahu siapa fitnah aku... kata yang aku dan Encik Naim dah... tidak sanggup untuk dia meneruskan ayat-ayatnya. Rasa sedih dan kembali air matanya bertakung di tubir mata. Astagfirullahalazim! Arissa senyap.

Encik Kimi percayalah!

Itu sebabnya aku kena keluar. Rasanya tiada guna dia memanjangkan perkara itu. Malas dia hendak memikirkannya lagi. Biarlah... apa nak jadi, jadilah!

Dah... sabar ya. Shima memujuk di sebelah sana.

Shima... aku nak berehat. Esok banyak benda nak buat. Apa-apa aku call kau nanti.

Yalah... duduk sana elok-elok.

Setelah berbalas salam Arissa memutuskan taliannya dan kembali telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Hakimi:

Assalammualaikum sayang. Abang minta maaf banyak-banyak. Abang silap dalam menilai isteri abang. Memang abang kecewa mendengar cerita Umi, sebab abang terlalu sayang dengan Arissa. Takut sangat-sangat kalau isteri abang ada seseorang yang lebih sayang cinta selain dari abang. Semestinya abang mencintai seorang yang bernama Arissa. Berjuta kemaafan dari abang...

Hatinya masih kecewa dan luka dengan apa yang berlaku. Untuk membenci tidak sesekali. Kerana Hakimi lelaki pertama di hatinya. Sudah semestinya dia akan terus mencintai lelaki itu biarpun dibenci berjuta kali.

Dibiarkan mesej itu tidak berbalas dan memang dia tidak mahu membalasnya. Biarlah hatinya tenang dahulu.