Puan Rahayu.
Elzaara duduk di buaian bersendirian tanpa mempedulikan orang lain. Dia terkenangkan seseorang. Entah kenapa, hatinya begitu rindu dan terkenang-kenangkan si dia.
Apa khabarlah dia Entah-entah dia pun dah kahwin dengan orang lain...
El... Kenapa cakap seorang diri ni Soal Puan Rahayu.
Eh, ibu... Tak ada apa-apa.
Jom...
Elzaara bingkas bangun dan menyertai majlis hari jadi Haziq yang sedang berlangsung. Lagu happy birthday berkumandang di taman rumah Encik Yusuf sempena meraikan Haziq yang berusia tujuh tahun.
Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Haziq, happy birthday to you...
Happy birthday Haziq yang ke 7 tahun. Moga Haziq jadi anak yang soleh, anak yang pintar. Acu sayang sangat dengan Haziq...
Okey Haziq, tiup lilin lepas tu potong kek ya Ujar Lisa.
Bergema kawasan taman keluarga Elzaara dengan tepukan dan juga ucapan yang tidak putus-putus buat Haziq sempena hari jadinya. Suasana malam yang terang benderang menambahkan seri lagi majlis yang sedang berlangsung.
Ramai saudara mara dan juga jiran tetangga yang datang meraikan hari jadi Haziq. Tidak lupa juga rakan-rakan sekolah Haziq turut memeriahkan majlis. Meja hadiah juga sudah hampir penuh hinggakan terpaksa meja tambahan diletakkan bagi menampung jumlah hadiah yang semakin banyak.
Haziq! El!
Elzaara menoleh ke arah suara yang sedang memanggil namanya. Dia tersenyum lebar apabila melihat sepasang suami isteri yang sedang melangkah ke arah mereka. Dengan perut yang semakin membesar, Lyn berhati-hati mengorak langkah.
Happy birthday Haziq. Semoga Allah selalu melindungi Haziq. Nah ni hadiah untuk Haziq. Daripada acik Lyn dengan uncle Shah.
Terima kasih acik Lyn, uncle Shah. Nah ni kek untuk acik dengan uncle. Haziq pergi sana sekejap ya. Mereka bertiga mengangguk serentak.
Apasal kau lambat Mak buyung Soal Elzaara sambil bercekak pinggang.
Eleh, sorrylah. Bukan sengaja. Tadi kena tahan dengan .....
Belum sempat Lyn menghabiskan ayatnya, tibatiba bahunya dicuit. Shah bagaikan sedang memberi isyarat kepada isterinya. Lyn tiba-tiba menekup mulutnya. Elzaara kehairanan melihat tingkah laku sepupunya yang kelihatan aneh.
Kau dah kenapa
Eh, tak ada apa-apalah. Hah, Kak Lisa mana
Tuuuu... muncung Elzaara mengarah ke arah Lisa di hujung meja makanan bersama tunangnya, Zahar.
Kau dah makan ke makcik selar Lyn.
Belum. Ni baru nak ambil makanan. Kau tu tak lapar ke
Lapar juga. Abang tolong ambilkan makanan boleh Lyn tunggu dekat sana dengan El. Boleh
Boleh aje. Kejap abang ambilkan. Lyn jangan bocor rahsia pula. Sempat Shah memberikan peringatan sebelum beredar ke meja makanan.
Lyn hanya mengangguk sahaja. Elzaara sekali lagi terkedu melihat perbualan suami isteri itu tapi kesudahannya dia hanya mengabaikan saja.
Nah, ni untuk Lyn. Makan biar banyak sikit. Biar anak gemuk dan sihat dekat dalam tu. Hulur Shah.
El punya tak ada ke bang
Eh, tak apa, tak apa. Aku boleh ambil sendiri. Kau orang makan dulu. Aku pergi ambil makanan kejap. Tegah Elzaara.
Dia bingkas bangun untuk mengambil makanan. Belum pun sempat dia bangun, sepinggang penuh makanan tiba di hadapannya. Terkejut Elzaara melihat susuk tubuh yang berdiri disebelahnya.
Brian... bisiknya.
Elzaara...
Masing-masing terkaku dan terkedu. Lyn dan Shah yang sedang duduk di meja yang sama juga sudah mula mengangkat punggung beralih tempat untuk memberikan ruang kepada mereka berdua untuk menjernihkan kekeruhan antara mereka.
Apa khabar soal Brian penuh kelembutan.
Baik. Aa... awaak... Tergagap Elzaara menjawab.
Errr... Awak nak jumpa Haziq ke Saya pergi panggilkan dia kejap.
Belum sempat Brian menahan, Elzaara terus bangun untuk mencari Haziq. Dia membayangkan yang Haziq pasti gembira apabila melihat papa Briannya datang. Brian segera mengenggam pergelangan tangan Elzaara dan mengarahkannya supaya duduk semula. Dia menggeleng. Elzaara bagaikan terkena renjatan elektrik saat pergelangan tangannya di pegang oleh Brian.
Tak payah. Saya dah jumpa dengan Haziq tadi. My Angel makanlah. Saya cuma nak tengok wajah My Angel. Tutur Brian lembut.
Elzaara terkaku. Terdiam. Elzaara tidak tahu apakah ini realiti atau pun fantasi semata-mata. Tiba-tiba Brian muncul di hadapannya setelah enam bulan dia menghilangkan diri. Dia bagaikan orang sasau mencari Brian sejak menerima suratnya dulu. Bagaimanakah Brian boleh berada di sini dan majlis ni... Macam mana dia tahu
Errr... Awak daripada mana Macam mana awak boleh tau hari ni hari jadi Haziq
Brian tersenyum lebar. Dia mengeluarkan handphonenya dari poket seluar lalu ditunjukkan kepada Elzaara. Elzaara mengigil-gigil saat menyambut handphone dari tangan Brian. Terbeliak mata Elzaara apabila melihat status FBnya yang baru dia update siang tadi. Dia tidak menyangka bahawa hanya sebaris ayat itulah yang membawa Brian keluar daripada tempat persembunyiannya.
Elzaara
Today is my prince birthday. May Allah bless him forever, here and hereafter. Aamiin!
Like . Comment . Share
Saya tau My Angel tak pernah lupa untuk meraikan birthday Haziq. Sebenarnya, setiap perkembangan My Angel dan juga Haziq saya selalu ikut. Saya tak pernah miss untuk tau setiap berita tentang My Angel dan Haziq. Ulas Brian sebelum Elzaara membuka mulut.
Errrr... Tapi awak ke mana selama ni Haziq, semua orang cari awak, risaukan awak. Brian tersenyum.
Saya tak ada pergi mana-mana pun. Ada je dekat sini, cuma saya menyorok.
Lima minit masa berlalu tanpa sebarang perbualan. Suasana di antara mereka sunyi seketika. Mata Brian melirik ke arah tangan Elzaara dan dia tersenyum lebar. Seutas gelang tangan hadiah pemberiannya dulu dan juga cincin pertunangan mereka masih terikat kemas di tangan dan juga jari manis Elzaara.
Dup dap dup dap...
Jantung Elzaara semakin rancak berdengup apabila berhadapan dengan Brian. Bagaikan panahan petir menusuk daripada mata terus ke hati. Elzaara gelisah! Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan ucapannya.
Brian, errrr... Saya minta maaf sangat-sangat di atas perbuatan saya dulu. Apa yang berlaku adalah disebabkan keegoan dan juga dendam kesumat saya dulu. Hanya disebabkan trauma saya, awak yang menjadi mangsanya. Saya minta maaf sangat-sangat. Terketar-ketar Elzaara menuturkan ucapan maafnya. Lidahnya kelu, mulutnya beku, sukar untuk berbicara.
Brian menggeleng, Jangan minta maaf dengan saya. My Angel tak bersalah. Cuma keadaan yang memaksa kita jadi begini. My Angel tak pernah ada salah dengan saya. Saya yang patut minta maaf dengan
My Angel. Maafkan saya...
Berjurai air mata Elzaara tatkala mendengar kata-
kata pujukan daripada Brian. Sesungguhnya hati dia sangat tulus dan ikhlas. Dia menjadi semakin bersalah dan semakin malu dengan tindakan bodohnya dulu.
El... Hilang perkataan My Angel saat Brian memanggilnya. Sudi tak awak jadi permaisuri hidup saya Menjadi pendamping dan juga ibu kepada anakanak saya kelak Menemani saya dunia dan akhirat
Kenapa awak masih mahu memaafkan saya lepas apa yang saya buat pada awak Kenapa awak masih menunggu saya setelah apa yang berlaku soal Elzaara mencari kebenaran.
Jawapannya ada pada My Angel.
Elzaara mengerut. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Brian.
Brian memberikan isyarat tangan Elzaara sebagai jawapannya tadi. Elzaara terkejut! Dia tidak menyangka yang Brian masih ingat akan kedua-dua harta yang diberikan oleh Brian dulu kepadanya.
Elzaara Natasya, sudi tak awak kahwin dengan saya Brian melamar sekali lagi, lebih kuat dan jelas. Lamarannya juga dibuat di hadapan semua orang yang hadir dalam majlis itu.
Elzaara tergamam. Dia tidak menyangka yang Brian sedang melamarnya buat kali kedua. Tapi, kali ini lamarannya dibuat di hadapan semua orang termasuk ahli keluarganya. Encik Yusuf dan Puan Rahayu hanya tersenyum manakala Lyn dan Lisa berserta pasangan masing-masing sudah bertepuk tangan.
Tanpa teragak-agak dia mengangguk menyambut huluran kasih dan cinta Brian. Dia juga tidak sanggup kehilangan Brian lagi kerana sesungguhnya dalam hatinya sudah ada terbit rasa kasih, cinta dan sayang buatnya. Dia sudah serik untuk merasa kehilangan demi kehilangan dan kini adalah masa untuk bahagia!