MY PRETTY BOY - 59
TUAN HARITH! Bangun! panggil Qamra Ain sambil mengoncang-goncang badan lelaki yang terbaring kaku di atas lantai lobi.

Tun Tunku Harith yang semakin lemah dan hanya mampu bertahan di situ. Dadanya kelihatan turun naik dan menunjukkan tanda kesukaran bernafas. Tuan Harith, janganlah buat gimik kat sini! Saya nak pergi tengok wayang ni! Qamra Ain mengalihkan tangan lelaki itu ke tepi.

Dia mendekatkan telinga di atas dada. Kebetulan ketika itu lalu seorang doktor yang muncul entah dari mana. Qamra Ain menggamit tangan menyuruh doktor tadi segera datang ke sini.

Hah Tuan Harith! Apa yang terjadi Soal doktor lelaki tadi dalam keadaan cemas. Tak menyangka yang terbaring di hadapan adalah Tuan presiden hospital mereka.

You ada stetoskop Ringan benar mulut Qamra Ain bertanya. Entah kenapa hari ini boleh pula terlupa menyimpan stetoskop di dalam beg.

Ada! Eh wait a minute, you ni siapa Soal doktor

itu yang teragak-agak menghulur stetoskop ke tangan Qamra Ain.

Esok kita suai kenal, boleh Nyawa Tuan Harith lagi penting. Please ke tepi sikit, pantas Qamra Ain mencapai dan meletakkan hujung stetoskop di keduadua belah telinga dan diafragma diletakkan ke atas dada Tun Tunku Harith.

Apa yang

Senyap! Saya tengah mengesan bunyi sesuatu, bisiknya perlahan.

Serta-merta doktor tersebut diam. Dibiarkan saja gadis misteri itu menjalankan tugas. Qamra Ain melelapkan mata dan memasang telinga mendengar denyutan jantung yang disalurkan melalui tiub hingga ke gegendang telinga.

Dia mengalami gangguan saluran pernafasan obstruktif kronik dengan bronkospasme berbalik. Dr. Ryan, awak kena panggil team Resus sekarang. He also needs Salbutamol. Lekas ya! Arah Qamra Ain secara terperinci.

Selepas menerima arahan, terus Dr. Ryan berlari menuju ke TED. Dia yang masih menemani di sisi lelaki itu yang sedang menahan kesakitan di dada.

Tuan Harith, cuba bertahan ya Team Resus akan datang bantu, Tuan. Sabar ya Pujuk Qamra Ain memberi semangat pada Tun Tunku Harith.

Sejenak dia terfikir, teringat kepada peristiwa 7 tahun yang lepas. Lelaki yang pernah diselamatkan sama seperti situasi yang berlaku pada Tun Tunku Harith. Tak lama kemudian muncul beberapa doktor meluru ke arah mereka berdua. Ryan tiba dengan pasukan ER dan pantas mengangkat Tun Tunku Harith lalu dibaringkan atas katil beroda. Mana Azmeer dan Rudy

Masker oksigen yang bersambung dari mesin penebula ditekap ke hidung. Tun Tunku Harith sedaya upaya membuka perlahan kelopak mata dan terpandang ke arah seorang gadis yang sedang memerhatikan ketangkasan pasukan ER menjalankan tugas di sebalik tiang.

Bawa terus masuk ke Asthma Bay, arah Ryan yang merupakan ketua doktor untuk TED shif malam.

Doktor-doktor yang terlibat menolak katil beroda masuk ke dalam TED dan terus ke Asthma Bay. Sementara itu, dia tercari-cari gadis misteri yang menyelamatkan Tun Tunku Harith sejenak tadi. Aik Hilang! Mana dia pergi

T

UN TUNKU HARITH mengangkat kelopak mata perlahan-lahan. Disebabkan cahaya yang pancar dari arah atas, penglihatannya terganggu. Silau. Lengan kanan diangkat bagi menghadang cahaya yang menusuk terus ke dalam mata.

Raff, please tell the nurse to reduce the light

Maya, kurang sikit cahaya lampu ni. Tuan Harith silau.

Baik, Tuan Raff.

Are you okay, Pa Terkejut Raff bila Ryan paging yang Papa ada kat Asthma Bay. Bukan Papa dah balik sebelum Raff ke tadi

Siapa yang bawa Papa ke sini Soalan pertama yang ditujukan pada Tunku Raffzul walhal anak saudaranya tak menahu langsung apa yang sebenar berlaku.

Dia cuba imbas semula apa yang berlaku. Apa yang diingat yang dia terhuyung-hayang berjalan masuk ke dalam ruang lobi THSC. Tiba-tiba dadanya terasa sakit dan nafas mula terasa sesak.

Pandangan bertukar berpinar-pinar dan menjadi gelap perlahan-lahan. Entah bila masa dia jatuh rebah di situ. Dan di waktu itu sayup-sayup terdengar satu suara memanggil-manggil namanya berkali-kali. Suara tadi mirip sungguh dengan suara guardian yang selamatkan aku dulu. Adakah dia gadis yang sama BRaffzul sekali lagi yang bersandar di ETUL kau tak pasti siapa soal Tunku

dinding. Ryan hanya mampu mengungkit bahu.

Kalau diingat paras rupa, dia masih ingat. Hanya nama saja yang tak sempat ditanya oleh kerana gadis tak mahu diganggu ketika memeriksa Tun Tunku Harith yang terbaring di tengah lobi. Bayangkan, seorang Presiden terbaring bersendirian dan gadis misteri yang entah dari mana muncul berani menyelamatkan MD mereka. Takkah gadis itu misteri bagi mereka di TED lebih-lebih lagi di shif malam

Bukan jauh benar pun TED jika diukur dari pintu masuk ke dalam lobi. Bila masa pula gadis misteri itu muncul sedangkan ketika itu dia tak nampak kelibat seorang pun yang berada di kawasan lobi selain hanya dia yang ketika itu yang baru turun dari menghantar rekod perubatan ke Jabatan Neurologi (ND) di tingkat

7.

Balik dari ND, terkejut besar dia bila ada seseorang menyergah dari arah depan meminta bantuan. Masa itu baru dia ternampak Tun Tunku Harith terbaring di lantai lobi dalam kondisi kesukaran bernafas.

Jauh di sudut hati, dia kagum benar dengan gadis itu yang cekap membuat diagnosis yang berkaitan situasi Tun Tunku Harith, siap dengan mengarah mereka menyediakan dos-dos ubat yang dinyatakan secara terperinci. Kecekapan gadis itu seperti seorang doktor malah boleh dikatakan lebih hebat daripada mereka yang bertahun di TED.

Aku rasa tentu doktor kat hospital ni. Cuba kau fikir, mana ada pelawat dibenarkan masuk waktu begini. Aku pasti dia seorang doktor atau mungkin doktor intern. Tenang dia menjawab. Takut kalau tersalah cakap, mahu ditengking nanti oleh Tunku Raffzul seperti tahun-tahun lepas.

Ryan Rusli, yang pernah bekerja di bawah pasukan DMD pernah diherdik teruk oleh Tunku Raffzul dek tersalah bagi preskripsi ubat pada pesakit. Hanya tempoh sebulan dia mampu bertahan lalu ditukarkan oleh Tunku Raffzul ke TED. Kini, dia bahagia berada di sini dan sekurang-kurangnya tiada siapa yang berani menengking sejak menjadi ketua doktor ER untuk shif malam.

Dia mula rasa heran, lain benar perwatakan Tunku Raffzul yang dilihat sekarang. Apatah lagi malam ini ditakdirkan bertemu semula dengan lelaki yang terkenal dengan sikap egois selepas 4 tahun bekerja di TED. Tutur kata juga tak sekeras seperti dulu. Lembut dan tenang. Kalau dulu hanya tahu menjerit, memekik dan menengking tak kira waktu. Mesti ada sesuatu yang telah mengubah pendirian lelaki ini. Atau, ada seseorang yang telah mencairkan hati Tunku Raffzul yang sekeras batu kerikil sejak kes havoc tempohari

Kalau ada apa-apa info, bagitahu aku dan terima kasih sebab selamatkan Tuan Harith... and one more, good job! Tak sia-sia aku transfer kau ke sini. Puji Tunku Raffzul menepuk perlahan bahu Ryan dan kemudian menggorak langkah merapati katil Tun Tunku Harith.

He also needs Salbutamol. Lekas ya!

Tun Tunku Harith teringat pesanan gadis itu pada doktor lelaki yang membawanya ke sini. Intonasi suaranya saling tak tumpah seperti suara gadis yang selamatkannya dulu. Serupa! Intonasi suara yang sama, cara yang sama hanya wajah yang masih samarsamar dalam bayangan otak. Apatah lagi dia jatuh rebah di kawasan lobi yang kelam dan gelap. Hanya Pandora dan payung merah, petunjuk yang dia ada! Mustahil dengan petunjuk itu dia dapat jejaki gadis itu. Mustahil!

Payung merah Sesiapa saja di antara jutawan penduduk di dunia ini memiliki payung merah. Hanya cara mereka memegang payung merah itu saja yang berbeza. Dia masih ingat lagi semasa gadis itu berlalu pergi tanpa menghiraukan payung merah di malam itu. Ada sesuatu keunikan yang tersembunyi. Gadis itu mempunyai masalah untuk mengembangkan payung. Takut benar dijentik hujung payung. Takut terkena pada mata.

Dapat

Tunku Raffzul mengeleng-geleng perlahan kepala sambil tersenyum kelat. Tun Tunku Harith menunjuk riak wajah hampa. Dia yakin benar gadis misteri yang menyelamatkan adalah gadis yang sama.

Dia pun tak kenal siapa yang selamatkan, Pa. Katanya gadis itu tau sangat tentang penyakit asma kata Tunku Raffzul sambil menarik selimut tebal dan menyelimut hingga ke paras dada.

Raff, tinggalkan Papa sendirian sebentar, pinta Tun Tunku Harith. Dia berkalih tidur mengiring ke kanan.

Tunku Raffzul akur dan bergerak keluar dari Asthma Bay meninggalkan ayah saudaranya bersendirian di bilik.