LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 59
Aku bukan dalam mood untuk mengulangi kesilapan yang sama, Yang pernah aku lakukan dahulu.

Cuma terkadang, mengenang misteri diri yang sudah lama tidak diungkap, Bagai petir mengarah awan untuk bersemuka dengan Tuhan.

Kejadian ini adalah skala tragidisma yang memikul laluan gelap prasangka biru.

Biarkan...

aku sudah kecut bintang sahut laluan kasih juntang itu. Kerana harapan dan hati tidak mungkin menjadi kesatuan yang hambar, sebab bisu dunia hanyalah insaf seketika.

Bisu dunia adalah penakluk durjana yang memerangkap raksa seksa hantuan kering.

Biar, dipejam matanya..

Biar, dilepas kisahnya..

Biar, seruan longlainya..

Biar, seribu tanda tanya..

Biar, jeritan sosoknya..

Biar, kekeliruan tahap abdinya.. Biar, dilepas sangkal matinya..

Kerana dia, adalah mangsa yang bernyawa... kudis dan sakti... pembawa bocah durjana...