Kedua, sistem pelincir (lubricating system).
Sistem pelincir diperlukan supaya komponen pada enjin dapat bergerak dengan lebih efisien. Dua komponen penting yang memerlukan system pelincir ialah piston dan bearing. Piston adalah komponen bergerak yang terdapat dalam silinder. Silinder ialah ruangan yang terdapat dalam enjin dimana piston akan bergerak dalamnya.
Biasanya silinder disusun dalam enjin menggunakan bentuk V. Namun, ada juga yang disusun dalam bentuk W. Tetapi kebiasaanya enjin pada kereta akan menggunakan susunan taip-V untuk silinder.
Enjin taip-V mempunyai dua silinder yang hujungnya bertemu pada aci engkol (crankshaft). Kedudukan dua silinder diletakkan sama ada pada kedudukan 90 ataupun 60 darjah diantara satu sama lain. Enjin taip-V biasanya kecil dan ini membolehkan lebih banyak ruang dibina untuk tempat duduk penumpang.
Taip-V mempunyai banyak jenis dari V-2 sampailah V-24. Angka selepas V menunjukkan jumlah silinder yang terdapat pada satu-satu model enjin taip-V. Contohnya, V-24 menunjukkan 24 jumlah silinder pada sesebuah enjin. Jumlah silinder pula menunjukkan keupayaan sesebuah enjin dan lambang kuasa kuda bagi sesebuah kenderaan.
Contohnya enjin V8 mempunyai kuasa kuda yang lebih tinggi dari v6 disebabkan perbezaan silinder yang ada iaitu V8 lebih banyak silinder dari V6. V6 mempunyai tiga silinder pada setiap sisi, dan V8 mempunyai empat silinder pada sisi kanan dan kiri.
Bilangan silinder yang terdapat pada enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi sesebuah kenderaan. Setiap silinder akan mempunyai piston yang disambung kepada aci engkol. Dengan sisem pelincir, pergerakan piston pada silinder akan menjadi lebih mudah, begitu juga bearing pada aci engkol dan aci sesondol (camshaft). Minyak hitam akan disedut dari panci minyak (oil pan) dan akan melalui penapis minyak (oil filter) yang berfungsi memisahkan sebarang bendasing dari minyak. Kemudian, baru minyak hitam tadi dipindahkan pada dinding silinder dan bearingmenggunakan tekanan udara.
Ketiga, sistem ekzos (exhaust system).
Sistem ekzos terdiri daripada peredam (muffler) dan penukar pemangkin (catalytic converter). Ketika pembakaran dalam enjin, terdapat bunyi-bunyi letupan kecil dan peredam berfungsi mengurangkan bunyi letupan tersebut. Dalam istilah British, peredam dipanggil sebagai silencer.
Peredam terdiri daripada rongga dan ruang-ruang tertentu dimana bunyi akan dipantul dan akan saling mengganggu (interference) antara satu sama lain. Proses pembatalan bunyi ini dilakukan di bawah prinsip fizik di panggil interferens pemusnah (destructive interference).
Penukar pemangkin pula berfungsi menukarkan sebatian merbahaya yang dihasilkan enjin kepada sebatian yang selamat sebelum dikeluarkan daripada ekzos. Tiga sebatian merbahaya tersebut ialah karbon monoksida (carbon monoxide), hidrokarbon (hydrocarbon), dan juga nitrogen oksida (nitrogen oxide).
Karbon monoksida adalah gas beracun yang boleh membunuh apabila kita menghidunya. Nitrogen oksida dan hidrokarbon pula boleh menyebabkan jerebu dan hujan asid. Penukar pemangkin mengandungi pemangkin dalam bentuk platinum dan palladium yang menukarkan hidrocarbon kepada carbon. Gas karbon monoksida pula akan ditukar menjadi karbon dioksida dan air. Manakala nitrogen oksida akan ditukarkan kembali kepada gas nitrogen dan oksigen.
Keempat, sistem elektrikal (electrical system).
Sistem elektrikal terdiri daripada bateri dan pengulangalik (alternator). Bateri berfungsi menyalurkan kuasa 12 voltan untuk kereta berfungsi. 12 voltan ini akan diagih-agihkan kepada sistem-sistem seperti radio, pengelap(wiper), kuasa cermin (power windows), penghawa dingin dan lain-lain.