JAI belek kalendar. Pejam celik pejam celik dah hampir lima bulan berlalu. Setakat ini, semua kerja dan kaji selidik dilakukan dengan penuh dedikasi. Dari satu hotel ke satu hotel mereka menginap di setiap daerah. Dia belek pula borang-borang yang sudah diisi. Mana yang telah siap akan dihantar menggunakan pos ekspress.
Hmmnampaknya hanya tinggal beberapa rumah je lagi. Rasanya tak sampai dua minggu lagi kerja aku siap. Bolehlah aku singgah kat rumah kejap. Ajak budak-budak ni makan kat rumah aku. Jai senyum meleret. Rindu pada mak dan ayah di kampung.
Telefon berdering. Jai jenguk nama yang tertera di skrin.
HaAcik, ada apa kau call aku malam buta ni Apa Minggu depan Aku belum habis lagi ni. Kau ni..tak ke mana adik kau tu. Okeylah..aku banyak kerja ni. Nanti sampai KL kita borak.
Jai sandar di hujung katil. Apa pulak Acik ni nak Tak habis-habis pasal adik dia tu. Apa yang dia nampak kat aku ni..sampai beria nak kenalkan dengan adik diahaih
Lapar la pulak Jai sentuh perutnya yang dah berbunyi. Dia lihat jam tangannya. Pukul 10 malam.
Jai capai kunci kereta. Bilik dikunci rapat. Segala mak nenek ada dalam biliknya. Dia melangkah ke lobi. Ada beberapa pekerjanya sedang leka berborak di situ.
Abang Jai!!
Jai menoleh. Eii! Minah ni gedik betul! Jai buat-buat tak nampak Lisa yang menapak ke arahnya. Lisa, ambil jurusan sama dengan Seri, kimia.
Abang nak ke mana Lisa nak ikut, boleh Lisa dah tersengih manja di depan Jai.
Seri yang duduk membaca majalah di sofa tetamu hanya menjeling tajam. Gatal minah ni! Sejak hari pertama lagi aku tengok dia gedik. Memanglah kau tu lawa tapi tak payahlah berlagak sangat!
Err..nak makan je. Korang ni dah makan ke Jai pandang Sham, Sim Bee dan Seri yang sedang lepak di sofa.
Kami dah..Seri ni belum. Sim Bee sengih.
Hish! Apa kau ni Bee Seri siku lengan Sim Bee, gadis Cina yang terlebih peramah. Fasih bahasa Melayu.
Alah..macam aku tak tahukau tu ada hati kat bos kita tu kan
Apa Ada hati Eii!! Kirim salam sikit! Seri belek majalah dengan kasar. Kalau ada hati punJai tak pandang pun aku ni. Minggu lepas, tergolek-golek dia gelakkan aku sebab aku salah rumah. Ingatkan ada orang dalam rumah tu. Dah perit anak tekak aku bagi salam. Rupanya bukan rumah orang tapi pondok tunggu buah durian! Mentang-mentanglah aku ni tak pandai sangat nak baca peta rumah tu. Dua hari lepas pulak, ada ke dia buat dek je tengok aku lari tak cukup kaki kena kejar dengan anjing tuan rumah! Dan semalam, hari yang paling malang bagi aku. Jai dengan selambanya tunggu aku kat bawah pokok. Aku yang dah tersadai kat atas pokok tu dengan baju kurung, dah rasa macam nak lompat dan hempap je atas badan dia! Bukan nak tolong aku turun dari pokok tu. Rasa nak racun je si Jai tu dengan Arsenik. Biar mati berbuih mulut kat bawah tu. Entah kenapa aku boleh panjat pokok tu sebab nak lari dari babi hutan. Hari tu pulak kena buat tinjauan kawasan orang Siam di pedalaman. Penuh dengan babi hutan yang merayau-rayau sekitar kampung tu. Geram belum habis lagi ni..
Hoi! Berangan lagi kau ni! Tu..bos muda dah panggil! Sham yang dari tadi hanya jadi pemerhati cuit bahu Seri.
Hish! Apa cuit-cuit ni! Haram! Seri sapu bahunya yang dicuit Sham.
Bukan sentuh kulit pun! Sham mencebik. Berlagak alim minah kerek ni.
Awak nak apa Seri bingkas bangun. Jai dah berdiri di sebelah. Lisa pulak asyik mengekor je ke mana Jai pergi.
Tak elok biar perut tu kosong. Meh saya belanja! Jai masih berdiri di situ. Seri dah muncung.
Pergi la! Sim Bee dah sengih makin lebar.
Seri diam. Nak ikut ke..tak nak
Apa fikir lagi Ikut jelah..orang dah nak belanja tu. Sampuk Poh Chai yang tiba-tiba dah terjongol kat lobi.
SERI diam seribu bahasa. Jai di sebelah tidak dipandang langsung. Sham dan Sim Bee awal-awal lagi tak nak ikut. Sama juga dengan Poh Chai. Lisa pulak, sengaja Sham ajak minum di kafe sebelah hotel. Minah tu dah terkebil-kebil tak suka kat si Sham tu.
Rupanya Sham ada hati kat Lisa. Ada je alasan dia orang ni. Berpakat ke dia orang ni Sengaja biarkan aku berdua dengan Jai malam buta macam ni
Awak fikir apa
Hah Seri menoleh. Jai masih memandu. Tumpuannya masih pada jalan.
Awak tu fikir apa Nada Jai dah lain.
Err..taktak ada apa..kenapa Seri tunduk.
Saya tengok awak ni lain dari yang lain.
Lain Lain macam mana
Lain..awak ni kalut! Sebab tu kena kejar dengan anjing hari tu. Dahlah tu..tak nyempat-nyempat panjat pokok bila nampak babi hutan. Jai sengih. Geli hati mengingati semula gelagat Seri.
Kalau saya tak buat macam tu, saya yang kena sondol nanti. Bukannya ada orang nak tolong Seri menggumam. Dia mengetap bibir. Geram dengan sikap Jai yang tak pernah peduli.
Awak tak tanya..saya buat dek je la. Ingatkan orang macam awak ni berani, lasak.. Jai gelak.
Seri jeling Jai yang dah ketawa mengekek. Aku sekeh karangbaru tahu siapa aku!
Lagi satuawak ni..cute jugak bila marah macam ni. Jai mula mengusik. Saja nak tengok riak Seri.
Dah kutuk..puji pulak Sekali lagi Seri menggumam.
Apa awak cakap Jai dekatkan telinganya dengan Seri.
Tak ada apa.. Seri rapat ke cermin tingkap kereta. Jarakkan dari Jai. Aku cakap perlahan pun dia boleh dengar. Dahlah lagu di corong radio tu memekak dari tadi. Telinga lintah ke apa dia ni
Jai senyum. Dia membelok ke kiri ke arah sebuah restoran Thai. Mereka berdua mula menapak masuk ke restoran 24 jam tu.
BALIK dari makan malam tadi, Jai terus ke bilik. Dia perlu siapkan borang yang telah siap diisi untuk dihantar esok pagi.
Kalau tengok kat peta ni, mungkin dalam seminggu lagi aku boleh siapkan kerja.
Jai buka komputer riba. Dua minggu lepas dia memohon jawatan pegawai penyelidik di sektor kerajaan dan juga swasta. Masih belum ada apa-apa berita.
Hmmtak apalah..aku pun ada kerja lagi nak buat kat sini.
Dia tutup lampu. Esok pagi dia akan bersama dengan Poh Chai membuat tinjauan terakhir di kawasan KB.
MASING-masing mula berkemas. Sebelum bertolak ke KL semula, Jai sempat singgah di rumah orang tuanya di kampung. Dia sudah berjanji membawa kesemua pekerjanya menjamu selera di situ.
Mak masak apa Jai merapati ibunya yang sibuk menyiang ikan keli.
Mak nak buat ikan keli berlada. Puan Aishah senyum. Jai dah peluk pinggangnya dari belakang. Manja sejak kecil.
Cik kalut ni buat apa Jai menoleh ke arah Seri di sebelah yang sedang memotong jantung pisang yang telah direbus.
Seri muncung. Ada ke panggil aku cik Kalut! Memang tak sayang mulut dia ni. Aku tenyeh dengan cili padi karang. Kebetulan cili padi ada sebekas di sebelahnya.
Siapa cik Kalut
Jai sengih. Tak jawab pertanyaan maknya. Dia jeling Lisa, Yati, Ojie dan Sim Bee yang turut sama menolong memasak.
Masak sedap-sedap tau! Jai sempat mengusik budak-budak perempuan tu sebelum beredar ke ruang tamu.
TENGAH HARI tu, mereka semua menikmati makan tengah hari bersama. Mak dan ayah Jai cukup seronok melihat kawan-kawan Jai yang begitu berselera menjamah hidangan tengah hari.
Sedap kerabu ni.. Poh Chai tambah dua sudu lagi.
Tu kerabu jantung pisang.. Seri sengih.
Memang sedap. Anak ni orang sini jugak ke Mak pula mencelah. Lama dia merenung wajah yang seakan pernah dilihat. Takkanlah..
Tak jugak makcik..dulu saya pernah sekolah di sini dua tahun sebelum berpindah mengikut ma dan pa ke KL.
Kenapa rasanya macam kalut je Jai ambil satu sudu. Dia letak kat lidah. Muka Seri dah kemerahan.
Jai ni..tak baik.. Encik Muzafar, ayah Jai mula mencelah.
Err..makcik tak nak rasa ikan goreng saya ke Lisa hulur ikan cencaru sumbat kepada mak Jai.
Hmm..sedap jugak..semua sedap. Pandai korang masak. Puan Aishah sengih.
Bos..mana satu mau pilih Ravi mula usik Jai. Dia sedikit berbisik.
Jai senyum kelat. Soalan Ravi tidak berjawab.
Jai ni sebenarnya suka makan kerabu. Tak kiralah kerabu apa. Ni..kerabu jantung pisang ni, memang dia suka sejak kecil. Encik Muzafar menambah.
Seri tunduk. Ya ke Ah..aku bukannya tahu pun dia suka kerabu jantung pisang tu. Memang dari tadi aku nak buat kerabu tu. Tak ada kena mengena pun nak ambil hati dia..
Lisa dah mencebik. Dia tenung Seri. Jaga kau minah kalut. Sengaja nak ambik hati Jai!
Ojie dari tadi hanya jadi pendengar dan pemerhati setia. Sambal belacan yang ditumbuk tadi dah licin. Dia senyum..rupanya Jai juga suka sambal belacan.
Selesai makan tengah hari, mereka semua mula bertolak ke KL semula. Mak Jai siap bekalkan buah rambutan dan buah manggis yang kebetulan masak ranum dikebunbelakangrumah