MASUKLAH.
Suara yang menegur, menyebabkan dia tersentak sedikit. Zack melangkah perlahan. Mata Zareen tepat memandang wajahnya menyebabkannya tidak tentu arah. Di hadapan Zareen, dia berdiri tegak seperti ingin menyanyi lagu Negaraku.
Kenapa tercegat macam tu Duduklah. Suruh Zareen.
Zack menurut. Dah bos suruh duduk, kenalah ikut arahan. Kerusi ditarik lalu dia duduk berhadapan.
Kita berjumpa lagi nampaknya. Ujar Zareen.
Zack senyum sumbing. Kalaulah Zareen tahu, betapa dia tidak mahu berjumpa lagi dengannya
Mereka terdiam sebentar.
Apa kata kita perkenalkan diri masing-masing Zareen memulakan konversasi.
Zack angguk lagi. Langsung tidak membalas kata-kata Zareen.
Zareen Dalilah Hakim. Awak boleh panggil saya Reen.
ErrSayaZakry. Muhammad Zakry Iskandar. Zack. Balas Zack.
Pendek saja sesi perkenalan diri antara mereka. Zack tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan pada Zareen. Zareen pula, menyedari yang Zack tidak keruan, tidak mahu menjadikan situasi itu lebih kekok. Dia terus kepada perkara yang lebih penting.
Lets discuss about the upcoming newsletter
Zack mengangguk lagi.
Mereka berbincang. Zareen yang lebih banyak bercakap, berbanding Zack kerana dia masih dihantui peristiwa pagi tadi. Segannya juga masih menebal. Maka, setiap kali mata mereka berlaga, Zack pantas mengalihkan pandangan.
Zackyou got me Soal Zareen.
Got you Muka Zack hanya ada riak kabur.
Kenapa awak macam blur aje Suara Zareen kedengaran sedikit jengkel. Penat dia bercakap, si Zack dihadapannya macam tak faham saja.
Zack
Zack mengurut tengkuknya lalu mengangkat muka memandang Zareen. Wajah Zareen masih tenang, tapi serius. Dia melihat pula buku nota di tangan. Ada nota yang ditulis tapi, tiada makna. Tulisannya lebih kepada gambar cacing. Dia pun tak tahu, apa yang dia tulis di situ.
Chinese New Year promotion, cake of the month, to confirm date of photo shoot... Zack cuba mengingati butir-butir perbincangan tadi tapi macam tak berapa nak ingat.
Macam inilah, Cik Reen. Apa kata, Cik Reen e-melkan jetask list tu, pada saya Akhirnya, Zack memberi cadangan bernas.
Zareen tidak membalas kata-katanya. Wajah Zareen yang tenang tapi serius itu membuatkannya tidak dapat meneka bosnya itu, marah atau apa
Lagi senang saya nak follow up nanti Sambung Zack apabila Zareen masih tidak bersuara.
You didnt get what were discussing, just now
Tak berapa nak ingat Balas Zack, benar-benar jujur.Zareen mengangkat kening.
Makan banyak sangat nasi lemak tadi kot. Tu yang tak berapa nak ingat Zack terlepas cakap lalu terus menundukkan kepala.
Kalau boleh, dia mahu menarik balik ayat-ayat yang disebut tadi tapi, tak mungkin dia dapat melakukannya. Dia pun tak tahu, macam mana alasan sebodoh itu boleh keluar dari mulutnya. Kalau bukan disebabkan peristiwa di gerai Makcik Ita tadi, pasti dia tidak akan segugup ini.
Zack masih tunduk, sambil menunggu kata-kata balasan dari Zareen. Dia telah bersiap-sedia dengan apa saja yang bakal diulas oleh Zareen. Sedikit makian dan cacianmungkin
Terdengar ketawa kecil dari Zareen, beberapa saat kemudian. Zack mengangkat kepalanya sedikit. Lega melihat senyuman Zareen. Indahnya ciptaan Tuhan
Okey Zack, saya akan emel pada awak. Tawa Zareen masih bersisa.
Zack angguk. Risau juga kalau Zareen itu naik angin. Maklumlah, baru pertama kali bekerjasama. Tidaklah dia mahu memberi impresi kurang baik kepada kepada bos baru.
Anything else, Cik Reen Soal Zack. Zareen menggelengkan kepala.
Boleh saya keluar
Zareen mengangguk.
Saya pergi buat kerja dululah Zack bangun dari kerusi dan berlalu. Matanya tetap tidak memandang Zareen.
Thanks Zack.
Zack menoleh seketika kepada Zareen, mengangguk sedikit dengan senyuman sumbing. Kemudian, dia terus keluar.
Zareen tersenyum sendiri lalu menggeleng.
APABILA kembali ke meja, Zack ternampak Joe Zulkifli sedang duduk di kerusinya sambil makan kuih yang dibeli di kedai Makcik Ita tadi. Kuih hijau berpulut terakhir, yang dia tak tahu apa namanya itu sudah selamat masuk ke mulut lelaki itu.
Laparlah, Zack Hanya itu penerangan yang diberi oleh Joe Zulkifli.
Zack tak membalas dan dia tidak kisah pun jika Joe Zulkifli menghabiskan kuih itu.
Kau pergi mana tadi Soal Joe Zulkifli.
Jumpa bos baru. Jawab Zack.
Oh Joe Zulkifli terangguk-angguk.
Nijob request from Sales. Aku dah print. Kata Joe Zulkifli sambil meletakkan dua buah fail di atas meja Zack.
Okey. Balas Zack.
Joe Zulkifli kehairanan. Kau apa hal
Apa halapa Zack menjawab dengan soalan.
Macam blur aje aku tengok kau
Hehtak ada apa-apalah. Jawab Zack. Pada mulanya, terniat juga hendak bercerita pada Joe Zulkifli tentang peristiwa yang berlaku awal pagi tadi. Tetapi, niatnya segera dimatikan apabila menyedari yang itu akan hanya mengundang kutukan dari Joe Zulkifli.
Joe Zulkifli bangun untuk kembali ke mejanya dengan senyap.
Zack duduk di kerusi. Termenung sebentar. Bilik Pengurus Markom dan kubikel tempat kerjanya, hanya dipisahkan dengan jarak lebih kurang 10 meter. Dia mengagak, jika mengangkat kepala, dia akan dapat melihat Zareen dengan jelas, seandainya tirai cermin di bilik Zareen tidak ditutup.
Zack mengangkat kepala. Memang dia dapat melihat Zareen dengan jelas. Zareen sedang fokus pada skrin komputer, menaip sesuatu.
Mungkin menyedari yang dia diperhatikan, Zareen memandang ke depan, tepat ke arah Zack. Pandangan mata mereka berlaga dan Zack segera menundukkan kepala.
Jangan cari penyakitlah. Bos tu. Hati berdesis. Zack kembali meneruskan kerjanya.